Anda di halaman 1dari 14

BAB 1

PENGENALAN
Hubungan antara Penghargaan Kendiri dan Kemurungan dalam Kalangan Suri Rumah di
Selangor.

1.1 Pendahuluan

Pada dasarnya kajian ini dibuat untuk mengkaji tahap penghargaan kendiri dalam
kalangan suri rumah tangga di Selangor. Penghargaan kendiri merupakan satu motivasi diri
yang sangat penting untuk seseorang itu bertingkah laku dan menjalankan kehidupan.
Tahap penghargaan kendiri ini mempunyai pengaruh yang mendalam dalam perkembangan
hidup setiap insan. Berbicara soal penghargaan kendiri kita tidak boleh melupakan hal
peribadi, atau disebut juga perilaku, tingkah laku, persona atau personaliti. Oleh hal yang
demikian, penyelidik ingin melihat kecenderungan seorang suri rumah dengan tahap
penghargaan kendiri yang berbeza mempengaruhi tahap kemurungan mereka. Penyelidik
sedia maklum, kehidupan seseorang itu boleh dilakukan mengikut tahap penghargaan
kendiri tertentu. Penyelidik juga menyedari penghargaan kendiri berperanan penting dalam
mendominasi tahap pemikiran kognitif diri seseorang.
Dalam kajian ini juga, penyelidik juga akan mengukur tahap kemurungan suri
rumah. Kemurungan adalah gangguan perasaan seseorang yang menyebabkan seseorang
itu merasa sedih yang berpanjangan, keletihan dan ketiadaan tenaga, cepat marah serta
hilang minat dalam aktiviti harian. Ia berlarutan sekurang-kurangnya dalam masa 2
minggu. Penyakit ini boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja tidak kira umur, jantina atau
bangsa. Kemurungan boleh berlangsung sehingga berbulan-bulan atau bertahun-tahun.
Terdapat beberapa punca yang menyumbang kepada peningkatan tahap kemurungan yang
memberi impak yang besar dalam kehidupan mereka khususnya suri rumah. Jadi penyelidik
menggunakan skala pengukur tahap penghargaan kendiri untuk mencari punca kepada
kemurungan dalam kalangan suri rumah.
Penyelidik memfokuskan kajian ini kepada golongan suri rumah tangga kerana
golongan ini hampir majoritinya adalah golongan wanita yang merupakan golongan
berisiko menghadapi kemurungan. Suri rumah tangga merupakan individu yang
bertanggungjawap untuk menjaga kebajikan dan keperluan seisi rumah. Tugas dan
tanggungjawap yang besar ini dipikul tanpa mendapat ganjaran atau upah. Hal ini
menjadikan golongan suri rumah tangga ini mempunyai risiko besar untuk mengalami

1
gangguan yang boleh menjejaskan tahap penghargaan kendiri dan seterusnya membawa
kepada kemurungan terhadap golongan ini.
Oleh hal yang demikian, penyelidik terdetik untuk menjalankan kajian terhadap 200
orang suri rumah dengan mengedarkan borang soal selidik dilokasi terpilih di Selangor.
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap kemurungan yang berlaku dalam kalangan suri
rumah tangga dan faktor- faktor yang mempengaruhinya.

1.2 Permasalahan Kajian

Di Malaysia, isu kemurungan sedang menjadi sangat serius. Kemurungan


merupakan gangguan jiwa paling kerap didapati dalam kalangan pesakit yang mendapat
rawatan daripada doktor di klinik-klinik kesihatan sama ada swasta mahupun kerajaan.
Hasil laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO, 2017) terhadap tinjauan kesihatan
global pada tahun 2015 mendapati pada peringkat global jumlah keseluruhan individu yang
menghidapi gangguan mental kemurungan di dunia ialah seramai 322 juta orang. Hampir
separuh dari jumlah tersebut terdiri dari kalangan penduduk rantau Asia Tenggara (27 %)
dan rantau Barat Pasifik (21%) (WHO, 2017). Latar belakang masalah penyakit
kemurungan merupakan salah satu gangguan mental yang paling utama dan paling banyak
dihadapi di Selangor dan seluruh Malaysia. Kemurungan kini merupakan punca utama
kehilangan upaya di seluruh dunia dengan wanita melebihi lelaki. Menurut Yen Teck Hoe
dan Amirah Amaly (2009) berkata satu daripada sebab wanita lebih kerap berdepan dengan
kemurungan ialah apabila berlaku perubahan peringkat hormon yang dialami. Tambahan
lagi, mengikut kajian, kejadian kemurungan dalam kalangan wanita adalah lebih tinggi
daripada lelaki dengan nisbah 2:1.

Jadi penyelidik tertarik untuk mengkaji isu ini tetapi terhadap golongan yang sering
diketepikan ini iaitu golongan suri rumah. Mereka berperanan sangat besar dalam institusi
kekeluargaan tetapi penghargaan yang diperolehi mereka kadang-kadang tidak setimpal
dengan pengorbanan besar yang telah mereka lakukan. Oleh hal yang demikian, penyelidik
merasakan isu kemurungan ini berkait rapat dengan isu motivasi diri yang boleh diukur
dengan tahap penghargaan kendiri. Penghargaan kendiri amat penting teruatamanya kepada
golongan suri rumah. Namun, penyelidik juga yakin tahap penghargaan kendiri ini berbeza
tahap apabila suri rumah ini mempunyai cahaya mata. Tidak dapat dinafikan bahawa
penghargaan kendiri ini membolehkan suri rumah menjalankan kehidupan dan

2
tanggungjawap dengan cemerlang berdasarkan motivasi yang diperolehi daripada tahap
pencapaian penghargaan kendiri.

Berdasarkan laporan tinjauan dan laporan pakar psikiatri menyatakan kadar


kemasukan ke hospital bagi kes kemurungan adalah lebih kerap menyerang wanita
berbanding lelaki (Azizi dan Tan Soo Yin 2007). Pengerusi Persatuan Suri Rumah
Rahmah, Nurul Huda Ahmad Nawawi berkata kepada Selangor Kini kebanyakkan
masyarakat beranggapan bahawa suri rumah tidak menghadapi stress kerana golongan ini
tidak bekerja dan hanya duduk dirumah, tanggapan dan persepsi sedemikian adalah sama
sekali tidak benar, sebaliknya suri rumah adalah golongan yang turut tidak terlepas daripada
tekanan hidup. Bertolak daripada masalah kemurungan yang melanda para suri rumah ini,
maka penyelidik merasakan wujudkan keperluan untuk menangani isu ini dengan mengkaji
faktor kemurungan yang terjadi kepada mereka. Dengan ini kajian yang akan dilakukan
penyelidik akan dapat menjawab pelbagai persoalan antaranya perbezaan signifikan antara
tahap penghargaan kendiri dan tahap kemurungan mengikut suri rumah yang mempunyai
anak dan tidak mempunyai anak serta mengkaji hubungan diantara penghargaan kendiri
dengan tahap kemurungan dalam kalangan suri rumah di Selangor.

1.3 Persoalan Kajian

1) Apakah perbezaan yang signifikan terhadap penghargaan kendiri di antara suri


rumah yang mempunyai anak dan tidak mempunyai anak?
2) Apakah perbezaan yang signifikan terhadap tahap kemurungan di antara suri
rumah yang mempunyai anak dan tidak mempunyai anak?
3) Sejauhmanakah tahap penghargaan kendiri mempengaruhi kemurungan dalam
kalangan suri rumah?

1.4 Objektif Kajian

1) Mengenalpasti perbezaan yang signifikan terhadap penghargaan kendiri di antara


suri rumah yang mempunyai anak dan tidak mempunyai anak.
2) Mengenalpasti perbezaan yang signifikan terhadap tahap kemurungan diantara suri
rumah yang mempunyai anak dan tidak mempunyai anak.

3
3) Mengenalpasti sejauh manakah tahap penghargaan kendiri mempengaruhi
kemurungan dalam kalangan suri rumah.

1.5 Signifikan Kajian

Signifikan kajian ini sangat penting bukan sahaja kepada penyelidik tetapi juga
kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Pembangunan
Wanita. Turut mendapat manfaat hasil daripada kajian ini semestinya institusi
kekeluargaan di Selangor kerana mereka mampu mengenalpasti dan memahami konsep
penghargaan kendiri yang berperanan sebagai motivasi dalaman kepada golongan suri
rumah ini untuk menjalankan tanggungjaawab. Penyelidik berharap kajian ini mampu
memberi kesedaran kepada semua pihak yang berkaitan dan memahami kepentingan
penghargaan kendiri kepada golongan suri rumah. Kajian ini juga memberi manfaat
kepada golongan bapa dan anak-anak untuk lebih menghargai peranan suri rumah dan
sekaligus membantu golongan ini untuk mengatasi gangguan emosi dan mental yang
boleh membawa kearah kemurungan.

1.6 Skop Kajian

Skop kajian ini dikhaskan kepada golongan wanita yang berperanan sebagai suri
rumah di Selangor. Kajian ini tertumpu kepada tahap penghargaan kendiri dalam kalangan
suri rumah di Selangor. Penyelidik akan menjalankan kajian berbentuk kuantitatif dengan
mengedarkan 200 borang soal selidik terhadap suri rumah di beberapa tempat tumpuan suri
rumah iaitu di Pasaraya dan kedai barangan runcit di sekitar Selangor. Bagi mendapatkan
penglibatan daripada suri rumah dikawasan lain, penyelidik turut mengedarkan borang soal
selidik secara atas talian di media sosial tumpuan suri rumah iaitu di ‘facebook’. Penyelidik
berharap kajian ini dapat memperlihatkan penghargaan kendiri golongan suri rumah ini
berdasarkan jumlah anak dan sekaligus mengukur hubungan diantara tahap penghargaan
kendiri tersebut dengan tahap kemurungan terhadap suri rumah.

4
BAB 2
KAJIAN KEPUSTAKAAN

2.1 Kajian Literatur

1) Che Hasniza (2011) Hubungan Empati dan Penghargaan Kendiri Ibu Bapa Dengan
Gaya Keibubapaan. Jurnal Kemanusiaan Bil.17. Fakulti Pengurusan dan Ekonomi,
Universiti Kebangsaan Terengganu
Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti tahap penghargaan kendiri di
kalangan ibu dan bapa. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dengan menggunakan
borang soal selidik di beberapa daerha terpilih di Terengganu yang melibatkan 300 ibu.
Bagi mengukur penghargaan kendiri ini instrumen Self-Esteem Scale (SES) oleh
Rosenberg (1999) telah digunakan. Dapatan kajian menunjukkan tahap penghargaan
kendiri dibahagikan kepada dua kategori iaitu rendah (markah dari 10 hingga 25), dan
tinggi (markah dari 26 hingga 40). Secara keseluruhannya, keputusan menunjukkan
majoriti ibubapa mempunyai tahap penghargaan kendiri yang tinggi iaitu sebanyak
88.7% di kalangan ibu dan 86.3% di kalangan bapa. Keputusan ini juga selari dengan
nilai min markah penghargaan kendiri bagi kedua-dua ibubapa yang menunjukkan ia
berada pada tahap yang tinggi iaitu 28.42 bagi ibu dan 28.29 bagi bapa. Keseluruhannya
kajian ini menunjukkan bahawa penghargaan kendiri merupakan komponen penting
kepada keseluruhan kualiti hidup. Sekiranya ibubapa mempunyai tahap penghargaan
kendiri yang rendah suasana keluarga yang positif tidak akan terbina kerana menurut
Rosenberg (1999), individu yang mempunyai tahap penghargaan kendiri rendah kerap
mengasingkan diri dari orang lain, cenderung untuk self conscious, dan lebih kerap
mengalami tekanan seperti kemurungan berbanding dengan yang tinggi penghargaan
kendiri.

5
2) Mahvish Fatima*& Rikza Parvez (2016), Mengkaji Perbezaan Kemurungan Di Antara
Wanita Bekerjaya Dan Kemurungan. Jurnal Kebangsaan Sains Sosial 5(2): 133-139.
Department of Psychology, A.M.U Aligarh, India.
Kajian ini dijalankan untuk mengkaji perbezaan signifikan bagi kemurungan
dalam kalangan wanita bekerjaya dan suri rumah.. Kajian ini menggunakan kaedah
tinjauan secara rawak dengan mengedarkan borang soal selidik di daerah Aligarh yang
melibatkan 60 wanita (28 bekerja dan 32 tidak bekerja) dipilih secara rawak di Aligarh,
dan yang menariknya semuanya berasal dari keluarga Muslim. Bagi mengukur
kemurungan ini instrumen Beck Depression Inventory (BDI) telah digunakan. Dapatan
kajian telah menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara pemboleh
ubah terpilih kemurungan. Wanita yang tidak bekerja menunjukkan tahap kemurungan
yang lebih tinggi daripada rakan-rakan mereka yang bekerja (31.1875> 19.8571).

3) Sayyed Meysam Dibaji1, Sayyed Hamid Reza Oreyzi1 & Mohammad Reza Abedi.
(2017) Kerjaya atau rumah: Perbandingan suri rumah dan Wanita bekerja dalam
Tekanan, Kemurungan dan Persepsi Keperluan Rumah dari Kuantitatif, Mental dan
Emosi. Fakulti Psikologi dan Pendidikan. Universiti Isfahan, Iran.
Kajian ini dijalankan untuk mengkaji perbezaan signifikan antara wanita
bekerjaya dan suri rumah terhadap kemurungan. Kajian ini menggunakan kaedah
tinjauan secara rawak dengan mengedarkan borang soal selidik di Isfahan yang
melibatkan 94 responden daripada wanita bekerjaya dan 94 suri rumah yang dipilih
secara rawak di Isfahan Bagi mengukur kemurungan ini instrumen Beck Depression
Inventory (BDI) telah digunakan. Dapatan kajian ini agak unik kerana berbeza dengan
kajian yang lain di mana wanita bekerjaya mendapat skor yang lebih tinggi bagi
kemurungan berbanding suri rumah. Hal ini dikatakan demikian kerana, kajian ini
menjelaskan suri rumah mempunyai status yang baik dalam mengendalikan kemurungan
kerana wanita bekerja merasakan mereka tidak mempunyai masa yang cukup untuk
menjalankan kehidupan sebagai pekerja dan suri rumah mereka memikirkan untuk
mencari pendapatan kepada keluarga dan suasana kerja dan membawa kepada
kemurungan.

6
4) Lee Jeong Seop, Shin Duck Shin, Choi Seon Hee et al. (2014). Suri Rumah Korea Hidup
dalam Kemurungan : Kajian Teori Berlandaskan ( A Grounded Theory). Jabatan
Kejururawatan, Kolej Kyungbuk, Yeongju, Korea.
Kajian ini adalah untuk mengkaji kemurungan dari data kajian dengan mengkaji
dan mentafsir suri rumah Korea dengan kemurungan untuk mencari maknanya,
memahami dengan lebih baik, dan mengembangkan pengetahuan empirikal
mengenainya. Kajian ini mrnggunakan kaedah kualitatif secara temubual Data
dikumpulkan di pusat kesihatan mental komuniti masyarakat antara 1 April 2012 dan
30 September 2012 menggunakan temubual mendalam dan pensampelan teoritis.
Subjek kajian adalah 12 wanita berusia 40-64 tahun. Kajian ini telah menggunakan
kaedah Skor Penilaian Hamilton untuk Kemerosotan 21 item (Kim, 1980). Kajian ini
memperlihatkan proses sosio-psikologi asas kehidupan isteri Korea melalui
kemurungan melalui empat fasa iaitu pertama perasaan seperti mereka lenyap ke udara
yang sedikit, kedua merasa seperti menjadi cengkerang kosong, ketiga, mencari makna
kehidupan, dan keempat memenuhi cengkerang kosong ketika mereka mula pulih dari
kemurungan. Soalan-soalan yang ditanya pula adalah seperti berikut: 1.Bilakah anda
merasa paling tertekan dalam kehidupan seharian anda?, 2. Bagaimana perasaan anda
apabila anda tertekan?, 3. Apa pendapat anda mengenai kemurungan?, 4. Apa yang
anda lakukan apabila anda tertekan? dan yang terakhir 5. Bagaimana kemurungan
menjejaskan kehidupan anda?. Di samping itu, soalan terbuka dan soalan spontan
digunakan semasa wawancara, seperti yang dianggap sesuai. Kajian ini, menggunakan
metodologi teori yang berasaskan, menggambarkan proses suri rumah tertekan dan
ekspresi pengalaman mereka dengan kemurungan dan pemulihannya dari dalam
budaya mereka sendiri. Hasil temubual, kebanyakkan subjek didapati tidak dijaga
dengan baik oleh anak-anak mereka. Harapan yang diberikan kepada anak-anak tidak
tertunai dan membawa mereka kepada kemurungan yang teruk bahawa suri rumah yang
hidup bersendirian oleh itu mereka cenderung menjadi lebih tertekan dan seterusnya
membawa kepada kemurungan.

7
2.2 Hipotesis Kajian

1) Tahap penghargaan kendiri mempunyai hubungan yang signifikan dengan kuantiti


anak yang diperolehi oleh suri rumah,
2) Tahap kemurungan mempunyai hubungan yang signifikan dengan kuantiti anak
yang diperolehi oleh suri rumah.
3) Terdapat hubungan yang negatif diantara tahap penghargaan kendiri dengan tahap
kemurungan yang dihadapi oleh suri rumah.

2.3 Teori / Model Kajian

1) Teori Penghargaan Kendiri oleh Rosenberg (1995)


Teori Penghargaan Kendiri Rosenberg yang menerangkan bahawa faktor
penilaian orang lain, perbandingan sosial dan atribut kendiri membentuk penghargaan
kendiri. Ketiga-tiga faktor ini memberi kesan terhadap keseimbangan tahap
penghargaan kendiri kerana sekiranya faktor penilaian orang lain terutamanya yang
diperoleh daripada orang sekeliling hubungan dengan ahli keluarga akan membentuk
penghargaan kendiri yang diperlukan.
2) Teori Kemurungan Kognitif Beck (1967)
Menurut beck kebanyakan tanda-tanda kemurungan adalah berpunca daripada
sikap dan pemikiran individu yang negatif iaitu daripada pemikiran yang tidak
tenteram. Pemilihan teori kemurungan Beck merujuk kepada kesesuaian teori ini
dengan kajian yang dijalankan. Teori ini juga mengatakan perubahan dalam pemikiran
seseorang adalah berpunca kepada kemurungan.

3) Teori Konsep Kendiri Maslow (1970)


Menurut Maslow, individu cenderung untuk membuat penilaian terhadap
dirinya berdasarkan tanggapan dan layanan orang sekeliling terhadap dirinya. Individu
akan lebih berkeyakinan pada dirinya sendiri jika tanggapan dan layanan orang
sekeliling padanya adalah baik dan positif. Dengan itu ia akan memudahkan proses
mencapai matlamat dan impian seseorang dalam kehidupannya.

8
2.4 Definisi Konsep

Penghargaan kendiri boleh ditafsirkan sebagai kemampuan individu mempercayai


dan meyakini dirinya untuk melakukan sesuatu dan ia bergantung kepada penampilan diri,
suara yang lantang atau pakaian yang boleh menarik perhatian orang ramai. Seseorang yang
mempunyai penghargaan kendiri yang tinggi tidak bergantung kepada penerimaan orang
lain. Mereka tidak peduli apa yang orang lain katakan, akan tetapi yakin dan percaya
kepada diri sendiri. Aspek ini perlu ada dalam diri setiap individu khususnya suri rumah.
Dalam konteks kajian, penghargaan kendiri bermaksud penghargaan seseorang suri rumah
pada diri sendiri dan individu lain serta mengharapkan penghargaan untuk dirinya daripada
individu lain. Menurut Satir (1988), beliau menyatakan individu yang mempunyai
penghargaan kendiri yang tinggi merasa bagus terhadap dirinya, merasa mempunyai
peluang yang cemerlang, dan berupaya untuk hidup dengan rasa dihormati, jujur,
bertenaga, kasih sayang dan realiti. Sebaliknya pula bagi seseorang yang rendah
penghargaan kendiri akan merasakan dirinya tidak bernilai, merasa terancam, dan tidak
berupaya untuk melihat ke dalam diri sendiri

Kemurungan pula didefinisikan sebagai satu penyakit mental yang melibatkan


gangguan dari segi emosi dan perasaan negatif yang menyebabkan seseorang itu mampu
untuk bertingkah laku diluar sedar dengan melakukan perkara-perkara yang menjejaskan
keselamatan diri. Kemurungan ialah salah satu kategori gangguan psikiatri yang
melibatkan gangguan pada emosi individu. Lazimnya, individu yang menderita gangguan
kemurungan akan menunjukkan rasa sedih, murung, rasa rendah diri, tidak bermaya, putus
ada dan sering menyalahkan diri sendiri di atas setiap perkara yang berlaku dalam
kehidupannya (WHO, 2017). Kemurungan dapat dikesan melalui tingkah laku dan
perwatakan suri rumah seperti kawalan kemarahan, tekanan dan stress.

Suri rumah pula merupakan individu yang merelakan diri untuk melakukan tugasan
rumah dan menjaga kebajikan keluarganya. Suri rumah sering dikaitkan dengan golongan
wanita yang sudah berumah tangga. Mereka ini tidak mempunyai sumber ekonomi dah
tidak bekerja tetapi melakukan kerja dengan menguruskan rumah tanpa ganjaran atau upah.
Suri rumah ini juga terdiri daripada pelbagai latar belakang, ada diantara mereka yang
merupakan golongan berpendidikan yang berbeza. Suri rumah ini juga merupakan
golongan isteri yang secara sukarela atau terpaksa menuruti kehendak ketua keluarga iaitu

9
suaminya untuk melaksanakan tugas suri rumah secara sepenuh masa. Mereka ini terdiri
daripada pelbagai lapisan status dan golongan masyarakat. Oleh hal yang demikian setiap
suri rumah mempunyai tahap penghargaan kendiri yang berbeza yang membawa kepada
tahap kemurungan terhadap mereka.

2.5 Definisi Operational

Penghargaan kendiri adalah suatu konsep yang sangat mempengaruhi personaliti


seseorang individu (Azizi et al., 2005). Penghargaan kendiri individu juga boleh berubah-
ubah dalam suatu jangka masa tertentu mengikut persekitaran, keluarga, rakna-rakan dan
sebagainya. (Azizi et al., 2005). Penghargaan kendiri amat penting teruatamanya kepada
golongan suri rumah. Penghargaan kendiri ini membolehkan suri rumah menjalankan
kehidupan dan tanggungjawap dengan cemerlang berdasarkan motivasi yang diperolehi
daripada tahap capaian penghargaan kendiri. Selain itu, Menurut Coopersmith (1967),
penghargaan kendiri adalah penilaian tentang harga diri ataupun kebaikan diri. Apabila
seseorang itu mempunyai penilaian yang positif kepada diri sendiri, ini akan membantu
dirinya untuk menjalani kehidupan dengan penuh bermotivasi dan semangat. Seterusnya,
Menurut Palladino (1989), penghargaan kendiri adalah keadaan fikiran. Ia adalah cara
merasa dan berfikir tentang diri dan orang lain dan ia diukur bagaimana individu itu
bertindak

Menurut Mohd. Sufian (2004), kemurungan didefinisikan sebagai sebuah masalah


kegagalan kesimbangan emosi yang dialami oleh manusia yang berpunca daripada tekanan
dalam kehidupan dan kekecewaan. Seterusnya, Oltmanns & Emery (1995) mendefinisikan
kemurungan sebagai satu sindrom klinikal yang mengabungkan emosi, kognitif dan
tingkah laku. Tambahnya, kemurungan merupakan gangguan dan kecelaruan perasaan
yang memberi kesan psikologi kepada penghidapnya sehingga bertingkah laku negatif
seperti menyalahkan diri sendiri. Kemurungan merupakan simptom kognitif pemikiran
individu. Menurut Haji Bon (2008), pemikiran individu yang mengalami kemurungan ini
lebih cenderung kepada persepsi negatif kepada diri sendiri, orang lain dan menganggap
masa depan adalah gelap

10
BAB 3
KAEDAH KAJIAN/ METODOLOGI

3.1 Metodologi Kajian

1) Subjek Kajian
Subjek kajian dipilih daripada 200 orang responden yang terdiri daripada
suri rumah yang menetap di Selangor. Subjek kajian dipilih dari semua warganegara
Malaysia berbangsa Melayu, cina, india, dan lain-lain. Kajian ini akan
menggunakan teknik persampelan bertujuan (purposive sampling). Penyelidik akan
mengedarkan set soal selidik yang terdiri daripada 3 bahagian iaitu bahagian 1,
demografi dan bahagian 2 dan 3 ialah inventori Modul Soal selidik Rosenberg
(1965) untuk mengukur penghargaan kendiri dan Beck Depression Inventory (BDI)
yang diasaskan oleh Beck (1967) untuk mengukur kemurungan yang dialami oleh
responden.

2) Tempat Kajian
Penyelidik menjalankan kajian di sebuah negeri di Malaysia iaitu di
Selangor. Negeri Selangor menjadi pilihan penyelidik kerana negeri tersebut
merupakan negeri kelahirannya dan penyelidik mempunyai ramai kenalan dan
kawasan yang berpotensi untuk mendapatkan data.

3) Instrumen / Inventori
Borang soal selidik mengandungi 3 bahagian, bahagian pertama mengandungi
demografi. Bahagian kedua menggunakan inventori Modul Soal selidik Rosenberg
(1965) untuk mengukur penghargaan kendiri dan ketiga Beck Depression Inventory
(BDI) yang diasaskan oleh Beck (1967) untuk mengukur kemurungan yang telah
diubahsuai daripada kajian-kajian lepas telah digunakan untuk mengukur tahap
penghargaan kendiri dan tahap kemurungan yang dialami oleh responden.

11
4) Tatacara Mengumpul Data
Penyelidik juga memilih untuk mengedarkan borang soal selidik secara
bersemuka dan secara atas talian. Bagi kaedah bersemuka, penyelidik akan
mengedarkan set soal selidik di kawasan tumpuan golongan suri rumah iaitu di
sekitar pasaraya-pasaraya, kompleks membeli belah dan kawasan menunggu di luar
sekolah. Bagi atas talian pula, penyelidik akan menyebarkan pautan set soal selidik
itu di laman sosial ‘facebook’ kerana laman sosial tersebut menjadi pilihan utama
golongan ini untuk merehatkan minda.

5) Penganalisian Data
Data yang diperolehi akan disemak sebelum diterima untuk mengelakkan
hilang nilai atau ‘mising value’. Setelah 200 data berjaya dikumpul, penyelidik
akan menggunakan perisian Pakej Statistik untuk Sains Sosial (SPSS) untuk
menganalisi data secara sistematik.

12
BAB 4
LAMPIRAN PERANCANGAN

1) Jadual Kutipan Data


Bilangan
Bil Tarikh Masa Tempat Responden
1 13/1/20 10 Pagi – 2 Petang SMK Meru 10
2 14/1/20 10 Pagi – 2 Petang SRA Meru 10
3 15/1/20 10 Pagi – 2 Petang SCM Mall 10
4 16/1/20 10 Pagi – 2 Petang Giant 10
5 17/1/20 10 Pagi – 2 Petang SJKC Pin Hwa 10
6 20/1/20 10 Pagi – 2 Petang SK Binjai 10
7 21/1/20 10 Pagi – 2 Petang Tadika Pasti 10
8 22/1/20 10 Pagi – 2 Petang Tesco 10
9 23/1/20 10 Pagi – 2 Petang Econsave 10
10 24/1/20 10 Pagi – 2 Petang SMK Klang 10

2) Jadual Prosedur Kajian


Bil Tarikh Perkara Kaedah Rujukan
1 10/2019 Mengkaji masalah Menyenaraikan permasalahan Pelajar Psikologi
2 11/2019 Penyediaan kertas Penyelidik merangka draf Pelajar Psikologi
kerja
3 12/2019 Penilaian kertas Kertas kerja dirujuk oleh Pensyarah Penilai
kerja pakar akademik
4 01/2020 Penyediaan dan Borang soal selidik diedarkan Mengikut tempat kajian.
pengedaran borang
5 02/2020 Penganalisian data Data direkodkan dalam SPSS Menggunakan SPSS
6 03/2020 Penyediaan hasil Penyelidik membuat dapatan Menjawap dapatan
kajian daripada data. berdasarkan hipotesis
7 04/2020 Pembentangan Kajian dibentangkan Pensyarah penilai.
8 05/2020 Kajian diterbitkan Kajian dibukukan untuk Pihak penerbitan jurnal.
rujukan.

13
BAB 5
BAJET KAJIAN

1) Anggaran Bajet Belanjawan

BIL PERKARA CATATAN KOS (RM)


1 Perjalanan dan pengangkutan -Minyak 50
2 Perkhidmatan cetakkan - Fotostek 50
3 Upah dan ganjaran responden - Snek 100
JUMLAH 200

14

Anda mungkin juga menyukai