Anda di halaman 1dari 2

PENULISAN REFLEKSI

Apa itu refleksi ?


Refleksi merupakan aktiviti mengkaji semula proses keberkesanan pengajaran
yang telah dilakukan melalui renungan dengan tujuan mempertingkatkan
kemahiran guru.

refleksi bermula dengan bisikan hati dan nyata rasa ( passion )

refleksi kendiri adalah analisis secara aktif, terarah dan bermatlamat.

refleksi kendiri menitik beratkan penerokaan doman affective ( emosional


mind ) spiritual dan pemikiran seseorang dalam tindakannya mencari
kebenaran terhadap ilmu yang dipelajari.

Mengapa perlu refleksi ?


Refleksi membantu pelajar :
1. Mengenalpasti kekuatan dan kelemahan dalam pengajaran pembelajaran.
2. Mengambil tindakan susulan untuk mempertingkatkan mutu pengajaran
pembelajaran.
3. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran perguruan.
4. Menjadi refleksi sebagai budaya kerja profesional keguruan.
5. Menjadikan refleksi sebagai asas kepada penulisan jurnal.
Bila perlu refleksi ?
Sebaik sahaja selesai pengajaran dan catatan mesti dibuat pada ruang refleksi
dalam buku persediaan mengajar.
Contoh REFLEKSI
1. Pelajar perlu lebih latihan berkaitan ........
2. Ulang kaji kandungan tajuk ini pada akhir bab ini / ........
3. Ulangkaji topik / konsep ini dengan murid yang lemah.
4. Murid berjaya menguasai konsep ........
5. Masukkan sebahagian kandungan dalam kerja rumah pada minggu
hadapan
6. Sebahagian murid tidak faham. Perlu mengajar dengan cara yang lain
dalam P&P akan datang.

7. Gunakan kerja secara berkumpulan untuk mengulang kaji.


8. Kerja rumah disiapkan oleh semua murid.
9. Perlu memberikan lebih masa untuk aktiviti ini untuk membantu murid
berpindah kepada tugasan baru.
10.Saya perlu bertanya lebih banyak soalan yang terbuka.
11.Cari jalan untuk memasukkan lebih murid dalam aktiviti dalam kelas.
12.Periksa sama ada murid membawa ......... ke dalam kelas.
13.Cari lebih banyak contoh ......... untuk membantu murid lebih
memahami .........
14.Pengajaran yang baik. Murid boleh menerangkan tugasan baru apabila
diuji kefahaman mereka.
15.Tidak cukup peluang untuk murid melakukan ........ semasa pengajaran.
16.Memerlukan kepelbagaian teknik menyoal / memberi jawapan .
17.Gembira dengan maklum balas murid pada hari ini. Lebihkan soalan
mencabar dalam P&P akan datang.
18.Perlu memikirkan kaedah berbeza untuk mengawal kebisingan.
19.Benarkan lebih masa untuk membuat latihan dalam P&P akan datang.
20.Masa aktiviti pengukuhan hari ini tidak cukup.21. Pastikan murid boleh
memberikan isi-isi penting P&P hari ini.22. Semua murid memerlukan lebih
bantuan berkaitan .......
21.Pelajar memberikan respon yang sangat baik ketika sesi pengajaran
sedang berlangsung.
22.Keadaan kelas kadangkala agak bising apabila terdapat segelintir XXX
(murid) kurang bersedia dan tidak dapat menumpukan perhatian.
23.Kerjasama antara murid dan guru sangat baik dan objektif pembelajaran
tercapai.
24.Aktiviti PdP ini dibawa ke hadapan kerana terdapat Majlis Sambutan Hari
Kanak-kanak peringkat sekolah.

Anda mungkin juga menyukai