Anda di halaman 1dari 3

Soalan:

Apakah yang dimaksudkan dengan penulisan refleksi dan berikan contoh penulisan
refleksi.

Refleksi merupakan aktiviti mengkaji semula proses keberkesanan pengajaran yang telah
dilakukan melalui renungan dengan tujuan mempertingkatkan kemahiran guru. Refleksi
dilakukan sebaik sahaja tamat proses pengajaran dan pembelajaran. Antara kepentingan
membuat refleksi pengajaran adalah:

Refleksi membantu guru :


■ Mengenalpasti kekuatan dan kelemahan dalam pengajaran pembelajaran.
■ Mengambil tindakan susulan untuk mempertingkatkan mutu pengajaran pembelajaran.
■ Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran perguruan.
■ Menjadi refleksi sebagai budaya kerja profesional keguruan.
■ Menjadikan refleksi sebagai asas kepada penulisan jurnal.

Jenis-jenis Penulisan Refleksi Kajian oleh Hatton dan Smith (1995) menunjukkan bahawa terdapat
empat jenis penulisan yang telah dikenal pasti dalam penulisan reflektif. Pertama, penulisan
deskriptif (descriptive writing) yang merupakan penulisan yang menerangkan keadaan atau
peristiwa di bilik darjah dengan hanya menulis tarikh, tempat tanpa sebarang penerangan
berkenaan sebab, akibat dan kaitan peristiwa serta kesannya terhadap sikap dan kepercayaan
penulis.

Contoh Penulisan Refleksi Tahap Pertama (penulisan deskriptif)


1. Pengajaran tidak dapat diteruskan kerana sebahagian pelajar lambat hadir ke kelas.
2. Latihan kebakaran sekolah dijalankan pada waktu pengajaran. Kelas terpaksa dibatalkan.
3. Pelajar mengantuk di dalam kelas.
4. Masa pengajaran tidak mencukupi. Aktiviti kelas terpaksa ditangguhkan kepada pengajaran akan
datang.

Kedua, penulisan refleksi deskriptif (descriptive reflection) yang merupakan penulisan jurnal
yang mempunyai penerangan sebab dan akibat terhadap peristiwa yang terjadi secara jelas dengan
ciri-ciri taakulan dan renungan terhadap peristiwa dan memberi alasan alasan/justifikasi terhadap
perkara yang berlaku.

Contoh Penulisan Refleksi Tahap Kedua (penulisan refleksi deskriptif)


1. Guru mengajar dalam bahasa Inggeris menyebabkan pelajar kurang faham apa yang
disampaikan oleh guru. Guru sepatutnya cuba menerangkan sesuatu istilah dalam bahasa
Melayu.
2. Terdapat beberapa orang pelajar yang membuat bising di dalam kelas dan tidak
menghiraukan pengajaran guru. Guru bertindak memanggil nama pelajar tersebut dan
bertanyakan soalan yang berkaitan.
Ketiga, penulisan refleksi dialog (dialogical reflection) yang merupakan penulisan refleksi yang
mengandungi kata-kata yang merujuk kepada bisikan hati penulis kepada peristiwa yang sedang
direnungkannya melalui siri soal jawab tentang persoalan yang difikirkan.

Contoh Penulisan Refleksi Tahap Ketiga (Refleksi Dialog)


1. Terlalu banyak kelemahan saya dalam pengajaran tentang prinsip geometri pada hari ini.
Saya tidak menyediakan contoh soalan untuk pelajar mencuba.
2. Saya tidak dapat menumpukan satu persatu pelajar untuk menjawab soalan. Ada isi yang
saya tertinggal.
3. Saya kurang persediaan mengenai tajuk yang di ajar.

Keempat, penulisan refleksi kritikal (critical reflection) yang merupakan penulisan refleksi yang
mengaitkan peristiwa di bilik darjah dengan hal-hal di luar rutin bilik darjah seperti falsafah diri insan
guru sendiri, falsafah pendidikan, isu-isu wawasan, perpaduan, politik, ekonomi dan sosial.

Contoh Penulisan Refleksi Tahap Keempat (Refleksi Kritikal)


1. Saya memang seorang yang tegas semasa mengajar. Walaupun begitu saya suka ketawa
semasa mengajar. Saya mesti pastikan pelajar memberikan tumpuan yang sepenuhnya
semasa saya menyampaikan aktiviti pengajaran. Saya akan memarahi pelajar yang tidak
mengendahkan pengajaran saya. Saya menggunakan pendekatan behaviourisme apabila
mengajar kerana saya ingat lagi masa cikgu saya mengajar sejarah beliau menggunakan
pendekatan yang sama. Dan dengan pendekatan cikgu tersebut berjaya mendidik saya
menjadi insan yang berjaya. Oleh itu, saya percaya pendekatan tersebut akan dapat
membantu pelajar mempelajari sejarah.

CONTOH-CONTOH PENULISAN REFLEKSI SELEPAS SETIAP P&P

1. Pelajar perlu lebih latihan berkaitan


2. Ulang kaji kandungan tajuk ini pada akhir bab ini / . Ulangkaji topik / konsep ini dengan murid
yang lemah.
3. Murid berjaya menguasai konsep ..
4. Masukkan sebahagian kandungan dalam kerja rumah pada minggu hadapan Sebahagian
murid tidak faham.
5. Perlu mengajar dengan cara yang lain dalam P&P akan datang.
6. Gunakan kerja secara berkumpulan untuk mengulang kaji.
7. Kerja rumah disiapkan oleh semua murid.
8. Perlu memberikan lebih masa untuk aktiviti ini untuk membantu murid berpindah kepada
tugasan baru.
9. Saya perlu bertanya lebih banyak soalan yang terbuka.
10. Cari jalan untuk memasukkan lebih murid dalam aktiviti dalam kelas.
11. Periksa sama ada murid membawa .. ke dalam kelas.
12. Cari lebih banyak contoh .. untuk membantu murid lebih memahami ..
13. Pengajaran yang baik. Murid boleh menerangkan tugasan baru apabila diuji kefahaman
mereka.
14. Tidak cukup peluang untuk murid melakukan semasa pengajaran.
15. Memerlukan kepelbagaian teknik menyoal / memberi jawapan.
16. Gembira dengan maklum balas murid pada hari ini. Lebihkan soalan mencabar dalam P&P
akan datang.
17. Perlu memikirkan kaedah berbeza untuk mengawal kebisingan.
18. Benarkan lebih masa untuk membuat latihan dalam P&P akan datang.
19. Masa aktiviti pengukuhan hari ini tidak cukup.
20. Pastikan murid boleh memberikan isi-isi penting P&P hari ini.

Contoh Penulisan Refleksi

“35/38 murid telah berjaya mencapai objektif pada hari ini untuk mengelaskan kata nama am
dan kata nama khas. Murid dapat membina 10 ayat berdasarkan kata nama yang diberi
dengan betul. 3 orang murid lagi dibimbing secara individu dan diberi latihan tambahan untuk
mencapai objektif."

"30/30 murid mencapai objektif pada hari ini untuk menulis perkataan yang diimlakkan. Murid
dapat menulis 10 perkataan yang diimlakkan dengan tepat.

Contoh Penulisan Refleksi Lengkap


Saya dapati pengajaran saya hari ini baik. Pelajar-pelajar saya dapat menyempurnakan
latihan dan tugasan yang diberi. Semuanya adalah betul belaka.

Saya telah mengajar tajuk Kata Nama Tahun 5 Kuning. Hari ini saya telah menggunakan
alat-alat bantu mengajar yang berwarna-warni. Saya dapati murid-murid saya sungguh
seronok dan dapat memberi respon yang baik dengan menjawab soalan-soalan yang saya
kemukakan. Saya sungguh puas hati.

Saya dapati pengajaran saya hari ini baik. Pelajar-pelajar saya dapat menyempurnakan
latihan dan tugasan yang diberi. Semuanya adalah betul belaka.

Perancangan P&P telah dapat dijalankan sepenuhnya dengan sedikit pengubahsuaian.


Murid-murid didapati begitu seronok belajar mungkin kesan penggunaan persembahan
multimedia (Powerpoint). Murid-murid telah melibatkan diri dengan aktif untuk menjawab
soalan menggunakan kemudahan ICT.

Anda mungkin juga menyukai