Anda di halaman 1dari 3

Jenis-jenis Penulisan Refleksi

Kajian oleh Hatton dan Smith (1995) menunjukkan bahawa terdapat empat jenis
penulisanyang telah dikenal pasti dalam penulisan reflektif.

Pertama,penulisan deskriptif (descriptivewriting)


yang merupakan penulisan yang menerangkan keadaan atau peristiwa di bilik
darjahdengan hanya menulis tarikh, tempat tanpa sebarang penerangan
berkenaan sebab, akibat dankaitan peristiwa serta kesannya terhadap sikap dan
kepercayaan penulis.
Contoh PenulisanRefleksi Tahap Pertama (penulisan deskriptif)

1. Pengajaran tidak dapat diteruskan kerana sebahagian pelajar lambat hadir


ke kelas.2. Latihan kebakaran sekolah dijalankan pada waktu pengajaran.
Kelas terpaksa dibatalkan.3. Pelajar mengantuk di dalam kelas.4. Masa
pengajaran tidak mencukupi. Aktiviti kelas terpaksa ditangguhkan
kepadapengajaranakan datang.

Kedua, penulisan refleksi deskriptif (descriptive reflection)


yang merupakan penulisanjurnal yang mempunyai penerangan sebab dan akibat
terhadap peristiwa yang terjadi secarajelas dengan ciri-ciri taakulan dan
renungan terhadap peristiwa dan memberi alasan-alasan/justifikasi terhadap
perkara yang berlaku. Contoh
Penulisan Refleksi Tahap Kedua(penulisan refleksi deskriptif)

1. Guru mengajar dalam bahasa Inggeris menyebabkan pelajar kurang faham


apa yangdisampaikan oleh guru. Guru sepatutnya cuba menerangkan
sesuatu istilah dalam bahasaMelayu.2. Terdapat beberapa orang pelajar
yang membuat bising di dalam kelas dan tidak menghiraukan pengajaran
guru. Guru bertindak memanggil nama pelajar tersebut danbertanyakan
soalan yang berkaitan.

Ketiga, penulisan refleksi dialog (dialogical reflection)


yang merupakan penulisan refleksiyang mengandungi kata-kata yang merujuk
kepada bisikan hati penulis kepada peristiwa yangsedang direnungkannya
melalui siri soal jawab tentang persoalan yang difikirkan.

ContohPenulisan Refleksi Tahap Ketiga (Refleksi Dialog)

1. Terlalu banyak kelemahan saya dalam pengajaran tentang prinsip geometri


pada hari ini.Saya tidak menyediakan contoh soalan untuk pelajar mencuba.
Saya tidak dapat menumpukansatu persatu pelajar untuk menjawab soalan.
Ada isi yang saya tertinggal. Saya kurangpersediaan mengenai tajuk yang di
ajar.

Keempat, penulisan refleksi kritikal (critical reflection)


yang merupakan penulisanrefleksi yang mengaitkan peristiwa di bilik darjah
dengan hal-hal di luar rutin bilik darjahseperti falsafah diri insan guru sendiri,
falsafah pendidikan, isu-isu wawasan, perpaduan,politik, ekonomi dan sosial.

Contoh Penulisan Refleksi Tahap Keempat (Refleksi Kritikal)

1. Saya memang seorang yang tegas semasa mengajar. Walaupun begitu saya
suka ketawasemasa mengajar. Saya mesti pastikan pelajar memberikan
tumpuan yang sepenuhnya semasasaya menyampaikan aktiviti pengajaran.
Saya akan memarahi pelajar yang tidak mengendahkan pengajaran saya. Saya
menggunakan pendekatan behaviourisme apabilamengajar kerana saya ingat
lagi masa cikgu saya mengajar sejarah beliau menggunakanpendekatan yang
sama. Dan dengan pendekatan cikgu tersebut berjaya mendidik saya
menjadiinsan yang berjaya. Oleh itu, saya percaya pendekatan tersebut akan
dapat membantu pelajar mempelajari
sejarah. http://zulsophistsaidi.blogspot.com

CONTOH-CONTOH PENULISAN REFLEKSI SELEPAS SETIAP P&P


1.Pelajar perlu lebih latihan berkaitan
.2.Ulang kaji kandungan tajuk ini pada akhir bab ini / .
3.Ulangkaji topik / konsep ini dengan murid yang lemah.
4.Murid berjaya menguasai konsep ..
5.Masukkan sebahagian kandungan dalam kerja rumah pada minggu hadapan
6.Sebahagian murid tidak faham. Perlu mengajar dengan cara yang lain dalam
P&P akandatang.
7.Gunakan kerja secara berkumpulan untuk mengulang kaji.
8.Kerja rumah disiapkan oleh semua murid.
9.Perlu memberikan lebih masa untuk aktiviti ini untuk membantu murid berpindahkepada
tugasan baru.
10.Saya perlu bertanya lebih banyak soalan yang terbuka.
11.Cari jalan untuk memasukkan lebih murid dalam aktiviti dalam kelas.
12.Periksa sama ada murid membawa .. ke dalam kelas.
13.Cari lebih banyak contoh .. untuk membantu murid lebih memahami
14.Pengajaran yang baik. Murid boleh menerangkan tugasan baru apabila
diujikefahaman mereka.
15.Tidak cukup peluang untuk murid melakukan semasa pengajaran.
16.Memerlukan kepelbagaian teknik menyoal / memberi jawapan .
17.Gembira dengan maklum balas murid pada hari ini. Lebihkan soalan
mencabar dalamP&P akan datang.
18.Perlu memikirkan kaedah berbeza untuk mengawal kebisingan.
19.Benarkan lebih masa untuk membuat latihan dalam P&P akan datang.
20.Masa aktiviti pengukuhan hari ini tidak cukup.
21.Pastikan murid boleh memberikan isi-isi penting P&P hari ini.
22.Semua murid memerlukan lebih bantuan berkaitan .
23.Saya merasa gembira dengan P&P hari ini kerana ..
24.Gerakan . Dan ke hadapan pada P&P akan datang
25.Beri pujian kerana usaha yang bersungguh-sungguh.

Contoh-contoh penulisan refleksi kendiri pelajar selepas pengajaran

REFLEKSI Pelajar A:
Pengajaran dan pembelajaran pada hari ini sangat memuaskan.

REFLEKSI Pelajar B:
Saya dapati pengajaran saya hari ini baik. Pelajar-pelajar saya
dapatmenyempurnakan latihan dan tugasan yang diberi. Semuanya adalah betul
belaka.

REFLEKSI Pelajar C:
Saya telah mengajar tajuk Bentuk Muka Bumi Tahun 5 Kuning. Hari ini
sayatelah menggunakan alat-alat bantu mengajar yang berwarna-warni. Saya
dapatimurid-murid saya sungguh seronok dan dapat memberi respon yang baik
denganmenjawab soalan-soalan yang saya kemukakan. Saya sungguh puas hati.

REFLEKSI Pelajar D:
Saya dapati pengajaran pada hari ini dijalankan seperti yang dirancang.
Namunbegitu, saya dapati saya seharusnya lebih peka terhadap latar belakang
pelajar saya. Saya patut menjaga hati pelajar saya yang miskin, yang tinggal di
rumahyang tidak mempunyai bekalan air. Saya seharusnya menyatakan juga
dalampengajaran saya bahawa banyak kebaikan mengambil atau menggunakan
air telaga bukan kerana murah, dan airnya dingin. Apa yang perlu ialah air itu
perlu dimasak. Adalah lebih baik jika saya menyatakan apabila saya pulang
kekampung saya lebih suka mandi air telaga di rumah nenek saya. Yang
pentingialah kita harus bersyukur mempunyai tempat tinggal berbanding dengan orang
diBosnia atau Somalia.Saya telah menggunakan peta yang menunjukkan kedudukan
Bosnia danMalaysia. Saya minta pelajar-pelajar nyatakan bagaimana kita boleh
sampai disana, dan memberi pendapat jika Malaysia seperti Bosnia.Saya berasa
puas hati dengan pelajaran hari ini. Saya akan menggunakan teknik bercerita
untuk menyampaikan pelajaran pada masa akan datang.

Contoh-contoh Penulisan Refleksi dalam RPH.

Subjek Geograf

Tajuk Latitud dan Longitud

Penulisan Reflektif: Bagi saya penggunaan kaedah mnemonik telah membantu


memudahkanpelajar yang selalunya sukar mengingati fakta-fakta mengingatinya
dengan mudah.

Subjek pendidikan Moral..Tajuk Agama Asas Kesejahteraan Manusia

Penulisan Reflektif: Penggunaan kaedah sumbangsaran telah dapat membantu


keseluruhan kelasaktif memberi pendapat dan seterusnya menampakkan proses
pengembangan idea.Ini telahmemudahkan saya meneruskan proses P&P dengan
lancar.

Subjek Pendidikan sivik & Kewarganegaraan

Penulisan Reflektif: Pengajaran saya menjadi lebih menarik apabila saya


mengaitkan sesipengajaran dengan contoh-contoh yang ada kaitan dengan
pengalaman hidup pelajar itu sendiri.

Penulisan Refleksi yang kurang tepat.

Pengajaran hari ini berjalan lancar(WHY?)

- Objektif pengajaran tercapai 75% (WHY? And WHAT about the other 25%?)

- Semua murid telah memberi perhatian dan minat pada pengajar. (WHY?

Anda mungkin juga menyukai