Anda di halaman 1dari 3

MPPC 1323 Instructional Design 1

Jenis-jenis Penulisan Refleksi dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Kajian oleh Hatton dan Smith (1995) menunjukkan bahawa terdapat empat
jenis penulisan yang telah dikenal pasti dalam penulisan reflektif.

Pertama,
 penulisan deskriptif (descriptive writing)
yang merupakan penulisan yang menerangkan keadaan atau peristiwa di bilik
darjah dengan hanya menulis tarikh, tempat tanpa sebarang penerangan
berkenaan sebab, akibat dan kaitan peristiwa serta kesannya terhadap sikap dan
kepercayaan penulis.

Contoh Penulisan Refleksi Tahap Pertama (penulisan deskriptif)

1. Pengajaran tidak dapat diteruskan kerana sebahagian pelajar lambat


hadir ke kelas.
2. Latihan kebakaran sekolah dijalankan pada waktu pengajaran. Kelas
terpaksa dibatalkan.
3. Pelajar mengantuk di dalam kelas.
4. Masa pengajaran tidak mencukupi. Aktiviti kelas terpaksa
ditangguhkan kepada pengajaran akan datang.

Kedua,
 penulisan refleksi deskriptif (descriptive reflection)
yang merupakan penulisan jurnal yang mempunyai penerangan sebab dan
akibat terhadap peristiwa yang terjadi secara jelas dengan ciri-ciri taakulan dan
renungan terhadap peristiwa dan memberi alasan-alasan/justifikasi terhadap
perkara yang berlaku.

Contoh Penulisan Refleksi Tahap Kedua (penulisan refleksi deskriptif)

1. Guru mengajar dalam Bahasa Inggeris menyebabkan


pelajar kurang faham apa yang disampaikan
oleh guru. Guru sepatutnya cuba menerangkan sesuatu istilah dalam
Bahasa Melayu.

Roseaziyana binti Selamat MPP 151238


MPPC 1323 Instructional Design 2

2. Terdapat beberapa orang pelajar yang membuat bising di dalam kelas dan
tidak menghiraukan pengajaran guru. Guru bertindak memanggil nama
pelajar tersebut dan bertanyakan soalan yang berkaitan.

Ketiga,
 penulisan refleksi dialog (dialogical reflection)
yang merupakan penulisan refleksiyang mengandungi kata-kata yang merujuk
kepada bisikan hati penulis kepada peristiwa yangsedang direnungkannya
melalui siri soal jawab tentang persoalan yang difikirkan.

Contoh Penulisan Refleksi Tahap Ketiga (Refleksi Dialog)

1. Terlalu banyak kelemahan saya dalam pengajaran tentang prinsip geometri


pada hari ini.Saya tidak menyediakan contoh soalan untuk pelajar mencuba.
Saya tidak dapat menumpukansatu persatu pelajar untuk menjawab soalan.
Ada isi yang saya tertinggal. Saya kurang persediaan mengenai tajuk yang
di ajar.
Keempat,
 penulisan refleksi kritikal (critical reflection)
yang merupakan penulisan refleksi yang mengaitkan peristiwa di bilik darjah
dengan hal-hal di luar rutin bilik darjahseperti falsafah diri insan guru sendiri,
falsafah pendidikan, isu-isu wawasan, perpaduan, politik, ekonomi dan sosial.
Contoh Penulisan Refleksi Tahap Keempat (Refleksi Kritikal)
1. Saya memang seorang yang tegas semasa mengajar. Walaupun begitu saya
suka ketawa semasa mengajar. Saya mesti pastikan pelajar memberikan
tumpuan yang sepenuhnya semasa saya menyampaikan aktiviti pengajaran.
Saya akan memarahi pelajar yang tidak mengendahkan pengajaran saya.
Saya menggunakan pendekatan behaviourisme apabila mengajar kerana
saya ingat lagi masa cikgu saya mengajar sejarah beliau
menggunakan pendekatan yang sama. Dan dengan pendekatan cikgu
tersebut berjaya mendidik saya menjadi insan yang berjaya. Oleh itu, saya
percaya pendekatan tersebut akan dapat membantu pelajar mempelajari
sejarah.

Roseaziyana binti Selamat MPP 151238


MPPC 1323 Instructional Design 3

Roseaziyana binti Selamat MPP 151238

Anda mungkin juga menyukai