Anda di halaman 1dari 4

TEKS JURUACARA SAMBUTAN HARI GURU DAM MAJLIS PERPISAHAN

QUE PERKARA CATATAN


SAMBUTAN HARI GURU
Perarakan masuk Diumumkan perarakan masuk Yang berusaha Encik Ibrahim bin Ishak, instrumental
Pengetua SMK Bandar Baru Ampang ,barisan pentadbir, dan guru-guru masuk ke
masuk ke dewan. dewan

Nyanyian lagu Lagu *Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu negeri On minus one
Negaraku dan negeri selangor.
Selangor
Terima kasih atas nyanyian itu tadi . Hadirin dipersilakan duduk

Aluan juruacara Salam sejahtera, salam perpaduan dan salam sehati sejiwa.

Yang berusaha
- SMK Bandar Baru Ampang
- Penolong Kanan Pentadbiran
- Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
- Penolong Kanan Kokurikulum
- Penolong Kanan Petang
- barisan jawatankuasa pengelola program
- guru-guru
- pelajar- pelajar yang dikasihi
- seterusnya hadirin hadirat sekalian.

Hadirin hadirat sekalian,


Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya pada pagi ini kita
dapat berkumpul bersama-sama bagi meraikan insan yang amat kita
sanjungi dalam majlis sambutan hari guru peringkat SMK Bandar Baru
Ampang bagi tahun 2019. “Guru obor hemah menyinari pertiwi”
demikianlah tema perayaan hari guru pada tahun ini.

Hadirin sekalian,

Marilah sama-sama kita memberikan tepukan gemuruh kepada semua guru


SMK Bandar Baru Ampang

Istana kota sebelas tingkat,


Tempat baharu nakhoda pekan;
Sama kata sama sepakat,
Hari guru mari raikan.

Jalan ke darat berpilin-pilin,


Cuaca redup menawan duka;
Guru ibarat cahaya lilin,
Menyuluh hidup tiap ketika.

Bacaan doa Kalimah suci pembuka bicara


Kata disusun untuk keberkatan
1
Semoga kebaikan datang jua
Doa tulus pinta dilafazkan

Bagi memberkati lagi majlis kita pada pagi ini dipersilakan


__________________________ untuk memimpin bacaan doa.

Amin ya rabbal alamin. Terima kasih diucapkan atas bacaan doa itu tadi.

Ucapan Tn.Pengetua Hadirin hadirat yang dihormati sekalian, Atas stage


Diteruskan majlis dengan mempersilakan Pengetua SMK Bandar Baru
Ampang untuk menyampaikan sepatah dua kata. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Encik Ibrahim bin Ishak, Pengetua


Cemerlang SMK Bandar Baru Ampang atas ucapan sebentar tadi.

Nyanyian lagu kami Angin menderu dengan sepoinya, On minus one


guru Malaysia Di anak tangga duduk berperikan;
Kasih guru akan muridnya,
Masa dan tenaga rela korbankan.

Hadirin sekalian,

Hari ini merupakan hari yang sangat bermakna bagi guru-guru SMK Bandar
Baru Ampang kerana mereka diraikan sempena sambutan hari guru
peringkat sekolah. Sehubungan itu, marilah sama-sama kita mendengar
gemersik suara para guru mendendangkan lagu ‘Kami Guru Malaysia’,

Majlis mengucapkan terima kasih atas kesudian para guru menghiburkan


kami semua.

Persembahan 1 Hadirin sekalian, Persembahan


Sambutan hari guru peringkat SMK BBA pada kali ini akan diserikan lagi on
dengan beberapa buah persembahan. Marilah sama-sama kita saksikan.

Begitulah tadi persembahan berbakat daripada murid-murid SMKBBA.


Berikan tepukan yang gemuruh kepada mereka.

MAJLIS PERPISAHAN

Aluan juruacara Hadirin sekalian, sambutan pada pagi ini diteruskan dengan Majlis
perpisahan. Buat makluman semua, yg kita kasihi akan berpindah
2
perkhidmatan ke SMK Dusun Nanding. Jutaan terima kasih dan sekalung
penghargaan diucapkan kepada beliau yang telah banyak menyumbang
bakti kepada SMKBBA. Jasamu seluas lautan , setinggi gunung takkan kami
lupakan.

Ucapan pelajar Warga dewan sekalian, majlis dimulakan dengan mempersilakan saudara
_______________________ wakil murid SMKBBA untuk menyampaikan
sepatah dua kata dipersilakan.

Ucapan guru Warga dewan sekalian, setersunya majlis mempersilakan


__________________________ wakil guru SMKBBA untuk menyampaikan
sepatah dua kata dipersilakan.

Ucapan pengetua Warga dewan sekalian, seterusnya majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan En. Ibrahim bin Ishak Pengetua SMKBBA untuk
menyampaikan sepatah dua kata dipersilakan.

Ucapan yang dirai Pn Tiap pertemuan pasti ada perpisahan


Zahara Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan

Pergi ke kota beli selasih,


Sayang si dara buat halwa
Berilah kata simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa

Hadirin sekalian,
majlis seterusnya mempersilakan Yang diraikan, untuk menyampaikan
ucapan. dipersilakan.

Persembahan 2 Hadirin sekalian, kita teruskna majlis pada pagi ini dengan persembahan
daripada murid-murid SMKBBA. Sama –sama kita saksikan.

Begitulah tadi persembahan berbakat daripada pelajar-pelajar SMK Bandar


Baru Ampang. Berikan tepukan yang gemuruh kepada mereka.

Penyampaian Hadirin sekalian, majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderahati Rujuk ajk
cenderahati kepada Pn untuk menyampaikan cenderahati kenang-kenangan kepada cenderahati
Yang diraikan Pn. Zaharah bt Aripin.

Lambaian kasih dan Dagang singgah membeli kajang Bersurai


bersurai Tambat perahu di muara Deli
Kalau ada umur yang panjang
boleh kita berjumpa lagi

Tuai padi antara nampak


Esok jangan layu-layuan

3
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga


diucapkan kepada semua tetamu jemputan, ahlijawatankuasa pengelola
program dan mereka yag terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam
menjayakan majlis pada kali ini.

Akhir kata kami menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf
seandainya terdapat keterlanjuran kata dan silap bicara sepanjang
mengendalikan majlis pada hari ini. Sekian., wabillah…dan jumpa lagi

Anda mungkin juga menyukai