Anda di halaman 1dari 12

SCCA 1013 Pengantar Komunikasi

1.0 Pendahuluan

Pembangunan negara mestilah seiring dengan pembangunan teknologi yang

semakin pesat berkembang, tidak dinafikan bahawa kemudahan yang terdapat pada

sesuatu teknologi memberikan impak yang besar kepada golongan kurang upaya di

Malaysia. Hal ini merujuk kepada aspek-aspek yang berkaitan pembangunan, penggunaan

alatan, jentera yang berorentasikan untuk memudahkan urusan golongan kurang upaya

dalam menjalani kehidupan seharian. Dalam konteks yang mudah untuk ditakrifkan,

kemudahan yang diperolehi daripada sesuatu material merupakan satu teknologi. Golongan

kurang upaya yang semakin pesat di Malaysia juga merasai dengan pembangunan bidang

teknologi kerana bidang teknologi dan golongan kurang upaya saling memerlukan diantara

satu sama lain. Teknologi boleh menjadi objek kebendaan seperti mesin atau perkakasan,

tetapi ia juga boleh merangkumi maksud yang lebih luas termasuk sistem, kaedah

penyusunan dan teknik. Perkembangan era globalisasi yang semakin pesat dan rancak ini

menjadikan dunia teknologi sangat penting dalam kehidupan. Hal ini dapat menyokong

kata-kata yang disampaikan oleh Hjetland (1995) “Tecnology can make our lives easier.

Everyday tasks are simplified”.

Pelbagai konsep dapat dihuraikan melalui perspektif Agama Islam mengenai golongan

kurang upaya, menurut Abd Al-Rahman Abd Al-Khaliq (1995:159), multidemensi golongan

kurang upaya dilihat dari lima aspek iaitu kekuasaan, kebesaran Allah SWT, kejadian yang

menurut kehendaknya, kemuliaan golongan kurang upaya sebagai manusia yang sebaik-baik

makhluk yang dicipta untuk beribadat kepadanya sebagai manusia normal yang lain dan

turut memikul amanah Allah SWT sebagai khalifah di dunia ini dengan melaksankan apa

1
SCCA 1013 Pengantar Komunikasi

yang diperintah dan meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah SWT. Teknologi sentiasa

membantu golongan kurang upaya seperti kecatatan penglihatan, kecacatan ucapan dan

kecacatan pendengaran. Terdapat pelbagai jenis aplikasi dan alatan teknologi yang boleh

membantu meringankan beban golongan kurang upaya untuk bergerak, makan dan minum

setiap hari. Apa yang dapat dihuraikan di akhir topik ini ialah mengenalpasti kepentingan

teknologi dalam membantu golongan kurang upaya di Malaysia dan peranan teknologi itu

seperti contoh dan cara penggunaan teknologi itu untuk membantu golongan kurang upaya

di Malaysia. Golongan kurang upaya di Malaysia merupakan golongan yang sangat istimewa,

golongan ini mempunyai hak-hak mereka yang tertentu dan melalui teknologi, lebih ramai

golongan kurang upaya mendapat peluang untuk hidup berdikari. Melalui pembangunan

teknologi yang hebat dan maju di Malaysia, terdapat pelbagai jenis alat berteknologi tinggi

dicipta untuk membantu golongan kurang upaya menjalani kehidupan seharian mereka. Alat

bantuan dikenali sebagai Assistive device atau Peranti Pembantu adalah alat peranti yang

membantu seseorang melakukan sesuatu yang mungkin tidak dapat dilakukan dengan baik

atau sama sekali. Secara umum istilah ini digunakan untuk peranti yang membantu orang

mengatasi cacat seperti ketidakupayaan untuk bergerak, cacat penglihatan, cacat mental

dan cacat pendengaran. Peranti ini bertindak sebagai penolong untuk menyokong orang

yang mengalami ketidakupayaan pendengaran boleh membantu mereka mendengar

dengan lebih baik seperti alat bantuan pendengaran (ALD) atau komputer yang bertindak

sebagai alatan teknologi untuk menghntar e-mel, pesanan atau mesej. Ia juga merujuk

kepada peranti yang direka, dibuat, atau disesuaikan untuk membantu seseorang

melakukan tugas tertentu. Contohnya seperti kerusi roda, yang bertindak sebagai alat

berteknologi membantu golongan kurang upaya untuk bergerak dari satu tempat ke tempat

lain.

2
SCCA 1013 Pengantar Komunikasi

2.0 Hujahan dan contoh

Terdapat banyak aspek yang menjurus kepada ketidakupayaan golongan kurang

upaya di Malaysia dan orang kurang upaya (OKU) adalah seseorang yang tidak berupaya

menentukan sendiri bagi memperolehi sepenuhnya atau sebahagian daripada keperluan

biasa seseorang individu atau tidak hidup bermasyarakat sepenuhnya disebabkan sesuatu

kekurangan sama ada dari segi fizikal atau mental samada berlaku semenjak lahir atau

kemudian dari itu (Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia, 2008). Golongan kurang upaya

dan bidang teknologi dapat disimpulkan seperti ‘isi dan kulit’, kerana ia menunjukkan

bahawa peranan teknologi kepada golongan kurang upaya amatlah penting ketika ini dan

semua teknologi yang terdapat di dunia ini secara amnya di Malaysia telah digunapakai

untuk membantu golongan kurang upaya. Saya amat bersetuju menyatakan bahawa

kepesatan teknologi di Malaysia telah membantu golongan kurang upaya dalam urusan

seharian mereka, ini dapat dibuktikan dengan penggunaan alatan yang berteknologi tinggi

seperti aplikasi NVDA ARABIC yang membantu golongan yang mempunyai masalah

penglihatan dalam mempelajari ayat Al-Quran dan Hadis. Golongan kurang upaya merujuk

kepada golongan yang mempunyai kekurangan dari segi fizikal seperti masalah penglihatan

(buta), masalah pendengaran (pekak) dan masalah pertuturan lisan (bisu). Tiga faktor utama

dikalangan golongan kurang upaya ini boleh dibantu dengan pembangunan teknologi terkini

di Malaysia. Dengan kata lain, kewujudan teknologi perisian pembaca skrin dan paparan

Braille sekarang dapat membantu golongan kurang upaya menggunakan komputer dengan

lebih berkesan. Perisian pembaca skrin adalah merupakan satu perisian yang mengandungi

3
SCCA 1013 Pengantar Komunikasi

komponen sintesis pengucapan yang akan mengucapkan sebarang teks yang muncul pada

skrin. Teknologi ini termasuk keupayaan untuk mengucapkan teks dalam dokumen, dalam

kotak dialog dan mesej ralat. Pembaca skrin juga dapat mengucapkan pilihan menu dan teks

untuk ikon-ikon dalam computer. Braille merupakan satu bentuk sistem yang digunakan

oleh golongan kurang upaya untuk membaca dengan menggunakan jari. Peranti paparan

Braille ini dapat mempamerkan teks dalam bentuk Braille di atas satu papan yang

mempunyai sel-sel lembut. Sel-sel ini mempunyai enam atau lapan pin nilon yang akan

membentuk aksara Braille dengan menggerakkan pin tersebut atas dan bawah. Bagi mereka

yang mempunyai masalah penglihatan seperti rabun atau kerosakan pada kornea mata,

perisian pembesar skrin amat sesuai digunakan bagi membantu melihat sesuatu teks pada

skrin komputer. Ia adalah satu perisian yang membesarkan bahagian paparan monitor

supaya mudah untuk dibaca. Teknologi ini membantu pembacaan terutama apabila teks

adalah kecil. Terdapat pelbagai jenis perisian pembesar skrin yang boleh diperoleh daripada

pasaran dengan fungsi yang pelbagai. Golongan kurang upaya yang mempunyai kekurangan

dari segi fizikal terutama tangan atau jari mungkin mempunyai kesukaran untuk

menggunakan papan kekunci dan tetikus yang sedia ada. Terdapat beberapa teknologi yang

dapat membantu golongan kurang upaya menangani kesukaran ini. Antaranya adalah

perisian sticky keys atau latch key. Perisian ini memberikan seseorang kurang upaya satu

alternatif yang lain bagi mengatasi masalah menekan dua atau tiga kekunci pada masa yang

sama. Selain daripada itu, perisian menaip prediktif juga boleh digunakan sebagai satu

alternatif untuk membantu menyelesaikan kesukaran ini. Perisian ini akan meneka apa

perkataan yang sedang pengguna cuba taip. Setiap kali pengguna menekan kekunci

karakter, perisian ini akan memberikan pilihan perkataan yang cuba ditaip sehingga dapat

4
SCCA 1013 Pengantar Komunikasi

membentuk satu perkataan yang lengkap. Ini mengurangkan beban golongan kurang upaya

kerana ia hanya perlu menekan beberapa kekunci untuk membentuk satu perkataan.

Pengunaan perisian pengecaman suara merupakan teknologi yang digunakan oleh golongan

kurang upaya di Malaysia untuk membantu masalah pendengaran. Teknologi ini

menggunakan fungsi pengecaman suara sebagai fungsi asas, namun ia merupakan satu

sistem yang agak kompleks dan susah dikalangan golongan kurang upaya. Ia melibatkan

penggunaan perisian dan juga peranti dimana mikrofon digunakan sebagai perakam suara,

seterusnya perisian pengecaman suara akan menterjemahkanya ke dalam bentuk perkataan

dan ia boleh dilihat pada skrin komputer. Selain daripada melayari dokumen dan menaip

perkataan dengan menggunakan suara, golongan kurang upaya pendengaran ini boleh

memahami dengan mudah apabila bahagian audio untuk multimedia disertakan sekali

bersama kapsyen. Maksud kapsyen disini merujuk kepada perwakilan dalam bentuk teks

bagi bunyi atau dialog yang diucapkan dalam video. Mengenai isu berkomunikasi di

kalangan golongan kurang upaya pendengaran atau pekak, standard teknologi TTY atau teks

telefon diwujudkan untuk memudahkan golongan ini berkomunikasi. TTY merupakan

peranti atau alat khas yang membolehkan orang pekak atau mempunyai masalah

pendengaran menggunakan telefon untuk berkomunikasi. Mereka boleh berkomunikasi

dengan hanya menaip kepada telefon itu dan ia akan memaparkan mesej kepada pengguna

telefon TTY yang lain. Jika hendak dilihat di alam Internet, ia seperti menaip kata-kata dalam

ruangan `chat' internet yang memberikan komunikasi terus tetapi dengan teks dan

bukannya suara.

Terdapat pelbagai alatan bantuan teknologi telah dicipta untuk golongan orang kurang

upaya di Malaysia. Antaranya adalah kerusi roda, Brace, kaki palsu, tongkat, Rex dan

5
SCCA 1013 Pengantar Komunikasi

sebagainya. Alatan-alatan ini merupakan hasil daripada perkembangan teknologi yang

semakin rancak. Perkembangan teknologi ini jelas tidak mengetepikan golongan yang

kurang bernasib baik. Bagi mereka, peralatan ini sangat bermakna untuk diri dan kehidupan

mereka.

Walaupun alatan ini banyak menggunakan teknologi, individu yang menggunakan

peralatan ini perlu mempunyai ilmu dan kemahiran dalam penggunaannya. Hal ini

dinyatakan demikian kerana setiap peralatan yang di hasilkan mempunyai kaedah

penggunaan tertentu. Memiliki kemahiran penggunaan alatan bantuan teknologi dapat

mengelakkan daripada berlakunnya kemalangan. Individu yang mengalami masalah fizikal,

serebral palsi, lumpuh, dan sebagainya amat memerlukan alatan bantuan teknologi seperti

kerus roda. Terdapat pelbagai jenis kerusi roda yang telah diciptakan untuk menyesuaikan

dengan individu-individu tersebut. Bukan semua kerusi roda boleh digunakan oleh semua

golongan kurang upaya, dengan itu aspek-aspek keselamatan dan kesesuaian seseorang

individu terlebih dahulu di nilai untuk penggunaan kerusi roda. Teknologi telah

menghasilkan beberapa jenis dan bentuk kerusi roda yang masing-masing mempunyai

kelebihan tersendiri. Walaubagaimana pun, secara umumnya kerusi roda boleh dibahagikan

kepada dua kategori iaitu kerusi roda biasa yang perlu di tolak sendiri dan kerusi roda

bermotor yang boleh bergerak sendiri dengan hanya menekan atau mengawal suiznya

sahaja. Untuk penambahan ilmu teknologi terhadap kerusi roda tersebut, ada individu yang

memasang tray pada kerusi roda untuk memudahkan pelajar menulis, belajar, makan dan

sebagainya.

Selain daripada kerusi roda, Brace atau Orthoses juga merupakan alatan teknologi yang

dihasilkan untuk membantu kedudukan atau pergerakan golongan kurang upaya

6
SCCA 1013 Pengantar Komunikasi

terutamanya golongan Serebral Palsi. Brace merupakan satu alat ortopedik yang di pakai

oleh sesetengah individu yang mengalami masalah yang berkaitan dengan ortopedik. Brace

biasanya diperbuat daripada Plastik tetapi ada juga yang diperbuat daripada logam, kulit

atau campuran bahan-bahan tersebut. Fungsi brace adalah untuk menstabilkan anggota

badan termasuk bahagian belakang badan, mengurangkan ketegangan otot-otot,

mengelakkan atau mengurangkan masalah sistem rangka atau anggota badan yang

berposisi abnormal dan meningkatkan fungsi sesuatu badan. Teknologi penciptaan brace

banyak menyumbang kemudahan kepada golongan berkeperluan khas. Banyak golongan

kurang upaya yang tidak mampu berjalan dengan sempurna menggunakan bantuan

teknologi brace sebagai alat bantuan pergerakan mereka. Terdapat pelbagai jenis brace

yang digunakan oleh individu serebral palsi seperti Ankle-Foot Orthoses, Knee-Ankle Foot

Orthoses, Spinal Orthoses, Foot Orthoses dan Hand Orthoses. Semua jenis-jenis brace ini

mempunyai cara penggunaan dan kawasan masing-masing.

Kemunculan alat bantuan berteknologi yang diperbuat daripada logam dan kerangka

gentian karbon bermotor atau diberi nama ‘Rex’ telah mengubah keupayaan seseorang

individu lumpuh yang dulu hanya bergantung harap kepada kerusi roda semata-mata dan

yang hanya terlantar di lantai sahaja kini mampu untuk berjalan seperti orang normal. Rex

digunakan dengan menyarungkan alat bantuan tersebut di bahagian pinggang ke bahagian

bawah badanya. Dengan hanya mengerakkan alat kawalan itu, seseorang individu yang

lumpuh atau tidak boleh berjalan mampu berjalan menggunakan “kaki robot” tersebut. Hal

ini jelas menunjukkan bahawa penciptaan teknologi Rex dapat membantu golongan kurang

upaya.

7
SCCA 1013 Pengantar Komunikasi

Perkembangan bidang teknologi juga telah menghasilkan alat bantuan tandas golongan

kurang upaya dan bekas buangan untuk golongan berkeperluan khas. Tidak semua golongan

itu akan memakai lampin atau pampers untuk membuang air. Ada di antara mereka yang

mampu ke tandas namun begitu, tandas yang biasa digunakan oleh orang normal tidak

bersesuaian dengan spesifikasi orang berkeperluan khas. Oleh hal yang demikian, tandas

mesra golongan kurang upaya perlu dibina untuk kemudahan golongan ini. Untuk

memudahkan golongan ini membuang air, satu penciptaan alat bantuan berteknologi khas

dicipta untuk golongan ini. Bekas buangan yang di reka cipta bersesuaian digunakan untuk

mereka. Bentuk dan saiz yang sesuai memudahkan mereka. Disamping itu, selepas

penggunaan bekas tersebut, ianya hanya perlu di basuh dan boleh dibawa berjalan kemana-

mana sahaja. Dengan adanya teknologi ini, golongan kurang upaya berkeperluan khas dapat

menjalankan kehidupan yang lebih baik. Ia juga member peluang yang baik kepada mereka

untuk belajar, mengakses maklumat dan berhubung dengan orang lain. Dengan bantuan

alat berteknologi yang direka cipta khas untuk golongan ini dapat memberikan peluang

kepada mereka untuk hidup berdikari. Selain itu, bidang teknologi juga menampakkan

kemesraan atas alat ciptaan yang dihasilkan. Bahan atau alat berteknologi juga tidak

ketinggalan dalam bantuan untuk menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada golongan

kurang upaya di Malaysia. Sebagai contoh alat yang diberi nama Komunikasi Augmentatif

dan Alternatif atau dikenali sebagai AAC telah banyak membantu golongan kurang upaya

terutamanya bagi yang mengalami masalah bahasa dan komunikasi. Komunikasi

augmentatif merujuk kepada pelbagai pendekatan komunikasi yang boleh digunakan untuk

membantu individu yang mempunyai limitasi dalam kebolehan berkomunikasi secara

semulajadi (Franklin dan Beukelman 1991). Kajian Okolo et al. (1993) mendapati komunikasi

augmentatif dan alternatif boleh didapati dalam pilihan berteknologi rendah, seperti buku

8
SCCA 1013 Pengantar Komunikasi

bergambar sehingga kepada sistem berkomputer. Pengajaran berbantuan komputer boleh

meningkatkan kemahiran, pengetahuan dan pencapaian akademik golongan kurang upaya.

Menggabungkan elemen komunikasi pertuturan serta bukan pertuturan ke dalam sistem

komunikasi, augmentatif dan alternatif lebih berkesan jika dimulakan seawal usia kanak-

kanak. Alat komunikasi augmentatif dan alternatif berteknologi rendah meliputi gambar,

foto, garisan, gestur, bahasa isyarat, bahasa tulisan, Pictures Exchange Communication

System dan alat bersuara mudah (Kaiser dan Grim 2006). Guru juga boleh menggunakan

bahasa simbolik ketika mengajar bahasa, seperti membuat buku bergambar yang dapat

membantu pelajar menjalani tugas seharian (Browder et al. 2006). Seperti diketahui umum,

terdapat beberapa kategori bahan bantuan mengajar yang boleh digunakan dalam

pengajaran, seperti berteknologi tinggi dan bahan bercetak. Terma Komunikasi Augmentatif

merujuk kepada kaedah dan peralatan yang menghasilkan atau membekalkan kemahiran

verbal (Mustonen, Locke, Reiche elt. 1991) yang bertujuan untuk meningkatkan kemahiran

komunikasi sedia ada yang dimiliki oleh pelajar. Sistem komunikasi Augmentatif dan

Alternatif mengandungi tiga komponen iaitu teknik komunikasi, sistem simbol dan

kemahiran komunikasi (McCormmick & Shane, 1990). Bagi teknik komunikasi, terdapat dua

asas teknik AAC iaitu berbantukan alatan dan tanpa alatan (Vanderheiden & Lloyd, 1986).

Teknik tanpa bantuan alatan tidak memerlukan sokongan peralatan atau prosedur untuk

melaksanakannya. Teknik ini termasuklah pertuturan, bahasa isyarat dan mimik muka.

Manakala teknik berbantukan alatan pula melibatkan penggunaan alatan eletronik atau

alatan bukan eletronik serta melibatkan penggunaan prosedur tertentu dan penggunaan

beberapaa sistem simbol. AAC adalah berteknologi tinggi terhadap pendekatan untuk

membantu golongan kurang upaya untuk berkomunikasi. Apabila ingin menyatakan sesuatu

yang diperlukan mereka hanya perlu menggunakan AAC dengan menyentuh gambar yang

9
SCCA 1013 Pengantar Komunikasi

terdapat di skrin, dengan demikian orang lain mudah untuk memahami akan apa yang

mereka ingini. Hal ini berlaku sebaliknya apabila penyampai ingin menyatakan sesuatu

kepada mereka, penyampai hanya perlu taip perkataan di skrin atau klik kepada gambar

supaya mereka faham akan apa yang ingin dituturkan oleh penyampai. Dari situ, kita dapat

lihat bahawa komunikasi dua hala dapat dijalankan dengan bantuan AAC walaupun

golongan kurang upaya tersebut mengalami masalah bahasa dan komunikasi.

3.0 Kesimpulan

Apa yang dapat dirumuskan disini adalah bidang teknologi memainkan peranan yang

utama dan penting dalam membantu golongan kurang upaya di Malaysia bagi menjalani

kehidupan seharian mereka. Kesimpulanya, semua golongan kurang upaya di Malaysia telah

mendapat menfaat daripada kepesatan bidang teknologi yang terus membangun

pembuatanya dan diperluaskan ke seluruh negara bagi memudahkan golongan kurang

upaya untuk membeli dan mengunakanya tidak kira di luar bandar ataupun di dalam

bandar. Kini, semua perlatan bantuan yang berteknologi tinggi untuk membantu golongan

kurang upaya penglihatan, golongan kurang upaya pendengaran dan juga golongan kurang

upaya pertuturan dapat diperolehi dan dibeli di farmasi dan gedung farmasi dengan

mudahnya. Disamping itu juga, kemudahan bidang teknologi yang terdapat di Malaysia ini

sewajarnya digunakan dengan sebaiknya oleh golongan kurang upaya bagi menambah ilmu

dan juga memudahkan komunikasi di antara golongan kurang upaya dengan masyarakat

setempat. Secara keseluruhanya, kepesatan bidang teknologi juga merangkumi kelebihan


10
SCCA 1013 Pengantar Komunikasi

dan kelemahan teknologi itu sendiri dikalangan golongan kurang upaya, namun kelebihan

dan kelemahan sesuatu teknologi tersebut bergantung kepada golongan kurang upaya itu

sendiri yang menggunakan teknologi itu. Jika sekiranya penggunaan teknologi itu

sepenuhnya dihayati oleh golongan kurang upaya itu, maka teknologi itu mempunyai

kelebihan yang banyak berbanding daripada kelemahan dan begitu juga sebaliknya. Dari

sudut lain, kerajaan di Malaysia juga perlu memberi penekanan untuk menyampaikan

perkhidmatan yang terbaik kepada golongan kurang upaya kerana golongan ini juga boleh

memainkan peranan yang penting sebagai penyumbang kepada pencapaian ekonomi, sukan

dan politik.

4.0 Rujukan

Hazlin Falina Rosli, W. A. (2015). REALITI DAN KESAMARATAAN HAK ORANG KELAINAN

UPAYA (OKU) DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF MEDIA. INTERNASIONAL CONFERENCE

MENTION 2015.

Yusoff, A. b. (2014). MASALAH PEMBELAJARAN: TANDA DAN SIMPTOM KECACATAN

KOMUNIKASI LISAN MURID PENDIDIKAN KHAS. JURNAL BAHASA JILID 14 BIL. 2.

ROKIAH OMAR, V. F. (2009). Keberkesanan Penggunaan Alat Bantuan Penglihata Terhad.

Sains Malaysiana 38(5), 799-804.

11
SCCA 1013 Pengantar Komunikasi

Nur Ajrun Khalid, R. Y. (2017). Malaysian Government Initiative of Information

Communication Technology to Disabled People. Malaysian Journal of Scial Sciences

and Humanities, Volume 2, Issue 3, 9-15.

Malaysia, P. P. (2006). PPOBMALAYSIA. Retrieved from PERTUBUHAN PEMBANGUNAN

ORANG BUTA MALAYSIA: http://ppobm.org.my/perkhidmatan/

12

Anda mungkin juga menyukai