Anda di halaman 1dari 10

ALIRAN2 YANG BERTENTANGAN

DENGAN ISLAM

1) ALIRAN SYIAH
Jawab soalan ini…
• Pernahkah anda mendengar tentang Syiah?
• Apakah itu Syiah?
• Dari mana, bila, bagaimana bermulanya
Syiah?
• Siapa yang mempelopori?
ERA ABDULLAH BIN saba’

• Abdullah bin saba’ atau juga dikenali sebagai Ibn Sawda’


adalah seorang Yahudi dari San’a di Yaman yang telah
menzahirkan keislamannya di zaman Uthman bin Affan ra.

• Beliau adalah watak yang paling utama memainkan


peranan menimbulkan kehuru-haraan di Madinah, Iraq,
Syam dan Mesir secara khusus. Dakyah yang berlaku di
dalam bentuk penyebaran pendapat siasah bahkan aqidah
yang menyimpang, telah mencetuskan fitnah yang
membawa kepada pembunuhan Saidina Uthman ra pada
18 Dzulhijjah 35H.
• Ibn Sawda’ telah menyebarkan pelbagai idea yang
kontroversi di kalangan umat Islam khususnya
yang berkaitan dengan penyelewengan-
penyelewengan yang dinisbahkan kepada
Uthman bin Affan.
• Gerakannya telah mencetuskan pemberontakan
di empat penjuru tanah air umat Islam. Malah
Abu Dzar al-Ghifari ra juga telah dihasut supaya
bangkit mempertikaikan siasah Muawiyah bin Abi
Sufian ra sebagai Gabenor di Syam di dalam soal
pentadbiran Baitulmal.
• Beliau juga telah mempopularkan idea kelayakan
Saidina Ali ra sebagai pengisi jawatan Khalifah selepas
kewafatan Rasulullah SAW dengan apa yang
diistilahkan sebagai wasiat Rasulullah SAW.
• Beliau juga menjadi orang pertama yang secara terang-
terangan mencela Abu Bakr, Umar, Uthman dan
sekalian sahabat. Hal ini diakui sendiri oleh ilmuan
Syiah seperti Saad bin Abdullah al-Qummi di dalam al-
Maqalaat wa al-Firaq. Tidak terhenti setakat itu,
kepercayaan karut tentang kebangkitan semula
Rasulullah SAW dan pelbagai fahaman yang
kemudiannya menjadi usul teras golongan Syiah, telah
dipelopori oleh Abdullah bin saba’
• Kerugian yang menimpa umat Islam di dalam
peperangan Jamal dan Siffin, pembunuhan Ali
ra, anakandanya Husain ra dan pelbagai lagi
siri perang dalaman yang tercetus semenjak
kematian Uthman bin Affan ra, adalah hasil
suntikan fitnah yang dipelopori oleh seorang
penjenayah bernama Abdullah bin saba’.
ERA KHILAFAH BANI UMAYYAH
• Muawiyah bin Abi Sufyan ra telah mengambil alih
kepimpinan Islam selepas pembunuhan Ali ra dan
berundurnya Hasan ra dari memangku jawatan
yang ditinggalkan oleh ayahandanya.
• Kesatuan umat Islam telah dapat dihasilkan,
namun kewujudan kelompok yang mendukung
idea Ibn saba’ terus wujud dan sentiasa menjadi
api di dalam sekam. Sikap keras lagi tegas
Muawiyah dan para Khalifah Bani Umayyah
terhadap golongan Syiah ini menjadikan mereka
terpinggir dari arus perdana untuk beberapa
ketika.
• Punca yang membawa kepada kejatuhan pemerintahan Bani
Umayyah : oleh 4 kelompok musuh.
• 1- Mereka adalah penduduk Arab berketurunan Yaman yang tinggal
di Khurasan,
• 2- golongan Mawali (bukan Arab) yang juga berpusat di sekitar
Khurasan,
• 3- kelompok Syiah yang sentiasa berdendam dengan Bani Umayyah,
• 4- mereka yang menzahirkan diri sebagai Muslim tetapi masih
berdendam terhadap Islam serta terus berpegang dengan fahaman
pra Islam seperti Rawandiyyah dan sebagainya.
Namun, penglibatan Syiah di dalam propaganda Revolusi
Abbasiyyah adalah faktor terpenting ke arah tumbangnya Khilafah
Bani Umayyah.
ERA KERAJAAN ABBASIYYAH
• Walaupun kerajaan Abbasiyyah itu tertegak
atas kehendak dan maslahah golongan Syiah,
mereka masih mengekalkan sikap pragmatik
dan hanya berpihak kepada kuasa yang boleh
memenuhi kemahuan mereka semata-mata.
• Perpecahan yang serius di antara bangsa-bangsa Muslim mengundang
kelemahan yang membunuh kerajaan Abbasiyyah.
• Namun, kemunculan Hulagu, cucu kepada Genghiz Khan ke Baghdad
adalah peristiwa yang paling bersejarah.
• Di zaman Bani Buwaih, mazhab Khilafah Abbasiyyah adalah Syiah. Namun
selepas berpindah kepada Seljuk, mazhab kerajaan kembali kepada Sunni.
Akan tetapi, para khalifah di era penghabisan kerajaan Abbasiyyah masih
terus percaya kepada tokoh-tokoh Syiah, seperti Mu’ayyid ad-Deen bin al-
Alqami.
• Atas perbalahan yang berlaku di antara Sunni dan Syiah, Mu’ayyid telah
menjemput Hulagu mengisi cita-citanya menawan Baghdad. Beliau yang
sepatutnya menjalankan tugas mewakili Khalifah untuk berbincang dengan
Hulagu, telah berpaling tadah dan seterusnya membuka laluan kepada
Hulagu menyerang Baghdad hingga ke akar umbi pada tahun 656H. Ibn
Kathir meriwayatkan bahawa, 1,800,000 penduduk Baghdad telah
terbunuh di tangan Hulagu dan tenteranya. Suatu insiden yang hitam di
dalam sejarah kemanusiaan.

Anda mungkin juga menyukai