Anda di halaman 1dari 3

TEKS JURUACARA MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN SMKBBA 2019

TARIKH : 13 APRIL 2019


TEMPAT: DEWAN IBNU SINA SMKBBA

QUE ANN NOTE


Perarakan masuk Diumumkan ketibaan Yang berbahagia En. Subramani a/l Rengasamy, *instrumental
Yang Dipertua Persatuan Ibubapa dan Guru SMK Bandar Baru Ampang masuk ke dewan
, diiringi , Encik Ibrahim bin Ishak, Pengetua SMK Bandar Baru Ampang
, barisan pentadbir, ahlijawatankuasa PIBG dan guru-guru masuk ke
dewan.

Nyanyian lagu *Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku. *apabila semua
Lagu Negaraku hadirin berdiri
Terima kasih atas nyanyian itu tadi . Hadirin dipersilakan duduk music nyanyian
terus dimainkan.
*minus one

Aluan juruacara Salam sejahtera, salam perpaduan dan salam sehati sejiwa.

Yang berbahagia
- En. Subramani a/l Rengasamy, Yang Dipertua Persatuan Ibubapa dan
Guru SMK Bandar Baru Ampang
- Encik Ibrahim bin Ishak, Pengetua SMK Bandar Baru Ampang
- Pn. Norzah bt Suhor, Penolong Kanan Pentadbiran
- Pn. Zahara bt Mohd Aripin, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
- Pn. Shum Kam Wah, Penolong Kanan Petang
- Barisan Ahlijawatankuasa Ibubapa dan guru sesi 2019/2020
- Para ibu bapa dan penjaga
- barisan jawatankuasa pengelola program
- guru-guru
- pelajar- pelajar yang dikasihi
- seterusnya hadirin hadirat sekalian.

Hadirin hadirat sekalian,


Selamat datang ke Majlis Anugerah Kecemerlangan Kurikulum tahun
2019. Buat makluman hadirin, Majlis Anugerah kecemerlangan kali ke 16
pada tahun ini bertemakan Kecemerlangan Penjana Generasi
Berwawasan.

Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Yang


Berbahagia En. Subramani a/l Rengasamy, Yang Dipertua Persatuan
Ibubapa dan Guru SMK Bandar Baru Ampang dan para hadirin kerana
meluangkan masa untuk bersama-sama dalam majlis pada pagi ini.

Bacaan doa Kalimah suci pembuka bicara


1
Kata disusun untuk keberkatan
Semoga kebaikan datang jua
Doa tulus pinta dilafazkan

Bagi memberkati lagi majlis kita pada pagi ini dipersilakan Ustaz Sahrun
Nizam bin Sukarman untuk mengetuai bacaan doa.

Amin ya rabbal alamin. Terima kasih diucapkan atas bacaan doa itu tadi.

Ucapan Hadirin hadirat yang dihormati sekalian, *Atas stage


Tn.Pengetua Diteruskan majlis dengan mempersilakan Encik Ibrahim bin Ishak,
Pengetua SMK Bandar Baru Ampang
untuk menyampaikan sepatah dua kata. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Encik Ibrahim bin Ishak, Pengetua


Cemerlang SMK Bandar Baru Ampang atas ucapan sebentar tadi.

Ucapan Warga dewan yang dihormati sekalian, *Atas stage


perasmi/tetamu
jemputan Tak molek jika ada alu tiada lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah majlis jika tiada tetamu jemputan tidak berbicara.

Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan Yang Berbahagia


En. Subramani a/l Rengasamy, Yang Dipertua Persatuan Ibubapa dan Guru
SMK Bandar Baru Ampang untuk menyampaikan ucapan seterusnya
merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Kurikulum kali ke 16 SMK
Bandar Baru Ampang tahun 2019
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia


En. Subramani a/l Rengasamy, Yang Dipertua Persatuan Ibubapa dan Guru
SMK Bandar Baru Ampang atas ucapan perasmian sebentar tadi.

Penyampaian Hadirin sekalian, Rujuk lampiran


hadiah
(PK1) “Berkebaya batik berwarna merah - Tingkatan
Diserikan dengan permata belian peralihan
Tibalah masa penyampaian anugerah - Tingkatan 1
Penerima teruja menunggu giliran - Tingkatan 2

Oleh itu, bagi menyempurnakan acara, majlis dengan segala hormatnya


menjemput Pn. Norzah Bt Suhor, Pen. Kanan Pentadbiran diiringi Pn.
Zabariah bt Omar, Guru Kanan Teknik dan Vokasional untuk
menyampaikan anugerah. Dipersilakan

Terima kasih diucapkan kepada Pn. Norzah Bt Suhor, Pen. Kanan


Pentadbiran atas kesudian menyampaikan hadiah dan tahniah diucapkan
kepada penerima anugerah

Penyampaian Hadirin sekalian , Rujuk lampiran


hadiah Majlis diteruskan dengan penyampaian anugerah bagi tingkatan 3 dan 4.

2
(PENGETUA) - Tingkatan 3
Oleh itu, majlis menjemput En. Ibrahim bin Ishak, Pengetua SMK Bandar - Tingkatan 4
Baru Ampang diiringi En. Wan Mohd Ruhaimi bin Wan Embong, Guru
kanan Sains dan Matematik untuk menyempurnakan acara. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada En. Ibrahim bin Ishak, Pengetua SMK
Bandar Baru Ampang atas kesudian menyampaian hadiah dan tahniah
diucapkan kepada para penerima anugerah.

Persembahan Hadirin sekalian, Ajk persembahan


1
Majlis Anugerah Kecemerlangan kali ke 16 SMK Bandar Baru Ampang
tahun 2019 akan diserikan lagi dengan Persembahan Dikir Barat oleh
kumpulan dikir barat Seri Kandi.

Dipersilakan.

Begitulah tadi persembahan berbakat daripada pelajar-pelajar SMK


Bandar Baru Ampang. Berikan tepukan yang gemuruh kepada mereka.

Penyampaian Hadirin sekalian , Rujuk lampiran


hadiah Tanpa melengahkan masa majlis diteruskan dengan penyampaian
(TETAMU anugerah - Tingkatan 5
JEMPUTAN) ____________________________________________________________ - Guru
____________________________________________________________

Dengan itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang berbahagia


En. Subramani a/l Rengasamy, Yang Dipertua Persatuan Ibubapa dan Guru
SMK Bandar Baru Ampang
diiringi Encik Ibrahim bin Ishak, Pengetua SMK Bandar Baru Ampang
untuk menyempurnakan acara. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Yang berbahagia En. Subramani a/l


Rengasamy, Yang Dipertua Persatuan Ibubapa dan Guru SMK Bandar Baru
Ampang atas kesudian menyampaian hadiah dan sijil.
Bersurai Dagang singgah membeli kajang
Tambat perahu di muara Deli
Kalau ada umur yang panjang
boleh kita berjumpa lagi

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga


diucapkan kepada semua tetamu jemputan, ahlijawatankuasa pengelola
program dan mereka yag terlibat secara langsung dan tidak langsung
dalam menjayakan Majlis anugerah kecemerlangan kali ke 16 SMK BBA
tahun 2019 ini.

Akhir kata kami menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf
seandainya terdapat keterlanjuran kata dan silap bicara sepanjang
mengendalikan majlis pada hari ini. Sekian., wabillah…dan jumpa lagi

Anda mungkin juga menyukai