Anda di halaman 1dari 8

259811

1.0 Pengenalan

Pada era kemodenan kepesatan teknologi adalah satu perkara yang memberi impak besar

dalam kehidupan manusia. Teknologi bermaksud peyelidikan atau aktiviti yang menggunakan

pengetahuan sains untuk di praktikan di dalam bidang industri, pertanian, dan sosial (Kamus

Dewan, 2015). Kepesatan teknologi menjadi pegaruh yang besar dalam kehidupan sosial

manusia kerana kemudahan-kemudahan ini memudahkan manusia untuk menjalankan

kehidupan. Dengan teknologi yang canggih mampu menarik minat golongan muda untuk

melakukan kerja seperti dalam bidang pertanian yang mana dahulunya hanya dilakukan secara

tradisional dan kini sudah berubah moden dengan bantuan pelbagai alatan canggih (BH Online,

2017). Teknologi juga memberi impak kepada kehidupan harian manusia pada zaman ini yang

mana melibatkan kanak-kanak hingga ke warga emas.Pada abad ini peralatan dan gadjet-gadjet

teknologi menjadi alatan yang wajid menpunyai oleh manusia bertujuan untuk sosial ataupun

lain-lain.

Kepesatan teknologi di Malaysia juga memberi impak besar terhadap semua lapisan

masyarakat terutamanya golongan kurang upaya. Golongang kurang upaya ini adalah gologan

yang menpunyai kekurangan pada diri mereka yang mana dialami sejak lahir ataupun selepas

dari kemalangan, yang mana mereka di diskriminikasi kerana kekurangan mereka. Dengan

kepesatan teknologi kemudahan disediakan untuk golongan kurang upaya untuk memudahkan

kehidupan harian mereka. Ini bertujuan untuk tidak mendiskriminasi kebolehan terhadap gologan

normal dalam untuk mendapatkan perkerjaan. Dengan kemudahan yang sedia ada golongan

OKU ini juga layak untuk berkhidmat di dalam sektor kerana kebolehan dan bakat serta

kredibiliti dalam melaksana tugas, kerana mereka juga mampu meyumbang kepada

pembangunan ekonomi negara (Utusan, 2015). Ini kerana kredibiliti dan intigriti mereka sangat

8
259811

tinggi jika diberi peluang dan mampu untuk melaksana segala tugasan dengan teknologi. Dengan

bantuan teknologi taraf mereka akan standing dengan golongan normal dan menjadi saingan

kepada golongan normal.

2.0 Kebaikan kepada Golongan Kurang Upaya

Kepesatan bidang teknologi telah membantu gologan kurang upaya di Malaysia dengan

memudahkan mereka dalam bidang pendidikan, bidang perubatan, perniagaan, perkerjaan,

kehidupan sosial, dan bersukan. Ini bertujuan untuk tidak mendiskriminasi dan mengajar mereka

supaya berdikari tanpa mengharapkan orang lain.

2.1 Dalam Pendidikan

Pendidikan adalah satu perkara yang amat penting dalam kehidupan manusia kerana untuk

mendapatkan ilmu bagi menjalankan kehidupan harian serta belajar membaca dan menulis.

Kepesatan bidang teknologi di Malaysia juga mempegaruhi sistem pendidikan Malaysia kerana

pengunaan internet sangat meluas dan memudahkan semua pelajar, pelajar rancangan khas, dan

pelajar kurang upaya. Ini disebabkan pelajar rancangan khas dan pelajar kurang upaya tidak

mempunyai kebolehan dan kepantasan seperti pelajar normal untuk menerima proses

pembelajaran biasa dengan pengunaan e-learning dan perisian khas mampu menyampai

maklumat kepada mereka dengan berkesan (Khairul dan Norazrena, 2011). Dengan E-learning

juga membantu mereka melakukan latihan di rumah bertujuan untuk mahir dengan pembelajaran

(Jane, 2006). Dengan perisian ini juga membantu untuk golongan OKU untuk mendapatkan

pendidikan dirumah yang setaraf dengan sistem pembelajaran di sekolah umum. Dengan sistem

pembelajaran begini pelajar OKU akan lebih efisen dam tahap mereka akan setaraf dengan

pelajar normal. Pengunaan komputer juga menbantu golongan kurang upaya ini kerana dengan

8
259811

sistem-sistem disability yang mana pengunaan papan kekunci akan berbunyi huruf yang ditekan

dan bahasa isyarat memudahkan pelajar golongan OKU untuk menaip, dan mengunakan

komputer (Ridzwan, 2002). Peyediaan alat pembesar suara di dewan kuliah juga membantu

pelajar yang mempunyai masalah pendengaran untuk turut serta dengan pelajar lain semasa

kuliah. Ini bertujuan untuk pelajar yang menpunyai masalah pendegaran tidak ketinggalan.

2.2 Bidang Perubatan

Dalam bidang perubatan pula teknologi membantu golongan kurang upaya dengan

terciptanya alatan seperti alatan pendengaran, kaki palsu, dan juga kerusi roda canggih. Alatan

ini dicipta bertujuan untuk memudahkan golongan kurang upaya untuk mejalani kehidupan

harian secara normal. Alatan pendegaran membantu OKU cacat pendengaran untuk mendengar

semula seperti bia sa dan mejalankan kehidupan. Dengan kepesatan teknologi dalam bidang

perubatan pembedahan implan koklea pada telinga juga dapat dilakukan dengan mudah (Roslah,

2003). Ini dapat membantu OKU cacat pendengaran untuk mendengar semula tanpa mengunakan

alat bantuan pendengaran. Bagi yang mengalami cacat angota badan yang dialami dari kelahiran

atau selepas kemalangan kaki palsu dan tangan palsu boleh diperolehi di fasiliti perubatan di

Malaysia. Dengan kepesatan teknologi yang ada pada masa kini pembahruan kepada kaki atau

tangan palsu itu berfungsi yang mana sebelum ini hanya sekadar dummy. Wujudnya teknologi

yang canggih penciptaan kaki dan tangan palsu yang berfungsi mengunakan deria otak yang

mana telah disambung wayar untuk berfungsi membuatkan invidu yang mengunakannya mampu

menjalankan kehidupan seperti biasa (BH Online, 2016). Penggunaan kerusi roda kini juga sudah

berubah dan menjadi lebih canggih. Dengan teknologi kini kerusi roda boleh diubahsuai menjadi

kerusi roda elektrik yang mana memudahkan pergerakkan OKU cacat anggota badan (Khalilah,

2017).

8
259811

2.3 Bidang Perniagaan

Perniagaan adalah perdagangan ataupun penjualan (Kamus Dewan, 2015). Sebelum era

kepesatan teknologi perniagaan atau perusahawanan adalah perkara yang sukar bagi gologan

kurang upaya. Ini disebab penyediaan barangan perniagaan dan perjumpaan dengan pembeli

agak sukar. Ini dikerana individu OKU sukar untuk berkomunikasi dan bergerak menjadikan

perniagaan itu tidak masalah kepada kedua pihak. Dengan adanya media sosial dan telefon pintar

memudahkan intreaksi untuk perniagaan bagi individu kurang upaya untuk berniaga. Dengan

perbualan hanya dalam talian perniagaan boleh dijalankan. Ini sangat sesuai kepada golongan

kurang upaya kerana pegerakan dalam perniagaan dalam talian terbatas hanya perlu berada di

depan komputer sahaja. Dengan berada dirumah sahaja golongan OKU dapat menjana

pendapatan dengan mudah. Untuk mencari barangan secara borong juga boleh didapati di dalam

talian yang mana golongan OKU boleh mengakses dimana-mana web dengan hujung jari sahaja.

Kerajaan juga mengadakan banyak program bagi megembangkan ekonomi digital dengan pesat

bertujuan memberi peluang kepada rakyat Malaysia berpeluang untuk menjadi usahawan

(Vivine, 2017).

2.4 Perkerjaan

Dengan kepesatan bidang teknologi di Malaysia perkerjaan kini menjadi semakin mudah dan

terurus. Ini memberi peluang kepada golongan OKU untuk mendapat peluang untuk berkerja

dimana-mana sektor mengikut keperluan. Kerajaan juga membuka peluang untuk golongan OKU

yang berkelulusan untuk berkerja di dalam sektor awam bertujuan untuk tidak mensia-siakan

kelulusan mereka (Utusan Borneo, 2008). Dengan adanya komputer dan peralatan canggih ia

8
259811

membuatkan kerja untuk golongan OKU tidak sukar. Dengan persediaan fasiliti yang canggih

seperti lift, komputer, escalator dan tandas atau bilik khas untuk orang kurang upaya

memudahkan mereka untuk bergerak dan selesa melaksanakan tugas. Ini bertujuan untuk

mengajar mereka untuk berdikari serta menjalankan kehidupan dan melahirkan masyarakat yang

penyayang (Norhafiza, 2017). Secara tidak lansung dengan cara begini kualiti golongan orang

kurang upaya menjadi standing golongan normal.

2.5 Kehidupan Sosial

Kepesatan bidang teknologi membantu kehidupan sosial buat golongan kurang upaya.

Dengan kewujudan banyak peralatan-peralatan seperti perkakas dapur elektronik, dan

kemudahan perhubungan memudahkan kehidupan mereka dalam mejalani kehidupan tanpa

bergantung harap pada orang lain. Dengan peralatan ini mereka boleh memasak dan meyediakan

makanan dengan mudah tanpa bersusah payah mengharapkan bantuan orang lain. Dengan sosial

media OKU juga boleh berinteraksi dengan masyarakat serta menyuarakan pendapat mereka dan

ramai dapat memberi perhatian kepada pendapat mereka. Ini membolehkan kerajaan mengenal

pasti masalah mereka dapat mencari jalan untuk membantu mereka. Dengan media social juga

mereka boleh berkomunikasi dengan semua orang tanpa mengira sesiapa dan dapat menaikkan

kepercayaan diri mereka. Dengan media sosial juga golongan OKU ini dapat mengetahui

perkembangan dunia luar dengan hanya berada dirumah (Utusan, 2015). Ini bertujuan untuk

membiarkan mereka untuk bergaul dengan golongan lain kerana tidak mahu mereka murung dan

hilang keyakinan. Media sosial yang mana boleh dilayari melalui telefon pintar dan

pengunaannya sangat mudah membuat mereka mudah mengunakannya untuk bersosial.

2.6 Sukan

8
259811

Kepesatan teknologi di Malaysia memberi impak besar kepada sukan untuk golongan OKU.

Sukan adalah sesuatu perkara yang mustahil bagi golongan OKU disebabkan kekurangan

mereka. Tetapi teknologi sukan untuk golongan OKU tidak mustahil kerana pelbagai alatan yang

ada mampu meyokong mereka melaksanakan aktiviti sukan. Ini kerana penglibatan atlet

paralimpik di peringkat antarabangsa menunjukkan prestasi yang baik. Dengan alatan yang

moden dan berteknologi canggih mampu melatih menguatkan otot untuk para OKU untuk

bersukan, bukan sahaja bersukan juga mampu menerus kehidupan harian. Dengan fasiliti yang

luas dan lengkap memudahkan golongan OKU untuk menjalankan aktiviti sukan dan atlet-atlet

paralimpik untuk meningkatkan prestasi mereka (Azis, 2017). Dengan kepesatan teknologi kini

sukan tidak lagi halangan untuk gologan OKU.

3.0 Rumusan

Secara kesuluruhannya, kepesatan teknologi telah banyak membantu golongan kurang upaya

di Malaysia bermacam aspek untuk menjalani kehidupan normal. Usaha kerajaan dan NGO yang

membuatkan kepesatan teknologi untuk membantu golongan kurang upaya. Sebagai manusia

kita harus membantu golongan ini bukan hanya bergantung dengan teknologi sahaja. Dengan

kepesatan teknologi secara tidak lansung membantu golongan kurang upaya untuk berdikari dan

meyakinkan diri mereka. Ini kerana tanpa teknologi mereka terasa diasing dan murung. Kerajaan

dan masyarakat harus memainkan peranan dalam perkara ini supaya untuk mencapai

kesejahteraan hidup bersama tanpa diskriminasi. Dengan kemajuan teknologi sekarang pelbagai

perkara boleh dicapai. Dengan itu golongan OKU tidak dipinggirkan.

8
259811

4.0 Rujukan

BH Online, (2016) “Pakar UM reka kaki palsu "pintar", lebih murah” Atas Talian:
https://www.bharian.com.my/node/226118 (22 Disember 2016)
Dewan Bahasa dan Pustaka. (2015). Kamus Dewan (Edisi keempat.). Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Datuk Charon Wardini Mokhzani, (2017) “Teknologi moden pikat generasi muda
bertani” Atas talian https://www.bharian.com.my/rencana/muka10/2017/11/
348063/teknologi-moden-pikat-generasi-muda-bertani (8 November 2017)
Jane Seale, 2006 Disability, technology and e-learning: challenging conceptions, ALT-J,
14:1, 1-8, DOI: 10.1080/09687760500480025
Khairul Anuar bin Abdul Rahman dan Norazrena binti Abu Samah, 2011 “Perisian
Matematik bagi Tajuk Pecahan untuk Pelajar Berkeperluan Khas” Jurnal Teknologi
Pendidikan Malaysia Jilid 1, Nombor 2, Jun 2011
Mohd. Ridzwan Md. Iman. (2002) Teknologi cacat pendengaran Atas Talian :
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2002&dt=
0526&pub=Utusan_Malaysia&sec=Megabait&pg=me_01.htm (26 Mei 2002)
Nor Khalilah Gusti Hassan, (2017) Kerusi roda khas untuk Azizan Atas Talian:
http://www.sinarharian.com.my/edisi/pahang/kerusi-roda-khas-untuk-azizan
-1.707394 (24 JULAI 2017)
Norhafiza Musa, (2017) “Sediakan fasiliti OKU, warga emas di tempat awam”
Atas talian: http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/sediakan-
fasiliti-oku-warga-emas-di-tempat-awam-1.678026 (22 Mei 2017)

Roslah Othman, (2003) Implan koklea - Bantu kanak-kanak pekak Atas talian:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2003&dt=0515&pub=Utusan

8
259811

Malaysia&sec=Keluarga&pg=ke_01.htm (15 Mei 2003)


Roy Azis Abd . Aziz (2017) “Atlet para dijanjikan kompleks latihan baharu” Atas talian:
http://www.utusan.com.my/sukan/atlet-para-dijanjikan-kompleks-latihan-baharu
-1.523986 (08 September 2017)
Utusan Online, (2017) “Jangan diskriminasi golongan OKU” Atas talian:
http://www.utusan.com.my/berita/komuniti/jangan-diskriminasi-golongan-oku-
1.145018 (11 Oktober 2015)
Utusan Borneo, (2008) Tidak ramai OKU bekerja di sektor awam atas talian :
https://www.utusanborneo.com.my/2015/05/08/tidak-ramai-oku-bekerja-di-sektor- awam
(08 Mei 2008)
Utusan Online, (2015) “Remaja OKU guna lidah di laman social” Atas talian

http://www.utusan.com.my/berita/nasional/remaja-oku-guna-lidah-di-laman-
sosial1.62818 (24 Februari 2015)
Vivine Tunku Azwil, (2017) Mengapa anda patut memulakan bisnes online di Malaysia?
Atas Talian http://www.sinarharian.com.my/bisnes/mengapa-anda-patut-memulakan
-bisnes-online-di-malaysia-1.775285 (27 DISEMBER 2017)

Anda mungkin juga menyukai