Anda di halaman 1dari 25

1.

0 PENGENALAN

Perbahasan kali ini membahas mengenai hal-hal dasar yang harus diketahui dalam
fiqh muamalah, seperti sumber hukum fiqh muamalah, pengertian, ruang lingkup kajian, dan
sebagainya. Selalu ditekankan bahawa Islam mengatur seluruh aspek kehidupan manusia dari
bangun tidur sehingga dilelapkan mata dan setiap aktiviti yang dilakukan ada contoh dan
panduannya didalam Al-Quran mahupun Al-Hadith

Begitu pula pada pembahasan kali ini, iaitu dengan adanya fiqh muamalah mengatur
segala urusan transaksi. Hakikatnya, peraturan yang diwujudkan oleh Allah dalam muamalah
mendatangkan kemashlahatan untuk kita dan menghilangkan segala kemudaratan seperti
Allah mengharamkan RIBA kerana terdapat banyak kemudaratan didalamnya, bahkan dalam
aspek makro ekonomi pula boleh menyebabkan kehancuran.

Setiap perkara yang dilarang oleh Allah pasti ada penggantinya, Allah melarang riba
kemudian diganti dengan bolehnya jual beli. Allah melarang zina diganti dengan bolehnya
menikah, Allah melarang memasukkan unsur babi diganti dengan bolehnya sapi, dan
sebagainya. Dan perlu diperhatikan bahawa setiap pengganti yang diberikan Allah adalah
sesuatu yang lebih baik buat kita umat islam .

1
2.0 FIQH DAN SYARIAH

2.1 Pengertian Fiqh dan Syariah

Definisi Fiqh

Definisi fiqh yang saya dapat fahami adalah seperti pengertian asal nya itu
sendiri,pengertian fiqh dari segi bahasa arab bermaksud “faham dan mengetahui akan sesuatu
atau memahami tujuan dari percakapan seseorang” .

Maka istilah itu ditakrifkan dengan mengetahui atau memahami hukum-hukum


syarak yang berkaitan khusus dengan perbuatan mukallaf seperti wajib, haram, sunat,
makruh, harus, keadaan sesuatu akad itu sah atau batal, keadaan ibadat itu qada’ atau ada’
dan sebagainya.

Oleh itu, fiqh merupakan suatu ilmu yang mempunyai tema pokok dengan kaedah dan
prinsip tertentu. Dalam kajian fiqh para fuqaha menggunakan dalil-dalil tertentu, seperti
qiyas, istihsan, istishab, istislah, dan sadd az-Zari'ah (az-Zari'ah).

Definisi Syariah

Manakala definisi syariah pula boleh diterjemahkan dengan kata mudah, syariah
dalam bahasa arab bermaksud aliran dan jalan yang lurus. Kalimah syara’a memberi erti
mencipta atau menjelas dan menerang jalan-jalan. Syariah islamiah menurut istilah ialah
hukum-hukum yang disyarakkan oleh Allah s.w.t untuk hamba-Nya, sama ada yang berkaitan
dengan aqidah, ibadat, akhlak, mu’amalat dan sistem-sistem hidup dari aspek demi untuk
kebahagiaan mereka di dunia dan juga diakhirat.

Hukum-hukum tersebut dinamakan Syariah kerana lurus dan tidak menyimpang


sistemnya dari matlamatnya seperti landasan yang lurus dan tidak ada bengkang bengkoknya.
Ia menyerupai sumber air, yang mana syariah dapat menghidupkan segala jiwa dan akal
sebagaimana sumber air itu dapat menghidupkan tubuh badan manusia.

2
2.2 Perbezaan diantara Syariah dan Fiqh adalah:

SHARIAH FIQH
Bahasa: jalan yang lurus Bahasa: berarti faham

Istilah: apa yang Allah syariatkan Istilah pula,pengetahuan yang


kepada hambanya daripada diperolehi dripada ijtihad manusia
Definisi beberapa hukum yang telah dalam membuat suatu rumusan hukum
diwahyukan melalui para nabi berdasarkan Al-Quran as-sunnah
yang diutuskan baik yang terdapat ijmak dan qias.
dalam Al-Quran ataupun dalam
sunnahnya.

Anugerah daripada Allah dan Hasil pemikiran para mujtahid dalam


sumber daripada Rasul memahami ayat2 Allah dan Hadith
Sumber Nabi ataupun hasil daripada istimbat
hukum.

Sifat hukumnya adalah tetap dan Waktu kemunculan nya adalah


tidak akan berubah.Dan kemudian dan lebih bersifat
hukumnya tiada keraguan serta kemanusiaan.
Sifat sentiasa benar.
Merupakan hasil buah fikir manusia
itu sendiri dan boleh berubah
ubah,samada betul ataupun salah.

Hukum syariah ini adalah sesuatu Sebahagian daripada Fiqh adalah


Taraf yang wajib diyakini oleh umat bertaraf Zanni sahaja.
islam dengan sebenar benarnya.

Sudut Dari sudut hukum pula Merangkumi hukum amali sahaja..


Hukum merangkumi I’tiqad,Akhlak dan
Amali.

3
- Akidah (asal usul aqidah) - Hukum2 fiqh
Bidang - Menjelaskan prinsip2 akhlak - Ilmu usul fiqh
lain yang - Ibadah - Qawaid Fiqhiah
boleh - Hukum Amali - Teori Fiqh
diperoleh: - Tatacara kehidupan Umat
Islam

Lebih kepada hubungan manusia Lebih kepada Ibadah dan muamalah


Bahagian dengan Allah,Manusia,alam dan
dengan semua kehidupan

2.3 Sudut Hukum

Di atas telah dijelaskan bahawa hukum Islam merupakan istilah yang lahir sebagai
terjemahan dari istilah berbahasa Inggris Islamic law. Namun, kalau dikaji dari pembentukan
kata hukum Islam itu sendiri, yakni gabungan dari kata ‘hukum’ dan kata ‘Islam’, maka dapat
difaahami bahawa hukum Islam itu merupakan hukum yang bersumber dari ajaran Islam.

Istilah hukum Islam tidak ditemukan dalam al-Quran dan Sunnah. Jika hukum Islam
itu difahami sebagai hukum yang bersumber dari ajaran Islam, maka sulit dicari padanan
yang dalam kamus Islam betul-betul sama dengan istilah tersebut. Ada dua istilah yang dapat
dipadankan dengan istilah hukum Islam, yaitu syariah dan fiqh. Dua istilah ini, sebagaimana
sudah dihuraikan di atas, merupakan dua istilah yang berbeza tetapi tidak dapat dipisahkan,
karena keduanya sangat berkaitan.

Hubungan antara Hukum Islam ,Syariah dan Fiqh:

Dengan memahami kedua istilah ini dengan pelbagai karakter masing-masing,


dapatlah disimpulkan bahawa hukum Islam itu tidak sama dengan syariah dan sekaligus tidak
sama langsung dengan fiqh. Tetapi tidak bermaksud bahawa hukum Islam itu berbeza sama
sekali dengan syariah dan fiqh. Yang dapat dikatakan adalah pengertian hukum Islam itu
mencakupi pengertian syariah dan fiqh, karena hukum Islam yang difahami terkadang dalam
bentuk syariah dan terkadang dalam bentuk fiqh, sehingga kalau seseorang mengatakan
hukum Islam, harus dicari dahulu maksudnya adakah yang berbentuk syariah ataupun yang
berbentuk fiqh. Hal inilah yang tidak difahami oleh sebahagian besar kita, termasuk

4
sebahagian besar kaum Muslim, sehinggakan mengakibatkan hukum Islam difahami secara
kurang tepat atau dalam bahasa mudahnya salah.

Meskipun syariah dan fiqh tidak dapat dipisahkan, tetapi keduanya berbeda. Syariah
diertikan dengan ketentuan atau aturan yang ditetapkan oleh Allah mengenai tingkah laku
manusia di dunia dalam mencapai kehidupan yang baik di dunia dan akhirat. Ketentuan
syariah terbatas dalam firman Allah dan penjelasannya melalui sabda Rasulullah. Semua
tindakan manusia di dunia dalam tujuannya mencapai kehidupan yang baik harus tunduk
kepada kehendak Allah dan Rasulullah. Kehendak Allah dan Rasulullah itu sebahagian telah
didapati secara bertulis dalam al-Quran dan Sunnah yang disebut syariah, sedang sebahagian
besar lainnya tersimpan di sebalik apa yang tersirat.

Untuk mengetahui keseluruhan apa yang dikehendaki Allah tentang tingkah laku
manusia itu harus ada pemahaman yang mendalam tentang syariah hingga secara amaliyah
syariah itu dapat diterapkan dalam kondisi dan situasi bagaimana pun. Hasil pemahaman itu
dituangkan dalam bentuk ketentuan yang terperinci. Ketentuan terperinci tentang tingkah
laku orang mukallaf yang diramu dan diformulasikan sebagai hasil pemahaman terhadap
syariah itu disebut fikih. kefahaman terhadap hukum syara’ atau formula yang sesuai dengan
perubahan situasi dan keadaan manusia serta peredaran zaman. Fiqh biasanya dinisbahkan
kepada para mujtahid seperti Hanafi,Hambali,Syafie’,Maliki dan sebagainya, sedangkan
syariah selalu dikaitkan terus kepada Allah dan Rasul.

Dari huraian di atas dapat difahami bahawa hukum-hukum fiqh merupakan refleksi
dari perkembangan dan dinamika kehidupan masyarakat sesuai dengan situasi dan keadaan
zamannya. Syariah bersifat fundamental dan mempunyai cakupan yang lebih luas, karena
sebahagian ahli dimasukkan juga aqidah dan akhlak, sedang fiqh bersifat instrumental dan
cakupannya terbatas pada hukum yang mengatur perbuatan manusia.

Syariah mempunyai kebenaran yang mutlak dan berlaku secara nyata, sedang fiqh
mempunyai kebenaran yang relatif dan bersifat dinamik.Syariah hanya satu, sedang fiqh lebih
dari satu, seperti terlihat dalam mazhab-mazhab fiqh.Syariah menunjukkan kesatuan dalam
Islam, sedang fiqh menunjukkan keragaman dalam Islam.

5
3.0 SEJARAH PERKEMBANGAN MAZHAB

Maksud Mazhab dari segi bahasa adalah jalan, tempat yang dilalui dan aliran air manakala
dari segi syarak pula mengikut sesuatu yang dipercayai.

Kata imam As-Syafie:

“ Apabila telah sah hadis, maka itulah mazhabku.”

3.1 Tujuan

Kemunculan mazhab adalah jalan bagi membawa seorang Muslim itu kepada
ketaatan terhadap al-Qur’an dan al-Sunnah. Ia memudahkan umat yang tidak berkemampuan
untuk mendekati ajaran al-Qur’an dan al-Sunnah secara terus.

Selain itu, dengan adanya mazhab para imam mazhab dapat menjelaskan kepada
manusia apa yang telah difirmankan oleh Allah s.w.t dan apa yang disabdakan oleh
Rasulullah saw dengan menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh masyarakat umum
kerana kebanyakan ahli masyarakat tidak mampu memahami dalil-dalil al-Qur'an dan Hadis
secara langsung.

3.2 Kepentingan Mazhab

Dengan adanya mazhab, keaslian dan ketulenan ajaran agama dapat dijaga daripada dicemari
faktor-faktor politik. Selain itu, dapat menyusun kaedah-kaedah fiqh yang sistematik bagi
memudahkan umat Islam kemudian hari mencari dan mengeluarkan hukum. Disamping
itu,ajaran Islam yang ditinggalkan oleh peredaran zaman dapat dihidupkan kembali.

3.3 Beberapa Mazhab dalam ilmu Fiqh

Mazhab - mazhab dalam islam boleh dibahagikan kepada 3 bahagian :

3.3.1 Mazhab yang tidak berkembang.

Para mujtahid pada zaman ini sebenarnya cukup ramai, terdiri daripada tabi’i al-
tabi’in atau mereka yang berikutnya, tetapi kebanyakan mereka ini tidak ada orang yang
mengumpul dan menyebarkan mazhab mereka di kalangan orang islam dan

6
memfatwakannya. Akhirnya mazhab ini semakin mengecil, hampir pupus dan hilang fiqhnya,
kecuali pandangan-pandangan mereka yang di temui bertaburan di dalam kebanyakan kitab
tafsir bil ma’thur, syarah-syarah hadith dan kitab fiqh mazhab yang kekal. Di antara tokoh-
tokoh mujtahid ini seperti Ata bin Abi Rabah, Sa’id bin al-Musayyib, Ibrahim al-Nakha’iy,
Sufyan al-Thauri, Al-iman al-Auza’iy, Ibnu Jarir al-Tabari, Daud al-Zahiri dan lain-lain lagi.

3.3.2 Mazhab Syi’ah dan Khawarij.

Terdapat beberapa mazhab lain yang masih hidup, kekal, berkembang, dan diberi
perhatian, akan tetapi ijtihad pendokong-pendokongnya telah terkeluar dari lingkungan Ahli
Sunnah wa al-Jama’ah dari segi Usul ( prinsip ) dan Furu. Yang terpenting sekali ialah
mazhab syi’ah dan khawarij, kemudiannya yang paling masyhur sekali ialah mazhab al-
Ibadiyyah dari kalangan al-khawarij, mazhab al-Imamiyyah dari syi’ah, mazhab al-
Zaydiyyah dari syi’ah juga tetapi ia lebih dikenali sebagai mazhab yang sederhana dan
hampir kepada Ahli sunnah wa al-jama’ah.

3.3.3 Mazhab-Mazhab Fiqh Ahli al-Sunnah wa al- Jama’ah.

Mazhab fiqh yang termasyhur dari kalangan imam Ahli Sunnah wa al-Jama’ah yang
masih terus menerus memberi khidmat dan mempunyai pengikut setia yang ramai
mengembang, menyebar, mengajar seterusnya di pelajari ialah empat mazhab yang terkenal
iaitu Mazhab Hanafi, Mazhab Maliki, Mazhab Syafi’I dan Mazhab Hanbali.

7
4.0 FAKTOR PERKEMBANGAN EKONOMI ISLAM PADA ZAMAN
RASULLULAH

Sejarah ekonomi Islam itu sebenarnya telah muncul semenjak Nabi Muhammad s.a.w
dilantik sebagai utusan Allah Taala pada usia 40 tahun.Rasullulah telah melaksanakan
berbagai kebajikan dalam perniagaan dan sifat-sifat amanah baginda sangat mencerminkan
keperibadian baginda yang digelar Al-Ameen.Baginda Rasullulah telah mengetuai pimpinan
ekonomi pada zaman itu.Pada tahun 622 Masihi, Nabi Muhammad telah berhijrah ke
Madinah kesan daripada Perjanjian Al-Aqabah I dan Al-Aqabah II iaitu perjanjian baginda
dengan golongan Arab Madinah iaitu suku kaum Aus dan Khazraj.

Kedatangan Nabi Muhammad dan golongan Muhajirin disambut baik oleh


masyarakat Madinah dan melalui Perjanjian Madinah yang telah dimanterai, Rasulullah telah
dilantik sebagai ketua negara bagi memimpin masyarakat Madinah yang terdiri daripada
pelbagai kaum dan Madinah merupakan negara Islam yang pertama.Oleh yang
demikian,sebagai pemimpin negara maka Rasulullah telah menjalankan pentadbiran negara,
membangunkan ekonomi dan sosial di Madinah dengan sangat cemerlang dan tersusun.

Faktor ekonomi amatlah dititikberatkan dan Rasulullah telah memberi tumpuan yang
khusus dalam sudut ekonomi demi untuk menghapuskan jurang ekonomi masyarakat
Madinah dan pembangunan ekonomi selaras dengan tuntutan agama Islam.Faktor
perkembangan ekonomi Islam pada zaman Rasullulah yang dapat dinyatakan ialah :

4.1 Kebijaksanaan Rasullulah menstruktur rangka ekonomi

Baginda telah melihat pada keadaan ekonomi yang pincang dan tidak stabil pada masa
itu maka baginda telah merangka pelan jaringan ekonomi Islam yang ingin dilaksanakan.

Pertamanya,baginda telah meminda dan mewujudkan sistem ekonomi yang


baharu.Sistem ekonomi baharu yang dilaksanakan berlandaskan prinsip-prinsip
qurani.Prinsip lain yang diambil kira ialah kekuasaan yang tertinggi mestilah kembali dan
hanya milik Allah semata-mata dan manusia pula diciptakan Allah untuk menjadi khalifah
dimuka bumi ini.Dalam sistem ini juga, baginda menerapkan bahawa semua yang dimiliki
dan direzekikan kepada manusia adalah atas rahmat daripada Allah dan oleh kerana itu umat
Islam yang kurang bernasib baik haruslah dibantu oleh saudara Islam yang lain.

8
Amalan eksploitasi dalam ekonomi dan segala yang berkaitan dengannya seperti riba
dan amalan menindas adalah dilarang sama sekali.Selain itu, terdapat juga sistem warisan
sebagai media pengagihan semula kekayaan yang dapat mengukuhkan pelbagai konflik
individu dan menghilangkan atau menghapuskan jurang antara golongan miskin dan
golongan kaya.

4.2 Sumber-sumber pendapatan negara

Terdapat beberapa sumber pendapatan ekonomi Islam yang telah diperkenalkan:

4.2.1 Derma

Derma merupakan sumber pendapatan negara yang terpenting. Sumbangan derma


dilakukan oleh masyarakat Madinah yang kaya dan berharta. Ianya dalam bentuk sumbangan
keperluan asas seperti pakaian dan makanan, wang, dan harta tanah. Contohnya, derma dan
sumbangan ikhlas golongan Ansar telah dapat menyelesaikan masalah kemiskinan golongan
Muhajirin yang berhijrah ke Madinah tanpa membawa sebarang harta benda. Orang Ansar
telah berkongsi harta mereka seperti rumah, kebun, dan dusun dengan saudara mereka iaitu
golongan Muhajirin.

Derma juga penting untuk membolehkan Rasulullah memperkukuhkan kedudukan


tentera Islam.Contohnya dalam peperangan Khandak, Saad bin Ubadah menderma kurma
kepada tentera Islam. Usman bin Affan, Abu Bakar, Talhah bin Ubaidullah pula telah
menderma wang untuk memperkukuhkan tentera Islam dalam perang Tabuk.

Selain itu orang Islam juga telah mewakafkan tanah mereka untuk kepentingan
masyarakat dan agama seperti Kulthum bin al-Hinm yang telah menyerahkan tanahnya untuk
membina masjid Quba’.

9
4.2.2 Rampasan Perang ( Ghanimah dan Fai’)

Kekalahan musuh dalam peperangan dengan tentera Islam telah menghasilkan


pendapatan negara dalam bentuk hasil rampasan perang. Harta tersebut ditinggalkan oleh
pihak musuh yang menyerang tentera Islam. Bentuk rampasan perang ialah bekalan makanan,
senjata, binatang ternakan, dan barang perniagaan yang dibawa oleh pihak musuh.
Misalnya,dalam peperangan Badar, tentera Islam berjaya mendapat rampasan seperti unta,
tikar Wit dan pakaian. Dalam perang Khaibar pula tentera Islam berjaya mendapat harta
rampasan perang yang besar iaitu dianggarkan 9,500 dinar dalam bentuk senjata, unta, emas,
dan kekayaan lain.

Setiap harta rampasan perang dibahagi kepada lima bahagian. Satu bahagian
diserahkan kepada tabung negara dan empat bahagian diagihkan kepada tentera Islam yang
menyertai peperangan tersebut. Walaupun hasil rampasan perang tidak besar tetapi ianya
penting sebagai pendapatan negara dan sumbangan tentera Islam yang menyertai perang
secara sukarela dan tidak dibayar gaji. Secara tidak langsung ianya dapat mengurangkan
bebanan ekonomi masyarakat Islam.

4.2.3 Hartanah yang ditinggalkan oleh musuh

Di zaman Rasulullah hartanah tanah kebanyakannya adalah yang dimiliki oleh orang
Yahudi yang tinggal di Madinah. Bani Qainuqa memiliki pasar, rumah, dan kedai. Bazu
Nadir dan Bani Quraizah memiliki ladang yang luas terutama di Khaibar. Tindakan orang
Yahudi melanggar perlembagaan Madinah menyebabkan mereka diusir keluar daripada kota
Madinah dan harta milik mereka ditinggalkan sebagai harta rampasan. Hartanah ini
membolehkan Rasulullah mengagihkan kepada masyarakat di Madinah bagi mengurangkan
jurang ekonomi dengan persetujuan golongan Ansar dan Muhajirin.

Rasulullah telah mengagihkan sebahagian daripada hartanah Bani Nadir kepada dua
orang Ansar yang miskin dan orang Muhajirin. Sementara itu dusun di Khaibar merupakan
tanah yang dimiliki oleh petani asal dengan syarat menyerahkan sebahagian hasilnya kepada
kerajaan.

10
4.2.4 Jizyah

Jizyah adalah sejenis cukai yang hanya dikenakan kepada golongan bukan muslim
sahaja. Golongan pertama membayar jizyah kepada Rasulullah ialah penduduk oleh
penduduk Taima’ . Orang Yahudi Taima bersetuju membawa jizyah sebagai perlindungan
keselamatan clan harta benda mereka . Selain itu jizyah juga dibayar oleh penduduk bukan
Islam di Najran, Harba, dan Azruh. Kadar jizyah dibayar oleh kebanyakan mereka ialah satu
dinar.

Pembayaran jizyah ke atas negara Islam di Madinah menunjukkan masyarakat bukan


Islam di Semenanjung Tanah Arab telah mengiktiraf kepimpinan Nabi Muhammad dan
negara Islam Madinah. Orang Yahudi yang sebelum ini berusaha untuk menentang kerajaan
Islam terpaksa meminta perlindungan dari kerajaan Islam demi keselamatan nyawa dan harta
mereka.Pendapatan dari cukai jizyah juga membolehkan Nabi membangunkan masyarakat
Islam di Madinah.

4.2.5 Zakat

Pada tahun 2 Hijrah zakat diwajibkan ke atas orang Islam. Zakat dibahagikan kepada
dua jenis iaitu zakat harta dan zakat fitrah. Zakat harta merupakan pembayaran atau cukai ke
atas harta apabila sampai nisabnya dan genap setahun. Zakat fitrah diwajibkan kepada umat
Islam di bulan Ramadan dengan kadar yang ditetapkan ke atas makanan rugi kepada
golongan yang berhak. Zakat berikan kepada golongan yang berhak menerimanya dari
hukum syarak. Zakat harta benda termasuklah hasil pertanian, bintang ternakan tertentu,
keuntungan perniagaan, emas, dan perak dan sebagainya.

Selain daripada dapat menigkatkan keimanan umat Islam pada zaman itu, zakat juga
memberi kesan ekonomi ke atas masyarakat Islam. Ianya dapat mengurangkan jurang
kekayaan dan membantu golongan yang miskin dan berada dalam kesulitan.Zakat turut
berperanan mengikis sifat bakhil,dan menyucikan harta umat Islam.

11
4.2.6 Baitul Mal

Rasulullah merupakan ketua negara Ialam pertama yang memperkenalkan konsep


baru dalam bidang kewanngan negara, iaitu semua hasil pengumpulan harta negara perlu
dikumpul terlebih dahulu dan kemudian dibelanjakan bersesuaian dengan keperluan negara.
Segala hasil dan status pengumpulan harta itu adalah milik negara dan bukanlah milik mana-
mana individu. Namun, dalam hal dan situasi tertentu, pemimpin negara iaitu Rasullulah pada
masa itu dan para pegawai dapat menggunakan harta tersebut untuk memenuhi keperluan
peribadi mereka. Tempat pengumpulan itu dinamakan sebagai baitul mal atau bendahara
negara.

Pada masa pemerintahan Rasulullah,institusi baitul mal terletak di Masjid Nabawi


yang ketika itu digunakan sebagai pejabat pusat bagi negara Madinah yang sekaligus
dijadikan sebagai tempat tinggal Rasulullah . Segala dasar Rasulullah dalam memimpin
pemerintahan selalu berpaut pada wahyu Allah. Namun Rasulullah tidak segan silu untuk
bertanya mengenai masalah-masalah tertentu kepada para sahabat-sahabatnya dalam urusan
dan pentadbiran ekonomi ini.

12
5.0 SEJARAH EKONOMI ISLAM PADA ZAMAN KHULAFA ARRASYIDIN

5.1 Zaman Khalifah Saidina Abu Bakar As-Siddiq

Saidina Abu Bakar As-Siddiq adalah insan yang pertama yang telah mendapat
kepercayaan dari kalangan orang muslim untuk beliau menggantikan atau meneruskan
perjuangan Rasulullah setelah baginda wafat. Sudah pastinya terdapat beberapa kriteria yang
ada pada diri Abu Bakar sehingga kaum masyarakat sangat mempercayai dan bersepakat
untuk menjadikannya pemimpin Islam dan diantara sebabnya adalah terdapat ketaatan
terhadap ilmu yang sangat luar biasa, faktor kematangan beliau berbanding sahabat yang lain
dan faktor kesetiaan beliau dalam mengikuti dan mendampingi Rasulullah s.a.w dalam
menyebarkan syiar agama Islam.Antara langkah-langkah yang diambilkan oleh Abu Bakar
dalam meneruskan perkembangan ekonomi Islam adalah :

 Melakukan penguatkuasaan undang-undang terhadap pihak yang tidak mahu


membayar zakat dengan menentang sekeras kerasnya.
 Terkenal dengan ketepatan dan ketelitian dalam menguruskan dan menghitung harta
zakat.
 Pembangunan baitul mal diteruskan dan melaksanakan pelantikan terhadap organisasi
baitul mal.
 Menerangkan konsep dasar belanjawan seimbang dalam sistem baitul mal.

Namun yang menarik daripada zaman kepimpinan beliau adalah ketika beliau berjaya
melaksanakan dasar dalaman dengan mampu mengembalikan kekayaan kepada negara yang
beliau lihat pada mulanya belum pulih daripada krisis ekonomi. Beliau lebih mementingkan
keadaan rakyat daripada kepentingan individu dan keluarganya.Saidina Abu Bakar meninggal
dunia pada usia 63 tahun, dan zaman khalifahnya berlangsung selama dua tahun tiga bulan
sebelas hari. Berkaitan dengan dasar ekonomi zaman khalifah Abu Bakar maka dapat
disimpilkan bahawa beliau telah meneruskan dasar-dasar yang telah dilaksanakan oleh
Rasulullah . Atau mungkin terdapat beberapa pembaharuan baru yang dilakukan misalnya
soal dalam isu zakat yang diamalkan dengan tiada sedikitpun kesilapan dalam permasalahan
zakat dapat dikesan.

13
5.2 Zaman Khalifah Saidina Umar Al-Khattab

Khalifah Umar al-Khattab adalah seorang yang berani, mempunyai ketabahan dan
bijak. Pengislaman Umar merupakan satu kemenangan umat Islam. Beliau menjadi khalifah
yang kedua pada 13 Hijrah setelah dicadangkan oleh khalifah Abu Bakar dan mendapat
persetujuan oleh umat Islam.Pelbagai pembaharuan yang dilakukan oleh Umar pada zaman
pemerintahannya.Antara perkembangan ekonomi oleh Umar Al-Khattab ialah:

5.2.1 Baitul Mal

Beliau meneruskan sistem baitul mal yang dilaksanakan sejak awal lagi. Baitul Mal
ditubuhkan sebagai pembendaharaan negara. Semua pendapatan negara seperti kutipan
cukai dan pungutan zakat diuruskan oleh Baitul Mal. Beliau telah melantik pegawai iaitu
Sahib al-Baitul Mal untuk menguruskan Baitul Mal.

5.2.2 Mengemaskini Cukai Kharaj

Cukai ini ialah cukai tanah yang dikenakan ke atas tanah yang ditakluki sama ada
secara rundingan dan peperangan dan tanah-tanah yang terlibat merupakan tanah yang
bertuan atau tidak bertuan. Cukai ini ialah sejenis cukai yang dikenakan mengikut keluasan
tanah atau jumlah pokok yang ditanam atau berdasarkan hasil yang diperolehi daripada
tanaman.

5.2.3 Pembayaran Gaji

Khalifah Umar telah membayar gaji kepada semua pegawai termasuk angkatan
tentera. Gaji hakim juga dinaikkan bagi mengelakkan rasuah dan penyelewengan dan tentera
tetap dibayar gaji supaya mereka memberi tumpuan sepenuhnya kepada pertahanan negara.

14
5.2.4 Memperkenalkan Buku Kira-kira

Ini adalah untuk merekod semua kemasukan dan pengeluaran sumber negara. Semua
kutipan,simpanan dan agihan perlu direkod dan dan dikemaskini supaya tidak ada
penyelewengan.

Zaman pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab dianggap sebagai Zaman Keemasan


Kerajaan Islam dengan pembaharuan dan pembangunan negara.

5.3 Zaman Khalifah Uthman bin Affan

Pada zaman Saidina Uthman ini,tidak ada perubahan yang khusus pada situasi
ekonomi secara keseluruhan dalam tempoh selama enam tahun khalifah Usman
menguruskannya, namun terdapat perkara- perkara yang dilakukan oleh khalifah Usman bin
Affan pada masa ini, diantaranya adalah:

1. Pembangunan dan penstrukturan pengairan yang lebih baik dan berkesan.


2. Pembentukan organisasi polis dan keselamatan untuk menjaga dan menjamin
kesejahteraan perdagangan.
3. Pembangunan mahkhamah pengadilan, tempat untuk menegakkan undang-undang.
4. Dasar pembahagian tanah luas milik raja Parsi kepada individu lain dan hasilnya
menunjukkan peningkatan selepas dibandingkan dengan masa pemerintahan Umar bin
Khatab dari sembilan juta dirham menjadi lima puluh juta dirham.

5.4 Zaman Khalifah Ali bin Abi Talib

Khalifah Ali mempunyai konsep yang jelas tentang pemerintahannya, pentadbiran


awam dan masalah-masalah yang berkaitan dengannya. Konsep ini dijelaskan dalam suratnya
yang ditujukan kepada Malik Ashter bin Harith. Surat itu antara lain menerangkan tugas
kewajiban dan tanggung jawab pemerintah, menyusun keutamaan dalam melakukan
pengagihan tugas dan keadilan, pengawalan ke atas pegawai tinggi dan kakitangan,
menjelaskan kebaikan dan keperibadian berjasa, hakim, dan undang-undang.

15
Maka, apa yang dapat disimpulkan daripada khalifah Ali bin Abi Talib berkaitan
dengan dasar yang dilakukannya selama enam tahun kepemimpinannya adalah :

1. Pembahagian harta dan seluruh pedapatan yang ada pada baitul maal diagihkan
secara berbeza
2. Permasalahan berkaitan angkatan laut dibubarkan.
3. Diadanya dasar memperkemaskan bajet.
4. Dan hal yang sangat penting adalah pencetakan mata wang sendiri atas nama
pemerintahan Islam yang mana sebelumnya khalifah Islam menggunakan mata wang
dinar dari Rom dan dirham dari Parsi.

16
6.0 EKONOMI ISLAM PADA ABAD 13M/7H-20M/14H

6.1 EMPAYAR UTHMANIYYAH

Empayar ini bermula dalam abad ke-13 sehingga awal abad ke-19 di kawasan barat
laut Anatolia. Empayar ini meluas dengan pantas daripada sebuah kuasa kecil di Turki
sehingga menjadi sebuah empayar yang hebat, berpusat di Constantinople, dan zaman
kegemilangannya bermula pada abad ke-16. Pada mulanya, empayar ini mampu bertahan
tetapi disebabkan oleh beberapa perkara, empayar ini mula mengalami keruntuhan.

6.1.1 Pembentukan

Orang Uthmaniyyah mula menguasai Constantinople pada tahun 1453 yang pada
waktu ini juga dikenali sebagai Istanbul. Mereka mula membuka empayar ini kerana mereka
berfikir bahawa empayar ini akan lebih maju berbanding dengan empayar yang lain.

6.1.2 Zaman Kegemilangan

Pada tahun 1402, Tamerlane dikalahkan oleh Bayezid di Ankara yang menyebabkan
berlakunya perang saudara selama 11tahun. Kejadian ini mungkin akan menyebabkan
bermulanya zaman kejatuhan Empayar Uthmaniyyah, sebaliknya 100 tahun kemudian,
empayar ini menjadi kuasa besar dunia, manakala empayar-empayar Timur yang lain mulai
hilang. Pemulihan empayar ini berlaku disebabkan oleh tiga faktor.

Pertama, empayar Uthmaniyyah menyerapkan prinsip bahawa empayar mereka


adalah empayar yang tidak dibahagikan. Anak Bayezid sanggup bertarung sehingga
menggadaikan nyawa daripada membahagikan empayarnya.

Kedua, pada akhir kurun ke-14 selepas empayar ini ditubuhkan, satu sistem
ketenteraan diperkenal bagi membolehkan pentadbiran diteruskan walaupun pada waktu
berlakunya krisis politik.

Akhir sekali, pertelagahan di antara musuh empayar ini menghalang mereka daripada
menjadi ancaman utama kepada empayar Uthmaniyyah. Empayar ini mencapai kegemilangan
sewaktu berada di bawah pemerintahan Sulaiman al-Qanuni yang juga dikenali sebagai “The
Lawgiver”, dari tahun 1520 sehingga 1566. Beliau juga dikenali sebagai “Sulaiman the
Magnificent in the West” (Armstrong K., 2002). Semasa pemerintahan beliau, empayar ini
berkembang dengan maju dan jayanya sekaligus meningkatkan ekonomi Islam. Selepas
kematian beliau, empayar ini diluaskan pula di wilayah jajahan Eropah, iaitu bermula dari

17
Crimea sehingga ke selatan Greece. Pada waktu ini juga, empayar Uthmaniyyah merupakan
empayar yang terhebat di dunia dan ekonomi pada masa itu sangat meluas dan maju.
Empayar ini sama seperti empayar yang lain kerana menerapkan sistem orientasi Islam.

Sebutan yang lain empayar uthmaniyyah adalah Turki Utsmani, pada zaman ini tidak
banyak perkembangan ilmu ekonomi Islam yang dikisahkan dari sejarahnya, melainkan
hanya cerita tentang keadaan ekonomi yang melanda pemerintahan tersebut.

6.1.3 Zaman Kejatuhan

Lenyapnya ekonomi Islam pada tempoh sebelum ini seiring dengan lenyapnya sistem
Islam yang menaunginya. Sejak saat itu tidak ada lagi penerapan ekonomi Islam sebagai
sebuah sistem. Yang ada hanya penerapan ekonomi Islam bagi individu masyarakat yang
ingin menerapkan untuk dirinya sahaja. Namun demikian tidak dapat memaksa agar orang
lain juga menerapkan sebagaimana yang diterapkan, hal ini kerana pada saat itu hingga saat
ini ekonomi Islam bukanlah suatu sistem ekonomi yang memaksa suatu masyarakat untuk
menerapkannya. Sesungguhnya ajaran islam itu tidak mengajar pengikutnya untuk
melakukan sesuat keputusan dalam keadaan paksaan. Hal ini kerana Islam menganjurkan
konsep ikhlas dalam sesuatu tindakan kerana dengan ikhlas datangnya keberkatan.

Ekonomi Islam sememangnya berbeza ketika awal penubuhannya, ketika


kegemilangan dan ketika kejatuhan. Pada zaman kejatuhan ekonomi Islam, masyarakat akan
tetap menerapkan ekonomi Islam hal ini kerana ekonomi Islam saat itu adalah sebuah sistem
ekonomi yang memaksa. Sebagaimana sistem ekonomi Kapitalisme saat ini yang juga
memaksa. Empayar ini mula goyang apabila para ulama mula berasa tidak puas hati apabila
orang-orang kerajaan boleh dan mengawal mereka untuk mengeluarkan subsidi (Armstrong
K. 2002). Setelah itu, Syariah mula mengenakan sistem monarki atau sistem pemerintahan
beraja yang menunjukkan mereka lebih berkuasa daripada dahulu. Perkara ini seharusnya
tidak boleh berlaku kerana tujuan syariah dibentuk adalah untuk menghalang sistem monarki
tersebut daripada dilaksanakan.

Di Iran pula, para ulama Syiah mendapat sokongan penuh penduduk tempatan, tetapi
pada zaman pemerintahan empayar ini, para ulama dilucutkan jawatan daripada menyertai
politik dan mereka menjadi lebih konservatisme iaitu sebuah konsep dimana seseorang selalu
menjaga tradisi lama dan menentang modernitas (Charlotte Thomson,1999). Selepas
pemerintahan Sulaiman berakhir, aktiviti madrasah mula berubah dan menjadi sempit kerana
bidang pembelajaran falsafah dikurangkan dan digantikan dengan bidang Fiqh.

18
Pendirian utama orang-orang Islam pada zaman empayar Uthmaniyyah ini adalah
mazhab dan perkauman. Mereka merasakan bahawa mereka mampu menentang orang kafir
yang menentang dari semua arah. Empayar ini mula menunjukkan tanda keruntuhan apabila
para ulama dan sufi menerima kenyataan bahawa orang Islam berjaya menewaskan orang
kafir. Para ulama juga menentang sekeras-kerasnya terhadap percetakan buku-buku Islam.
Pada kurun ke-18, semua orang Islam dipaksa untuk menerima kenyataan bahawa Eropah
mengatasi mereka.

Empayar ini juga dikalahkan oleh kuasa-kuasa Eropah sejak awal lagi tetapi hanya
pada kurun ke- 18, barulah mereka mengalah kerana mereka sudah tidak mampu bertahan.
Pada akhir kurun ke-18, empayar ini sudah berada dalam keadaan yang kritikal. Sultan Selim
III menjangkakan bahawa reformasi tentera di bahagian barat akan mengimbangkan kuasa.
Namun sangkaan beliau meleset. Pada tahun 1921, empayar ini berakhir apabila berlaku
pertukaran populasi di antara Turki dan Greece.

19
7.0 EKONOMI ISLAM PADA ABAD 20-21M/14-15H

Setelah berpuluh tahun masyarakat Islam hidup tanpa ekonomi Islam sebagai sebuah
sistem ekonomi yang perlu diikuti, masyarakat islam mula merindui untuk berpraktik
ekonomi dengan cara Islam. Kesedaran akan kepentingan ekonomi islam ini mula menyerap
ke dalam jiwa umat islam ketika ini sehinggakan mereka berfikir akan kepentingan
menggunakan ekonomi islam yang mana ianya dapat menjaga kemaslahatan kesemua orang
tidak kira pegangan agama orang berkenaan. Jurang perbezaan yang ketara antara ekonomi
Kapitalis dengan ekonomi islam adalah ekonomi Kapitalis tak mampu memberikan rasa adil,
tak mampu menyejahterakan masyarakat, dan semakin memperlebarkan jarak antara yang
kaya dan yang miskin. Sesungguhnya ekonomi Kapitalisme menganjurakan kekayaan yang
berterusan kepada orang kaya dan kemiskinan yang berterusan kepada yang miskin.
Matlamat utama masyarakat islam memerlukan sistem ekonomi islam adalah sebagai
persiapan awal bagi mereka untuk menuju syurga serta mencari keberkatan ilahi ketika
berada di bumi Allah ini.

Dalam berlakunya kejatuhan ekonomi islam, umat Islam membangkitkan kembali


tentang isu ekonomi Islam yang mana kecintaan mereka terhadap ekonomi islam sangat
mendalam dan merupakan salah satu cara untuk mendapat redha Allah. Kebangkitan ini
terbukti apabila menegaskan, seperti berhijab untuk wanita, dimana pada keruntuhan
Khilafah Turki Utsmani berhiajb sememangnya dilarang untuk digunakan oleh rakyat Turki,
namun kebelakangan ini pakaian yang bercirikan Islam itu mula diikuti dan mula menjadi
kebiasaan mereka. Termasuk di Indonesia, kita dapat melihat perbezaannya diantara tahun
1970 dengan tahun-tahun sekarang. Hal ini demikian menunjukkan kerinduan dan
kebangkitan mereka untuk menegakkan ekonomi islam semakin terserlah dan diluaskan
supaya kehidupan mereka di dunia dan akhirat mendapat keredhaan Allah.

Sejarah telah membuktikan bahawa ketika sistem ekonomi Islam mulai bangkit
kembali dan menampakkan fungsinya yang banyak membantu masyarakat islam serta
memberikan pulangan yang baik kepada masyarakat islam. Sistem ekonomi islam iaitu
diakhir abad 20 telah dimulai dengan majlis persidangan dan seminar ekonomi Islam
dipelbagai peringkat sama ada pada peringkat setempat suatu daerah mahupun pada peringkat
antarabangsa. Sebagai titik permulaan dari kembalinya sistem ekonomi Islam.

20
Demikian antara catatan sejarah (Tadjuddin. MM. 2015) :

1. Persidangan Ekonomi Islam Antarabangsa yang pertama, di Universiti Malik bin


Abdul Aziz, Jeddah, pada tahun 1976.
2. Persidangan Bank Islam pertama di Bank Islam Dubai, pada tahun 1978.
3. Kumpulan Kajian Ekonomi Islam dalam Lapangan Penerapan, Abu Dhabi, pada tahun
1981.
4. Seminar Ekonomi Islam di Universiti al-Azhar pada tahun 1980 dan tahun 1981.
5. Persidangan Ekonomi Islam Antarabangsa yang kedua, di Islamabad Pakistan pada
tahun 1983.
6. Persidangan Bank Islam yang kedua di Baitit Tamwil al-Kuwaiti, Kuwait, pada tahun
1983.
7. Persidangan Sistem Ekonomi menurut Islam, antara Teori dan Praktikal, di Universiti
Mansourouh, Mesir, pada tahun 1983

21
8.0 PERKEMBANGAN EKONOMI ISLAM DI MALAYSIA

Ekonomi yang berteraskan prinsip islam sebenarmya telah diamalkan di Tanah


Melayu sejak Abad ke-16.  Prinsip ini dapat dilihat di dalam undang-undang Melaka. Apa
yang jelas, kebanyakan negeri-negeri ketika zaman sebelum kemerdekaan turut dipengaruhi
oleh undang-undang Melaka termasuklah yang melibatkan aspek transaksi Islam sama ada
secara langsung atau tidak langsung. Pelaksanaan undang-undang Islam di negeri-negeri
tersebut berterusan sehinggalah campur tangan Inggeris.

Walau bagaimanapun, undang-undang Melaka tidak banyak menyentuh perkara


berkaitan dengan muamalat. Namun apa yang menarik, ia ada memperuntukkan dalam satu
fasal tentang larangan riba’ dalam soal jual-beli atau pertukaran yang menyentuh undang-
undang tentang penjualan dan larangan terhadap riba’ dalam urus niaga.

Satu lagi bukti pemakaian prinsip transaksi Islam adalah amalan jual. Salleh Buang
menyifatkan jual janji menyerupai prinsip transaksi Islam yang dikenali sebagai al-bay’ al-
Wafa’ iaitu jualan dengan pilihan untuk membeli balik. Masyarakat Melayu terutamanya
kepada para petani di Kedah, Perlis, utara Perak dan Kelantan sebelum zaman prapenjajah
lagi telah mengamalkannya. Amalan tersebut diamalkan kerana mereka tidak mahu terlibat
dengan pembiayaan pinjaman yang berasaskan bunga yang diuruskan oleh institusi ceti pada
waktu berkenaan. Budaya akad jual janji ini telah mendapat perhatian dalam perundangan
oleh hakim-hakim Inggeris dalam keputusan yang dibuat. Dalam kes Tengku Zaharah dan
Che Yusuf.  Hakim Briggs memutuskan bahawa tujuan transaksi jual janji ialah untuk
mendapatkan kemudahan kredit (hutang) dan memberikan kepada pemberi pinjaman
(pemberi tanah) bayaran ganti rugi yang sepadan tanpa terlibat dengan amalan bunga iaitu
riba yang mana orang Islam dilarang terlibat dengannya.

Manakala dalam kes Mohamed Isa dan Haji Ibrahim, Hakim Azmi telah membuat
kenyataan yang sama dan amalan yang menjadi kebiasaan para petani Kedah pada dasarnya
ialah transaksi jual janji di mana penjual mempunyai hak untuk membeli semula hartanya dan
untuk membolehkan pembeli (peminjam wang) mengambil manfaat daripada transaksi yang
sah menurut undang-undang Islam. Amalan jual janji ini sehingga kini masih lagi diterima
pakai dan diiktiraf oleh undang-undang Malaysia dan diperuntukkan dalam Seksyen 4 (2)
Kanun Tanah Negara.

22
Dapat dirumuskan bahawa ketika zaman sebelum kedatangan penjajah sememangnya
tidak wujud satu sistem perbankan Islam yang komprehensif. Malah sebuah institusi
perbankan yang khusus juga masih belum wujud. Masyarakat ketika itu hanyalah
mempraktikkan transaksi-transaksi ringkas dalam urusan harian mereka seperti jual beli,
sistem tukar barang (barter), jual janji dan lain-lain. Walaubagaimanapun, setelah kedatangan
penjajah Barat pada abad ke-19, barulah sistem perbankan mula diperkenalkan.

Idea penubuhan perbankan Islam di Malaysia berlangsung secara beransur-ansur.


Penubuhannya adalah hasil daripada pengalaman yang dilalui oleh beberapa institusi
kewangan Islam lain di Malaysia. Institusi yang pertama sekali yang mengamalkan konsep
transaksi Islam ialah Lembaga Tabung Haji (LTH) atau sebelum ini dikenali sebagai
Perbadanan Wang Simpanan Bakal-Bakal Haji. Ia ditubuhkan pada tahun 1969 dan berfungsi
untuk membolehkan orang-orang Islam menyimpan wang secara

Pada bulan Juli 1982, Jawatankuasa tersebut telah menyerahkan laporan mereka
kepada kerajaan. Dengan penggubalan Akta Bank Islam 1983, maka Bank Islam Malaysia
Berhad (BIMB) telah ditubuhkan pada Julai 1983 sebagai bank Islam pertama di Malaysia
dan diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965. Objektif utama penubuhannya ialah untuk
berusaha menjalankan operasi sebagai bank perdagangan berlandaskan hukum Syarak dan
menyediakan kemudahan kepada semua rakyat negara ini.] Seperti bank-bank lain, Bank
Negara Malaysia (BNM) diberi kuasa di bawah Akta Bank Islam untuk mengawal selia bank
Islam.

Perkembangan sistem perbankan Islam semakin berkembang apabila pada 1 Oktober


1999, sebuah lagi bank Islam bernama Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB)
ditubuhkan. Ia dianggap sebagai bank Islam kedua di Malaysia muncul setelah adanya usaha
kerajaan untuk memperkukuhkan sektor perbankan Islam bagi memenuhi pertambahan
permintaan masyarakat terhadap perkhidmatan perbankan Islam.

Dapatlah dirumuskan di sini bahawa perkembangan sistem perbankan Islam di


Malaysia adalah berdasarkan dua bentuk utama iaitu institusi perbankan Islam secara total
seperti BIMB dan BMMB dan yang kedua ialah institusi perbankan konvensional yang
menyertai SPI yang diperkenalkan kerajaan. Sistem perbankan Islam di Malaysia semakin
berkembang daripada semasa ke semasa. Ini juga selaras dengan aspirasi kerajaan bagi
menjadikan Malaysia sebagai hub perbankan dan kewangan Islam yang terulung di dunia.

23
9.0 KESIMPULAN

Secara konklusinya, dalam penyelidikkan kami tidak banyak menceritakan tentang


peranan syariah dan fiqh muamalat dalam membantu perkembangan ilmu fiqh muamalat dari
zaman awal islam sehingga kini. Apa yang dapat kami kongsikan bermula dari muka surat
pertama sehingga akhir adalah berkenaan dengan perkembangan ekonomi yang berteraskan
muamalat islam sejak dari zaman Rasulullah sehingga kini. Seperti yang dinyatakan di muka
surat 22 hingga 23, kami mengambil ekonomi amalan ekonomi yang dilaksanakan di
Malaysia sebagai contoh kepada perubahan ekonomi zaman kini.

Di Malaysia dapat dilihat dengan lebih jelas akan perlaksanaan ekonomi islam yang
semakin baik dari semasa ke semasa. Hal ini kerana, terdapat institusi-institusi atau organisasi
yang tidak mengambil secara enteng akan perkara ini. Bermacam-macam usaha yang
dilakukan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara islam sepenuhnya walaupun terdapat
perkara-perkara lain yang juga perlu diberi perhatian. Usaha ini menjadi langkah yang dasar
sebagai permulaan kepada kedaulatan islam. Di zaman yang serba mencukupi dan moden ini,
manusia terlalu mengejarkan dunia sehingga ada yang sanggup bergaduh demi memperoleh
kepentingan di dunia. Hampir seluruh manusia di muka bumi ini ingin merasai kekayaan
yang melimpah ruah.

Jadi, untuk perbetulkan keadaan ini, kita sebagai umat islam yang mempunyai
tanggungjawab sangat besar iaitu sebagai khalifah dan daie di muka bumi Allah ini, perlu
menjdiakan ekonomi sebagai platform kepada dakwah dan tarbiah. Jika kita lihat garis masa
sejak zaman Rasulullah sehingga zaman sekarang, ekonomi yang berteraskan islam sangat
memberikan kesan yang positif kepada seluruh pelusuk dunia. Oleh itu, kita sebagai umat
islam perlu mengambil langkah yang proaktif agar Syiar Islam dapat menyinari di seluruh
pelusuk dunia.

24
10.0 RUJUKAN

http://ernashsejutacerita.blogspot.my/2015/10/sejarah-ekonomi-zaman-rasulullah-dan.html

https://prezi.com/rlt-77jsciv3/pembentangan-fiqh-muamalat/

http://knowledgeisfreee.blogspot.my/2015/12/makalah-perkembangan-mazhab.html
mazhab_syafii_dalam_pengajian_syariah.pdfPDF420 kB

https://www.academia.edu/10093854/SEJARAH_EKONOMI_

http://makalahsdk.blogspot.my/2014/11/sejarah-perkenbangan-ekonomi-islam.html

25

Anda mungkin juga menyukai