Anda di halaman 1dari 7

ULASAN BUKU

Tajuk : Action Research in Teaching and Learning: A practical guide to conducting


pedagogical action research
Penulis : Lin s. Norton
Penerbit : Routledge Taylor & Francis Group
Tahun terbitan : 2009

Konsep Kajian Tindakan


Kajian tindakan memerlukan masa, sumber dan komitmen yang tinggi daripada seorang
penyelidik. Beberapa konsep yang cuba diterapkan adalah:
1. Kajian tindakan dan refleksi adalah komponen penting untuk menambah baik praktis
dalam pengajaran dan pembelajaran yang mana refleksi perlu wujud untuk melakukan
tindakan, dalam tindakan dan selepas tindakan (Postareff, 2007).
2. Kajian tindakan sebagai satu kaedah untuk pembelajaran sepanjang hayat dikalangan
guru (lifelong learning).
3. Kajian tindakan mengimplikasikan refleksi keatas diri untuk menambahbaik amalan
mereka, kefahaman terhadap amalan-amalan mereka dan juga persekitaran dimana
amalan mereka dipraktiskan (Carr & Kemmis, 1986).
Terdapat 3 jenis kajian tindakan yang diperkenalkan oleh penulis iaitu:
1. Teknikal/ teknikal- kolaboratif/ saitifik-teknikal/ positivis
Kajian ini dijalankan secara kolaborasi diantara pakar penyelidik dan guru untuk
menambah baik amalan dengan menggunakan intervensi tertentu dalam P & P.
2. Mutual-collaborative/ practical-deliberative – interpretivist perspective
Kajian ini melibatkan kedua-dua penyelidik dan guru namun penyelidik hanya bertindak
sebagai fasilitator. Guru menggunakan cara sendiri untuk menilai dan seterusnya
mengubah amalan mereka. Ini membolehkan guru lebih mengenali dan memahami
amalan mereka.
3. Enhancement approach/ critical-emancipatory action research/ critical science
perspective
Kaedah ini bermula dengan kritikan terhadap teori berdasarkan kepada pengalaman guru
dan lebih menekankan kepada pemahaman dalam konteks politik dan sosial yang
berkaitan dengan amalan guru berbanding hal yang berkait dengan guru.

Tujuan menjalankan Kajian Tindakan


Beberapa tujuan yang digariskan oleh penulis adalah:
• Sebagai latihan untuk ahli akademik di university dalam menganalisis praktis, kaedah
penyelidikan dan kepakaran mereka (Ponte, 2002).
• Sebagai alat untuk membuat refleksi tentang pemikiran mereka yang mana diakhiri
dengan tindakan bagi menyokong efikasi profesional.
• Menyediakan cabaran kepada kepercayaan, konsep dan teori yang sedia ada dalam
pengajaran dan pembelajaran (Wahlstrom & Ponte, 2005).
• Sebagai satu kaedah untuk memperbaiki mutu pembelajaran pelajar melalui pengalaman
dan pencapaian mereka.
• Membolehkan ahli akademik di universiti menambah kefahaman mereka tentang
pengetahuan dalam pengajaran dan pembelajaran serta proses-proses yang terlibat.
• Sebagai satu kaedah untuk menambahbaik kualiti pengajaran dan pembelajaran di
unversiti (Kember, 2000)

Reka Bentuk Kajian Tindakan


Pemilihan reka bentuk kajian adalah bergantung kepada konteks pembelajaran dan juga tahap
pengetahuan tentang sesuatu kaedah kajian. Didalam buku ini, penulis menggambarkan kitaran
spiral kajian tindakan berdasarkan kepada 4 langkah utama iaitu:
1. Memerhati/ mengenalpasti perkara-perkara yang tidak sepatutnya berlaku/ boleh
diperbaiki (Observe).
2. Merancang pelan tindakan yang mana melibatkan perubahan dalam amalan (Plan).
3. Melaksanakan perancangan (Act).
4. Melihat kesan pelaksanaan (Reflect).

Sampel/ Responden
Pelajar tahun tiga jurusan Psikologi
Seting
Liverpool Hope University
Prosedur Kajian Tindakan
Terdapat 5 proses yang ditekankan oleh penulis untuk menjalankan kajian tindakan iaitu:
1. Mengenalpasi masalah/isu (Identify).
2. Pencarian jalan penyelesaian kepada masalah/ isu (Thinking).
3. Pelaksanaan penyelesaian yang dipilih (Doing it).
4. Menilai pelaksanaan (Evaluate).
5. Mengubah suai amalan (Modifying).

Kelima-lima langkah ini dapat diringkaskan menjadi ITDEM.


Didalam buku ini penulis telah menggunakan proses yang sama tetapi pendekatan yang berbeza
bagi menyelesaikan satu isu/ masalah yang sama. Pendekatan tersebut ialah secara kualitatif
melalui model interpretivis dan secara eksperimen melalui model positivis.
a) Model interpretivis
1. Pengenalpastian masalah (I)
2. Pencarian jalan penyelesaian (T)
• Penulis menggunakan borang maklum balas (questionnaire) yang diedarkan
kepada reponden.
• Menjalankan temu bual
3. Pelaksanaan (D)
• Menjalankan temu bual tidak berstruktur (unstructured interview) dengan
responden untuk mendapatkan gambaran perspektif responden yang lebih luas
tentang isu yang diutarakan berbanding temubual bersruktur dan semi-
struktur.
4. Penilaian (E)
• Menggunakan kaedah ‘content analysis’ yang menggabungkan kedua-dua
analisis secara kualitatif dan kuantitatif.
• Mengklasifikasikan hasil dapatan termubual mengikut tema tertentu
berdasarkan prinsip analisis bertema (principles of thematic analysis).
5. Pengubahsuaian amalan (M)
b) Model positivis
1. Pengenalpastian masalah (I)
2. Pencarian jalan penyelesaian (T)
• Penulis menggunakan kajian intervensi untuk menguji hipotesis
• Kajian intervensi melibatkan pembolehubah bersandar (intervensi) dan
pembolehubah tak bersandar.
• Memerlukan penyelidik mengawal faktor-faktor luaran bagi memastikan
persekitaran kumpulan kawalan dan kajian adalah sama.
3. Pelaksanaan (D)
• Memberi intervensi kepada kumpulan kajian
4. Penilaian (E)
• Membandingkan hasil dapatan antara kumpulan kajian dan kumpulan kawalan
5. Pengubahsuaian amalan (M)

Pengumpulan dan Penganalisisan Data


Pengumpulan data
Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan unuk mengumpul data. Pemilihan kaedah ini
bergantung kepada objektif/ tujuan kajian dijalankan.
a) Borang maklum balas yang mengandungi set soalan (questionnaire)
– Eg: Learning objectives questionnaire
b) Temubual
c) Senarai semak (eg: essay feedback checklist)

Teknik analisis
Pemilihan teknik analisis bergantung kepada jenis data yang dikumpul samada kualitatif atau
kuantitatif seperti mana yang digambarkan oleh penulis didalam buku ini.
1. Data kualitatif
Didalam buku ini, penulis menekankan dua jenis analisis kualitatif iaitu analisis
menggunakan tema (thematic analysis) dan analisis keatas kandungan teks/ visual
(content analysis).

• Analisis menggunakan tema (Thematic analysis)


Analisis ini melibatkan 7 peringkat iaitu:
i. Peringkat 1: Immersion
Menumpukan perhatian penuh terhadap pembacaan transkrip (data) dan
catat tema umum tanpa mengambil kira perkaitan dengan persoalan kajian.
ii. Peringkat 2: Generating categories
Membaca teks dengan teliti untuk mengkategorikan setiap maklumat
iii. Peringkat 3: Deleting categories
Menghilang/ menggugurkan kategori-kategori yang tidak berkaitan
dengan persoalan kajian
iv. Peringkat 4: Merging categories
Menggabungkan beberapa kategori yang berkait menjadi satu tema.
v. Peringkat 5: Checking themes
Baca semula teks/ transkrip berkait dengan tema dan baiki jika perlu
vi. Peringkat 6: Linking themes
Mengaitkan satu tema dengan tema yang lain berdasarkan data (transkrip)
yang diperoleh.
vii. Peringkat 7: Presenting your findings
Membentangkan tema utama kajian dan ulas secara keseluruhan
bagaimana tema-tema berkait antara satu sama lain.

• Analisis tekstual (Content analysis)


Analisis ini membolehkan pengkaji memahami dengan lebih mendalam tentang
isu yang dikaji. Terdapat 5 peringkat yang terlibat.
i. Peringkat 1: Tentukan unit analisis
Unit analisis boleh menggunakan perkataan/ frasa/ ayat/ perenggan
tertentu. Ianya ditentukan berdasarkan kepada persoalan kajian.
ii. Peringkat 2: Memecahkan transkrip kepada unit analisis
iii. Peringkat 3: Membina kategori
iv. Peringkat 4: Menandakan unit analisis kepada kategori (pengkodan)
Setiap unit maklumat akan dikelaskan mengikut kategori yang telah
ditetapkan. Setiap unit maklumat dalam satu kategori tidak boleh bertindih
dengan kategori yang lain.
v. Peringkat 5: Mengira peratusan unit dalam setiap kategori

Analisis juga boleh dilakukan dengan:


a) Menentukan teori/ hipotesis daripada data yang dikumpul (grounded theory)
b) Mencari makna tersirat didalam ucapan/ teks (discourse analysis)
c) Analisis keatas petunjuk seperti perkataan, gambar, bahasa badan dan sebagainya
(semiotics)
d) Pemahaman keatas perspektif/ pandangan dan pengalaman seseorang individu
(interpretative phenomenological experience)

2. Data kuantitatif
a. Descriptive statistic
Statistik ini memberi gambaran yang jelas tentang data yang diperolehi. Ianya
merangkumi:
• Kecenderungan memusat seperti min, median dan mod
• Pengukuran serakan dan seperti sela, sisihan piawai dan kepelbagaian
b. Inferetial statistic
Statistik ini digunakan apabila ingin membuat kesimpulan tentang hasil dapatan
kajian. Didalam buku ini, penulis menekankan kepada tiga bentuk sahaja iaitu:
• Ujian untuk penentuan korelasi iaitu menentukan hubungkait diantara dapatan
kajian
• Ujian pembezaan dalam min
• Ujian ketepatan/ kepadanan (Test of goodness of fit) bagi menentukan
ketepatan dapatan kajian dengan jangkaan.

Etika Kajian Tindakan


Penulis telah menggariskan 3 prinsip asas etika kajian berdasarkan kepada British Educational
Research Association (2004) dan American Educational Research Association (2000) iaitu:
1. Kebenaran dan kejelasan (Informed concent)
Mendapatkan kebenaran daripada peserta kajian iaitu pelajar/ staf untuk terlibat
dalam kajian tanpa paksaan dan memberi penjelasan yang jelas tentang prosedur
kajian kepada peserta serta hak mereka.
2. Rahsia dan sulit (Anonymity and confidentiality)
Identity peserta haruslah dirahsiakan daripada pengetahuan umum dan menyatakan
dengan jelas individu yang berhak untuk melihat data yang disediakan oleh peserta.
3. Perlindungan daripada ancaman
Ancaman disini merujuk kepada apa-apa bentuk rangsangan yang boleh mengganggu
psikologi peserta seperti tahap kendiri peserta.

Kebolehpercayaan dan Kesahihan Kajian Tindakan


Dalam konteks buku ini, kebolehpercayaan dan kesahihan kajian tindakan boleh dipastikan
dengan melakukan pemerhatian samada secara terus, semulajadi dan/ atau menjadikan peserta
kajian sebagai pemerhati.

Penilaian Keseluruhan Buku


Secara keseluruhan, buku ini memberikan banyak maklumat yang perlu diketahui untuk
melakukan sesuatu kajian tindakan. Penyusunan maklumatnya teratur dari bab 1 hinggalah akhir
membolehkan pembaca membuat perkaitan antara komponen-komponen yang terdapat dalam
satu bab dengan bab yang lain sehinggalah kepada jenis-jenis kaedah kajian beserta kelebihan
dan kelemahan masing-masing. Etika untuk melakukan kajian tindakan juga disentuh oleh
penulis.

Anda mungkin juga menyukai