Anda di halaman 1dari 7

Ujian Formatif adalah bahan atau alat ujian yang dibina oleh guru untuk menguji sesuatu kemahiran

atau subkemahiran bahasa yang diajar. Biasanya skop pengajaran dan pembelajaran ujian tersebut agak terhad dan tidak luas.Tujuan utama guru menjalankan ujian formatif untuk memperbaiki lagi mutu proses pengajaran dan pembelajaran. Ujian Formatif dapat mengesan kelemahan dan pembelajaran murid secara serta-merta. Biasanya ujian ini dijalankan dalam bentuk pemerhatian atau pun dalam satu siri ujian yang pendek.
Ciri-ciri ujian Formatif : mengesan pencapaian murid mengikut sesuatu kemahiran /konstruk formal / tidak formal - contohnya: kuiz, soal jawab (tidak formal) Masa yang pendek/ kecepatan pemerolehan sesuatu kemahiran. Berterusan Tajuk dan soalan yang hendak diuji adalah terhad. Dapat mengelaskan pelajar Penekanan kepada tiga faktor (kognitif, psikomotor & afektif) Kesukaran yang berubah-ubah Maklumat perlu direkod & digunakan secara berterusan. Tatabahasa kurang dipentingkan. Markah umum - lulus atau gagal.

PENILAIAN FORMATIF

Penilaian formatif adalah penilaian yang dibuat secara berterusan, iaitu sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran, untuk menilai keberkesanan pengajaran guru dan pembelajaran pelajar bagi setiap tajuk yang diajar. Ciri-ciri: dijalankan bagi tujuan memperoleh maklumat bagi memperbaiki kurikulum. dijalankan sepanjang masa dan maklumat yang diperolehi daripada penilaian ini digunakan secara terus menerus. bercorak ujian diagnostik yakni yang dapat memberikan input akan masalah yang dihadapi murid dalam mengikuti pembelajaran. dijalankan sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran berlangsung. maklumat yang diperolehi hendaklah digunakan serta merta dalam memperbaiki pengajaran dan pembelajaran agar pelajar dan guru sama-sama memperolehi manfaat daripadanya. Contoh: sesi soal jawab, latihan yang diberikan guru dan ujian di bilik darjah yang tidak ditentukan gred.

Prosedur Penilaian Formatif

1) Menentukan topik pembelajaran. Sukatan pelajaran mengandungi

beberapa

topik

yang

seharusnya

dihabiskan sepanjang sesi persekolahan untuk satu tahun. TIopiK berdasarkan sukatan pelajaran disusun mengikut peringkat kesukaran. Seandainya topik tersebut mempunyai cakupan yang luas, maka penekanan harus diberikan dan mungkin diperlukan dikecilkan kepada subtopik tertentu. Dengan cara ini guru akan dapat memastikan murid-murid menguasai sesuatu sub-topik tertentu terlebih dahulu sebelum meneruskan kepada topiktopik seterusnya. Sebelum beralih kepada topik lain, guru akan mengadakan ujian formatif untuk melihat tahap penguasaan sesuatu topik. 2) Menyatakan aspek dan tahap pencapaian bagi sesuatu topik pembelajaran. Guru menentukan kebolehan pelajar dalam mengenal warna, simbol, membaca dan lain-lain mengikut keperluan topik berkenaan. Setelah aspek berkenaan ditentukan, maka guru boleh menentu tahap penguasaan murid-murid dalam bilik darjah terhadap satu-satu topik berkenaan. Dalam hal ini apabila keputusan menunjukkan 80% hingga 90% pelajar telah menunjukkan penguasaan terhadap sesuatu topik, memperlihatkan bahawa kebanyakan pelajar sudah menguasai topik berkenaan. 3) Menghubungkaitkan elemen-elemen yang terdapat dalam setiap topik. Guru perlu menyusun elemen-elemen yang terdapat dalam topik-topik pembelajaran pada peringkat perlakuan tertentu dengan berdasarkan taksonomi pendidikan. Setelah pemeringkatan mengikut tahap perlakuan selesai, gurus seterusnya mengaitkan semua elemen berkenaan yang terdapat dalam satusatu topik agar saling bertautan dan tidak terpisah. 4) Membentuk soalan ujian. Dilakukan selepas penentuan elemen-elemen berkenaan setiap elemen berkenaan seharusnya diuji kepada pelajar sekurangkurangnya satu soalan. 5) Mencadangkan langkah susulan. Guru mengetahui tahap penguasaan sesuatu topik pembelajaran di samping kesukaran yang dihadapi oleh murid-murid.

tindakan susulan harus dilaksanakan berdasarkan keputusan ujian yang diperolehi. Contoh: murid-murid masih menunjukkan kelemahan ketara dalam sesuatu topik, maka tindakan selanjutnya yang harus diambil oleh guru ialah mengulang semula topik berkenaan atau mengubah suai pendekatan penyampaian agar murid-murid boleh menguasai topik tersebut.

Tujuan Penilaian Formatif: memperbaiki pengajaran pembelajaran. meningkatkan pencapaian pelajar pada akhir sesuatu pelajaran. memperlihatkan kelemahan-kelemahan yang wujud sama ada pada penyampaian guru atau penguasaan murid dan seterusnya guru akan memperbaiki agar murid dapat menguasai dengan lebih baik. menolong murid-murid menguasai sesuatu unit atau topik pembelajaran dan ini memungkinkan mereka memperolehi pencapaian yang lebih baik pada akhir penggal atau semester persekolahan. memperbaiki kualiti serta dapat meramal pencapaian pelajar. Menjadi satu kepuasan kepada seseorang guru apabila beliau dapat meningkatkan pencapaian murid-murid dari semasa ke semasa. guru dapat meninggi dan mengekalkan pencapaian yang memuaskan. Hal ini melalui perbandingan yang boleh dibuat antara pencapaian murid sekarang dengan pencapaian murid-murid lalu melalui rekod ujian formatif yang telah dikendalikan dan mencatatkan masalah yang dihadapi oleh muridmurid dahulu serta langkah penyelesaian yang telah diambil. Dengan cara ini, guru dapat mengekalkan prestasi pelajar dan meramal pencapaian pada akhir penggal persekolahan. mengubah suai pengajaran seseorang guru. guru juga dapat menentukan pendekatan yang lebih baik dalam penyampaian. memberikan bimbingan pembelajaran kepada murid-murid. menjadikan murid sentiasa bersedia untuk menduduki siri ujian yang dijalankan dan dengan itu memerlukan ketekunan dan tumpuan kepada topiktopik pembelajaran.

i. ii.

Bagi tujuan pemulihan, prosedur membina soalan ujian ialah seperti berikut: Menentukan tajuk pengajaran yang ingin diuji. Menentukan aspek dan tahap penguasaan yang perlu dicapai oleh pelajar bagi tajuk pengajaran berkenaan. Misalnya, pelajar perlu mendapat 80% untuk menunjukkan mereka sudah menguasai tajuk tersebut. Menghubungkaitkan elemen-elemen dalam tajuk pada peringkat perlakuan berdasarkan taksonomi objektif pengajaran. Guru perlu menyusun elemen-elemen ini mengikut tahap objektif dan mengaitkannya supaya saling bertautan. Membina soalan ujian mengikut bilangan elemen dalam tajuk, iaitu setiap elemen perlu diuji melalui sekurang-kurangnya satu soalan. Soalan ujian yang sesuai perlu dibina untuk mengukur penguasaan pelajar terhadap semua elemen ini.

iii.

iv.

PENILAIAN FORMATIF DAN SUMATIF


3.3.7 Penilaian Formatif Bagi mencapai matlamat dan objektif yang dirancangkan, aktiviti penilaian seringkali memberikan maklumat penting kepada guru untuk melaksanakan tindakan seterusnya. Penilaian yang dijalankan bagi tujuan memperoleh maklumat bagi memperbaiki kurikulum dikenali penilaian formatif. Penilaian ini dijalankan sepanjang masa dan maklumat yang diperolehi daripada penilaian ini digunakan secara terus menerus. Penilaian lazimnya mendatangkan kesan negatif sama ada kepada murid, guru atau ibu bapa sendiri. Hal ini demikian kerana penilaian sering kali menimbulkan ketegangan kepada golongan berkenaan. Dengan itu, penilaian formatif cuba mengurangkan ketegangan tersebut tanpa membandingkan pencapaian antara pelajar. Pendidik yang beramanah seharusnya memberikan penerangan dan bimbingan kepada murid dan kepada ibu bapa murid akan kegunaan serta tujuan penilaian formatif. Ujian yang dibentuk dalam penilaian ini seharusnya bercorak ujian diagnostik yakni yang dapat memberikan input akan masalah yang dihadapi murid dalam mengikuti pembelajaran. Ujian dijalankan sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Manakala maklumat yang diperolehi hendaklah digunakan serta merta dalam memperbaiki pengajaran dan pembelajaran agar pelajar dan guru sama-sama memperolehi manfaat daripadanya. Misalnya, guru dapat mengenal pasti kelemahan penyampaian pengajarannya, manakala murid dapat mengetahui kelemahan aspek tertentu dalam pembelajaran. Dengan itu penilaian ini bukan sekali-kali bertujuan membandingkan pelajar sebaliknya ingin membantu murid. Dengan itu, tidak ada gred diberikan kepada penilaian atau ujian yang dijalankan. Contoh penilaian formatif seperti sesi soal jawab, latihan yang diberikan guru dan ujian di bilik darjah yang tidak ditentukan gred. Bagi memastikan pelaksanaan penilaian yang berkesan, beberapa langkah atau prosedur perlu diberikan tumpuan atau perhatian oleh guru, iaitu: iv. Menentukan topik pembelajaran. Dalam sesuatu sukatan pelajaran, mengandungi beberapa topik yang seharusnya dihabiskan sepanjang sesi persekolahan untuk satu tahun. Pengajaran topik-topik berkenaan memerlukan masa yang lama untuk menghabiskan semua sukatan berkenaan. Langkah terbaik ialah menyusun topik berkenaan mengikut peringkat kesukaran. Seandainya topik tersebut mempunyai cakupan yang luas, maka penekanan harus diberikan dan mungkin diperlukan dikecilkan kepada sub-topik tertentu. Dengan cara ini guru akan dapat memastikan murid-murid menguasai sesuatu sub-topik tertentu terlebih dahulu sebelum meneruskan kepada topik-topik seterusnya. Sebelum beralih kepada topik lain, guru akan mengadakan ujian formatif untuk melihat tahap penguasaan sesuatu topik. v. Menyatakan aspek dan tahap pencapaian bagi sesuatu topik pembelajaran. Guru harus mengenal pasti aspek-aspek tertentu setiap topik yang perlu dikuasai oleh pelajar. Misalnya pelajar dapat mengenal warna, simbol, membaca dan lain-lain mengikut keperluan topik berkenaan. Setelah aspek berkenaan ditentukan, maka guru boleh menentu tahap penguasaan murid-murid dalam bilik darjah terhadap satu-satu topik berkenaan. Dalam hal ini apabila

keputusan menunjukkan 80% hingga 90% pelajar telah menunjukkan penguasaan terhadap sesuatu topik, memperlihatkan bahawa kebanyakan pelajar sudah menguasai topik berkenaan. vi. Menghubungkaitkan elemen-elemen yang terdapat dalam setiap topik. Guru perlu menyusun elemen-elemen yang terdapat dalam topik-topik pembelajaran pada peringkat perlakuan tertentu dengan berdasarkan taksonomi pendidikan. Setelah pemeringkatan mengikut tahap perlakuan selesai, gurus seterusnya mengaitkan semua elemen berkenaan yang terdapat dalam satusatu topik agar saling bertautan dan tidak terpisah. vii. Membentuk soalan ujian. Selepas penentuan elemen-elemen berkenaan, misalnya ada sepuluh elemen dalam sesuatu topik, maka setiap elemen berkenaan seharusnya diuji kepada pelajar sekurang-kurangnya satu soalan. viii. Mencadangkan langkah susulan. Tujuan penilaian formatif dijalankan ialah antara lain untuk mengetahui tahap penguasaan sesuatu topik pembelajaran di samping kesukaran yang dihadapi oleh murid-murid. Dengan itu tindakan susulan harus dilaksanakan berdasarkan keputusan ujian yang diperolehi. Misalnya, murid-murid masih menunjukkan kelemahan ketara dalam sesuatu topik, maka tindakan selanjutnya yang harus diambil oleh guru ialah mengulang semula topik berkenaan atau mengubah suai pendekatan penyampaian agar murid-murid boleh menguasai topik tersebut. Penilaian formatif atau ujian formatif dianggap sebagai suatu strategi pengajaran dan pembelajaran yang dapat membantu guru dan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru dan murid-murid masing-masing saling memperolehi maklumat akan kelemahan-kelemahan yang wujud semasa pengajaran pembelajaran berlangsung berdasarkan keputusan ujian yang ditunjukkan. Ini memberikan motivasi kepada guru dan murid untuk membaiki prestasi masingmasing. Guru memperbaiki prestasi penyampaian manakala murid memperbaiki strategi pembelajaran. 3.3.7.1 Tujuan Penilaian Formatif Pada asasnya, penilaian formatif bertujuan untuk memperbaiki pengajaran pembelajaran. Di samping memperbaiki pengajaran dan pembelajaran, secara langsung penilaian yang dijalankan dapat meningkatkan pencapaian pelajar pada akhir sesuatu pelajaran. Hal ini dapat direalisasikan melalui ujian-ujian yang dikendalikan dapat memperlihatkan kelemahan-kelemahan yang wujud sama ada pada penyampaian guru atau penguasaan murid dan seterusnya guru akan memperbaiki agar murid dapat menguasai dengan lebih baik. Situasi ini akan menolong murid-murid menguasai sesuatu unit atau topik pembelajaran dan ini memungkinkan mereka memperolehi pencapaian yang lebih baik pada akhir penggal atau semester persekolahan. Penilaian formatif juga dapat memperbaiki kualiti serta dapat meramal pencapaian pelajar. Menjadi satu kepuasan kepada seseorang guru apabila beliau dapat meningkatkan pencapaian murid-murid dari semasa ke semasa. Dengan mengadakan ujian formatif, guru dapat meninggi pencapaian dan mengekalkan pencapaian yang memuaskan. Hal ini melalui perbandingan yang boleh dibuat

antara pencapaian murid sekarang dengan pencapaian murid-murid lalu melalui rekod ujian formatif yang telah dikendalikan dan mencatatkan masalah yang dihadapi oleh murid-murid dahulu serta langkah penyelesaian yang telah diambil. Dengan cara ini, guru dapat mengekalkan prestasi pelajar dan meramal pencapaian pada akhir penggal persekolahan. Di samping itu, kegunaan penilaian formatif juga bertujuan mengubah suai pengajaran seseorang guru. Hal ini kerana pencapaian yang rendah di kalangan murid-murid barangkali disebabkan oleh kelemahan pengajaran guru itu sendiri. Pendekatan yang diambil oleh guru berkenaan tidak semestinya sama dalam semua sesi pembelajaran yang dikendalikan. Begitu juga murid-murid yang dihadapinya terdiri daripada pelbagai peringkat kebolehan. Ada yang sederhana, lemah dan cemerlang. Keadaan ini memerlukan pengubahsuaian dalam penyampaian guru agar pembelajaran lebih berkesan. Berasaskan penilaian yang dijalankan guru dapat mengenal pasti aspek atau topik yang menunjukkan kecenderungan murid-murid masih lemah dan topik yang telah dikuasai oleh murid. Selain mengatasi kelemahan dalam pengajaran, guru juga dapat menentukan pendekatan yang lebih baik dalam penyampaian. Misalnya, guru menggunakan pendekatan syarahan dalam menyampaikan pengajaran. Pada akhir topik berkenaan, satu ujian formatif dilakukan dan mendapati kebanyakan murid kurang memahami topik yang diperkatakan. Dengan itu guru dapat memahami bahawa pendekatan berkenaan tidak sesuai dan beliau boleh mengubah dengan menggunakan pendekatan lain seperti perbincangan dan sebagainya. Penilaian formatif juga bertujuan untuk memberikan bimbingan pembelajaran kepada murid-murid. Maklumat yang diperolehi daripada siri ujian yang dijalankan dapat digunakan oleh murid-murid untuk mengatasi kelemahan mereka. Mereka boleh berbincang dan mendapat bimbingan serta khidmat nasihat daripada guru mereka. Dengan cara itu, murid-murid berkenaan dapat mengatasi masalah mereka dan seterusnya meningkatkan penguasaan pembelajaran. Mereka juga akan menjadi sentiasa bersedia untuk menduduki siri ujian yang dijalankan dan dengan itu memerlukan ketekunan dan tumpuan kepada topik-topik pembelajaran. Kesimpulannya, penilaian atau ujian formatif adalah suatu strategi dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang bermanfaat dalam membantu pelajar dan guru. Maklum balas yang diperolehi dapat digunakan oleh guru dan murid-murid serta merta dalam memperbaiki kelemahan-kelemahan yang wujud. Ia memberikan motivasi kepada guru untuk terus berusaha dengan gigih bagi memastikan kecemerlangan pelajar. Manakala pada pihak murid-murid pula, ia memberikan harapan tinggi mereka untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran

Anda mungkin juga menyukai