Anda di halaman 1dari 5

Masa Teks MSIC

*Sebagai makluman semua guru setibanya para jemputan


melangkah masuk ke dalam dewan anda diminta untuk
Makluman berdiri. Terima kasih.
Pembukaa
n Mohon perhatian,

Bagi memastikan majlis kita berjalan dengan lancar, hadirin


diingatkan agar mematikan telefon bimbit atau
menukarkannya ke dalam pengaturcaraan senyap

Bacaan Bingkas terbang camar sepuluh,


doa Lantas bersayap timur ke barat,
Angkat tangan jemari sepuluh,
Doa di pohon biar selamat.

Sidang hadirin,

Sebelum meneruskan majlis,


Dipersilakan saudara ..............................dari
kelas ................ untuk memimpin bacaan doa.
~Falya tafaddal masykuro~

Amin amin ya rabbal allamin.

Terima kasih kepada ............... atas pimpinan bacaan doa


sebentar tadi.

Kata alu- Melayang serindit di atas permatang


aluan Merbah berkicau di hujung muara
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.

Yang berusaha,
Cikgu Safar bin Zainal
Pengetua SMK Tengku Aris Bendahara

Yang Dihormati,
Cikgu Zainab binti Ghazali
Guru Penolong Kanan Pentadbiran
SMK Tengku Aris Bendahara

Yang Dihormati,
Cikgu Siti Rohana binti Rahmat
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
SMK Tengku Aris Bendahara

Yang Dihormati,
Cikgu Azmi bin Moharad
Guru Penolong Kanan Kokurikulum
SMK Tengku Aris Bendahara

Yang Diraikan,
Cikgu Fauziah binti Ali
Guru kaunseling SMK Tengku Aris Bendahara

Guru kanan mata pelajaran, guru – guru, serta hadirin yang


dirahmati sekalian.

Ucapan Alhamdulillah , setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke


alu-aluan hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan sakinah-Nya,
pengerusi dapatlah kita bersama-sama berkumpul dalam MAJLIS
majlis BINGKISAN KASIH SANJUNGAN BUDI Cikgu Fauziah
binti Ali guru kaunseling
SMK Tengku Aris Bendahara

Sidang hadirin sekalian,

Pergi ke kota beli selasih,


Sayang si dara buat halwa,
Berilah kata simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa

Majlis dimulakan dengan menjemput Cikgu Safar bin


Zainal, pengetua SMK Tengku Aris Bendahara untuk
menyampaikan ucapan.

Dipersilakan,

Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Safar bin Zainal atas


ucapan yang diberikan.

Ucapan Sidang hadirin sekalian,


yang Majlis kemudiannya diteruskan dengan ucapan guru yang
diraikan kita raikan Cikgu Fauziah binti Ali

Dipersilakan,

Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Fauziah binti Ali atas


ucapan yang diberikan.

Kalau tuan pikat cemara,


Buatlah bara bakar selasih;
Aktiviti Terimalah titip cenderamata,
Sebagai tanda kenangan kasih.

Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderamata


sebagai tanda kenang-kenangan buat insan yang kita
dikasihi, Cikgu Fauziah binti Ali

Sebelum itu, majlis dengan segala hormatnya ingin


menjemput dan mempersilakan Cikgu Fauziah binti Ali
untuk menerima cenderamata kenang-kenangan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Dimulakan dengan BIDANG BAHASA, majlis menjemput


Ketua Panitia …………… untuk menyampaikan
cenderamata
…………….Terima Kasih.

PANITIA BM : ____________
PANITIA BI : ____________
PANITIA BC : ____________
PANITIA BT : ____________

Seterusnya, penyampaian cenderamata daripada BIDANG


KEMANUDSIAAN, dengan ini majlis mempersilakan ketua
panitia …………………………..
…………….Terima Kasih.

PANITIA GEOGRAFI : ____________


PANITIA SEJARAH : _____________
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM : _____________
PANITIA PENDIDIKAN JASMANI : _____________
PANITIA PENDIDIKAN MORAL : _____________

Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderatamata


daripada BIDANG SAINS DAN MATEMATIK
Dipersilakan Ketua Panitia _____________untuk
menyampaikan cenderamata.
…………….Terima Kasih.

PANITIA MATEMATIK
PANITIA SAINS

Penyampaian cenderamata seterusnya, daripada BIDANG


TEKNIK DAN VOKASIONAL, majlis dengan ini menjemput
ketua panitia ……………….

PANITIA REKA BENTUK TEKNOLOGI


PVMA
PANITIA SAINS RUMAH TANGGA
PANITIA SAINS PERTANIAN

Berikutnya pula, penyampaian cenderamata daripada wakil


staff SMK Tengku Aris Bendahara, dijemput
…………………….untuk menyampaikan cenderamata.
…………….Terima Kasih.

Dijemput Pengerusi KEBIRUS SMK Tengku Aris


Bendahara Cikgu Mustafa Kamal untuk menyampaikan
cenderamata.Majlis mempersilakan

Terima Kasih.

Majlis seterusnya menjemput guru penolong kanan


kokurikulum CIKGU SITI ROHANA BINTI RAHMAT untuk
menyampaikan cenderamata, majlis mempersilakan,

Terima kasih diucapkan.

Disusuli dengan guru penolong kanan pentadbiran


CIKGU ZAINAB BINTI GHAZALI untuk menyampaikan
cenderamata,

Dipersilakan,

Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Zainab binti Ghazali

Akhir sekali, majlis menjemput dan mempersilakan Cikgu


Safar bin Zainal, pengetua SMK Tengku Aris Bendahara
untuk menyampaikan cenderamata.

Terima Kasih diucapkan kepada tuan pengetua..

Demikianlah tadi berakhirnya penyampaian cenderamata


kenang-kenangan buat Cikgu Fauziah binti Ali

Akar keladi melilit selasih


Selasih tumbuh di hujung taman
Kalungan budi junjungan kasih
Mesra kenangan sepanjang zaman

Penutup Dengan berakhirnya penyampaian cenderamata itu tadi,


maka berakhirlah MAJLIS BINGKISAN KASIH
SANJUNGAN BUDI CIKGU FAUZIAH BINTI ALI. Selamat
maju jaya cikgu di sekolah baru.

Bunga seroja di atas para,


Jatuh ditimpa buah berangan;
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua kami pohonkan.

Pihak majlis memohon seribu kemaafan andai tersilap tutur


dan bicara, kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
kepada *PARA PENTADBIR, GURU – GURU dan murid-
murid yang berjaya menyempurnakan majlis pada hari ini.
Sekian, Wabillahitaufik wal hidayah, wassalammualaikum
warahmatullah hiwabaraktuh...

Anda mungkin juga menyukai