Anda di halaman 1dari 10

Komponen kognitif

Djamarah (2000) berpendapat bahawa sesuatu yang belum diketahui dapat


mendorong pelajar untuk belajar untuk mencari tahu. Pelajar mengambil sikap seiring dengan
minatnya terhadap suatu objek. Pelajar mempunyai keyakinan dan pendirian tentang apa yang
seharusnya dilakukannya. Sikap itulah yang mendasari dan mendorong ke arah perbuatan
belajar. Jadi, sikap pelajar dapat dipengaruhi oleh motivasi sehingga ia dapat menentukan
sikap belajar dalam diri seseorang pelajar.
Sehubungan itu, dapat dijelaskan ialah sikap seorang pelajar seiring dengan minatnya
terhadap suatu objek. Kemudian diyakini bahwa objek yang menarik minat pelajar tersebut
misalnya terhadap proses pembelajaran di kelas akan menjadi dasar motivasi pelajar sehingga
akan menentukan sikap pelajar itu untuk belajar.
Menurut Walgito (2004), Sikap mengandungi tiga komponen iaitu kognitif
(konseptual), afektif (emosional), konatif (perilaku atau tindakan).Komponen kognitif iaitu
komponen yang berkaitan dengan pengetahuan, pandangan, keyakinan dan hal-hal yang
berkaitan dengan bagaimana seseorang mempersepsi sesuatu perkara.
Dalam pada itu, komponen kognitif atau komponen konseptual ialah komponen yang
berkaitan dengan pengetahuan, pandangan, keyakinan dan hal-hal yang berkaitan dengan
bagaimana seseorang individu itu menilai sesuatu objek.Komponen perkembangan kognitif
yang ditinjau dari pengetahuan menjadi fokus utama kerana perkembangan kognitif
mempengaruhi semua aktiviti pembelajaran dalam kalangan murid. Komponen ini memberi
penekanan kepada pemupukan sikap positif terhadap pelajaran. Penguasaan asas kemahiran
kognitif ini adalah penting untuk memahami sesuatu konsep dalam semua komponen. Dalam
pembelajaran, komponen kognitif sangat diperlukan misalnya untuk memahami konsep,
prinsip, dan penyelesaian kepada permasalahn pembelajaran. Kualiti penyelesaian masalah,
bergantung kepada kemahiran membuat keputusan, berasaskan naluri atau sebab yang boleh
diterima. Pelajar boleh dilatih membuat refleksi dan menilai keputusan yang telah diambil.
Sebagai contoh, dalam pemerhatian yang telah dilakukan dalam kelas Peralihan A dan
pelajar-pelajarnya berumur 13 tahun. Sepanjang pemerhatian, tingkahlaku pelajar yang keluar
masuk kelas tanpa kebenaran guru telah berlaku. Guru telah memberi arahan supaya pelajarpelajar tersebut duduk di tempat masing-masing dan membuat latihan yang diberikan tetapi
pelajar-pelajar tersebut masih ingkar dan tidak mendengar arahan guru. Ada juga segelintir
murid sahaja yang mendengar arahan guru dan membuat latihan yang diberikan.
1

Menurut teori behavioristik belajar adalah perubahan tingkah laku sebagai hasil dari
pengalaman (Gage, Berliner, 1984). Belajar merupakan akibat adanya interaksi antara
stimulus dan respon (Slavin, 2000). Seseorang dianggap telah belajar sesuatu jika dia dapat
menunjukkan perubahan perilakunya. Menurut teori ini dalam belajar yang penting adalah
input yang berupa stimulus dan output yang berupa respon. Stimulus adalah apa saja yang
diberikan guru kepada pelajar, sedangkan respon berupa reaksi atau tanggapan pelajar
terhadap stimulus yang diberikan oleh guru tersebut. Proses yang terjadi antara stimulus dan
respon tidak penting untuk diperhatikan kerana tidak dapat diamati dan tidak dapat diukur.
Yang dapat diamati adalah stimulus dan respon, oleh kerana itu apa yang diberikan oleh guru
(stimulus) dan apa yang diterima oleh pelajar (respons) harus dapat diamati dan diukur.

Teori Behaviorisme
Menurut ahli-ahli psikologi Behaviorisme, pembelajaran adalah perubahan kekal yang
berlaku dalam diri seseorang individu disebabkan oleh latihan dan pengalaman. Proses
pembelajaran ini dilalui oleh setiap insan sejak dilahirkan sehingga sukar bagi kita untuk
membezakan dan memisahkan antara pembelajaran dengan tumbersaran kerana keduaduanya saling berkaitan. Ahli Behaviorisme juga menumpukan perhatian ke atas aspek
tingkah laku manusia yang boleh diperhatikan dan diukur (Suppiah Nachiappan, 2008).
Menurut Gulo dan Dali, (2000) menyatakan bahawa tingkah laku adalah tindakan
manusia atau haiwan yang dapat dilihat. Hal ini bermaksud bahawa teori ini lebih melihat
kepada perubahan tingkah laku manusia sedia ada terhadap sesuatu rangsangan luar yang
boleh membawa kepada perubahan tingkah laku, sama ada kepada yang lebih baik atau
sebaliknya. Rangsangan yang diberikan juga mungkin boleh menukar perubahan tingkah laku
menjadi lebih buruk jika pendekatan yang diberikan tidak tepat.
Menurut Ramachandra (1994), tingkah laku yang dikaji melihat kepada tingkah laku
yang kurang baik yang mana melibatkan penggunaan tubuh badan yang berbentuk kekerasan
seperti desakan atau pembohongan. Pelajar-pelajar berkecenderungan untuk melakukan
kesalahan seperti pembohongan apabila mereka tidak menyiapkan kerja rumah, ponteng kelas
atau ponteng sekolah. Walaupun masalah sebenar adalah kerana kurang minat terhadap
sesuatu matapelajaran di sekolah. Tujuannya adalah untuk menyelamatkan diri dari
dikenakan hukuman oleh guru.

Terdapat empat jenis teori Behaviorisme iaitu Teori Pelaziman Klasik Pavlov, Teori
Pelaziman Klasik Watson, Teori Edward L. Thorndike dan Teori Pelaziman Operan Skinner.
Menurut Thorndike (dalam Suppiah Nachiappan, 2008) mengemukakan konsep pembelajaran
manusia dikawal oleh hukum pembelajaran yang terdiri daripada hukum kesediaan, hukum
latihan dan hukum kesan. Hukum ini ditafsirkan oleh beliau melalui pengkajian beliau
terhadap seekor kucing yang lapar dan cuba untuk mendapatkan makanan di luar sangkarnya.
Kucing tersebut menggunakan teknik cuba jaya dan mengulanginya apabila berjaya.
Thorndike berpendapat bahawa pembelajaran berlaku hasil gabungan stimuli atau ransangan
dan respons atau tindak balas.
Pelajar juga perlu mempunyai tahap kesediaan agar sesuatu perkara yang dilakukan
tidak dikategorikan sebagai paksaan. Tiga bentuk kesediaan iaitu kesediaan psikomotor,
kesediaan afektif dan kesediaan kognitif. Ini bermaksud pelajar perlu bersedia dari segi
fizikal, emosi dan pemikiran (Suppiah Nachiappan, 2008).
Teori tingkah laku juga dikenali sebagai teori behaviorisme. Teori ini memberi
perhatian dan mengkaji tingkah laku manusia, kerana tingkah laku manusia boleh di lihat dan
diukur. Pada asasnya teori ini melihat tingkah laku manusia sebagai tindakan kepada
rangsangan (Stimulus to response). Teori ini juga menekankan pentingnya pengukuhan
(reinforcement) menerusi ganjaran atau insentif untuk merangsang dan mempengaruhi apa
dan bagaimana manusia melakukan sesuatu, termasuk bagaimana murid belajar.
Menurut teori behavioristik belajar adalah perubahan tingkah laku sebagai hasil dari
pengalaman (Gage, Berliner, 1984) Belajar merupakan akibat adanya interaksi antara
stimulus dan respons (Slavin, 2000). Seseorang dianggap telah belajar sesuatu jika dia dapat
menunjukkan perubahan perilakunya. Menurut teori ini dalam belajar yang penting adalah
input yang berupa stimulus dan output yang berupa respons. Stimulus adalah apa saja yang
diberikan guru kepada murid, sedangkan respon berupa reaksi atau tanggapan murid terhadap
stimulus yang diberikan oleh guru tersebut. Proses yang terjadi antara stimulus dan respons
tidak penting untuk diperhatikan kerana tidak dapat diamati dan tidak dapat diukur. Yang
dapat diamati adalah stimulus dan respons, oleh kerana itu apa yang diberikan oleh guru
(stimulus) dan apa yang diterima oleh murid (respons) harus dapat diamati dan diukur. Teori
ini mengutamakan pengukuran, sebab pengukuran merupakan suatu hal penting untuk
melihat terjadi atau tidaknya perubahan tingkah laku tersebut.

Antara tokoh-tokoh mazhab behavioris yang terpengaruh dalam pembentukan teori


pembelajaran ialah Ivan P.Pavlov, J.B. Watson, Edward L.Thorndike dan B.F. Skinner.
Menurut ahli-ahli psikologi Behaviorisme, pembelajaran adalah perubahan kekal yang
berlaku dalam diri seseorang individu disebabkan oleh latihan atau pengalaman. Aliran
Behaviorisme menumpukan perhatian ke atas aspek tingkah laku manusia yang boleh
diperhatikan dan boleh diukur.Kebanyakan teori pembelajaran mereka adalah dihasilkan
daripada pemerhatian dan ujian ke atas haiwan seperti anjing, tikus, kucing dan burung dalam
keadaan bilik makmal.Teori pengajaran tingkahlaku (behaviorisme ) ini sangat dominan
dalam tahun 1950an dan 1960an dan masih berpengaruh hari ini. Teori Pembelajaran
Behaviorisme terbahagi kepada 4 iaitu Teori Pelaziman Klasik Pavlov, Teori Pelaziman
Klasik Watson, Teori Edward L.Thorndike dan Teori Pelaziman Operan Skinner.
Teori Pelaziman Klasik dikaitkan dengan seorang ahli sains Rusia, Ivan P. Pavlov.
Beliau menggunakan anjing untuk mengkaji sistem pencernaannya selepas diberi makanan
dan akhirnya menemui Teori Pelaziman Klasik. Beliau menjalankan eksperimennya dengan
menggunakan seekor anjing dan mengkaji perkaitan rembesan air liur dengan proses
pelaziman. Pavlov telah mendapati bahawa rembesan air liur dan jus gastrik anjing bukan
sahaja ditambah semasa makanan di dalam mulutnya, tetapi juga apabila makanan yang
dikesannya. Fenomena rembesan air liur dan jus gastrik adalah sesuatu jenis gerak balas yang
tidak perlu dipelajari yang dinamakan gerak balas tak terlazim. Tetapi fenomena rembesan air
liur yang berlaku semasa makanan dikesannya adalah sesuatu yang dipelajari yang di panggil
gerak balas terlazim. Manakala makanan yang dikesannya adalah dipanggil sebagai
rangsangan terlazim. Bagi mengesahkan fenomena tersebut, Pavlov menggunakan cahaya
lampu dan bunyi loceng sebagai ransangan terlazim. Hasilnya mendapati bahawa, anjing
akan melelehkan air liurnya apabila loceng dibunyikan.
Menurut Pavlov, setiap ransangan akan menimbulkan gerak balas. Gerak balas adalah
sebarang tingkah laku yang timbul akibat ransangan. Rangsangan adalah sebarang bentuk
tenaga yang menimbulkan gerak balas. Contohnya apabila anda duduk di atas kerusi dalam
bilik doktor gigi, anda menggetar ketakutan walaupun ubat bius dapat menghilangkan
kesakitan anda. Ini disebabkan anda mengaitkan kerusi tersebut dengan pengalaman sakit
dalam peristiwa cabut gigi sebelum ini. Pembelajaran yang mengaitkan kerusi doktor gigi
dengan kesakitan dikenali sebagai "pelaziman klasik". Pembelajaran begini juga kadangkala
disebut " Pavlovian Conditioning" (Poediger et. al. 1996sm. 225) Watson dan Rayner pula
telah menjalankan kajian untuk membuktikan bahawa emosi manusia boleh dilazimkan
4

secara pelaziman klasik. Beliau telah menjalankan kajian ke atas seorang kanak-kanak lelaki
bernama Albert berusia 11 bulan dan seekor tikus putih. Pada mulanya, Albert tidak
menunjukkan perasaan takut apabila ditunjukkan dengan seekor tikus putih. Tetapi apabila
satu bunyi yang kuat dikeluarkan apabila Albert mahu mencapai tikus putih tersebut, Albert
menjadi takut dan mengangis. Berdasarkan penyelidikan ini, Watson menyarankan bahawa
guru boleh mempengaruhi pengalaman pembelajaran pelajar dengan menentukan ransangan
dan jenis gerak balas yang akan dihasilkan. Sungguhpun begitu, kajian Watson telah dikritik
kerana dianggap telah melanggar etika.

Pengenalan
Memang sudah menjadi lumrah alam bahawa murid-murid yang kita ajar
mempunyai tahap pencapaian yang berbeza-beza. Ada yang cepat faham akan
isi kandungan pelajaran yang diajarkan oleh guru, namun ada juga yang lambat
untuk memahami isi pengajaran yang diajarkan oleh guru. Oleh hal yang
demikian, terdapat pelbagai cara atau kaedah yang boleh digunakan untuk
mengajar murid sama ada yang cerdik dan pintar ataupun yang sederhana
ataupun lemah. Penulis cuma akan menyentuh cara atau kaedah untuk mengajar
murid yang sederhana dan lemah sahaja dalam perbincangan kali ini. Kaedah
yang digunakan perlu dipelbagaikan kerana kelemahan murid pun berbeza-beza.
Perkara yang sudah pasti ialah pelajar yang lemah juga, tidak menguasai
kemahiran bahasa yang baik dan sering dikaitkan dengan masalah disiplin.
Sering kali juga kita mendengar bahawa guru-guru akan melabel murid-murid
tersebut dengan berbagai-bagai label atau panggilan yang negatif. Perkara ini
perlulah dielakkan jika kita benar-benar hendak membantu murid yang lemah ini.
Cabaran dan Tanggungjawab Guru
Oleh hal yang demikian, cabaran yang terpaksa dihadapi oleh guru yang
mengajar murid kelas lemah berbanding dengan kelas pandai adalah lebih
hebat. Namun demikian, jadikan cabaran itu sebagai peluang untuk berbakti
kepada anak bangsa. Selain itu apabila kita mengajar murid lemah, otak kita
sentiasa bergerak cergas kerana kita memaksanya berfikir untuk mencari
kaedah yang menarik dan sesuai untuk menangani pelbagai masalah di dalam
kelas murid lemah ini.

Satu aspek yang paling penting dan perlu diberikan penekanan ialah kemahiran
dalam kawalan kelas. Guru perlu mengawal kelas agar disiplin murid di dalam
kelas murid lemah itu terkawal. Selain itu, terangkan kepada mereka sebab atau
faktor yang menyebabkan guru mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana
murid yang tidak mendengar arahan guru. Terangkan kepada murid, bahawa kita
hidup memang dikawal oleh peraturan. Tidak kira kita berada di mana pun,
sudah pasti ada peraturan atau undang-undang yang perlu dipatuhi. Di jalan
raya, kita perlu mengikut peraturan, malahan di rumah pun ada peraturan yang
perlu dipatuhi. Jadi, ketika berada di dalam kelas sudah tentu murid-murid perlu
mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh guru dan pihak sekolah.

Apabila kelas sudah dapat dikawal, barulah guru memulakan pelajaran. Biasanya
bagi kelas murid lemah ini, guru-guru perlu menggunakan silibus minimum
kerana tahap pencapaian mereka memang rendah. Jika mereka menguasai
silibus minimum ini pun sudah bolehlah dibanggakan, kerana mereka kurang
bermotivasi untuk mencapai tahap yang lebih tinggi seperti murid-murid pintar
yang lain. Namun begitu kita perlu memotivasikan mereka dengan memberikan
peluang, harapan dan mereka juga perlulah berfikir secara positif. Elakkan sikap
merendah-rendahkan kebolehan atau pencapaian mereka kerana perkara itu
akan

mematikan

semangat

mereka

dan

yang

lebih

buruk

lagi

akan

menyebabkan mereka benci kepada guru dan mata pelajaran yang diajarkan
oleh guru itu.

Sebagai guru, kita perlu menekankan pembelajaran yang berkesan di dalam


kelas. Pengajaran yang berkesan merupakan pengajaran yang membolehkan
pelajar memperoleh kemahiran, pengetahuan, sikap dan objektif yang telah
ditetapkan. Pakar-pakar pendidikan juga mengatakan bahawa pengajaran yang
berkesan ialah pengajaran yang menarik. Pengajaran berkesan atau efektif juga
sebenarnya merupakan pengajaran yang digemari oleh pelajar. Oleh hal yang
demikian, pengajaran yang efektif dapat ditakrifkan sebagai suatu aktiviti yang
berupaya

meningkatkan

hasil

pembelajaran

dalam

suasana

yang

sihat,

demokratik dan bersemangat. Hasil pembelajaran yang dimaksudkan ialah


perubahan tingkah laku pelajar dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek
akibat penerimaan pengetahuan atau kepercayaan baharu. Menurut Wan Zah
Wan Ali (2000), guru yang efektif mempunyai sikap yang adil dan tidak pilih
6

kasih, bertimbang rasa, baik hati, bertanggungjawab, suka menolong individu


yang lain, banyak bersabar dalam melayani kerenah pelajar, tenang, dan stabil
emosinya.

Guru juga perlu mengamalkan sikap peramah dan mudah didekati. Dengan cara
yang demikian, pelajar tidak akan berasa takut untuk bertanya soalan atau
berkomunikasi dengan guru. Seterusnya, guru perlulah memberikan pujian
walaupun jawapan mereka kurang tepat dan jangan sekali-kali menghina atau
memandang rendah terhadap mereka walaupun jawapan yang diberikan oleh
mereka itu tidak tepat atau salah. Perkara ini akan memberikan keyakinan
kepada mereka untuk menjawab soalan yang lain pada masa akan datang. Hal
ini juga akan menimbulkan tanggapan positif pelajar terhadap guru. Pelajar akan
menganggap guru mudah dihampiri dan guru juga perlulah menyelitkan unsur
humor atau jenaka di dalam kelas agar tidak membosankan murid. Perkara ini
penting kerana mereka berasa selesa, tertarik dan lebih yakin untuk belajar
dalam keadaan yang sedemikian. Guru juga seharusnya mempunyai personaliti
dinamik, iaitu menarik, aktif, dan bersungguh-sungguh semasa mengajar murid.
Selain itu, guru juga perlu memberikan contoh teladan yang baik serta memakai
pakaian yang kemas dan sesuai untuk menggambarkan imej sebagai seorang
pendidik yang cemerlang.

Kajian Tindakan
Guru-guru seharusnya menjalankan kajian tindakan di dalam kelas. Kajian
tindakan perlu dijalankan kerana guru dapat mengenal pasti kelemahan murid di
dalam kelasnya sendiri dan cuba untuk membimbing atau merawat murid-murid
yang lemah. Sudah tentu guru-guru yang mengajar murid-murid di dalam
kelasnya sendiri yang mengetahui kelemahan yang dihadapi oleh muridmuridnya. Oleh hal yang demikian, guru-guru perlulah mencari cara atau teknik
yang sesuai untuk mengatasi kelemahan murid-muridnya itu. Sekurangkurangnya guru perlu memikirkan cara atau teknik untuk membantu muridmuridnya dalam mata pelajaran yang diajarnya itu. Sekiranya cara atau teknik
yang digunakan itu kurang berkesan untuk mengatasi kelemahan muridnya itu,
maka guru bolehlah mencuba cara atau teknik yang lain. Guru-guru boleh
berbincang dengan rakan-rakan sejawatan untuk mencari cara dan teknik yang
7

berkesan itu. Perkara yang lebih penting ialah semangat guru itu untuk mencari
cara atau teknik yang berkesan perlulah diberikan pujian dan mereka tidak
seharusnya mudah berputus asa jika gagal buat kali pertama. Guru perlu
mencuba pelbagai cara atau teknik, walaupun beberapa kali sehinggalah
bertemu dengan cara atau kaedah yang berkesan.
Guru boleh bertanya kepada murid-murid dan berbincang dengan mereka
tentang cara-cara atau teknik-teknik yang disukai oleh mereka semasa di dalam
kelas. Guru bolehlah menggunakan cara yang disukai oleh murid agar
pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan berkesan. Selain itu guru boleh
mendapatkan pandangan murid tentang cara yang digunakan oleh guru sebelum
ini, sama ada cara itu membosankan atau menarik perhatian mereka. Jika
jawapannya negatif, guru harus mengubah teknik tersebut. Guru juga perlu
mendapatkan komen atau pandangan murid tentang perkara-perkara yang tidak
disukai oleh mereka terhadap guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran
sedang berlangsung. Selain secara lisan, guru juga boleh mengedarkan soal
selidik yang ringkas ataupun murid-murid menulis sebarang komen tentang cara
guru mengajar murid.
Teknik Pengajaran yang Berkesan

Guru-guru seharusnya peka dengan tuntutan Kementerian Pelajaran yang mahu


kaedah pengajaran guru mestilah berpusatkan pelajar dan tidak berpusatkan
guru. Dengan menggunakan kaedah tersebut, sudah tentu kaedah pengajaran
mesti menarik perhatian mereka. Tambahan pula murid-murid yang lemah ini
lebih berminat terhadap pengajaran guru jika mereka dilibatkan sama dengan
aktiviti yang disukai oleh mereka. Murid-murid tersebut hendaklah diberikan
aktiviti yang berbentuk "hands on" dan perkara ini tidak membosankan mereka.
Untuk menarik perhatian murid, guru-guru perlulah menggunakan pendekatan
pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan bahan bantu belajar (BBB). Oleh
yang demikian sudah tentulah memerlukan BBB yang digunakan untuk menarik
perhatian murid selain faktor guru yang mesra dan tidak terlalu serius semasa
pengajaran dan pembelajaran. Pakar-pakar dalam bidang pendidikan juga sering
mengaitkan bahawa pengajaran yang berkesan ialah pengajaran yang menarik.

Dalam mengendalikan kelas yang lemah dan bermasalah ini, guru perlulah
bersikap tegas terhadap murid tetapi bukannya garang. Hal ini demikian kerana,
murid-murid perlu diberikan penerangan tentang sebab-sebab guru perlu
bertindak

dengan

tegas

semasa

pengajaran

dan

pembelajaran

sedang

berlangsung. Oleh itu guru-guru perlu mendampingi murid-murid dan bimbinglah


mereka kerana mereka sebenarnya memerlukan bimbingan. Selain itu guru juga
tidak seharusnya bersikap prejudis dan pilih kasih semasa mengajar murid di
dalam kelas. Hal ini demikian kerana murid-murid tidak suka akan guru-guru
yang bersikap sedemikian. Oleh itu guru-guru perlu menghormati muridmuridnya dan insyaallah, murid-murid juga akan hormat kepada guru. Perkara ini
sudah menjadi lumrah iaitu murid-murid ini juga manusia biasa dan perlu
dihormati untuk meningkatkan harga diri mereka. Biasanya murid-murid yang
selalunya

biadap

terhadap

guru

juga

akan

tunduk

kepada

guru

yang

menghormati mereka dan meningkatkan harga diri mereka.

Guru-guru perlulah memberikan harapan dan sokongan moral kepada pelajar


untuk berjaya atau lulus dalam peperiksaan. Selalu ingatkan mereka agar berfikir
secara positif dan yakinkan mereka bahawa mereka boleh lulus dalam
peperiksaan tetapi mestilah diikuti dengan usaha gigih dan berterusan tanpa
mengenal putus asa. Guru-guru hendaklah selalu memberikan pujian dan katakata semangat terhadap murid sebagai dorongan untuk mereka belajar dan lulus
dalam peperiksaan. Selain itu cari perkara disukai oleh mereka dalam
pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya ada murid yang pandai melukis, minta
mereka melukis perkara yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran
pada hari itu di dalam kelas.

Guru-guru juga harus kreatif dan mencipta kaedah sendiri yang berkesan dan
biasanya berbentuk formula yang memudahkan murid mengingat sesuatu fakta.
Sebagai contohnya, gunakan formula IniKah Cinta (Isi, Kesan dan Contoh)
untuk menghurai isi karangan dalam satu perenggan. Selain itu, guru-guru perlu
memberi latihan kepada murid mengikut tahap dan kemampuan mereka. Beri
latihan yang mudah kepada pelajar lemah atau permudahkan latihan itu dengan
memberikan latihan terarah atau mengisi tempat kosong. Di samping itu guruguru juga perlu melatih pelajar untuk membuat pembetulan terhadap kesalahan
yang dilakukan dan guru perlu menyemak latihan murid dengan teliti. Pastikan
9

murid membuat pembetulan bagi setiap kesalahan yang ditandakan. Seterusnya


langkah yang akhir ialah teknik latih tubi atau teknik hafalan perlulah dilakukan
dan kalau perlu lengkapkan murid dengan fakta-fakta penting yang mungkin
ditanya dalam peperiksaan. Hal ini boleh membantu mereka sekurang-kurangnya
untuk lulus dalam peperiksaan.
Menurut teori ini setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas. Gerak balas
ialah apa sahaja tingkah laku yang timbul akibat daripada rangsangan. Manakala
rangsangan pula adalah apa sahaja bentuk tenaga yang menimbulkan gerak
balas (Ee Ah Meng 1994). Pembelajaran boleh berlaku akibat kaitan di antara
rangsangan dengan gerak balas. Rangsangan juga boleh dikaitkan dengan satu
rangsangan yang lain untuk mendatangkan pembelajaran. Pembelajaran yang
berlaku kerana perkaitan di namakan pelaziman manakala pembelajaran akibat
dari perkaitan dua rangsangan di namakan pelaziman klasik.
Contohnya, apabila guru memberikan arahan supaya murid mengangkat tangan,
maka

murid

dengan

cepat

akan

mengangkat

tangannya.

Arahan

ialah

rangsangan, manakala tindakan mengangkat tangan ialah gerakbalas. Hasil


daripada kajiannya, Pavlov berpendapat bahawa pembelajaran boleh berlaku
kesan daripada kaitan antara rangsangan dengan gerakbalas. Pembelajaran
yang berlaku melalui perkaitan tersebut dinamakan sebagai pelaziman dan
pembelajaran yang berlaku akibat dua ransangan ini dikenali sebagai pelaziman
klasik

10

Anda mungkin juga menyukai