Anda di halaman 1dari 3

hootoh.my http://www.hootoh.my/2015/01/25-contoh-penulisan-refleksi-selepas.

html

25 Contoh Penulisan Refleksi Selepas Sesi P&P


Panduan dan Cara menulis Refleksi dalam Buku RPH. Contoh Penulisan Refleksi selepas tamat sesi (P&P)
Pengajaran dan Pembelajaran dalam Buku Rekod Pengajaran Harian (RPH). Untuk Muat Turun sila ke Pautan
Download Contoh Penulisan Refleksi Selepas Sesi P&P.

Contoh Refleksi di akhir Sesi P&P


1. Pelajar perlu lebih latihan berkaitan ........
2. Ulang kaji kandungan tajuk ini pada akhir bab ini / ........
3. Ulangkaji topik / konsep ini dengan murid yang lemah.
4. Murid berjaya menguasai konsep ........
5. Masukkan sebahagian kandungan dalam kerja rumah pada minggu hadapan
6. Sebahagian murid tidak faham. Perlu mengajar dengan cara yang lain pada sesi Pdpc akan datang.
7. Gunakan kerja secara berkumpulan untuk mengulang kaji.
8. Kerja rumah disiapkan oleh semua murid.
9. Perlu memberikan lebih masa untuk aktiviti ini bagi membantu murid yang agak lemah untuk beralih kepada
tugasan baru.
10. Guru perlu bertanya lebih banyak soalan yang terbuka.
11. Guru perlu mencari lebih banyak kaedah untuk melibatkan lebih murid dalam aktiviti dalam kelas.
12. Periksa sama ada murid membawa ......... ke dalam kelas.
13. Guru perlu mencari lebih banyak contoh situasi dalam kehidupan seharian untuk lebih membantu murid lebih
memahami topik yang dibincangkan.
14. Pengajaran yang baik. Murid boleh menerangkan tugasan baru apabila diuji kefahaman mereka.
15. Tidak cukup peluang untuk murid melakukan demo semasa sesi pdpc.
16. Guru perlu lebih kepelbagaian teknik menyoal / memberi jawapan.
17. Gembira dengan maklum balas murid pada hari ini. Lebihkan soalan mencabar pada sesi Pdpc yang akan
datang.
18. Guru perlu memikirkan kaedah berbeza untuk mengawal kebisingan kelas semasa sesi pdpc berlangsung.
19. Guru seharusnya memperuntukkan lebih masa untuk membuat latihan dalam kelas semasa sesi Pdpc yang
akan datang.
20. Masa aktiviti pengukuhan hari ini tidak cukup.
21. Pastikan murid boleh memberikan isi-isi penting P&P hari ini.
22. Semua murid memerlukan lebih bantuan berkaitan ........
23. Saya merasa gembira dengan P&P hari ini kerana .........
24. Gerakan ......... dan ......... ke hadapan pada P&P akan datang.
25. Beri pujian ......... kerana usaha yang bersungguh-sungguh.

Panduan Menulis Refleksi Selepas P&P

Contoh-contoh Penulisan Refleksi Selepas Sesi P&P ini adalah merujuk bahan-bahan pendidikan yang
dikongsikan di Laman Linguistik. Cara penulisan mungkin tidak lagi releven seandainya berlaku perubahan
baharu dalam sistem pendidikan di masa akan datang. Warga pendidik disarankan terlebih dahulu memastikan
bahan perkongsian ini sesuai mengikut peraturan dan ketetapan yang dibuat di institusi masing-masing.

Anda mungkin juga menyukai