Anda di halaman 1dari 19

BAB 4

DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan
Bab ini akan membincangkan hasil dapatan kajian. Dalam subtopik ini, diperjelaskan objektif dan soalan
kajian secara ringkas dan diterangkan mengenai Kaedah Hermeneutik dengan terperinci. Tujuan kajian
ini ialah untuk mengenalpasti faktor penyumbang masalah penderaan seksual dalam kalangan murid
berkeperluan khas melalui jawapan soal selidik yang dihasilkan sebagai teks kepada 5 orang awam.
Kedah Hermeneutik digunakan untuk menganalisis soal selidik tersebut. Daripada analisi ini, interpretasi
tentang faktor-faktor penyumbang masalah penderaan seksual terhadap murid berkeperluan khas telah
dibuat.
Bab ini juga akan membincangkan hasil terhadap 5 jenis konstruk (faktor) yang ditanya kepada orang
awam, iaitu latar belakang ekonomi, kurang didikan agama, krisis rumah tangga, tahap pendidikan
seksual yang rendah dan pengaruh media sosial.Sebanyak 20 soalan yang dijawab oleh responden.
Pendapat responden yang ditulis di dalam jawapan soal selidik ini diinterpretasikan dengan terperinci
dalam bentuk metateks.
Berdasarkan pengamatan pengkaji, jawapan-jawapan tersebut telah dikelaskan kepada jawapan yang
menyokong atau kurang menyokong. Daripada beberapa jawapan yang menyokong, analisi yang
terperinci telah dilakukan bagi menerangkan dan menunjukkan pendapat sebenar responden. Berikut,
dibincangkan hasil analisis jawapan responden menggunakan Kaedah Hermeneutik

4.2 Analisis faktor penyumbang masalah penderaan seksual dalam kalangan murid berkeperluan
khas melalui Analisis Hermeneutik.
4.2.1 Struktur Jawapan
Menurut Asamah Hj. Omar (1992) , sesebuah esei yang ditulis hendaklah mempunyai organisasi
yang jelas dan sistematik supaya menepati tugasan atau kehendak soalan atau tajuk esei. Kejayaan ini
bergantung kepada kebolehan menyusun maklumat dengan sistematik supaya mudah dibaca.

Kejelasan pendapat atau aturan ayat dalam ruangan jawapan soal selidik oleh responden adalah
mudah difahami,lebih mudah dan terus terang.Hasil analisis 20 jawapan responden menunjukkan hampir
kesemuanya mempunyai struktur jawapan yang baik, khususnya dari segi pemahaman soalan yang
diajukan, mempunyai ulasan sendiri serta menyokong semua faktor yang ditanya. Hanya ada beberapa
soalan yang tidak diulas dengan baik. Dalam kajian ini aspek-aspek seperti tatabahasa, tanda baca,huruf
besar dan ejaan tidak dijadikan aspek ukuran atau penilaian, kerana aspek yang ditekankan ialah tahap
sokongan terhadap faktor-faktor berlakunya penderaan seksual terhadap murid berkeperluan khas.
Secara umum, struktur jawapan dapat menunjukkan kefahaman dan kejelasan serta skema responden
tentang jawapan soalan seperti yang dikehendaki oleh soalan. Oleh itu, dengan menganalisis struktur
jawapan responden, dapat dikesan frasa yang menyokong atau kurang menyokong faktor yang ditanya
dalam soalan.

Selain itu, pengkaji juga ingin membandingkan jawapan soalan selidik adakah dijawab mengikut
kehendak soalan. Sebagai contoh, di antara beberapa jawapan soalan selidik yang dijawap
keseluruhannya, 70% menghuraikan jawapan bagi soalan yang ditanya. Didapati secara umum, jawapan
kepada soalan soal selidik adalah menyokong tetapi huraian pendapat adalah berbeza bagi setiap
responden. Secara terperinci, frasa-frasa ini akan dianalisiskan dalam bahagian seterusnya.

Soalan soal selidik ialah berkaitan faktor penyumbang masalah penderaan seksual dalam kalangan
murid berkeperluan khas . Untuk menjawab 20 soalan soal selidik ini, responden perlu memahami apakah
maksud setiap konstruk , perkaitan yang signifikan yang boleh menjadi faktor penyebab perlakunya

masalah penderaan seksual dalam kalam murid berkeperluan khas.Jangkaan yang dijangka dalam
penulisan jawapan soal selidik ini ialah untuk melihat huraian yang boleh meyakinkan pengkaji bahawa
faktor-faktor yang ditanya adalah penyumbang kepada masalah penderaan seksual iaiatu latar belakang
ekonomi,kurang didikan agama,krisis rumahtangga dan tahap pendidikan seksual yang rendah serta
pengaruh media sosial. Untuk menyatakan sebab mengapa responden berpendapat menyokong faktor itu,
maka mereka perlulah mempunyai pengetahuan dan maklumat terperinci serta betul mengenai faktor
penyumbang masalah penderaan seksual kanak-kanak berkeperluan khas.

Skema tentang faktor penyumbang ini perlulah ada dalam minda responden untuk membuat
huraian jawapan yang baik.Jika tidak, maka responden tidak dapat menghasilkan huraian jawapan yang
betul dan tepat.Berikut ialah 20 soalan beserta huraian jawapan yang diberikan responden:

4.3 Interpretasi dapatan kajian berdasarkan Model Kaedah Hermeneutik


4.3.1 Faktor Penyumbang dari Aspek Ekonomi

Teks Asal

Interpretasi Teks Melalui Kaedah


Hermaneutik

Soalan:1(pendapatan rendah)

Soalan ini menanyakan responden adakah


faktor ekonomi menjadi penyebab kepada

R1:Ya

masalah penderaan seksual kanak-kanak. Maka

R2:Ya, faktor pendapatan yang rendah


menyebabkan desakan hidup dan tekanan emosi.
Gangguan emosi boleh menyumbang kepada
penderaan seksual.

kelima-lima responden bersetuju menyatakan

R3:Ya, kurang sumber kewangan akan


memeberikan tekanan kepada ibu bapa.
Akhirnya, menimbulkan tingkahlaku yang
menyalahi norma.

ya, walaupun R1 tidak menyatakan dengan


huraian mengapa beliau menyokong.
Daripada

huraian,

penyelidik

dapat

menganalisis maksud yang ingin disampaikan


oleh responden. Mereka menyokong bahawa
masalah

kewangan

yang

dihadapi

oleh

R4:Ya, saya bersetuju. Contohnya, apabila tidak


cukup wang, maka berlaku tekanan , yang
menimbulkan rasa geram dan marah.

sesebuah keluarga itu boleh memberi tekanan,

R5 : Keluarga yang mempunyai kekangan dari


segi ekonomi ,mungkin akan melacurkan anakanak sebagai penyumbang kepada ekonomi
keluarga.

kanak berkeperluan khas.

Soalan 2 (tidak berpendapatan tetap)

Dalam

menimbulkan perasaan marah dan benci.Faktor


lain yang menjadi punca penderaan kanak-

kelima-lima

jawapan

responden,

disertakan huraian yang lengkap mengapa


R1:Boleh mempengaruhi. Apa yang saya boleh
lihat ialah apabila tidak ada pekerjaan, maka
tidak ada duit. Maka pelaku akan membuat kerja
mudah dengan menculik kanak-kanak dan
melacurkan mereka.
R2:setuju kerana apabila tidak bekerja, banyak
menghabiskan masa di rumah, disamping
ketidakstabilan emosi akibat tiada pekerjaan
menyebabkan berlakunya penderaan seksual di
rumah.

mereka menyokong bahawa ibu bapa yang


tidak

menyumbang
seksual.

R4:Pelaku banyak melepak bersama kawankawan dan apabila di rumah hanya menonton
aktiviti. Jadi apabila ada anak-anak ini yang
menganggu rutin harian mereka, mula lah pelaku
membuat hal.

pekerjaan

kepada

R1

pengetahuan

masalah

contohnya
lengkap

tetap

boleh

penderaan
mempunyai

rasionalnya

beliau

menyokong .Ini kerana bagi beliau, ramai ibu


bapa yang menjadi kurang waras kerana
tekanan tersebut. Mereka sering melepaskan
tekanan

R3:Tiada pekerjaan tetap akan mempengaruhi


keseimbangan ekonomi keluarga, sosioekonomi
yang tidak stabil akan mempengaruhi emosi dan
tindakan seseorang.

mempunyai

tersebut

dengan

menyakiti

atau

memukul anak-anak mengikut R2. Aspek


ekonomi memang penting untuk mewujudkan
keluarga yang sempurna.

4.3.2 Faktor Penyumbang dari Aspek Tahap Didikan Agama

Teks Asal

Interpretasi Teks Melalui Kaedah


Hermaneutik

Soalan1( kurang pengetahuan agama)

Selain itu, responden juga berpendapat bahawa

R1:Ya.

faktor

R2:Ya, kurang pengetahuan agama


menyebabkan seseorang individu bertindak
tanpa menggunakan waras fikiran/ jahil
tentang perkara baik dan buruk.

penderaan

R3:ya, semua perbuatan bermula dengan


kemahuan dan niat barulah sesuatu tindakan
terjadi.
R4: Walaupun didikan agama telah diberikan
sejak kecil lagi, namun jika tidak diamalkan
menyebabkan perilaku penderaan seksual
terhadap kanak-kanak khas dilakukan tanpa
rasa bersalah.

paling

utama

anak-anak

berlakunya
ini

ialah

masalah
kurangnya

pendidikan agama di kalangan ibu bapa dan


anak-anak. Ilmu agama amat penting di dalam
rumah tangga kerana ia boleh memberi panduan
yang terbaik dalam menguruskan keluarga.
Namun R1 menunjukkan bahawa beliau tidak
mempunyai maklumat lengkap tentang konsep
pengetahuan agama. Hal ini kerana beliau tidak
dapat

membuat

huraian

mengapa

menyokong.
Responden lain menyokong bahawa

R5: Memang tidak dinafikan bahawa


kebanyakan ibu bapa ada memperoleh
pendidikan agama,walaubagaimanapun tidak
ramai yang mengamalkan ajaran agama
mereka. Jika penghayatan agama tidak kuat,
tidak mungkin ibu bapa akan berkelakuan
bagai haruan makan anak dan sanggup
mendera darah daging sendiri.

beliau

bilangan

kurang pengetahuan agama boleh menjadi faktor


berlakunya masalah ini.
Kebanyakan responden dalam kajian ini di dapati
telah mendapatkan maklumat yang sewajarnya
berkaitan

faktor

penderaan

seksual

murid

berkeperluan khas. Mereka boleh menghurai


maklumat dengan baik dan bermakna.

Soalan 2:(kemahuan seksual)

R1, R3 dan R5 menunjukkan responden tidak


memahami

R1:Ya

dan

tiada

pengetahuan

tentang

kemahuan seksual. Mereka ini mungkin tidak

R2:Ya, kemahuan seksual yang tinggi


lagi berkahwin dan tidak mempunyai skemata
menyebabkan seseorang mengambil jalan yang
tentang bagaimana kemahuan seksual boleh
mudah untuk memuaskan nafsunya.
R3:Mungkin juga.

menjadi faktor utama penyebab berlakunya

R4:Kemahuan seksual yang tinggi boleh


mendorong berlakunya penderaan seksual
terhadap kanak-kanak berkeperluan khas.

penderaan seksual murid berkeperluan khas.

R5:Ya

menghuraikan dengan baik bahawa kemahuan

Berbeza dengan R2 dan R3 yang boleh


seksual yang tinggi boleh mendorong pelaku
untuk melakukan perbuatan tidak bermoral itu.

4.3.3 Faktor Penyumbang dari Aspek Krisis Rumahtangga Pelaku

PERNYATAAN

Interpretasi Teks Melalui Kaedah


Hermaneutik

Soalan 1(kepuasan seksual tidak dipenuhi)

Selain itu, R3 dan R5 berpendapat bahawa faktor

R1: Tidak pasti.

lain berlakunya masalah penderaan anak-anak ini


ialah kepuasan seksual yang tidak dipenuhi oleh

R2:Mungkin juga, kepuasan seksual yang


tidak dipenuhi mendorong seseorang individu
memuaskan nafsu dengan cara yang salah.
R3:ya, kerana keinginan tidak dipenuhi akan
beralih kepada orang lain terutamanya
golongan yang lemah.

pasangan.
Namun R1 , R2 dan R4 menunjukkan bahawa
mereka tidak pasti kerana tidak mempunyai
maklumat lengkap tentang konsep keperluan seks.
Hal ini kerana mereka tidak dapat membuat
huraian mengapa beliau menyokong.

R4:Mungkin juga.
R5:Secara peribadi, krisis rumahtangga amat
mempengaruhi. Layanan dingin oleh isteri,
ketidakpuasan nafsu menyumbang ke arah
masalah penderaan seksual.Hubungan pelaku
dengan mangsa penderaan adalah merangkumi
hubungan ibu bapa, abang, pakcik dan
sebagainya.
Soalan 2(pergaduhan dan penceraian)

Daripada skema jawapan responden, dapat dilihat

R1:Ya, setuju.

bahawa mereka bersetuju dan menyokong bahawa


pergaduhan dan penceraian menjadi penyebab

R2:Setuju kerana penceraian ibu bapa boleh


menyebabkan pengabaian terhadap anak-anak
mereka. Hal ini akan menyebabkan kanakkanak berkeperluan khas cenderung menjadi
mangsa penderaan.

berlakunya masalah penderaan anak-anak ini


Namun R1 menunjukkan bahawa beliau tidak
mempunyai maklumat lengkap tentang konsep
pergaduhan dan penceraian dalam memberi impak

R3:anak-anak daripada keluarga yang bercerai


akan kurang mendapat perhatian dan kasih
sayang daripada ibu bapa. Mereka terdedah
dengan risiko menjadi mangsa penderaan
seksual.

terhadap masalah penderaan seksual kanak-kanak.

R4:mungkin balas dendam

telah mendapatkan maklumat yang sewajarnya

Hal ini kerana beliau tidak dapat membuat


huraian mengapa beliau menyokong.
Kebanyakan responden dalam kajian ini di dapati
berkaitan

faktor

penderaan

seksual

murid

R5:Krisis rumahtangga dapat menyumbang


masalah penderaan apabila kepuasan seksual
pasangan tidak dipenuhi , maka kanak-kanak
berkeperluan khas ini akan menjadi pemuas
nafsu si pelaku.

berkeperluan khas. Mereka boleh menghurai

Soalan 3(Selepas bercerai, orang sekeliling)

Kebanyakan responden dalam kajian ini di dapati

maklumat dengan baik dan bermakna.

4.3.4 Faktor Penyumbang dari Aspek Pendedahan Pendidikan Seksual

PERNYATAAN

Interpretasi Teks Melalui Kaedah


Hermaneutik

Soalan 1(pengetahuan seksual rendah)

Kebanyakan responden dalam kajian ini di

R1:Apabila kanak-kanak ini tidak mengambil


berat tentang pengetahuan seks, maka pelaku
kejadian sumbang akan mudah berlaku.

dapati

mendapatkan

maklumat

yang

sewajarnya berkaitan faktor penderaan seksual


murid

R2:kanak-kanak berkeperluan khas yang tidak


mempunyai pengetahuan seksual tidak dapat
membezakan kebaikan dan keburukan sesuatu
situasi menyebabkan mereka menganggap
masalah ini perkara yang normal dan akhirnya
ketagih dengan keseronokan ini.

telah

berkeperluan

menghurai

maklumat

khas.

Mereka

dengan

boleh

baik

dan

bermakna.
Para responden bersetuju dan menyokong
bahawa

faktor

lain

berlakunya

masalah

penderaan anak-anak ini ialah pengetahuan


R3:kanak-kanak yang tidak memahami tindakan
tersebut adalah salah di sisi agama dan undangundang kerana ketidakfahaman atau pengetahuan
seksual.

seksual

yang

berpendapat

rendah.Ini
bahawa

kerana

apabila

mereka

pengetahuan

seksual rendah, maka mudah sahaja pelaku


untuk melakukan perkara ini, kerana murid

R4:kanak-kanak berkeperluan khas tidak


mengetahui sesuatu perbuatan itu sebenarnya
adalah salah.

berkeperluan khas tidak mengetahui bahawa


perilaku tersebut adalah salah.
Namun

R5:Ya, ini kerana apabila pendedahan kurang,


maka MBK tidak sedar dan tidak tahu bahawa
mereka sebenarnya sudah mengalami penderaan
seksual.

menunjukkan bahawa beliau tidak

mempunyai maklumat lengkap tentang konsep.


Hal ini kerana beliau tidak dapat membuat
huraian mengapa beliau menyokong.

Soalan 2(kaedah pengajaran di sekolah)

Kebanyakan responden dalam kajian ini di

R1:Diasingkan pelajar lelaki dan perempuan


ketika pendidikan seks diterangkan.

dapati

R2:kaedah pengajaran pendidikan seksual


memasukkan elemen- elemen langkah-langkah
pencegahan, kesan serta punca-punca berlakunya
penderaan seksual.

telah

mendapatkan

maklumat

yang

sewajarnya berkaitan faktor penderaan seksual


murid

berkeperluan

menghurai

maklumat

khas.

Mereka

dengan

baik

boleh
dan

bermakna.
Para responden bersetuju dan menyokong
bahawa

pengajaran

di

sekolah

boleh

R3:Diintegrasikan dalam subjek pendidikan islam mengurangkan berlakunya masalah penderaan


dan moral atau dalam pengurusan diri.
seksual anak-anak ini .Ini kerana mereka boleh
R4: Diajarkan oleh setiap guru mata pelajaran.

mencadangkan kaedah untuk

menyampaikan

pengajaran seks di sekolah..


R5:perlu diberikan buku Teks.
Soalan 3(kepentingan pendidikan seksual)

Kebanyakan responden dalam kajian ini di

4.3.5 Faktor Penyumbang dari Aspek Pendedahan Media Sosial

PERNYATAAN

Interpretasi Teks Melalui Kaedah


Hermaneutik

Soalan 1(fungsi media sosial)

Kebanyakan responden dalam kajian ini di dapati

R1:Media sosial yang tidak baik, boleh


mempengaruhi pelakau atau kanak-kanak
berkeperluan khas.

telah mendapatkan maklumat yang sewajarnya


berkaitan

faktor

penderaan

seksual

murid

berkeperluan khas. Mereka boleh menghurai


R2:media sosial merupakan platform yang sangat maklumat dengan baik dan bermakna.
pantas untuk menyebarkan unsur-unsur berkaitan
Kelima-lima responden bersetuju dan menyokong
seks. Media sosial mudah diakses dan sukar di
awasi penggunaannya.
bahawa media sosial memberi kesan terhadap
R3:Media sosial mampu merangsang keinginan
sosial remaja sekiranya bentuk yang
diterjemahkan dalam media sosial tidak dikawal.
R4:Di media sosial banyak ditayangkan perkara
yang tidak sepatutnya. Oleh itu, pemantauan oleh
ibu bapa adalah sangat penting.

masalah

penderaan

seksual

kanak-kanak

berkeperluan khas.
Jika dianalisis, mereka sebenarnya menerima
media

sosial

sebagai

sebahagian

dalam

kehidupan mereka, tetapi dalam masa yang sama,


mereka tidak menyokong sekiranya media sosial
menjadi faktor timbul masalah penderaan seksual

R5:Rancangan di TV hendaklah menayangkan


berita dan cerita yang tidak mempunyai unsur
seks seperti adegan cium, meraba dan
bersentuhan.
Soalan 2(media sosial kepada kanak
berkeperluan khas)
R1:Amat wajar
R2:Sangat wajar.kanak-kanak berkeperluan khas
harus didedahkan tentang implikasi media dan
bagaimana cara pencegahannya.
R3:Perlu, supaya mereka sedar akan perlunya
batasan penggunaan media sosial ini.

kerana kandungan edia yang tidak sesuai untuk


ditayangkan kepada umum.
Kebanyakan responden dalam kajian ini di dapati
telah mendapatkan maklumat yang sewajarnya
berkaitan

faktor

penderaan

seksual

murid

berkeperluan khas. Mereka boleh menghurai


maklumat dengan baik dan bermakna.
Namun R1 menunjukkan bahawa beliau tidak
mempunyai maklumat lengkap tentang konsep
kewajaran pendedahan media sosial kepada
murid berkeperluan khas.Hal ini kerana beliau
tidak dapat membuat huraian mengapa beliau

R4:kanak-kanak berkeperluan khas perlu


diberitahu tentang keburukan media sosial.

menyokong.
Keempat-empat

R5:Aksi yang mengghairahkan banyak


ditayangkan di kaca tv. Pelaku boleh terangsang
dan menyebabkan berlakunya penderaan sosial
terhadap MBK.

responden

bersetuju

dan

menyokong bahawa murid berkeperluan khas,


perlu diberi pendedahan mengenai kebaikan dan
keburukan media sosial, laman web apa yang
tidak boleh dilawati dan lain-lain lagi.
Melalui

pemerhatian

pengkaji,

mereka

sebenarnya menerima media sosial sebagai

4.3.6 Latarbelakang Responden tentang Faktor-Faktor Masalah Penderaan Seksual Terhadap


MBK.
Kajian ini di berikan kepada 5 orang responden yang terdiri daripada 4 perempuan dan seorang lelaki.
Umur responden ialah 21 hingga 40 tahun. Para responden berkelulusan Ijazah Sarjanamuda dan bekerja
sebagai guru. Kesemua responden mengenali kanak-kanak berkeperluan khas dan mengetahui konsep
penderaan seksual secara umum.

4.4

SOALAN KAJIAN 1 (Adakah faktor latar belakang ekonomi mempengaruhi masalah

penderaan seksual terhadap MBK?)

Hasil daripada analisis jawapan responden, didapati bahawa faktor latarbelakang ekonomi menyumbang
kepada masalah penderaan seksual dalam kalangan murid berkeperluan khas. Faktor pendapatan ibu bapa
yang rendah, ibu bapa tidak mempunyai pekerjaan yang tetap,faktor persekitaran dan bilangan ahli
keluarga yang ramai di sokong oleh para responden.

Responden 2 menyatakan faktor pendapatan yang rendah menyebabkan desakan hidup dan tekanan
emosi. Gangguan emosi boleh menyumbang kepada penderaan seksual manakala Tesponden 3
berpendapat kurang sumber kewangan akan memeberikan tekanan kepada ibu bapa. Akhirnya,
menimbulkan tingkahlaku yang menyalahi norma. Begitu juga Responden 4 dan Responden 5 mereka
juga turut bersetuju bahawa apabila tidak cukup wang, maka berlaku tekanan, yang menimbulkan rasa
geram dan marah. Tambahan lagi keluarga yang mempunyai kekangan dari segi ekonomi ,mungkin akan
melacurkan anak-anak sebagai penyumbang kepada ekonomi keluarga.

Selain itu, pengangguran juga boleh mempengaruhi. Menurut Responden 1 apabila tidak ada pekerjaan,
maka tidak ada duit. Maka pelaku akan membuat kerja mudah dengan menculik kanak-kanak dan
melacurkan mereka. Responden 2 juga bersetuju kerana apabila tidak bekerja, banyak menghabiskan

masa di rumah, disamping ketidakstabilan emosi akibat tiada pekerjaan menyebabkan berlakunya
penderaan seksual di rumah. Begiru juga dengan Responden R3 berpendapat bahawa tiada pekerjaan
tetap akan mempengaruhi keseimbangan ekonomi keluarga, sosioekonomi yang tidak stabil akan
mempengaruhi emosi dan tindakan seseorang ,Akhir sekali Responden 4;Pelaku banyak melepak
bersama kawan-kawan dan apabila di rumah hanya menonton aktiviti. Jadi apabila ada anak-anak ini
yang menganggu rutin harian mereka, mula lah pelaku membuat hal.

4.5 SOALAN KAJIAN 2(Adakah tahap pendidikan agama yang rendah menjadi penyumbang
masalah penderaan seksual terhadap MBK?)

Faktor kedua berlakunya masalah penganiayaan anak-anak pula ialah disebabkan kurangnya pendidikan
agama di kalangan ibu bapa. Ilmu agama amat penting di dalam rumah tangga kerana ia boleh memberi
panduan yang terbaik dalam menguruskan keluarga. Setiap masalah yang berlaku pasti ada
penyelesaiannya jika berlandaskan kepada al-Quran dan al-Sunnah. Islam telah menerapkan sikap yang
baik yang perlu dicontohi oleh setiap umatnya seperti tahap kesabaran yang tinggi terutamanya dalam
melayan kerenah anak-anak.

Para responden bersetuju bahawa kemahuan seksual mendorong berlakunya masalah ini di samping
kepentingan ilmu agama dan didikan agama perlu diberikan sejak kecil lagi. Contohnya, Responden 5
menyatakan bahawa memang tidak dinafikan bahawa kebanyakan ibu bapa ada memperoleh pendidikan
agama,walaubagaimanapun tidak ramai yang mengamalkan ajaran agama mereka. Jika penghayatan
agama tidak kuat, tidak mungkin ibu bapa akan berkelakuan bagai haruan makan anak dan sanggup
mendera darah daging sendiri.

Seterusnya Responden 2 bersetuju bahawa kemahuan seksual yang tinggi menyebabkan seseorang
mengambil jalan yang mudah untuk memuaskan nafsunya. Responden 3 hanya menyatakan amat penting
tanpa huraian yang lengkap mengenai pendapat beliau. Tambahan lagi, Responden 1 berpendapat
pengetahuan agama wajib diberi dari peringkat umur kanak-kanak lagi, supaya ilmu agama yang
diperoleh dapat melindungi mereka dari perkara yang tidak baik.

4.6 SOALAN KAJIAN 3(Adakah faktor krisis rumahtangga mempengaruhi masalah penderaan
seksual terhadap MBK?)

Antara faktor atau punca berlakunya kes-kes penderaan kanak-kanak ialah krisis rumahtangga yang
dihadapi ibu bapa. Ibu bapa yang ketagih dadah atau arak juga menjadi faktor utama terjadinya kes
penderaan kanak-kanak. Ketagihan ini menyebabkan mereka hilang pertimbangan dan perikemanusiaan.
Anak-anaklah yang sering menjadi mangsa mereka. Seperti yang diketahui,kesan dadah atau arak
menyebabkan sipenagihnya lupa diri dan khayal. Oleh itu,mereka lupa akan tanggungjawab dan lupa
kepada keluarga,malah menyeksa anak-anak yang tidak berdosa.

Responden 5 menyatakan secara peribadi, krisis rumahtangga amat mempengaruhi. Layanan dingin oleh
isteri, ketidakpuasan nafsu menyumbang ke arah masalah penderaan seksual.Hubungan pelaku dengan
mangsa penderaan adalah merangkumi hubungan ibu bapa, abang, pakcik dan sebagainya.
Manakala Responden 2 bersetuju bahawa punca berlaku penderaan kanak-kanak berkeperluan khas
kerana penceraian ibu bapa .Pengabaian terhadap anak-anak mereka menyebabkan kanak-kanak
berkeperluan khas cenderung menjadi mangsa penderaan.

Faktor ini adalah salah satu faktor yang boleh dikatakan juga popular dalam berlakunya penderaan kanakkanak. Kadangkala ibu bapa yang telah bercerai atau kematian suami akan berkahwin lain. Maka ibu atau
ayah tiri mereka seolah-olah membenci anak-anak hasil daripada perkahwinan sebelumnya. Kebanyakan
kes penderaan kanak-kanak ini tidak berlaku sewaktu ayah atau ibu sebenar kanak-kanak ini berada di
rumah. Ayah atau ibu tiri ini akan melakukan penderaan terhadap kanak-kanak ini sewaktu ibu atau ayah
mereka tiada. Jika di depan, dia akan bermuka-muka seolah-olah menyayangi kanak-kanak tersebut. Pada
kebiasaan nya penderaan yang dilakukan oleh ibu tiri bersifat penderaan fizikal dan penderaan yang
dilakukan ayah tiri bersifat fizikal dan seksual. Pendapat ini diutarakan oleh Responden 3 dan Responden
5.

Menurut kajian, sekitar 15% hingga 20% wanita dan 5% hingga 15% dari orang lelaki mengalami
gangguan seksual ketika mereka kecil.Kebanyakan pelaku gangguan seksual adalah berkenalan dengan
pemangsa mereka; sekitar 30% adalah saudara kanak-kanak itu sendiri, seperti adik-beradik, ayah, ibu
atau sepupu; sekitar 60% pula adalah kenalan lain seperti kawan-kawan dari keluarga, pengasuh anak,
atau jiran tetangga, dan 10% ialah orang asing .

Menurut Responden 1, krisis rumahtangga boleh menjadi faktor berlakunya penderaan seksual terhadap
kanak-kanak berkeperluan khas. Pendapat Responden 2 dan responden 3 juga menyokong Responden 1
bahawa krisis rumahtangga boleh menyebabkan gangguan emosi, ego dendam dan sifat mementingkan
diri sendiri.hal ini akan menyebabkan kanak-kanak berkeperluan khas akan menjadi mangsa penderaan
seksual. Ibu bapa yang sering bertengkar akan menyebabkan kanak-kanak mencari kasih sayang dan
perhatian diluar. Ini mewujudkan peluang kepada pelaku penderaan seksual.Responden 5 berpendapat
bahawa krisis rumahtangga menjadi faktor terbesar penyumbang masalah penderaan seksual terhadap
MBK.Ditemui bahawa penderaan lebih kerap ketika ibu bapa mangsa berada dalam proses penceraian
kerana mencari tempat untuk meluahkan rasa marah, kecewa dan membalas dendam.

4.7 SOALAN KAJIAN 4(Adakah tahap pendidikan seksual yang rendah menjadi penyumbang
masalah penderaan seksual MBK?)

Tahap pendidikan seksual yang rendah menyebabkan terjadi masalah penderaan seksual Murid
Berkeperluan Khas. Para responden bersetuju dan menyokong bahawa faktor lain berlakunya masalah
penderaan anak-anak ini ialah pengetahuan seksual yang rendah.Ini kerana mereka berpendapat bahawa
apabila pengetahuan seksual rendah, maka mudah sahaja pelaku untuk melakukan perkara ini, kerana
murid berkeperluan khas tidak mengetahui bahawa perilaku tersebut adalah salah. Seperti yang
dinyatakan oleh R1;Apabila kanak-kanak ini tidak mengambil berat tentang pengetahuan seks, maka
pelaku kejadian sumbang akan mudah berlaku, Responden 2; kanak-kanak berkeperluan khas yang tidak
mempunyai pengetahuan seksual tidak dapat membezakan kebaikan dan keburukan sesuatu situasi
menyebabkan mereka menganggap masalah ini perkara yang normal dan akhirnya ketagih dengan
keseronokan ini.

Selain itu, Responden 3 menyatakan kanak-kanak yang tidak memahami tindakan tersebut adalah salah di
sisi agama dan undang-undang kerana ketidakfahaman atau pengetahuan seksual dan Responden 4;
kanak-kanak berkeperluan khas tidak mengetahui sesuatu perbuatan itu sebenarnya adalah salah serta
Responden 5;Ya, ini kerana apabila pendedahan kurang, maka MBK tidak sedar dan tidak tahu bahawa
mereka sebenarnya sudah mengalami penderaan seksual.

Kebanyakan responden dalam kajian ini di dapati telah mendapatkan maklumat yang sewajarnya
berkaitan faktor penderaan seksual murid berkeperluan khas. Mereka boleh menghurai maklumat dengan
baik dan bermakna. Pendidikan seksual juga sesuai diajar disekolah mengikut kaedah seperti diasingkan
pelajar lelaki dan perempuan ketika pendidikan seks diterangkan menurut Responden 1. Kaedah
pengajaran pendidikan seksual memasukkan elemen- elemen langkah-langkah pencegahan, kesan serta
punca-punca berlakunya penderaan seksual(Responden 2). Pendidikan Seksual boleh diintegrasikan
dalam subjek pendidikan islam dan moral atau dalam pengurusan diri (Responden 3).

Pendidikan seksual amat penting untuk diajar kepada kanak-kanak berkeperluan khas . Ini kerana
menurut Responden 1:Apabila kanak-kanak ini sudah mendapat pendedahan tentang keburukan seks
contohnya boleh mengandung, penyakit berjangkit, dibunuh, maka mereka akan takut untuk disentuh
oleh lelaki . Faktor ini turut disokong oleh Responden 2:Pendidikan seksual dapat memberikan
pengetahuan kepada murid tentang penderaan seksual. Ilmu pengetahuan yang mendalam tentang perkara
ini dapat membentuk jati diri yang utuh dalam murid. Kanak-kanak sedar akan perilaku seksual yang
tidak patut wujud dan boleh memaklumkan kepaa orang tua tentang perkara tersebut supaya tidak berani
ambil peluang(Responden 3). Walaupun mereka berkeperluan khas, guru boleh memberitahu perkara
yang penting dan mudah untuk difahami. Penerangan yang ringkas boleh memberi makna dalam
kehidupan mereka. Menurut Reponden 5 pula, kurang pengetahuan tentang pendidikan seksual
menyebabkan berlakunya penderaan seksual secara tidak langsung.

4.8 SOALAN KAJIAN 5(Adakah media sosial menjadi penyumbang kepada masalah penderaan
seksual terhadap MBK?)

Penderaan seksual merujuk kepada perlakuan individu yang memaksa, memperdaya atau mengugut
kanak-kanak yang mendorong berlakunya hubungan seksual, sumbang, rakaman filem atau persembahan
yang mempunyai tujuan eksploitasi seks dengan mereka untuk memuaskan nafsu seksual. Penderaan
seksual termasuk menyentuh bahagian sulit, menunjukkan bahan-bahan lucah kepada kanak-kanak,
mengambil gambar kanak-kanak dalam aksi seksual.menggalakkan kanak-kanak menonton atau
mendengar aksi seksual, rogol, seks oral dan liwat. Menurut Responden 1;Media sosial yang tidak baik,
boleh mempengaruhi pelakau atau kanak-kanak berkeperluan khas.Manakala Responden 2;media sosial
merupakan platform yang sangat pantas untuk menyebarkan unsur-unsur berkaitan seks. Media sosial
mudah diakses dan sukar di awasi penggunaannya. Responden 3 dan Responden 4 juga bersetuju dengan
menyatakan media sosial mampu merangsang keinginan sosial remaja sekiranya bentuk yang
diterjemahkan dalam media sosial tidak dikawal serta media sosial banyak ditayangkan perkara yang
tidak sepatutnya. Oleh itu, pemantauan oleh ibu bapa adalah sangat penting. Rancangan di TV hendaklah
menayangkan berita dan cerita yang tidak mempunyai unsur seks seperti adegan cium, meraba dan
bersentuhan menurut Responden 5.

Media sosial amat wajar di dedahkan kepada Murid berkeperluan khas menurut Responden 1. Responden
2 juga menyokong bahawa sangat wajar.kanak-kanak berkeperluan khas harus didedahkan tentang
implikasi media dan bagaimana cara pencegahannya yang turut disokong oleh Responden 3, Responden 4
dan Responden 5.Siapa yang sepatutnya memberi penerangan tentang media sosial kepada kanak-kanak
berkeperluan khas, ialah pihak sekolah, ibu bapa, dan juga kerajaan menurut Responden 1 . Ini turut
dipersetujui oleh Responden 2 dan 3 yang menambah pihak produksi dan penerbit turut memainkan
peranan penting dalam memberi penerangan tentang media sosial kepada kanak-kanak berkeperluan
khas.

Media sosial juga sangat perlu didedahkan kepada masyarakat kerana individu-individu ini yang

mempunyai peranan yang sangat penting dalam membendung hal in berlaku menurut Responden 1.
Responden 3 menyokong bahawa ibu bapa dan sekolah ini adalah agen penyebar maklumat kepada
murid-murid pendidikan khas.
4.10 RUMUSAN
Dalam bab ini pengkaji telah membincangkan secara terperinci dan telah menunjukkan bagaimana
analisis Hermeneutik telah digunakan untuk menginterpretasikan teks yang telah ditulis oleh
responden.Secara umumnya, responden dalam kajian ini di dapati telah mendapatkan maklumat yang
sewajarnya berkaitan faktor penderaan seksual murid berkeperluan khas. Mereka boleh menghurai
maklumat dengan baik dan bermakna. Kelima-lima responden bersetuju dan menyokong bahawa faktorfaktor yang dikemukakan memberi impak terhadap masalah penderaan seksual.

Anda mungkin juga menyukai