Anda di halaman 1dari 3

TAJUK : TEKS JURUACARA MAJLIS RESTU ILMU SPM DAN STPM 2015

TEMPAT : DEWAN PERMATA SMKSI


TARIKH: 1 NOV 2015
BI
L
1

QUE
Perarakan masuk

Nyanyian Lagi Bangsa


Johor Dan Sekolah

Aluan Juruacara

ANN
Mengumumkan perarakan masuk Yang
berusaha , Tn. Hj. Aminuddin bin Mohd Sani
Pengetua Cemerlang SMK Sultan Ibrahim Kulai
masuk ke dewan diiringi barisan pentadbir
dan guru-guru
Hadirin sekalian, majlis dimulakan nyanyian
lagu Bangsa Johor dan Lagu sekolah
Terima kasih atas nyanyian itu tadi. Hadirin di
persilakan duduk.
Assalamualaikum ...salam sejahtera, salam
perpaduan dan salam sehati sejiwa.
Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari pulau mutiara
Pemanis kata Selamat datang
Awal bismillah pembuka bicara
Yang berusaha
- Tn. Hj. Aminuddin bin Mohd Sani Pengetua
Cemerlang SMK Sultan Ibrahim Kulai,
- Tn. Hj Zakaria bin Omar, Penolong Kanan
Pentadbiran,
- Pn. Sahila bt Baba, Penolong Kanan Hal
Ehwal Murid,
- En. Abdul Malik bin Salleh, Penolong Kanan
Kokurikulum,
- En. Bilak bin Tombong , PK Pendidikan Khas
- Pn.Faridah bt Mahmod ,PK Ting.6
- Pn. Jake Lina Lee, Yang Dipertua PIBG,
- Ketua-ketua bidang
- Barisan Jawatankuasa pengelola program
- rakan-rakan guru seterusnya calon-calon
peperiksaan sekalian.
Marilah kita merafaqkan kesyukuran ke hadrat
Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia-Nya
kita dapat berkumpul di Dewan Permata ini
untuk menjayakan Majlis Restu Ilmu SPM dan
STPM bagi tahun 2015.
Majlis mengucapkan terima kasih atas
kehadiran calon-calon peperiksaan,tuan-tuan
dan puan-puan sekalian ke majlis ini.
Bagi makluman sidang hadirin sekalian, majlis
ini diadakan bagi meningkatkan keyakinan
dan motivasi para pelajar yang akan
menduduki peperiksaan SPM & STPM agar
dapat menjalani peperiksaan tersebut dengan
1

CATATAN

tenang dan
cemerlang.

menghasilkan

kejayaan

yang

Bacaan doa

Bagi memberkati lagi majlis kita pada pagi ini


dipersilakan saudara
_________________________________ untuk
mengetuai bacaan doa.

Ucapan wakil murid

Bagi meneruskan majlis, dengan ini dijemput


saudara_________________________________dari
tingkatan_____________ selaku wakil pelajar
yang menduduki peperiksaan bagi
menyampaikan ucapan. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.

Ucapan Pengetua

Pergi ke kota membeli selasih,


Selasih berasal dari Tanjung Batu
Berilah kata simpulan kasih,
Sulamkan doa iringkan restu.
Tanpa melengahkan masa, majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan Tn. Hj.
Aminuddin bin Mohd Sani Pengetua
Cemerlang SMK Sultan Ibrahim Kulai untuk
menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Tn. Hj.
Aminuddin bin Mohd Sani Pengetua SMK
Sultan Ibrahim Kulaijaya atas ucapan sebentar
tadi. Begitulah tadi ucapan dan kata-kata
semangat daripada tuan pegetua. Terima
kasih sekali lagi tuan pengetua.

Ucapan YDP PIBG

Seterusnya, majlis mempersilakan Pn. Jake


Lina Lee, Yang Dipertua PIBG, untuk
menyampaikan ucapan dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Pn. Jake Lina
Lee, atas ucapan sebentar tadi.

Penyampaian
cenderahati kepada
calon / Pengedaran
slip peperiksaan

Sekali lagi dipersilakan Tn. Hj. Aminuddin bin


Mohd Sani Pengetua Cemerlang SMK Sultan
Ibrahim Kulaijaya bagi menyampaikan
cenderahati kepada calon / Pengedaran slip
peperiksaan kepada calon-calon. Dipersilakan.

Nyanyian Lagu
Negaraku

Hadirin diminta berdiri untuk sama-sama


menyanyikan lagu Negaraku.
Terima kasih atas nyanyian itu.

1
0

Sesi bersalaman dan


memohon restu

Hadirin sekalian.
Suria bersinar tampak berseri,
Indah awan di langit membiru
Selamat berjuang putera dan puteri
Ayah ibu, guru-guru memberi restu
Sebagai Penutup Majlis Restu Ilmu SPM dan
2

Rujuk ajk
cenderamat
a dan
bagaimana
nak edar
slip

On muzik
instrumenta
l dan calon
akan
bersalaman

STPM tahun 2015 marilah kita ke acara yang


dinanti-nantikan iaitu Ku Pohon Restumu
Wahai guru. Calon peperiksaan dikehendaki
bersalam-salaman dengan guru-guru yang
telah mencurahkan pelbagai ilmu
pengetahuan. Didoakan semoga mendapat
keberkatan dalam menduduki peperiksaan
kelak.
Bagi semua calon peperiksaan gunakanlah
masa semasa sesi bersalam-salaman ini untuk
bermaaf- maafan dengan guru-guru serta
memohon keberkatan ilmu yang dicurahkan
oleh guru. Guru-guru di SMK Sultan Ibrahim
Kulaijaya ini sentiasa mendoakan pelajar agar
selamat dan cemerlang dalam menduduki
peperiksaan kelak.
1
1

Bersurai

Dengan berakhirnya acara bersalam-salaman


itu tadi , maka Majlis Restu Ilmu SPM dan
STPM tahun 2015, sudah melabuhkan tirainya.
Seluruh warga SMK Sultan Ibrahim Kulai
mengucapkan Selamat menduduki
Peperiksaan SPM dan STPM kepada caloncalon dan semoga dapat melakukan dengan
terbaik. Saya sudahi dengan lafaz yang
mulia..wabillah hitaufik..dan jumpa lagi.

Anda mungkin juga menyukai