Anda di halaman 1dari 6

Perarakan Masuk

Mengumumkan perarakan masuk Yang Diraikan Madam Lim Gim Siew ke pentas.
Berikan tepukan gemuruh buat beliau.

10.50 Pagi yang indah penuh ceria. hari yang berbahagia penuh bermakna kita raikan Majlis
UCAPAN “LAMBAIAN KASIH RIMBUNAN BUDI” sempena persaraan Madam Lim Gim Siew.
PENGERUSI BismilLahir Rahmanir Rahim . Assalamu `Alaikum W.B.T
MAJLIS
Yang Berusaha
Pn Nazzatul Ashima binti Abdul Rahman ,Guru Besar SK Bayan Lepas.

Yang Dirai
Madam Lim Gim Siew

Yang Dihormati
En.Tuan Nazri Hisham bin Long Ahmad,Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum,
YDP PIBG, Pn Norzila binti Mad Dali,
Barisan rakan guru dan staf dan murid-murid yang dikasihi.

Majlis juga turut mengalu-alukan kedatangan En Wong Kam Mun suami kepada Yang
Dirai Madam Lim untuk bersama-sama kita bagi meraikan hari yang penuh bersejarah
buat isteri kesayangan beliau. Selamat Datang En Wong.

Hadirin sekalian,
Selamat datang ke :
Majlis “Lambaian Kasih, Rimbunan Budi” sempena persaraan ,Madam Lim Gim Siew.

Sirih berlipat sirih pinang


Sirih dari Tanjung Jara
Pemanis kata selamat datang
Awal BismilLah pembuka bicara

Sarung ketupat berisi inti


Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri

Bunga mawar cantik tersemat


Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

10.55 Bagi menambah keberkatan Majlis pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-
BACAAN DOA sama menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh:
Al Fadhil Ustaz Mohd Tohir bin Omar. Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan.
Amin Amin Ya Rabbal `Alamin
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz Mohd
Tohir bin Omar di atas bacaan doa itu sebentar tadi.

11.00 Aturcara majlis dimulakan dengan mendengar ucapan daripada wakil murid SKBL
UCAPAN WAKIL Majllis dengan ini mempersilakan adik _________________________.
MURID
Terima kasih diucapkan kepada adik ________________________. Semoga ucapan
itu tadi akan tersemat di dalam hati Yang Dirai, Madam Lim Gim Siew.

11.05 Para hadirin sekalian, majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada Puan Guru
UCAPAN GURU Besar, Pn Nazzatul Ashima binti Abdul Rahman. Dipersilakan.
BESAR
Terima kasih Puan GB di atas ucapan itu sebentar tadi.

11.10
BACAAN BIODATA

11.15 Seterusnya, marilah sama-sama kita saksikan persembahan multimedia yang


TAYANGAN memaparkan kenangan-kenangan indah sepanjang tempoh 34 perkhidmatan Yang
MULTIMEDIA Diraikan Madam Lim Gim Siew.

Itulah sebentar tadi dapat kita saksikan persembahan tayangan multimedia


kenangan sepanjang 34 tahun perkhidmatan beliau. Mudah-mudahan
persembahan tersebut dapat memberi sumber inspirasi dan kenangan buat kita
semua.

11.25 Buah mengkudu buah bidara,


UCAPAN PN LIM Mari disimpan di dalam dulang,
Hari ini Puan genap bersara
Jasa baik puan tetap dikenang.

Tidak molek jika ada alu tiada lesungnya,


Tak berguna jika dayung tiada perahunya,
Tak lengkaplah majlis hari ini, jika suaranya tiada berbicara.

Kini, tibalah masa yang kita nanti-nantikan…ucapan terakhir daripada Yang


Dirai..Madam Lim Gim Siew. Oleh itu, majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

Majis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada yang


Diraikan, Pn Lim Gim Siew , atas ucapan itu tadi.

Tiap pertemuan pasti ada perpisahan


Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan
Tapi kaki tetap mengorak jalan
Selagi hayat dikandung badan.

PENYAMPAIAN Majlis sekali lagi menjemput dan mempersilakan Puan Guru ke pentas bagi acara
SIJIL penyampaian Sijil Bersara kepada Madam Lim.
PENGHARGAAN
Mohon Pn GB dan Madam Lim untuk terus berada di atas pentas untuk acara
memotong pulut kuning. Dijemput juga En Wong Kam Mun ke pentas untuk
bersama-sama dengan Madam Lim bagi acara ini.
PENYAMPAIAN
HADIAH Hadirin yang dihormati sekalian

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata sebagai tanda kenang-


kenangan buat insan yang kita raikan pada hari ini iaitu Madam Lim.

Sebelum itu, Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan mempersilakan
Pengerusi Kelab Guru dan Staf, Pn Salmi binti Tajuddin untuk mengiringi Yang Diraikan
Madam Lim Gim Siew, untuk menerima cenderamata kenang-kenangan. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.

Kita akan mulakan dengan penyampaian hadiah dan cenderamata daripada;


- PIBG KISB SK Bayan Lepas
- Panitia Bahasa Melayu
- Panitia Bahasa Inggeris
-
- Individu perseorangan dan murid2.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan Puan


Lim Gim Siew, atas kesudian menerima cenderamata itu sebentar
tadi.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua


penyampai cenderamata sebentar tadi dan semoga menjadi
memori indah dalam dakapan Madam Lim Gim Siew.

PERSEMBAHAN 1.
MURID 2.

PERSEMBAHAN
GURU

12.30 Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan


BERSALAMAN Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama berjalan telah sampai ke destinasi.

Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara.


Majlis juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan Madam Lim
Gim Siew kerana sudi untuk bersama kita pada hari yang penuh bermakna ini dan kami
semua mendoakan agar Yang Diraikan Madam Lim Gim Siew bertambah sihat,ceria dan
bahagia di dalam kehidupan seharian.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu dan hadirin yang
sudi meluangkan masa bersama-sama memeriahkan Majlis “Lambaian Kasih Rimbunan
Budi” ini.

Sebelum bersurai, sama-sama kita bersalam-salaman bermaaf-maafan bersama-sama


dengan yang diraikan Madam Lim Gim Siew.

PERARAKAN
KELUAR Mengumumkan Perarakan Keluar Yang Diraikan Madam Lim Gim Siew,
Diringi oleh Pn Guru Besar dan PK Kokurikulum ke pejabat bagi acara Punch Card
Terakhir penuh bersejarah buat Madam Lim…..Dipersilakan…….
PUNCH CARD
BACAAN BIODATA

Dilahirkan pada tanggal 27 April 1961 di Pulau Pinang. Merupakan anak tunggal kepada pasangan Lim
Bok Chuan dan Ch’ng Suan Wee dan dibesarkan oleh ayah tercinta.

Anak kelahiran Pulau Pinang ini, mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Convent Green Lane
pada tahun 1968-1974. Meneruskan pengajiannya ke Sekolah Menengah Convent Green Lane pada
tahun 1975-1978.

Pada tahun 1981- 1984, beliau telah mengikuti Kursus Asas Perguruannya di Maktab Perguruan
Persekutuan Pulau Pinang di dalam bidang Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris.

Pada tahun 2000-2004 pula, beliau telah melanjutkan pelajarannya di Universiti Sains Malaysia. Menurut
Madam Lim, pada masa inilah beliau merasakan satu cabaran dihimpit dengan komitmennya terhadap
anak2 yang masih kecil dan bapa yang sakit ketika itu. Kejayaan tercapai apabila Madam Lim Berjaya
meraih Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sejarah dan Kesusasteraan Melayu.

Bermula disinilah, beliau melangkah dengan lebih yakin dan berani menempuhi segala dugaan dan ujian
di dalam arena pendidikan yang penuh mencabar. Sepanjang 34 tahun perkhidmatan, Madam Lim telah
mengajar di 5 buah sekolah. Sekolah pertama yang mendapat sentuhannya, ialah SK Gemas Negeri
Sembilan dari tahun 1985-1990. Tahun 1991-1992 pula, beliau berkhidmat dan menabur bakti di SMJK
Kerian, Perak.

Pada tahun 1993, tanggal 21 Mac, Madam Lim telah mendirikan rumahtangga dengan jejaka pilihan
hatinya, En Wong Kam Mun dan dikurniakan 2 orang putera. Inilah yang dikatakan adat rezeki
berumahtangga,akhirnya, Madam Lim dapat kembali berkhidmat di negeri tumpah darah tercinta.

Sekolah Menengah Lelaki Methodis telah menerika khidmat budi Madam Lim selama 6 tahun bermula
tahun 1993 hingga 1998. Tahun 1999 pula, beliau telah bertukar ke SMK Telok Kumbar dan berkhidmat
di sana hingga tahun 2002.

SK Bayan Lepas merupakan sekolah paling lama beliau berkhidmat menabur bakti dan keringat dalam
mendidik anak bangsa. Bermula tahun 2003 sehinggalah tamat persaraan beliau pada hari ini.

Bakat kepimpinannya sungguh menyerah. Beliau mempunyai wawasan yang cukup tinggi dan patut
dicontohi. Sikap prihatinnya terhadap anak-anak didik amat tinggi malah sentiasa mengutamakan
mereka dalam banyak hal.Beliau tidak pernah jemu dan mengalah dlam usaha memberi pendidikan
terbaik kepada semua anak didiknya.

Akhirnya pada tahun 2007, beliau telah menerima Anugerah Khidmat Cemerlang sebagai berkat
usahanya selama ini.

Di sinilah destinasi terakhir beliau, sebelum menamatkan perkhidmatan beliau pada usia persaraan 58
tahun. Sikap keprihatinannya kepada anak bangsatidak pernah luntur di telan massa di mamah usia.
Sentiasa ikhlas menjalankan tugasnya dan tidak pernah lokek berkongsi ilmu. Banyak masa dihabiskan
sebagai tugas seorang pendidik.

Anda mungkin juga menyukai