Anda di halaman 1dari 7

TEKS PENGACARA MAJLIS

MAJLIS “JASAMU DIKENANG”


SEMPENA PERSARAAN DATIN HAMIDAH BT KASIM
TARIKH: 25 OKTOBER 2009

Mengumumkan ketibaan yang diraikan, yang berbahagia Datin Hamidah bt


Kasim diiringi dif-dif kehormat masuk ke dalam dewan. Hadirin diminta berdiri.

Pagi yang indah penuh ceria


Hari yang berbahagia penuh bermakna
Kami bawakan kepada anda Majlis “Jasamu dikenang” sempena persaraan
Datin Hamidah bt Kasim,
Guru Kanan Bahasa, SMK Ulu Kinta

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh

Yang diraikan,yang berbahagia Datin Hamidah bt Kasim, Guru Kanan


Bahasa SMK Ulu Kinta, yang berusaha,Puan Hajah Saadiah Binti Alang
Abdullah, Pengetua SMK Ulu Kinta, yang berusaha Tuan Haji Rosli bin Kassim,
Penolong Kanan SMK Ulu Kinta, yang berusaha, Puan Jeyamala a/p
Arunasalam, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, SMK Ulu Kinta, yang berusaha
Cik Norahsani bt Mohd Jais, Penolong Kanan Ko-kurikulum, SMK Ulu Kinta.
Yang dihormati, guru-guru kanan bidang, guru-guru, dan para pelajar yang
dikasihi sekalian.
Sarung ketupat berisi inti,
Dibawa budak sambil berlari,
Kehadiran semua sangat dihargai,
Moga majlis bertambah seri.

Bunga mawar cantik tersemat,


Dipetik gadis di tepi titi,
Doa dibaca memohon Rahmat,
Moga majlis sentiasa diberkati.

Bagi menambahkan lagi keberkatan majlis kita pada pagi yang indah ini,
sama-samalah kita mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh saudara
Amirul Farhi bin Luqman dari kelas 5 Siantan.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Amin…Amin Ya Rabbal `Alamin

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada


saudara Amirul Farhi bin Luqman atas bacaan doa itu tadi.

Jasamu dikenang
Budimu tak terbilang
Semangatmu dijulang
Kepimpinanmu gemilang

Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti dan kepimpinan
yang dilakukan oleh yang diraikan Datin Hamidah bt Kasim atau lebih mesra
dipanggil bonda sepanjang perkhidmatan beliau dalam dunia pendidikan
khususnya mencurahkan bakti bagi meningkatkan kegemilangan sekolah kita
yang tercinta ini.
Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,

Bertemu dan berpisah,


Adat manusia biasa,
Setiap pertemuan pasti diakhiri dengan perpisahan,
Walau sukar untuk ditelan,
Itulah ketentuan dalam kehidupan.

Untuk itu, marilah sama-sama kita saksikan persembahan multimedia


yang disediakan khas oleh pelajar-pelajar Tingkatan Lima Siantan sempena
persaraan yang diraikan, yang berbahagia Datin Hamidah bt Kasim.

Hadirin sekalian,

Sebentar tadi dapat kita saksikan persembahan multimedia sempena


persaraan yang diraikan, yang berbahagia Datin Hamidah bt Kasim. Mudah-
mudahan ianya dapat memberi sumber inspirasi buat kita semua.

Tak molek jika ada alu tiada lesungnya


Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah majlis jika tidak ada yang berbicara

Warga dewan sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada yang berusaha Puan Hajah
Saadiah Binti Alang Abdullah, Pengetua SMK Ulu Kinta.

Majlis mampersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada yang berusaha Puan Hajah Saadiah Binti Alang
Abdullah atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.
Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada
yang diraikan, yang berbahagia Datin Naily Siham bin Abd Rahman. Sama-
samalah kita mendengar amanat terakhir yang akan disampaikan oleh bonda
kita. Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Datin Hamidah bt Kasim


kerana sudi untuk menyampaikan ucapan itu tadi. InsyaAllah, amanat bonda
akan kami sematkan dalam hati kami.

Hadirin dan hadirat,

Tanpa melengahkan masa lagi, majlis seterusnya menjemput Tuan Haji


Rosli bin Kassim, Penolong Kanan SMK Ulu Kinta mengiringi Pengetua SMK Ulu
Kinta, Puan Hajah Saadiah Binti Alang Abdullah untuk menyampaikan surat
penghargaan daripada kerajaan Malaysia kepada Datin Hamidah bt Kasim di
atas komitmen beliau dalam menjalankan tugas sepanjang 30 tahun berkhidmat
dalam profesyen perguruan. Majlis mempersilakan.

Hadirin yang budiman,


Bagi memeriahkan lagi majlis kita pada pagi ini, marilah sama-sama kita
hayati puisi bertajuk “jasamu dikenang” yang akan dideklamasikan oleh saudari
Nur Ainzatul Farahin bt Kamarul dan diiringi petikan gitar oleh saudara Khairul
Nizam bin Bakar dan Akmal Roshidi Bin Azman.

Terima kasih atas deklamasi puisi yang sungguh menyentuh jiwa itu.

Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan persembahan daripada


kumpulan yang menggelarkan diri mereka “Trio Jungle” yang akan
mendendangkan dua buah lagu yang bertajuk ‘kau ilhamku’ dan juga ‘andai kau
pergi’.
Terima kasih kepada ‘Trio Jungle’

Hadirin- hadirat yang dihormati sekalian

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata sebagai


tanda kenang-kenangan buat insan yang kita raikan pada hari ini iaitu yang
diraikan yang berbahagia Datin Naily Siham bt Abd Rahman.

Sebelum itu, Majlis dengan segala hormatnya menjemput Puan Hajah


Saadiah Binti Alang Abdullah, Pengetua SMK Ulu Kinta untuk mengiringi yang
diraikan, yang berbahagia Datin Naily Siham bt Abd Rahman untuk menerima
cenderamata kenang-kenangan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis mempersilakan Encik Abu Seman bin Bakar untuk menyampaikan


cenderamata daripada Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan SMK Ulu Kinta.

Seterusnya majlis menjemput saudara Muzammil bin Mukhlis untuk


menyampaikan cenderamata daripada Badan Pengawas SMK Ulu Kinta.

Dijemput saudari Artikah binta Faizul untuk menyampaikan cenderamata


daripada Koperasi SMK Ulu Kinta Berhad.

Seterusnya, dijemput saudara Razi a/l Bah Alang untuk menyambaikan


cenderamata daripada Majlis Ketua Tingkatan.

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderamata oleh wakil setiap


tingkatan.

Dipersilakan wakil daripada tingkatan 1.

Dipersilakan wakil daripada tingkatan 2.


Dipersilakan wakil daripada tingkatan 3.

Dipersilakan wakil daripada tingkatan 4.

Dipersilakan wakil daripada tingkatan 5.

Dipersilakan wakil daripada tingkatan 6.

Berakhirlah upacara penyampaian cenderamata kenang-kenangan khusus untuk


yang diraikan, yang berbahagia Datin Hamidah bt Kasim.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada yang diraikan, yang


berbahagia Datin Hamidah bt Kasim diatas kesudian untuk menerima
cenderamata itu tadi. Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih di atas
kesudian yang berusaha Puan Hajah Saadiah binti Alang Abdullah mengiringi
yang diraikan, yang berbahagia Datin Hamidah bt Kasim.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua penyampai


cenderamata sebentar tadi.

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah,

Umpama belayar telah sampai ke pelabuhan


Umpama berkayuh telah sampai ke muara
Umpama berjalan telah sampai ke destinasi

Masa amat mencemburui kita. Hadirin, kita telahpun berada di penghujung


acara.
Tuai padi antara nampak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Dengan itu, berakhirlah sudah majlis kita pada hari ini. Sebelum bersurai,
marilah sama-sama kita saksikan yang berbahagia Datin Naily Siham bt Abdul
Rahman, diiringi oleh Puan hajah Saadiah binti Alang Abdullah untuk
merekodkan kehadiran pada perakam masa untuk kali terakhir sebagai tanda
berakhirnya tugas rasmi beliau dalam arena pendidikan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang diraikan, yang


berbahagia Datin Naily Siham bt Abdul Rahman kerana sudi untuk bersama-
sama kita pada hari yang penuh bermakna ini dan kami semua mendoakan agar
yang berbahagia Datin Naily Siham bt Abdul Rahman akan bertambah ceria dan
bahagia di dalam kehidupan seharian.

Majlis turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua tetamu dan
hadirin yang sudi meluangkan masa bersama-sama bagi memeriahkan majlis
“Jasamu Dikenang” ini. Dikesempatan ini juga,saya mewakili semua yang terlibat
memohon ribuan kemaafan andai ada terkhilaf sepanjang mengendalikan majlis
ini.

Yang baik itu datangnya daripada Allah,


Yang kurang itu datangnya daripada kelemahan diri saya sendiri,
Sempurna itu milik Ya Rabbul Izzati.

Sekian sahaja, salam hormat, Wabillahittaufiqwalhidayah,


Wassalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai