Anda di halaman 1dari 4

Mengenalpasti Kepelbagaian yang Wujud di Kalangan Murid

Kepelbagaian yang wujud dalam sistem masyarakat majmuk di negara kita akan memberi
kesan secara langsung kepada perkembangan sistem pendidikan secara umumnya dan
kepada suasana pembelajaran secara khasnya. Sebagai pendidik, adalah sangat penting
untuk memberikan pendidikan yang seimbang kepada semua murid dari pelbagai kaum
,jantina dan latar belakang.Disamping itu kepelbagain psikologi seperti murid introvert dan
ekstrovert juga mewarnai suasana di dalam kelas.

 Kepelbagaian Sosiobudaya

Semua guru yang mengajar di dalam kelas harus menjalankan tugas dengan penuh
dedikasi dan bersikap profesional. Guru tidak harus membezakan bangsa murid, tidak
mengelompok murid mengikut kaum mereka tertentu sahaja. Murid dari kaum dan jantina
berlainan juga harus ditempatkan dalam satu kumpulan yang sama supaya peluang untuk
berinteraksi terbuka luas.

Murid dalam latar belakang yang berbeza juga seharusnya ditempatkan dalam satu tempat
yang sama tanpa wujud diskriminasi ekonomi atau taraf hidup.Guru seharusnya bijak untuk
mengetahui cara untuk melihat kepada kepelbagaian murid di dalam kelas dan melihatnya
sebagai satu keistimewaan dan bukan sebagai satu beban. Pengetahuan ini akan
menghakis sikap prejudis guru dalam menangani kepelbagaian sosio-budaya murid,
khususnya ketika mengendalikan aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran.

Murid adalah pelanggan bagi setiap guru didalam bilik darjah. Mereka akan bersama setiap
kali aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung dalam bilik darjah. Hati dan jiwa
mereka perlu dibersihkan melalui pendidikan terbaik yang melampaui tingkahlaku manusia.
Kerapkali terdapat perbezaan antara individu atau kumpulan murid dengan yang lain. Faktor
ini mendesak guru menggunakan kemahiran secara optimum dalam pengurusan bilik darjah
dan adalah penting kepada guru untuk memahami tingkahlaku dan budaya murid supaya
sebarang tindakan dapat dilakukan mengikut kaedah yang betul dan tepat.

 Antara perkara yang boleh dijadikan panduan mengurus tingkahlaku murid ialah
menyenaraikan maklumat yang perlu murid ketahui tentang peraturan yang wajib mereka
patuhi sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran. Murid harus bersosial dalam
melakukan aktiviti pembelajaran. Murid harus berinteraksi tanpa mengira kelas sosial dan
perlu membuang sikap prejudia terhadap bangsa lain.
Kepercayaan dan amalan agama yang dianuti tidak harus dipertikaikan dan akktiviti yang
dijalankan haruslah berupaya menyemai semangat saling percaya dan mempercayai ke
dalam jiwa murid. Proses sosiaisasi antara kaum tanpa mengira anutan agama hendaklah
dikembangkan supaya proses pembentukan kendiri murid dapat dilaksanakan. Secara
langsung semangat perpaduan dapat dijalinkan dalam masyarakt dan seterusnya berupaya
membentuk mesyarakat yang toleran kearah memacu pembangunan negara. Guru tidak
harus menyentuh atau mempertikaikan kepercayaan yang diamalkan murid-murid mereka.
Setiap kepercayaan dan nilai harus diterima seadanya. Isu-isu sensitif dan berkaitan agama
murid yang berlainan kaum tidak harus dipertikaikan.Guru juga perlu merancang aktiviti
pembelajaran yang sesuai dengan semua kepercayaan, nilai dan agama murid mereka.

 Penggunaan bahasa yang standard harus diamalkan oleh murid. Unsur-unsur dialek
mengikut kaum hendaklah dielakkan, seberapa yang terdaya murid harus diingatkanan
untuk sentiasa berinteraksi dengan menggunakan bahasa yang betul. Pengunaan laras
bahasa yang tepat mestilah diamalkan dalam situasi yang sesuai, aktiviti yang bercorak kea
rah peningkatan bahasa perlu disertai supaya tahap penguasaan bahasa murid sentiasa
bertambah. Perbendaharaan kata yang tepat akan membantu murid mencapai kematangan
sosial yang sepatutnya.

 Murid juga digalakkan berinteraksi dan berhubung dengan mereka yang berlainan jantina.
Mereka juga perlu diberikan kesedaran batasan perhubungan dalam interaksi yang
berlainan jantina. Guru harus merancang aktiviti pembelajaran yang boleh disertai oleh
semua murid, tanpa mengira jantina. Isu yang mempunyai unsure bias kepada mana-mana
jantina mesti dielakkan untuk memberi peluang yang sama pada setiap murid menerokai
aktiviti pembelajaran. Bagi murid yang kecelaruan jantina, menjadi tanggungjawab guru
untuk membentuk persepsi yang positif dalam kalangan murid supaya mereka tidak terus
hidup dengan kecelaruan tersebut.

 Mungkin terdapat beberapa orang murid yang nakal didalam setiap kelas, namun harus
diingat bahawa bukan murid menjadi puncah permasalahan. Kemahiran mengawal kelas
sebaik sahaja guru memasuki kelas merupa titik noktah penting dalam pengajaran dan
pembelajaran. Murid –murid yang menimbulkan punca permasalahan harus dikenalpasti,
supaya murid lain tidak menjadi ‘pak turut’. Guru mesti mencuba membantu menyelesaikan
punca permasalahan dan meneruskan aktiviti pengajaran dengan banyak berinteraksi
dengan murid sehingga ia merasakan dirinya mendapat perhatian dan dihargai sehingga ia
merasakan mendapat perhatian dan dihargai bukan kerana dirinya tetapi kerana
tingkahlakunya yang disenangi guru.

 
Kepelbagaian Psikologi

Terdapat pelbagai teori psikologi yang boleh dikaitkan dengan kepelbagaian murid di dalam
kelas tetapi yang paling mudah untuk dikenalpasti adalah Teori Personaliti Carl Jung.Carl
Jung adalah orang pertama yang menggunakan istilah introvert dan extrovert unutk
menggambarkan dua jenis personality yang berbeza.Dua personality mudah dilihat didalam
kelas dan ianya tidak mengira jantina samada lelaki atau perempuan

Introvert ialah trait personality yang menggambarkan ciri seperti seorang pemalu,pendiam,
tidak suka bersosial dan tenang.Ciri ini mudah dikenalpasti oleh guru.Pelajar ini cenderung
untuk berdiam diri ketika di dalam kelas malah tidak mempunyai ramai sahabat.Disamping
itu penglibatan pelajar yang minimum didalam kelas juga merupakan salah satu ciri pelajar
introvert. Pelajar ini juga lebih mempunyai sifat-sifat yang pasif, gemar berseorangan,
sensitive, pemalu, cermat, berfikir dahulu sebelum bertindak, tenang dan tidak suka
mengambil risiko. Sekiranya seorang guru mempunyai pelajar yang mempunyai personaliti
introvert, guru seharusnya mengambil berat agar pelajar tersebut tidak terasa di asingkan
dan hidup di dalam dunianya sendiri.Pelajar ini memerlukan bimbingan dan perhatian guru
yang banyak.Guru perlu selalu berinteraksi dengan pelajar-pelajar ini untuk mengubah
personality ini atau memahami masalah yang membelenggu mereka.Apabila guru mesra
dengan pelajar,pelajar akan mudah mendekati guru dan bersedia untuk berbincang masalah
mereka.Pelajar introvert tidak semestinya pelajar yang lemah didalam pelajaran Cuma
mereka mengalami masalah personality dan semangan kendiri yang lemah.Oleh itu guru
perlu member galakan dan adakan kursus motivasi untuk membina konsep kendiri tinggi

Ekstrovert pula menggambarkan ciri personality seperti berani,petah berbicara,popular di


kalangan rakan dan mempunyai potensi untuk menjadi pemimpin. Murid atau pelajar yang
mempunyai ciri ini akan menunjukakan yang mereka bersikap yang lebih positif. Ekstrovert
mempunyai cirri-ciri seperti ceria, gemar pada keseronokan, suka bercampur gaul, aktif dan
ligat, inovatif atau gemar pada perubahan serta aktiviti luar, mudah cakap, cepat bertindak
balas. Guru tidak perlu risau tentang keadaan anak muridnya jika anak muridnya
mempunyai personaliti jenis ekstrovert.Guru perlu bijak mengenalpasti dan mencungkil
potensi yang wujud didalam pelajar ini.Galakkan pelajar ini mengikuti sebarang
pertandingan atau memberi peluang pelajar ini menjawat jawatan sekolah seperti pengawas
sekolah atau ketua kelas.Disamping itu,guru seharusnya membuat aktiviti berkumpulan
yang menggabungkan kumpulan ekstrovert dan kumpulan introvert.Dengan itu personaliti
ekstrovert akan diserap oleh kumpulan introvert dan menggalakan keseimbangan personaliti
didalam kelas.Pelajar ekstrovert ini juga perlu bimbingan guru kerana jika tidak
dikawal,ianya akan menimbulkan suasana bising didalam kelas malah mungkin lebih teruk
dari itu seperti menjadi pelajar yang nakal kerana mereka mempunyai banyak tenaga untuk
melakukan aktiviti tetapi tidak tahu kemana hendak disalurkan tenaga itu.

Anda mungkin juga menyukai