Anda di halaman 1dari 21

M o d u l L a ti h a n

Pembelajaran
Pengajaran
Kepelbagaian P elajar

UNIT 2
TOERI PERKEMBANGAN PELAJAR

RESUME
Nama :Wan Atiqah Binti Abd Hamid
Matrik:L20212012239
No HP :0179303118
Group : DPLI KUMPULAN E (YIK)

PENSYARAH
Profesor Madya Dr. Abdul
Rahim bin Razalli
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

SINOPSIS

Prinsip-prinsip psikologi perkembangan, teori-teori perkembangan dan kaedah


penyelidikan dalam bidang psikologi perkembangan diperkenalkan sebagai panduan asas
kepada kandungan kursus. Perkembangan kanak-kanak dibincangkan dari sudut
perkembangan motor dan fizikal, perkembangan persepsi, kognitif dan bahasa serta
perkembangan sosial dan moral.

HASIL PEMBELAJARAN

1. Menjelaskan tentang beberapa teori perkembangan psikologi.


2. Menghuraikan konsep-konsep kendiri yang perlu ada pada setiap pelajar.
3. berkaitan analisis pelajar (kebolehan kognitif, tahap kesediaan, kelajuan
penerimaan motivasi dan konsep kendiri, gaya belajar/ gaya kognitif)

KANDUNGAN

HALAMAN
Pengenalan 3
Pemetaan Ringkasan Kandungan 3
PerkembanganTeori Psikologi Ericson 4
Peringkat dan Ciri-ciri Teori Psikologi Ericson 5-6
Aplikasi Teori Ericson 7
Cara Membantu Murid Memperolehi Sence of Industri 8
Cara Membantu Murid Memperteguhkan Identiti 8
Teori Perkembangan Piaget 8
Implikasi Teori Perkembangan Kognitif 8
Konsep Kendiri 9
Konsep Kendiri/Self-concept 10
Harga Diri/ Self-esteem 10
Keberkesanan Diri 11
Motivasi 11
Pengertian Motivasi 11
Meneroka Motivasi 11
Motivasi pembelajaran 12 KPD4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR
Motivasi untuk berjaya 13
Motivasi Untuk Mencapai Teori Atribusi 13
Motivasi Untuk mecapai Motivasi Penguasaan 14
Motivasi Pengajaran dan Pembelajaran 14
Motivasi, Hubungan dan Kontek Sosial Budaya dan hubungan Sosial 14
Gaya Pembelajaran 14
Gaya kognitif 15
Gaya Belajar 15
Penutup 16
Glosori 17
Bibliografi 18
Latihan 19-21

2
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

2.0 Pengenalan

Pengetahuan mengenai pertumbuhan dan perkembangan adalah sangat penting di dalam


proses pengajaran dan pembelajaran untuk perancangan kurikulum dan mencipta teknik
mengajar kepada semua pelajar di dalam pelbagai peringkat perkembangan. Pertumbuhan dan
perkembangan merupakan dua proses yang saling berkait. Pengetahuan mengenai psikologi
pertumbuhan dan perkembangan membolehkan guru memahami perkembangan konsep yang
dicapai oleh kanak-kanak berbagai umur akan membolehkan guru merancang serta memilih
bahan bacaan pada peringkat kesukaran yang paling sesuai. Guru perlu mengetahui jenis
minat yang mungkin dibentuk oleh kanak-kanak berbagai peringkat umur untuk memberi
dorongan agar penyertaan pelajar yang berkesan dapat dijayakan di dalam bilik darjah.

2.1 Pemetaan Ringkasan Kandungan

PERKEMBANGAN
PSIKOLOGI

TEORI
TEORI PSIKOLOGI
PERKEMBANGAN MOTIVASI ISU
ERICSON
PIAGET

- Peringkat & - Erti - Teori


- Peringkat
ciri2 Implikasi - - Kategori psikologi
- Aplikasi Konsep kendiri - Motivasi
- Sense of - Motivasi - Gaya
industry - Harga pembelajaran
pembelajaran
- Meneguhkan
indentiti diri/selfesteem
- Motivasi
- Keberkesanan KPD4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR
 bekerja
diri

3
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

2.2 Perkembangan Teori Psikologi Ericson

kendiri

Manusia
motivasi
teori

2.2.1 Peringkat dan Ciri-ciri Teori Psikologi Ericson

Kategori/Peringkat Ciri-ciri
1. Kepercayaan dan  Mempengaruhi perkembangan bayi melalui pengalaman
ketidak percayaan  Belajar untuk mempercayai atau tidak mempercayai orang
(kelahiran-1 tahun) lain
 Mempengaruhi sikapnya terhadap hidup dan interaksinya
dengan orang lain
 Kepercayaan akan memudahkan individu menghadapi serta
mengatasi masalah dalam hidup
 Bayi mula membentuk perasaan percaya lawan tidak
percaya. Perasaan percaya pada persekitaran dan orang lain
akan wujud sekiranya bayi tersebut mendapat penjagaan
yang baik dari penjaganya; terutama daripada ibu.
Sebaliknya; jika bayi tersebut tidak mendapat penjagaan
yang sempurna maka akan timbul perasaaan tidak percaya KPD4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR
pada tahap ini. Cara penjagaan bayi akan mempengaruhi
emosi dan perasaan percaya dalam diri bayi tersebut.
2. Autonomi vs rasa  Konsep diri mula bertambah nyata
malu dan ragu-ragu  Mula tahu apa yang dicakap dan dibuat merupakan
(2-3 tahun-pra tindakannya bukan orang lain
sekolah)  Keinginan untuk bertindak bebas (autonomi) meningkat
 Lebih gemar membuat sesuatu tanpa bergantung kepada
orang lain
 Mungkin berpendapat cekap dan berkebolehan
 Rasa diri kurang cekap – malu dan mula meragui kebolehan
diri
 Tingkah laku yang sentiasa diterima dan dipuji – lebih yakin
 Sentiasa didenda/dimarah – malu dan ragu-ragu

4
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

 Cara terbaik, tingkah laku yang tidak diingini dikawal dan


yang diingini dipuji – dapat mengenal jenis-jenis t/laku yang
digalakkan dan yang hendak dielakkan
 Kecenderungan untuk berfungsi secara bebas hendaklah
diterima atau didorong
 Pada tahap ini kanak-kanak sudah mula berkeinginan
melakukan sesuatu perbuatan sendiri. Mereka mula berdikari
dan tidak suka dibantu atau dikongkong orang dewasa.
Situasi ini merupakan permulaan kepada pembentukan
perasaan keyakinan diri pada kanak-kanak tersebut.
Dorongan dan galakan ibu bapa akan membantu kanak-
kanak membina perkembangan dan menyelesaikan sesuatu
tugasan.
3.Inisiatif vs rasa  Ingin meneroka dan mencuba sesuatu yang baru dan
bersalah mencabar – inisiatif
(4-5 tahun-pra  Dapat belajar dan bergerak dengan cepat
sekolah hingga  Lebih peka kepada perkara betul dan salah
tadika)  Berasa malu apabila diketawakan dan seterusnya membina
sikap positif.
 Galakan akan menyedarkan kanak-kanak tentang potensi diri
 Sering dikawal dari mencuba – akan berasa kurang inisiatif
 Pada tahap ini kanak-kanak mula berinteraksi dengan
persekitaran. Banyak inisiatif dilaksanakan bagi memenuhi
naluri ingin tahu yang tinggi. Mereka akan cuba melakukan
kerja-kerja yang dibuat oleh orang dewasa. Perkembangan
ketika ini tidak boleh disalah asuh kerana akan menyebabkan
kanak-kanak hilang inisiatif, suka menyendiri dan akan
menimbulkan masalah apabila memasuki alam persekolahan

4.Industrivs rendah  Proses dalam membentuk orang yang berguna bermula pada
diri tahap ini.
(6-11 tahun-sekolah  Kanak-kanak ingin melakukan aktiviti yang dapat membantu
rendah-sekolah orang lain.
menegah  Mula timbul rasa bangga dalam pencapaian dan kebolehan
mereka.
 Kanak-kanak yang diberi galakan dan dipuji oleh orang KPD4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR
dewasa akan merasa lebih yakin dan percaya terhadap
kebolehan mereka.
 Mereka yang menerima sedikit atau tidak mendapat galakan
daripada orang dewasa akan membentuk rasa rendah diri
terutamanya apabila orang lain mencari kesalahan terhadap
usaha mereka untuk menjadi berguna kepada orang lain.
 Malah, perasaan rendah diri akan menjadi lebih teruk apabila
mereka dibandingkan dengan rakan yang lebih
berkemampuan dalam melaksanakan sesuatu tugasan.
 Mereka juga membentuk rasa rendah diri jika sering gagal
dalam tugasan yang sukar dilakukan.
 Pada fasa ini, anak-anak akan belajar menyelesaikan tugasan
dari guru. Ia mendorong kepada timbulnya rasa

5
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

tanggungjawab dan mulai seronok belajar bersama rakan-


rakan

5.Identiti vs  Tahap ini memainkan peranan penting dalam


kekeliruan peranan membangunkan identiti peribadi yang akan terus
(12-18 tahun – mempengaruhi tingkah laku dan perkembangan diri
pertengahan hingga sepanjang kehidupan seseorang (tahap keremajaan).
sekolah menengah)  Penting bagi remaja untuk mempunyai identiti diri dan
menghindari daripada sebarang kekeliruan identiti dan
perasaan.
 Penglibatan daripada rakan sebaya juga amat penting pada
peringkat ini. Pengaruh rakan sebaya yang tidak baik akan
memberikan kesan buruk kepada remaja tersebut.
 Rakan membantu remaja mencari/ mengenali satu-satu
peranan dan membentuk identiti personaliti.
 Mereka yang tidak berjaya pada fasa ini akan timbul rasa
tidak yakin dengan kepercayaan dan keinginan mereka serta
merasa tidak selamat dan keliru tentang diri mereka dan
masa depan.

6.Keintiman vs  Individu perlu membentuk perhubungan (hubungan peribadi)


pengasingan yang rapat dengan orang lain melalui tolak ansur, toleransi
(dewasa muda) dan pengorbanan.
 Mereka yang berjaya pada tahap ini akan membentuk
hubungan yang kekal dan terjamin.
 Kegagalan boleh menyebabkan individu berasa terasing,
terpencil dan kemurungan.
7.Generaitiviti vs  Memberi fokus pada kerjaya dan keluarga.
kenangan  Beri perhatian utama untuk membangun dan menyatukan
(usia pertengahan) generasi akan datang seperti anak atau anak murid.
 Mereka yang berjaya pada fasa ini akan merasa bahawa
mereka menyumbang secara aktif dan memberi impak positif
kepada generasi muda.
 Mereka yang gagal mencapai kemahiran ini akan merasa
tidak produktif dan terasing daripada masyarakat.
8.Intergriti vs putus  Berlaku pada usia tua dan memfokuskan kepada refleksi KPD4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR
asa kehidupan. Pada masa ini, mereka melihat kembali peristiwa
(usia tua) sepanjang kehidupan mereka dan menilai sama ada mereka
gembira dengan kehidupan mereka atau menyesali perkara
yang mereka lakukan atau tidak lakukan.
 Mereka yang bangga dengan pencapaian mereka akan
merasa berintegriti.
 Mereka yang gagal pada peringkat ini akan merasakan
bahawa kehidupan mereka telah dibazirkan dan akan
mengalami banyak penyesalan. Dengan itu, individu akan
ditinggalkan dengan rasa kepahitan dan berputus asa

6
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

2.2.2 Aplikasi Teori Ericson


Kaum Ciri-Ciri Kepelbagaian
Kanak-kanak pra  Guru dan ibu bapa memberi tumpuan dalam pembinaan
sekolah personaliti pelajar
 Para guru perlu mengetahui aktiviti yang diminati oleh pelajar
pada tahap ini dan mewujudkan aktiviti yang dapat
menggabungkan semua minat mereka dalam satu permainan
dalam bilik darjah.
 Memberi peluang kepada anak-anak untuk memikul
tanggungjawab dalam proses pembelajaran apabila terlibat
dalam aktiviti bilik darjah bersama-sama rakan sebaya.
 Memastikan anak-anak menerima pujian terhadap perkara-
perkara baik yang mereka lakukan supaya mereka lebih
percaya dan yakin dengan perkara yang bakal mereka lakukan
selepas ini.
 Jangan mengejek atau mengkritik anak-anak secara terbuka
sebaiknya diajak berbual mengenai kelakuan atau pilihan yang
dibuatnya. Membantu anak-anak membentuk pilihan yang
sesuai dengan membimbing mereka untuk mencapai
penyelesaian positif dan hasil yang membanggakan.
Sekolah menegah  Tertumpu kepada pencapaian dan hubungan dengan rakan
rendah sebaya.
 Melakukan aktiviti fizikal untuk membina hubungan sosial
dan membantu pelajar menghargai kebolehan sendiri dan
kebolehan orang lain.
 Menggalakkan pelajar untuk membantu pelajar lain yang
mungkin mempunyai masalah tingkah laku atau prestasi
belajar dan tidak sesekali menjadikan mereka sebagai bahan
ejekan.
 Menyakinkan mereka bahawa kesempurnaan bukanlah
sesuatu yang penting sebaliknya sentiasa belajar daripada
kesilapan yang lalu dan mampu mematangkan pemikiran
mereka. Mengajar mereka untuk lebih kuat semangat dan
sentiasa bermotivasi untuk meneruskan hidup walau apapun KPD4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR
yang berlaku.
 Membina keyakinan melalui aktiviti-aktiviti kecemerlangan
anak-anak.
Sekolah menegah  Tertumpu kepada membina identiti dan harga diri.
 Melayan pelajar secara sama rata dan tidak wujud sikap pilih
kasih, pelajar kesayangan berdasarkan jantina, pencapaian
akademik dan sebagainya.
 Menggalakkan pelajar untuk membina keyakinan dalam diri
melalui pembentukan kaedah penyelesaian masalah yang
pelbagai
 Menggunakan aktiviti berunsurkan keseronokkan dalam kelas
untuk meringankan tekanan belajar, perasaan negatif dalam
diri dan meningkatkan semangat untuk belajar disebabkan

7
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

suasana yang harmoni.

2.2.3 Cara Membantu Murid Memperolehi Sence of Industri

 Dedahkan dengan pelbagai kaedah pembelajaran


 Kenalpasti minat dan kemahuan pelajar
 Asah kemahiran pelajar dengan aktiviti yang bersesuaian
 Kembangkan pemikiran dan pandangan pelajar terhadap minatnya. Contoh, dengan
menyertakan pelajar ke dalam pertandingan antara sekolah berkaitan dengan minat
mereka.

2.2.4 Cara Membantu Murid Memperteguhkan Identiti

 Mendidik murid berfikiran terbuka dan berpandangan luas


 Memupuk murid untuk peka terhadap keadaan sekeliling seperti menitikberatkan
kepentingan orang lain.
 Contohnya, mereka diajar untuk sentiasa ringan tulang dalam memberi bantuan
kepada yang memerlukan disamping mengamalkan sikap saling bekerjasama,
berbudi bahasa terhadap semua golongan masyarakat tidak kira pangkat atau darjat,
berbudi, budiman atau berbudi dan beriman, menghormati individu dan harta,
amanah, sabar dan jujur

2.3 Teori Perkembangan Piaget

Kategori/Peringkat Ciri-ciri
1.sensor motor  Bayi bergerak balas terhadap ransangan secara refleks
KPD4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR
(1-2 tahun) semula jadi
 Bayi tahu dunia melalui pergerakan dan sensasi mereka.
 Kanak-kanak belajar tentang dunia melalui tindakan asas
seperti menghisap, merengkuh, melihat, dan mendengar
 Bayi belajar bahawa benda-benda terus wujud walaupun
mereka tidak dapat dilihat (objek kekal)
 Mereka adalah makhluk yang berasingan dari orang-orang
dan objek di sekeliling mereka.
 Mereka menyedari bahawa tindakan mereka boleh
menyebabkan perkara-perkara berlaku di dunia di sekeliling
mereka

2.Praoperasional  Kanak-kanak berupaya menggunakan perkataan dan imej

8
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

(2-7 tahun (simbol)


 Pemikiran kanak-kanak berbentuk egosentrik dan animisme
 Pemikiran kanak-kanak berfokuskan kepada satu ciri dan
hanya berpandukan realiti

3.Operasional  Kanak-kanak boleh berfikir secara logik


(7-11 tahun)  Kanak-kanak mehamai konsep yang konkrit
 Kanak-kanak boleh membuat klasifikasi, memahami prinsip
conservation, serta memahami hubungan logic antara objek

4.Oparasional  Remaja boleh berfikir secara sistematik


formal  Remaja berupaya menjelaskan konsep abstrak
(lebih dari 11  Remaja berupaya memahami penaakulan saintifik
tahun)  Penggunaan Bahasa lebih kompleks

2.3.1 Implikasi Teori Perkembangan Kognitif

 Guru harus fokus kepada proses pemikiran pelajar dan bukan hanya kepada hasil
atau produk akhir untuk memastikan pelajar telah mengalami proses berfikir yang
betul.
 Galakkan pelajar menghuraikan strategi pemikiran yang mereka gunakan untuk
selesai masalah. Menggalakkan pelajar memainkan peranan penting dan
melibatkan diri di dalam aktiviti pembelajaran.
 Pelajar perlu meneroka dan mendapatkan sendiri pengetahuan melalui interaksi
dengan persekitaran.

2.3.2 Konsep Kendiri

KPD4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR


 Pelajar-pelajar mempunyai beberapa konsep kendiri yang berbeza-beza tetapi saling
berkaitan. Konsep kendiri mereka terbentuk oleh konsep-konsep kendiri lain yang
lebih spesifik. Secara keseluruhannya konsep kendiri dapat dibahagi kepada 3
bahagian dalam bidang yang berbeza iaitu : Inggeris, Matematik, dan non-akademik
 Konsep kendiri dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu konsep kendiri positif dan
konsep kendiri negatif

Konsep Kendiri Positif

 seseorang yang sering di kaitkan dengan kejayaan dalam hidup ialah mereka yang
dapat membina konsep kendiri yang positif.
 Mereka yang mempunyai konsep kendiri yang positif ini sentiasa menerima

9
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

layanan dan perhatian yang baik sama ada daripada ibu bapa sendiri, keluarga,
guru, rakan-rakan mahupun orang yang berada di persekitarannya
 Individu ini akan sentiasa mengalami lebih banyak kejayaan berbanding dengan
kegagalan
 Individu ini juga sering berasa gembira, berkeyakinan dan mempunyai kepercayaan
yang penuh terhadap dirinya sendiri untuk melakukan sesuatu

Konsep Kendiri Negatif

 Individu yang sering dikaitkan dengan kegagalan sama ada dalam apa bidang sekali
pun biasanya tidak lari daripada mempunyai konsep kendiri yang negatif.
 individu jenis ini akan sentiasa berasa tidak puas hati, tidak gembira, cepat merajuk
serta perasaannya mudah tersinggung.
 Individu seperti ini sering dimarahi ataupun dikritik sama ada oleh ibu bapa, guru,
rakan-rakan dan sesiapa sahaja yang berada di persekitarannya.
 Mereka juga kurang menerima kasih sayang atau perhatian. Mereka biasanya
kurang diterima oleh guru, rakan sebaya mahupun orang lain. Keadaan ini akan
memburukkan lagi keadaan di mana individu tersebut akan berasa dirinya
mempunyai aras keyakinan yang rendah.
 Seterusnya keadaan ini akan menyebabkan individu berkenaan akan membentuk
sifat rendah diri dalam dirinya
 Akibat daripada itu individu tersebut akan menjadi seorang yang pasif, sentiasa
dalam keadaan yang muram dan tidak mudah untuk bergaul dengan orang lain atau
tidak mahu bersosialisasi dengan persekitarannya

2.3.3 Harga Diri/ Self-esteem

Harga diri merupakan pandangan seseorang individu terhadap nilai dirinya sendiri. Self
esteem terbentuk dari pengalaman yang sudah ada. Antara faktor mempengaruhi self
esteem Ialah alam bawah sedar, persepsi dan pikiran diri, pekerjaan, usia, penyakit yang
dideritai, keterbasan fisik dan opinian yang diciptakan oleh media masa. Guru perlu KPD4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR
mewujudkan suasana kelas yang positif supaya semua pelajar dapat membina harga
diri/self-esteem yang tinggi. Lebihkan pujian bila perlu dan memberi teguran dengan
berhikmah supaya tidak langsung pelajar lebih meningkat harga diri.

2.3.4 Keberkesanan Diri/Self-Efficacy

10
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

 Menekankan peranan pembelajaran observasi, pengalaman sosial, dan


determinisme timbal balik dalam membangun keperibadian.
 Keyakinan terhadap keupayaan seseorang untuk mengatur dan melaksanakan
kursus tindakan yang diperlukan untuk mengurus situasi yang prospektif

2.4 Motivasi

2.4.1 Pengertian motivasi

 Motivasi atau pergerakan ialah dorongan tingkah laku organisma yang bererusan
untuk menjalankan aktiviti yang dirasangkan oleh sesuatu insentif
 Motivasi merupakan ransangan yang membangkit dan mengekalkan minat
seseorang individu kea rah mencapai sesuatu matlamat tertentu, termasuk
mengubah sikap, minqt dan tingkah laku
 Motivasi diwujudkan kerana keperluan fisiologi dan psikologi yang timbul
 Motivasi merupakan satu kaedah pengajaran yang boleh meransang minat murid
dalam matapelajaran yang diikuti (Muhammad Kamil,2001)
 Murid yang bermotivasi akan lebih memahani pengajaran guru kerana mereka
memberikan sepenuh perhatian semasa proses pengajaran dam pembelajaran
berlaku
 Minat danperasaan ingin tahu dalam diri murid terhadap proses pembelajaran akan
menjadi lebih aktif

2.4.2 Meneroka Motivasi

Motivasi melibatkan proses yang mengekalkan tenaga untuk tingkah laku berterusan
menumpu ke satu hajat tertentu. 4 perspektif motivasi.

Kategori Perspektif Ciri-ciri


1.Perspektif tingkah laku  Motivasi yang mendorong perubahan tingkah
laku akibat interaksi pengalaman seseorang
dengan persekitaran.
KPD4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR
 Prinsip yang diamalkan adalah memberi
motivasi kepada murid dalam bentuk ganjaran
atau dendaan luaran.

2.Perspektif kognitif  Pembelajaran adalah satu proses dalaman


seseorang yang mungkin menghasilkan
perubahan tingkah laku atau sebaliknya.
 Proses-proses kognitif akan mempengaruhi
hasil terhadap sesuatu yang dipelajari.
 Seseorang dapat membuat andaian dan
kesimpulan tentang proses kognitif seseorang
dengan memperhatikan cara manusia bertindak
balas.
 Manusia boleh memilih tentang apa-apa yang

11
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

mereka akan proses dan pelajari.


 Proses pembelajaran adalah rumit dan unik
kepada sesetengah manusia

3.Perspektif sosial  Motivasi atau proses yang didasarkan pada


motif untuk berhubungan dengan cara
berinteraksi dengan orang lain yang
memerlukan pemeliharaan dan pemulihan
hubungan personal yang hangat dan akrab.
 Penglibatan manusia dalam kehidupan harian
dan hubungan interpersonal dengan masyarakat.

4.perspektif humantistik  Manusia menginginkan kebebasan peribadi


dalam membuat pilihan dan memiliki kegigihan
kendiri yang mendorong untuk melakukan
tingkah laku tertentu ke arah penyempurnaan
kendiri.
 Meyakini bahawa manusia dilahirkan dengan
kecenderungan semulajadi dan ada keperluan
untuk berusaha mencapai potensi yang
optimum.
 Kesedaran ini menunjukkan bahawa semua
manusia mempunyai keinginan dalaman untuk
mencapai segala yang mereka inginkan.

2.4.3 Motivasi Pembelajaran

KPD4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

Motivasi pembelajaran merupakan penggerak atau pendorong untuk mahu dan ingin
belajar. Sebagai seorang guru, perlukan menarik minat pelajar supaya bersemangat dan
teruja untuk belajar. Selain itu, sesi pembelajaran boleh dilakukan secara santai dan
seronok seperti mejalankan permainan/game yang memerlukan tindak balas pelajar.
Motivasi juga boleh didorong dengan cara skema-skema peneguhan secara berterusan atau
berjadual. Sebagai contoh jadikan gula-gula sebagai ganjaran jika pelajar bertingkah laku
baik semasa proses pembelajaran dijalankan.

2.4.4 Motivasi Untuk Berjaya

12
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

Pelajar Dengan Motivasi Ekstrinsik Pelajar Dengan Motivasi Intrinsik

 Wujud daripada ransangan luaran  Wujud secara semula jadi daripada


dengan tujuan mengerakkan ransangan dalaman
individu supaya melakukan sesuatu  Dorongan dan minat individu bagi
yang berfaedah kepadanya melakukan aktiviti tanpa mengharap
 Ganjaran seperti pujian, hadiah, atau pon meminta ganjaran
markah, gred, wang dan  Murid yang belajar tanpa diarah atau
penghargaan diberikan kepada dikerah untuk melibatkan diri dalam
mereka yang berjaya melakukan sesuatu aktiviti pembelajaran
sesuatu tugasan atau aktiviti dengan dikatakan mempunyai motivasi
cemerlang di samping pencapaian intrinsik yang kuat
prestasi yang memberangsangkan.  Mereka akan menggunakan semua
 Bentuk motivasi yang paling sesuai elemen yang ada dipersekitaran untuk
untuk pencapaian akademik atau menyokong aktiviti pembelajaran
tingkah laku yang produktif. sehingga berjaya mencapai kehendak
Contohnya dalam mengalihkan tugasan yang ditetapkan.
murid ke arah kejayaan  Motivasi intrinsik merupakan
pembelajaran dan tingkah laku ganjaran semulajadi yang berasal
positif di dalam bilik darjah. daripada gerakan dalaman individu
 Motivasi ekstrinsik mengetepikan itu sendiri.
kebolehan murid untuk
menyelesaikan tugas yang diberi
berdasarkan kesanggupan dan
kerelaan masing-masing.
 Manakala ganjaran dan dendaan
pula digunakan seolah-olah untuk
mengawal motivasi murid untuk
belajar

2.3.5 Motivasi Untuk Mencapai Teori Atribusi


KPD4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

Teori Atribusi Weiner merupakan teori kontemporari yang berpengaruh terhadap implikasi
motivasi akademi, Weiner menegaskan bahawa murid akan bermotivasi jika memperoleh
sesuatu hasil yang diingini. Penekanan tertumpu kepada persepsi murid yang
mempengaruhi cara mereka mentafsirkan kejayaan atau kegagalan hasil usaha sendiri dan
turut mempengaruhi kecenderungan murid untuk mengulangi tingkah laku yang sama.
Motivasi untuk mencapai teori atribusi ialah usaha mereka untuk memahami tingkah laku
prestasi mereka sendiri, individu termotivasi untuk mengetahui penyebabnya iaitu lokasi
pelajar yang mengangggap kejayaan mereka disebabkan oleh faktor internel (usaha) lebih
cenderung mempunyai harga diri yang lebih tinggi. Selain itu, kestabilan sekiranya pelajar
mengaitkan hasil positif dengan sebab yang stabil, ada jangkaan kejayaan masa depan.
Kebolehkendalian iaitu kegagalan kerana faktor luaran menyebabkan kemarahan.
Kegagalan kerana faktor dalaman boleh menyebabkan rasa bersalah.

13
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

2.4.6 Motivasi Untuk mecapai Motivasi Pengusaan

 Motivasi mendorong untuk pelajar menguasai sesuatu pembelajaran


 Perlu dijelaskan kepentingan pembelajaran dan subjek tersebut dalam hidup mereka
sama ada semasa atau masa depan

2.4.7 Motivasi Pengajaran Dan Pembelajaran

Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, motivasi dianggap sebagai suatu unsur
penting untuk membolehkan murid melibatkan diri secara aktif di samping menjadikan
proses pembelajaran dapat berlangsung dalam keadaan bermakna, berfaedah dan
menggembirakan. Jika ada murid yang gagal menyiapkan tugasan kerana bosan untuk
belajar, maka murid perlui diberi motivasi dengan kaedah tertentu supaya tingkah laku
dapat kembali positif untuk belajar. Motivasi dan pembelajaran dalam bilik darjah sentiasa
seiring bagi memastikan proses PnP yang dirancang dilaksanakan dirancang dilaksanakan
dengan jayanya

2.4.8 Motivasi, Hubungan dan Kontek Sosial Budaya dan hubungan Sosial

Pendekatan sosiobudaya ialah hasil gabungan antara pendekatan behaviorisme dan


pendekatan kognitivisme. Oleh itu, pendekatan ini mengambil kira penekanan ahli
behaviorisme ke atas kesan atau hasil sesuatu tingkahlaku dan minat ahli kognitif ke atas
impak hasil daripada kepercayaan serta harapan murid itu. Pendekatan ini boleh dikaitkan
dengan teori efikasi kendiri dalam memotivasikan murid. Pendekatan ini juga
mementingkan penglibatan manusia dalam aktiviti atau bertingkah laku agar dapat
mengekalkan identiti dan hubungan interpersonal dalam suatu masyarakat.

2.5 Gaya pembelajaran


KPD4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

Gaya pembelajaran merupakan pendekatan atau cara bagaimana seseorang itu belajar
dalam memperolehi pengetahuan (Dr Ragbir Kaur Joginder Singh, 2012). Pembelajaran
pula merupakan kebolehan seseorang mengambil maklumat, mengekod dan failkan
maklumat tersebut supaya ia menjadi mudah untuk digunakan apabila digunakan. Selain
itu, gaya pembelajaran juga merupakan cara seseorang individu bertindak balas terhadap
dunia sekitarnya dan menggunakan gaya pembelajarannya berinteraksi dengan
persekitarannya.

2.5.1 Gaya Kognitif

14
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

Gaya kognitif dan gaya pembelajaran adalah dua konsep yang dianggap oleh ramai orang
sebagai sama. Sebenarnya dua konsep ini adalah berlainan. Gaya kognitif merupakan cara
seseorang individu mengingat, membuat persepsi dan memperolehi kembali maklumat. Ia
juga menerangkan bagaimana seseorang individu memperoleh pengetahuan (kognisi) dan
bagaimana mereka memproses pengetahuan tersebut (konseptual). Gaya kognitif murid-
murid juga akan menentukan jenis pembelajaran mereka sama ada ia adalah auditori,
visual, kinestetik dan sebagainya. Ia juga akan menentukan tahap penumpuan mereka sama
ada mereka dapat memokus kepada sesuatu tugasan atau tidak. Jadi, dalam usaha untuk
merapatkan perhubungan dengan murid-murid mereka, guru-guru perlu memahami gaya
kognitif murid-murid mereka.

2.5.2 Gaya Belajar


Gaya belajar ialah cara seseorang menghadapi sesuatu maklumat, memproses
dan cara menyimpan maklumat baru yang dan sukar.
Dunn & Dunn mencadangkan keutamaan dalam pembelajaran.

1. Persekitaran
2. Emosi
3. Sosiologi
4. Fizikal
5. Psikologi

2.6 Isu dalam Teori Psikologi dan Motivasi

2.6.1 Isu Dalam Teori Psikologi, Motivasi dan Gaya Pembelajaran Terhadap
Kepelbagaian Pelajar

Konflik Penjelasan Contoh


Anak-anak yang lahir
KPD4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR
 Perkembangan pelajar bukan sahaja dalam institusi
bergantung kepada peringkat usia keluarga yang tidak
semata-mata seperti yang dijelaskan stabil sukar untuk
dalam teori psikologi Erikson, namun mewujudkan rasa
persekitaran dan cara hidup mereka percaya dalam diri
Teori Psikologi juga memainkan peranan penting dalam mereka pada mulanya.
membentuk peribadi seorang pelajar. Namun, rasa percaya
dapat dipupuk sedikit
demi sedikit apabila
keadaan persekitaran
mereka kembali stabil

Motivasi Pelajar dengan


 Guru-guru sukar untuk mengenalpasti motivasi ekstrinsik

15
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

jenis motivasi dalam diri setiap diri lebih sukakan


pelajar kerana pelajar berlainan ganjaran, pujian dan
memerlukan pendekatan yang berbeza hadiah manakala,
dalam memberi motivasi. motivasi intrinsik
 Hal ini dilihat agak mencabar kerana memerlukan guru
guru-guru perlu mempelbagaikan untuk mewujudkan
kaedah dalam memberi motivasi suasana akademik
kepada pelajar. Sekiranya teknik dan yang memberi peluang
pendekatan yang digunakan adalah kepada pelajar untuk
salah, maka segala usaha guru untuk mengawal dan
memberi motivasi hanyalah sia-sia menentukan sendiri
sahaja. sesuatu perkara
mengikut cara mereka

 Strategi dan gaya pembelajaran setiap Pelajar dengan gaya


individu adalah berlainan meskipun pembelajaran
pada umur yang sama. kinestetik memerlukan
 Pemilihan kaedah dan aktiviti kaedah pembelajaran
pengajaran yang kurang sesuai akan melalui gerakan-
menjejaskan keberkesanan gerakan untuk
pembelajaran. mengingati informasi
 Sekiranya gaya pembelajaran yang ke dalam otaknya.
diaplikasikan oleh pelajar atau Sekiranya guru hanya
pendekatan kaedah pengajaran yang menggunakan satu
digunakan oleh guru adalah salah, ia pendekatan sahaja di
Gaya
akan menyebabkan pelajar tertekan dan dalam kelas seperti
Pembelajaran
tidak mempunyai keyakinan dalam hanya menerangkan
pelajaran. sahaja kandungan
pelajaran tanpa
melibatkan sebarang
aktiviti, pelajar dalam
kategori ini akan
mudah merasa bosan
dan kurang tumpuan
menyebabkan mereka
sukar untuk menerima
ilmu tersebut KPD4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

2.7 Penutup

Pengetahuan mengenai teori pertumbuhan dan perkembanng kanak-kanak akam meberi


banyak faedah kepada guru, ibu bapa dan golongan professional untuk membuat keputusan
mengenai pembelajaran dan persepsi yang peril ditegaskan. Setiapa satu teori mempunyai
penegasannya yang tersendiri terhadap sesuatu konsep yang dikemukakan. Oleh itu kita
perlu mengenali kesemua teori agar dapat kita mengetahui kesannya ke atas perkembangan
kanak-kanak. Antara faedah utama yang dapat membantu guru sekiranya mempunyai
pengetahuan mengenai pertumbuhan dan perkembangan ialah :

16
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

(a) dapat menyediakan isi pelajaran dan objektif yang sesuai dengan keupayan, mental,
jasmani dan emosi pelajar.
(b) menyediakan sumber pengajaran-pembelajaran yang dapat menarik minat pelajar,
disamping bermakna dan menyeronokkan.
(c) menyediakan pelajaran yang bermula darupada senagn kepada susah, umum kepada
khusus dan konkrit kepada abstrak.
(d) menggunakan strategi pengajaran-pembelajaran yang sesuai dengan perkembangan
mental, jasmani dan emosi pelajar.
(e) memotivasi dan membimbing pelajar pelajar untuk melakukan pemindahan
pembelajaran
hasil daipada pemahaman konsep yang telah dipelajari

2.8 Glosari

Behaviorisme adalah arus psikologi yang mengkaji tingkah laku atau


Behaviorisme
tingkah laku orang dan haiwan yang dapat dilihat.

Kinestetik adalah keupayaan untuk menggunakan tubuh untuk


meluahkan perasaan dan idea, serta keupayaan untuk menghasilkan atau
Kinestetik mengubah perkara dengan tangan.

Sosioekonomi ialah kajian hubungan antara aktiviti ekonomi dan


kehidupan sosial. Jurusan ini sering dianggap pelbagai disiplin,
Sosioekonomi
menggunakan teori dan kaedah dari sosiologi, ekonomi, sejarah,
psikologi, dan banyak yang lain.

Pemerintahan (pentadbiran, pengurusan) sendiri, hak mengurus


Autonomi pemerintahan (pentadbiran dan sebagainya) sendiri (tanpa penguasaan KPD4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR
atau pengendalian oleh pihak lain

Berkaitan dengan perasaan dan emosi (dan bukannya fikiran atau daya
berfikir): untuk memperkembang minat dan motivasi membaca, alam ~
Afektif kanak-kanak haruslah berkembang serentak dengan alam-alam kognitif
mereka….

2.9 Bibliografi

17
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

Senaraikan Sekurang-kurangnya 5 rujukan buku dan 3 rujukan artikel mengikut format APA.

1) Azizi Yahaya, Noordin Yahaya, Zurihanmin Zakariya. (2005). Psikologi Kognitif. UTM :
Cetak Ratu Sdn. Bhd.

2) Ab. Fatah Hasan, (1994). Penggunaan Minda yang Optimum dalam Pembelajaran.
Skudai: Penerbit UTM

3) Mahmood Nazar Mohamed (1990). Pengantar Psikologi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

4) Rohaty Mohd. Majzub (1992). Psikologi Perkembangan Untuk Bakal Guru. Kuala
Lumpur: Fajar Bakti.

5) Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan, Abdul Aziz Abdul Syukor (2008). Psikologi
Pendidikan . Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

6) Bandura A. Self-efficacy. Dalam VS Ramachaudran (Ed.) (1994.), Ensiklopedia tingkah


laku manusia , 4. New York: Akademik Akhbar.

7) Kulay, E. (2017, March 23). Teori Erik Erikson. Academia. Retrieved April 10, 2022,
daripada https://www.academia.edu/32018015/TEORI_ERIK_ERIKS

8) Tahap Pembangunan Psikososial Erik Erikson. (2019, May). Reoveme. Retrieved April 12,
2022, daripada https://ms.reoveme.com/tahap-pembangunan-psikososial-erik-erikson/

KPD4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

2.10 Latihan

18
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

Kemukakan 5 soalan objektif & 2 soalan esei berserta skema jawapan.

SOALAN OBJEKTIF

1)Rangsangan yang boleh mewujudkan keadaan selesa dan boleh menambahkan sesuatu
tingkah laku itu berlaku dikenali sebagai

A peneguhan positif.
B peneguhan negatif.
C hukuman.
D galakan.

Jawapan : D

2) Implikasi kepada guru apabila menghadapi pelajar yang terdiri daripada kepelbagaian
gaya kognitif ialah
A mengabaikan kewujudan kepelbagaian gaya kognitif pelajar.
B memberi fokus kepada setiap gaya kognitif pelajar.
C mempelbagaikan kaedah pengajaran.
D mengadakan interaksi dua hala.

Jawapan : C

3) Menurut teori Ericson, peringkat keempat perkembangan merujuk kepada ..........


A - Industri vs Rendah Diri
B - Indentiti vs Kekeliruan Peranan
C - Insiatif vs Rasa Bersalah
D - Atonomi vs Rasa Malu Dan Ragu-Ragu

Jawapan : A

4) Gaya pembelajaran Dunn & Dunn bergantung kepada lima faktor antaranya seperti berikut
kecuali:
A - Persekitaran
B - Emosi
C - Fizikal
D – Kognitif KPD4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

Jawapan : D

5) Domain kognitif terdiri dari enam peringkat. Peringkat 2 dan 4 adalah ..........
A - Sintesis Dan Analisi
B - Kefahaman Dan Analisis
C - Aplikasi Dan Analisis
D - Aplikasi Dan Penilaian

Jawapan : B

SOALAN ESEI

19
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

1) Nyatakan isu dalam teori psikologi dan teori motivasi terhadap kepelbagaian pelajar dan
contohnya.
Jawapan
Teori psikologi adalah perkembangan pelajar bukan sahaja bergantung kepada peringkat usia
semata-mata seperti yang dijelaskan dalam teori psikologi Erikson, namun persekitaran dan
cara hidup mereka juga memainkan peranan penting dalam membentuk peribadi seorang
pelajar. Contohnya Anak-anak yang lahir dalam institusi keluarga yang tidak stabil sukar
untuk mewujudkan rasa percaya dalam diri mereka pada mulanya. Namun, rasa percaya dapat
dipupuk sedikit demi sedikit apabila keadaan persekitaran mereka kembali stabil.

Teiri Motivasi adalah guru-guru sukar untuk mengenalpasti jenis motivasi dalam diri setiap
diri pelajar kerana pelajar berlainan memerlukan pendekatan yang berbeza dalam memberi
motivasi. Hal ini dilihat agak mencabar kerana guru-guru perlu mempelbagaikan kaedah
dalam memberi motivasi kepada pelajar. Sekiranya teknik dan pendekatan yang digunakan
adalah salah, maka segala usaha guru untuk memberi motivasi hanyalah sia-sia sahaja.
Pelajar dengan motivasi ekstrinsik lebih sukakan ganjaran, pujian dan hadiah manakala,
motivasi intrinsik memerlukan guru untuk mewujudkan suasana akademik yang memberi
peluang kepada pelajar untuk mengawal dan menentukan sendiri sesuatu perkara mengikut
cara mereka.

2) Terangkan ciri-ciri kanak-kanak peringkat praoperasi.


Jawapan
TAHAP PRAOPERASI (2-7 TAHUN)
Menurut Piaget, perkembangan yang paling penting di tahap ini ialah penggunaan bahasa.
Kanak-kanak yang berada di tahap ini mula menggunakan simbol di dalam permainan, KPD4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

contohnya mengandaikan buku sebagai kereta apabila ditolak di atas lantai. Namun begitu,
dari segi kualiti, pemikiran kanak-kanak masih lagi di tahap yang rendah berbanding dengan
orang dewasa. Contohnya, pemikiran kanak-kanak adalah egosentrik di mana, di dunia ini,
keseluruhannya dilihat hanya dari perspektif mereka sahaja. Piaget juga mengatakan bahawa
proses perkembangan kognitif kanak-kanak menjadi lebih sempurna menerusi tiga kebolehan
asas yang berlaku iaitu melalui perkembangan kebolehan mental kanak-kanak untuk
melakukan tingkah laku yang ketara seperti kebolehan mengira, melalui latihan yang
diulangulang, rangkaian tingkah laku yang dikukuhkan dan digeneralisasikan sehingga
menjadi skema tingkah laku yang stabil serta hal-hal umum yang betul-betul difahami oleh

20
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

individu bagi mewujudkan sesuatu pengukuhan tingkah laku. Selain itu, Piaget juga
mengatakan bahawa operasi yang berlaku mesti berasaskan pada tiga fenomena mental yang
penting iaitu pengamatan, ingatan dan bayangan. Pengamatan merupakan suatu proses di
mana kanak-kanak memberikan sepenuh perhatian terhadap sesuatu yang dilihat. Sementara,
ingatan pula ialah satu proses pembinaan, pengumpulan dan pengambilan kembali memori
mengenai peristiwa lalu. Manakala, bayangan merupakan satu proses yang menyebabkan
sensasi yang statik, selalunya pandangan dan pendengaran yang dikumpulkan di bahagian
mental. Bagi tahap ini, Piaget telah bahagikan kepada dua sub tahap iaitu Tahap Pro-
konseptual (2-4 tahun) dan Tahap Pra-operasi (4-7 tahun). Pada tahap prakonseptual, kanak-
kanak belum lagi dapat membezakan dan memahami dua atau lebih dimensi pada masa yang
sama. Hal ini kerana, mereka belum dapat menyusun penerangan yang ada dalam pemikiran.
Kecerdasan di tahap ini selalunya dihuraikan sebagai kaku, tegang, ketidaksanggupan
membuat kesimpulan dan tidak menumpukan perhatian terhadap hubungan di antara
peristiwa yang berbeza. Selain itu, antara kekurangan di tahap ini ialah dari segi prinsip
ketekalan iaitu pengetahuan bahawa kuantiti adalah tidak berhubung kait dengan susunan
keadaan fizikal sesuatu objek. Kanak-kanak yang tidak memahami prinsip ini tidak akan tahu
bahawa jumlah, isipadu atau panjang sesuatu objek tidak akan berubah apabila bentuk dan
susunannya berubah

KPD4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

21

Anda mungkin juga menyukai