Anda di halaman 1dari 6

KEMAHIRAN KEMAHIRAN CONTOH

MENGGUNAKAN CONTOH

Tujuan Kemahiran Menggunakan Contoh


Membimbing pelajar dari konsep yang mudah kepada yang lebih rumit. Menjelaskan peraturan, konsep, prinsip, dan teori. Menjadikan idea yang abstrak atau sukar kepada yang lebih mudah difahami.

Guru memberi penerangan tentang sesuatu isi pelajaran dengan menggunakan contoh, misalnya: i. Guru menerangkan pengertian najis serta memberikan beberapa contoh tentang najis. ii. Guru menerangkan sambil mendemonstrasikan; contoh cara cara berwudhu dengan betul. iii. Guru menerangkan salasilah keluarga Nabi Muhammad s.a.w dengan menggunakan carta.

Prinsip kemahiran mengilustrasi dengan contoh Gunakan contoh mudah melalui penggunaan analogi, cerita, objek konkrit dan/atau gambar rajah yang berdasarkan pengetahuan sedia ada pelajar Gunakan contoh yang relevan yang boleh diaplikasikan kepada konsep, prinsip, atau teori tertentu yang hendak diajar Gunakan media bersesuaian berdasarkan umur dan kebolehan pelajar serta konsep dan prinsip yang hendak diajar.

Gunakan contoh yang menarik yang mampu merangsang sifat ingin tahu dan minat pelajar. Libatkan pelajar secara verbal atau membuat lakaran Sediakan sebelum pengajaran Perhatikan kelakuan dan respon lisan pelajar untuk memastikan contoh yang diberi bersesuaian Sediakan contoh yang mencukupi dan pelbagai

Kesan kesan Penggunaan Kemahiran Menggunakan Contoh Ke Atas Pengajaran


I. Murid-murid dapat memahami konsep atau isi pelajaran dengan lebih cepat, mudah dan tepat. II. Murid juga dapat memahami sesuatu proses atau prosedur secara terperinci dan teratur. III. Merangsangkan pelbagai deria pelajar, tetapi juga memudahkan kefahaman konsep dengan tepat serta mengukuhkan apa yang diterangkan dalam ingatan mereka. V. Masa aktiviti pengajaran guru dapat dijimatkan dan ini boleh digunakan untuk menambahkan aktiviti pembelajaran pelajar.

Anda mungkin juga menyukai