Anda di halaman 1dari 22

Kuliah 07 Objektif dan Matlamat Pengajaran

Objektif dan Matlamat Pengajaran Matlamat Pengajaran dan Pembelajaran:


Matlamat atau disebut sebagai objektif am, boleh diertikan juga sebagai perkara-perkara yang hendak dicapai oleh seseorang guru dalam pengajarannya. Untuk mencapai matlamat pengajaran, akan memakan masa yang lama. Matlamat merupakan peringkat am tingkah laku pelajar yang dikenalpasti oleh guru. Matlamat disediakan oleh guru bagi melihat pertalian antara objektif pengajaran dengan perkspektifnya yang lebih luas. Untuk mencapai tingkahlaku ini, mungkin akan memakan masa dan tidak dicapai secara spontan atau jangka masa yang singkat. Misalnya, seorang guru bahasa inginkan pelajarnya membaca dengan fasih dan dengan menggunakan intonasi yang betul. Perlakuan pelajar membaca dengan fasih dan dengan intonasi yang betul tidak mudah dicapai dalam satu atau dua masa pengajaran. Matlamat ini mungkin tercapai pada akhir tahun atau mungkin setelah pelajar itu meninggalkan bangku sekolah rendah.

Kuliah 07 Objektif dan Matlamat Pengajaran

Definisi objektif pengajaran dan pembelajaran.


Objektif pengajaran dan pembelajaran menyatakan dengan jelas tentang sesuatu yang hendak dicapai setelah tamat sesi pengajaran. Dengan pernyataan-pernyataan itu, diharapkan pelajar-pelajar dapat membuktikan bahawa mereka telah dapat memahami konsep, menguasai kemahiran, atau memiliki sikap hasil daripada penyertaan mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Misalnya, dalam pengajaran bahasa seseorang guru itu mengharapkan setelah selesai sesi pengajarannya, pelajar-pelajar dapat menyebut perkataan-perkataan tertentu dengan betul dan tahu makna perkataan-perkataan tersebut. Objektif-objekti ini boleh dicapai dalam atu atau dua jangka masa pengajaran.

TUJUAN MENULIS MATLAMAT DAN OBJEKTIF PENGAJARAN-PEMBELAJARAN.


a. Menentukan arah dan tujuan pengajaran. Guru tidak akan terpesong daripada pengajarannya sekiranya dia telah memastikan matlamat dan objektif

Kuliah 07 Objektif dan Matlamat Pengajaran pengajarannya. Matlamat dan objektif pengajaran disediakan berpandukan sukatan pelajaran. b. Memberi panduan memilih isi pelajaran. Setelah menentukan matlamat dan objektif-objektif pengajaran, guru boleh memilih daripada buku-buku teks atau dari sumber-sumber lain isi pelajaran atau perkaraperkara yang hendak disampaikan. Isi pelajaran ini tentulah berkaitan dengan matlamat dan objektif yang hendak dicapai. c. Memberi panduan bagi menentukan teknik atau kaedah pengajaran. Suatu bahan pengajaran yang hendak disampaikan perlu menggunakan teknik atau kaedah yang sesuai. Berdasarkan objekti-objekti pengajaran, guru boleh mengenalpasti kaedah yang paling relevan. Misalnya, sekiranya antara objektif pengajaran adalah untuk menunjukkan kepada pelajar cara-cara atau teknik mengambil wuduk yang betul, kaedah yang paling sesuai ialah kaedah demonstrasi atau tunjuk cara.

Kuliah 07 Objektif dan Matlamat Pengajaran

d.

Membantu guru mengenalpasti bahan atau alat bantu mengajar. Berdasarkan objektif-objektif pengajaran, guru boleh menyediakan bahan atau alat bantu mengajar yang sesuai digunakan dalam proses pengajaran untuk mencapai objektifobjektif tersebut. Misalnya, untuk mengajar pelajar menguruskan jenazah dengan betul, tentulah guru perlu menyediakan bahan-bahan seperti kain sebanyak 10-11 ela panjang dan 45 atau 65 inci lebar, kapas dua gulung, dua buku cendana, dua buah piring dan dulang, sebidang tikar, kain telakung bagi mayat perempuan atau serban untuk mayat lelaki, baju atau gamis, gunting dan lain-lain yang difikirkan perlu.

e.

Memberi panduan untuk membina ujian. Soalan-soalan ujian boleh dibina berdasarkan objektifobjektif pengajaran-pembelajaran. Soalan-soalan yang dibina berdasarkan objektif-objektif pengajaran akan menentukan kesahan dan kebolehpercayaan ujian berkenaaan. f. Membantu penyelia menilai pengajaran guru. Semasa latihan mengajar (bagi guru-guru pelatih) atau sesi

Kuliah 07 Objektif dan Matlamat Pengajaran pencerapan, penyelia boleh menilai pengajaran seseorang guru berdasarkan matlamat dan objektif pengajaran yang disediakan. Pengajaran guru boleh dianggap berjaya sekiranya objektifobjektif pengajaran guru tersebut dapat dicapai pada akhir pengajaran.

Kepentingan Objektif Pengajaran


Objektif pembelajaran adalah satu penyataan yang menentukan tingkahlaku spesifik yang boleh diukur dan pelajar dapat lakukan setelah mengikuti sesuatu pengajaran. Kebolehan menulis objektif pengajaran adalah antara kemahiran yang perlu ada untuk guru. Salah satu sebab ialah guru bertanggung jawab dengan proses pendidikan yang berlaku kepada pelajar. Oleh itu adalah penting untuk guru mengenal pasti pencapaian yang diharapkan dalam proses pendidikan. Dengan menyatakan objektif pengajaran guru dapat melihat pencapaian dan keberkesanan pengajaran mereka. Umumnya kepentingan objektif boleh dilihat daripada tiga perspektif. Daripada perspektif pelajar: objektif pengajaran memberi maklumat jangkaan yang diharapkan daripada mereka tentang

Kuliah 07 Objektif dan Matlamat Pengajaran proses pendidikan. Daripada perspektif guru: objektif pengajaran memberikan rangka tindakana untuk proses pengajaran yang dipertanggungjawabkan. Kepada pentadbir: objektif pengajaran sebagai menyemak sama ada guru telah menjalankan proses pengajaran seperti yang tercatat dalam sukatan pelajaran.

Mengapa Objektif itu penting ?


a. b. c. d. e. f. g. h. Dalam perancangan pengajaran, supaya lebih terperinci dalam pengajaran Mengenalpasti kaedah yang digunakan untuk mengajar Memilih dan mengenalpasti bahan pengajaran seperti sampel sebenar, peralatan amali dan lain-lain lagi. Menentukan tugasan yang sesuai untuk individu pelajar. Menentukan aktiviti pembelajaran Memilih dan/atau membina ujian Menentukan masa data penilaian pelajar dikumpulkan Menentukan tahap pembelajarn pelajar dan hala tuju pembelajaran dan pelajar boleh mengetahui sama ada mereka telah pun mempelajari pengetahuan dan kemahiran tersebut i. Merancang dengan lebih teliti kerana mereka mengetahui bahawa pencapain pelajar akan ditunjukkan di akhir pengajaran

Kuliah 07 Objektif dan Matlamat Pengajaran sesuatu kelas, unit atau kursus. j. Menentukan pencapaian pelajar dan ini adalah merupakan kebertanggungjawaban kepada guru kerana objektif pengajaran mengandungi elemen criteria.

Elemen Yang Perlu Ada Dalam Satu Objektif Pengajaran


a. Tingkah laku atau kebolehan yang pelajar perlu ada diakhir sesuatu pengajaran. Tingkahlaku ini hendaklah dalam bentuk perbuatan. Contoh: menganalisis, mengenalpasti, mengukir, membancuh dan lain-lain lagi. b. Situasi, keadaan atau had-had dimana sesuatu tingkahlaku akan dilakukan. Bahagian ini menerangkan: Apakah bahan atau peralatan yang diberikan kepada pelajar untuk melakukan tingkahlaku berkenaan ? Contoh: dengan peralatan dan bahan yang diberi. Persekitaran dimana tingkahlaku itu ditunjukkan. Contoh: dalam siatuasi makmal., dalam bengkel di industry. Maklumat yang diberi kepada pelajar yang mengarahkan tingkahlaku kepada keadaan tertentu. Contoh: dengan kajian kes yang diberi. Masa yang dibenarkan untuk melakukan tingkahlaku berkenaan Contoh: Di akhir pengajaran..

Kuliah 07 Objektif dan Matlamat Pengajaran

Criteria atau piawai yang menerangkan paras penguasaan atau kecekapan yang perlu dicapai oleh pelajar untuk menunjukkan pencapaian objektif. Bahagian ini sukar ditulis, namun ia memberi maklumat kepada guru bagaimana hendak menilai pencapaian pelajar. Contoh criteria adalah seperti berikut: Dengan tepat 5 daripada 7 soalan betul Menyiapkan dalam masa 5 minit

Cara menulis Objektif Pengajaran.


Setiap elemen yang dinyatakan di atas perlu ada apabila menulis sesuatu objektif. Contoh: Di akhir pengajaran pelajar boleh menamakan rukun-rukun solat dengan tepat Objektif di atas mengandungi ketiga-tiga elemen untuk objektif yang lengkap. Di akhir pengajaran adalah situasi, menamakan pula adalah tingkah laku dan dengan tepat adalah kriteria. Dalam objektif ini guru telah mengajar tajuk bahagian rukun-rukun solat dan untuk

Kuliah 07 Objektif dan Matlamat Pengajaran membuktikan kefahaman pelajar tentang tajuk ini , guru berkehendakkan pelajar menunjukkan tingkahlaku menamakan. Adakah pelajar tersebut setakat hanya boleh menamakan sahaja ? Dalam objektif ini guru mengharapkan pelajarnya boleh menamakan dengan tepat.

Domain Objektif Pengajaran.


Domain Kognitif.
Domaian kognitif adalah domain pembelajaran yang terdidi daripada pengetahuan seperti prinsip, fakta, teori dan konsep. Ada enam peringkat pembelajaran kognitif yang disusun mengikut hierarki.

Pengetahuan:
Mewakili tahap objektif yang paling rendah. Pengetahuan di tahap ini ialah pengetahuan yang telah dipelajari. Keperluan untuk mencapai tahap ini ialah hanya dengan mengingat kembali fakta. Maklumatnya perlu diingat kembali, bermula daripada yang mudah hingga kepada teori yang kompleks, tetapi semuanya memerlukan proses mengingat maklumat. Contoh tingkahlaku: Mendefinisi

Kuliah 07 Objektif dan Matlamat Pengajaran Menamakan Menyenaraikan Mengenalpasti

Kefahaman
Satu peringkat selepas tahap mengingat maklumat. Peringkat ini adalah peringkat yang menunjukkan kebolehan memberi interpretasi, menterjemah dan menerangkan dengan perkataan sendiri. Pada tahap ini pelajar boleh menggunakan makumat tersebut, tetapi tidak boleh menghubungkaitkannya dengan maklumat lain. Contoh perlakuan: Menyatakan semula Mengenal Malapor Menerang Mengulas Mentafsir merumus

Aplikasi
Kebolehan menggunakan maklumat dalam situasi yang khusus atau konkrit. Di peringkat ini, pelajar boleh menggunakan maklumat seperti prinsip, teori dan konsep kepada situasi baru dan dalam situasi

Kuliah 07 Objektif dan Matlamat Pengajaran yang berlainan. Di peringkat ini, pelajar telah mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang pengetahuan berkenaan. Contoh perlakuan: menyusun mengguna menunjukkan mengira mempraktik menjangka menterjemah mengilustrasi

Analisis
Peringkat yang memerlukan lebih daripada pengetahuan, kefahaman dan aplikasi. Analisis ialah kebolehan memecahkan perkara yang telah dipelajari kepada bahagian-bahagian tertentu sehingg kefahaman hubungan struktur organisasi diperolehi. Kebolehan yang diperlukan ialah pelajar mengenal pasti bahagian-bahagian menjelaskan hubungan antara bahagian, dan mengenal keseluruhan organisasi system yang dibahagi-bahagikan tadi. Contoh perlakuan: menganalisis membanding

Kuliah 07 Objektif dan Matlamat Pengajaran mengkaji mengkategori mengkelas memeriksa membeza

Sintesis
Peringkat yang menunjukkan kebolehan mengintegrasi bahagianbahagian kecil kepada satu bahagian yang besar dan baru. Kebolehan ini memerlukan pelajar menganalisis elemen-elemen dalam sesuatu maklumat dan mlihat hubungan kait antara elemen tersebut serta kebolehan mengenal dan mengesan susunan sistematik dan struktur yang eksplisit atau implicit yang menggabungkan sesuatu. Contoh perlakuan: Mengubah Menghasilkan Merekabentuk Mengaitkan Menyusun Membina Mencadang Menjangka memodifikasikan

Kuliah 07 Objektif dan Matlamat Pengajaran

Penilaian
Merupakan tahap hasil pembelajaran yang paling tinggi dalam heirarki domain kognitif. Ianya meliputi semua tahap dan ditambah dengan kebolehan membuat keputusan dan penghakiman berdasarkan rasional dan criteria tertentu. Contoh perlakuan: Menghakimkan Mentafsir Memilih Mengesahkan Menilai Mengkritik Menganggarkan merumus

Contoh-Contoh Objektif Domain Kognitif.


i. ii. iii. Di akhir perbincangan pelajar dapat menerangkan proses perjanjian Hudabiyah dengan jelas Berdasarkan gambarajah yang diberi, pelajar dapat menjelaskan peraturan membuat tawaf dan sai dengan tepat. Dalam kelas amali, pelajar dapat menunjukkan cara mengambil wuduk dengan betul.

Kuliah 07 Objektif dan Matlamat Pengajaran

Domain Afektif
Domain afektif juga mempunyai beberapa peringkat (Krathwohl, Bloom & Masia, 1964). Peringkat-peringkat domain afektif adalah berbentuk hierarki seperti berikut:

Menerima.
Peringkat dimana pelajar menyedari dan memberikan perhatian secara pasif tentang sesuatu rangsangan dan fenomena. Ini merupakan tahap yang paling bawah dalam domain afektif. Apabila pelajar memberi perhatian atau mendengar tentang pengajaran guru, pelajar tersebut mungkin berada di tahap ini. Ada tiga tahap penerimaan: iaitu kesedaran, kesangggupan menerima maklumat dan perhatian yang terpilih. Contoh perlakuan: Menyoal Memilih Mengenalpssti Mendengar memberitahu

Merespon

Kuliah 07 Objektif dan Matlamat Pengajaran Tahap dimana pelajar melakukan sesuatu dengan rangsangan dan fenomena yang dipilih. Pembelajaran akan menghasilkan tiga tahap respon iaitu: i) ii) iii) Persetujuan pelajar membuat apa yang diarahkan atau yang dikehendaki. Kesanggupan pelajar melakukan apa yang diarahkan dan lebih dari itu. Kepuasan pelajar mempelajari sesuatu kerana mereka suka dan berminat. Contoh perlakuan: Menjawab Membantu Melengkapkan Melaporkan Memerhatikan mengdeklamasi

Menghargai (Menilai)
Satu peringkat dimana pelajar menunjukkan tingkah laku yang tekal terhadap sesuatu tanpa dipaksa. Peringkat ini juga terdapat tiga tahap: i) ii) iii) persetujuan sesuatu nilai mengutamakan atau lebih suka kepada sesuatu nilai komitmen

Kuliah 07 Objektif dan Matlamat Pengajaran Contoh perlakuan menerima mendebatkan melengkapkan menerangkaan mencadangkan melaporkan mengkaji

Mengorganisasi
Adalah peringkat dimana pelajar mengorganisasikan nilai kepada satu system. Penekanan dilihat kepada membanding, mengait dan mensintesis antara nilai. Pada peringkat ini, pelajar komited untuk membentuk nilai yang dipamerkan sebagai tingkahlaku. Pelajar mengkonsepsikan sesuatu nilai dan mengorganisasikannya kepada sesuatu system nilai. Contoh perlakuan: berpegang teguh kepada mengubah mensintesis menyusun mengintegerasi

Kuliah 07 Objektif dan Matlamat Pengajaran mendabatkan mempertahankan

Mewatak
Pada tahap ini keseluruhan tingkah laku tekal dengan nilai yang tersirat. Pada peringkat ini juga, pelajar menunjukkan tingkah laku yang selari dengan nilai yang telah sebati dengan dirinya. Contoh perlakuan: bertindak mengesahkan mempamerkan mempengaruhi menyelesaikan memperaktikkan menyoal

Contoh Domain Afektif.


I) II) Di sepanjang perbincangan dalam kelas, pelajar sanggup melibatkan diri dengan menjawab soalan secara sukarela. Di akhir kelas, pelajar akan menunjukkan minat terhadap

Kuliah 07 Objektif dan Matlamat Pengajaran rukun-rukun solat dengan menunjukkan inisiaitif untuk mencari bacaaan lanjutan dalam internet. III) Sepanjang kelas amali, pelajar menunjukkan sikap kerjasama dengan membantu ahli dalam kumpulan untuk menyiapkan kerja.

Domain Psikomotor
TAKSONOMI SIMPSON Di dalam taksonomi ini, terdapat lima peringkat. Peringkat peringkat itu ialah:

Pengamatan:

Melalui deria, seseorang itu sedar tentang

wujudnya bendabenda, kualiti dan perkaitanperkaitan yang berlainan di antara bendabenda. Dalam peringkat ini terdapat tiga jenis pengamatan. Pengamatan ini ialah: Penyerapan oleh deria. Di alam sekeliling terdapat banyak perkara yang menjamahi deria seperti penglihatan dan pendengaran. Di peringkat ini, deriaderia hanya menerima sahaja. Contoh objektif: Pelajar terdengar bunyi sebuah kereta datang. Pemilihan saran. Di peringkat ini pelajar memilih sesuatu

Kuliah 07 Objektif dan Matlamat Pengajaran stimulus tertentu yang dapat menolongnya dalam sesuatu tugas. Contoh objektif: Pelajar mengetahui bunyi kereta yang datang semakin hampir dengan rumahnya. Penterjemahan. Setelah membuat pilihan bahawa stimulus itu yang dikehendaki, maka pelajar bertindak balas kepada stimulus itu. Contoh objektif: Pelajar mendengar bunyi kereta yang datang semakin hampir dengan rumahnya.

Persediaan:

Apabila ada di dalam sesuatu keadaan, maka

didapati bahawa seseorangitu akan bersedia untuk bertindak. Persediaan ini adalah asas bagi perlakuan selanjutnya. Di dalam hal ini, ada tiga jenis persediaan. Persediaan pertama berkait dengan mental. Kedua. berkait dengan fizikal; dan persediaan ketiga berkait dengan persediaan emosi. Yang berikut diberikan contoh untuk ketigatiga objektif itu sekali oleh kerana persediaan mental dan emosi jika di bincang berasingan akan terkeluar daripada skim taksonomi ini. Kedua, adalah didapati sukar bagi sesuatu tindakan dilakukan jikalau persediaan dalam ketigatiga perkara itu tidak ada. Contoh objektif: Pelajar mendengar bunyi ditiup untuk menendang bola. Pergerakan terkawal. Banyak pergerakan didapati sukar dijalankan

Kuliah 07 Objektif dan Matlamat Pengajaran dengan tidak ada panduan. Oleh itu, panduan diberi supaya pergerakan itu dapat dilakukan seperti yang di-ke hendaki . Pergerakan yang ditiru: Di peringkat ini, guru tidak memberi kebebasan untuk pelajar melakukan pergerakan pergerakan itu cara tersendiri. Guru melakukan pergerakan dan pelajar mengikut tiaptiap langkah yang ditunjukkan itu. Contoh objektif: Pelajar menggunakan pergerakan pergelangan tangan sebagaimana yang ditunjukkan untuk membuat pukulan kilas. Percubaan: Kebebasan terdapat di peringkat ini untuk pelajar mencuba berbagaibagai pergerakan. Tujuannya ialah bagi memilih yang sesuai. Apabila seseorang itu melontar peluru, dia akan mencuba beberapa pergerakan. Akhirnya satu pergerakan yang sesuai baginya akan dipilih. Contoh objektif: Pelajar mencuba dua cara membaling peluru untuk mencari satu cara yang sesuai.

Mekanisme:

Di peringkat orang dewasa terdapat banyak

pergerakan seperti melompat longkang, menuang air ke dalam gelas, menangkap bola yang sedang jatuh dan menguis sebiji batu dengan kaki, yang dilakukan dengan cara automatik. Apa yang penting pada tahap ini ialah melakukan pergerakan dengan tidak lagi terlalu

Kuliah 07 Objektif dan Matlamat Pengajaran memikir langkahlangkah yang akan dilakukan itu. Contoh objektif: Membuat pukulan smash apabila bola yang dikembalikan itu tanggung di udara. Membuat Pergerakan Khusus: Di dalam sesuatu bidang sukan dan permainan itu terdapat sekumpulan pergerakan yang berlainan daripada pergerakan yang terdapat di bidang lainnya. Pukulanpukulan dalam permainan tenis, badminton, skuasy, kriket dan bola lisut adalah berlainan di antara satu dengan yanglainnya. Pada peringkat ini, kemahiran membuat pergerakan ini sudah pun dikuasai. Tiaptiap kali pergerakan itu dilakukan, maka pergerakan itu merupakan gerakan yang licin. Pergerakan khusus ini meliputi dua proses. Pertama ialah membuat penentuan langkahlangkah yang akan diambil dan kedua melakukan suatu siri gerakan dengan licin. Contoh objektif: Pelajar menahan bola dan mengumpannya kepada rakan yang berlari di sebelahnya. Di dalam skim Simpson ini, terdapat beberapa kemahiran yang berlaku serentak. Di samping itu, ada juga banyak kemahiran yang menunjukkan kesediaan daripada segi mental. Dengan kata lainnya, taksonomi ini merupakan suatu skim yang banyak mengambil kira penyediaan mental sebelum sesuatu pergerakan itu dilakukan.

Kuliah 07 Objektif dan Matlamat Pengajaran

Rumusan
Selain mengikuti modul ini guru akan dapati terlalu banyak klasifikasi dalam setiap domain pembelajaran. Guru tidak perlu terlalu bimbang atau terkongkong dengan pengkelasan objektif. Pengkelasan tersebut adalah sebagai panduan guru untuk memahami proses pembelajaran dan mengapa objektif itu perlu ditulis mengikut arasnya. Yang penting ialah guru tahu bagaimana hendak mempraktikkanya dan bagaimana objektif pengajaran boleh membantu guru untuk mendapatkan satu pengajaran yang berkesan.

Anda mungkin juga menyukai