Anda di halaman 1dari 19

X PENGENALAN

Dalam topik pertama ini, anda akan diperkenalkan kepada maksud hadis dan
beberapa istilah di dalam ulum al-hadis. Istilah-istilah tersebut adalah sunnah,
athar, khabar, athar, sanad, rawi dan matan. Anda juga akan didedahkan dengan
perkembangan penulisan hadis secara ringkas pada zaman Rasulullah s.a.w.,
sahabat dan tabiin. Ia merupakan pengenalan asas dalam bidang hadis dan
metodologinya.

Seterusnya, topik ini akan membincangkan hadis pilihan yang pertama, iaitu
hadis mengenai niat. Anda akan ditunjukkan terjemahan hadis dan sebab wurud
(sebab hadis didatangkan) serta diberi huraian tentang peranannya dalam
kehidupan manusia.
T
T
o
o
p
p
i
i
k
k
1
1

X
Hadis Tentang
Niat
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Membezakan istilah-istilah penting di dalam ulum al-hadis;
2. Menjelaskan secara ringkas sejarah perkembangan penulisan hadis;
3. Menyatakan sebab hadis niat didatangkan;
4. Menghuraikan hadis niat secara umum; dan
5. Memberikan pengajaran-pengajaran dari hadis untuk diaplikasi
dalam kehidupan seharian.
X TOPIK 1 HADIS TENTANG NIAT

2

PENGENALAN ULUM AL-HADIS
Ulum al-Hadis adalah satu ilmu yang mempunyai kaedah-kaedah dan prinsip-
prinsip tertentu tentang hadis, sama ada yang bersangkutan dengan sanad atau
matan hadis. Menerusinya, sesuatu hadis tersebut dapat diterima atau ditolak.
Ulum al-hadis dianggap sebagai salah satu cabang ilmu yang sangat penting
kerana menerusinya, satu-satu hadis itu dapat diketahui kedudukannya sama
ada boleh dijadikan hujah ataupun tidak. Nama lain bagi ulum al-hadis ialah
usul al-hadis, mustalah al-hadis, ulum sunnah dan ilmu dirayah al-hadis.
1.1.1 Istilah-istilah dalam Ulum al-Hadis
Terdapat beberapa istilah penting yang perlu diketahui dalam ulum al-hadis.
Jadual 1.1 menunjukkan istilah-istilah tersebut berserta takrifannya.

Jadual 1.1: Istilah-istilah dalam Ulum Al-Hadis dan Takrifannya
Istilah Takrif
Hadis x Takrif dari segi bahasa: Baharu atau perkataan.
x Takrif dari segi istilah: Apa yang datang daripada Nabi Muhammad
s.a.w. sama ada berbentuk perkataan, perbuatan, pengakuan (taqrir),
sifat fizikal dan akhlak serta tingkah lakunya dan juga perjalanan
hidup.
Sunnah x Takrif dari segi bahasa: Jalan sama ada jalan yang baik mahupun yang
buruk.
x Takrif dari segi istilah: Apa yang datang daripada Rasulullah s.a.w.
sama ada berbentuk perkataan, perbuatan, pengakuan, sifat-sifat
fizikal, akhlak, sirah perjalanan sama ada sebelum dilantik menjadi
rasul atau sesudahnya.
x Jika kita lihat pada takrif hadis dan sunnah yang diberikan, tiada beza
di antara keduanya. Ini bermaksud sunnah juga adalah hadis. Ia
dinamakan sebagai sunnah kerana kata-kata baginda s.a.w.,
perbuatan, pengakuan serta akhlaknya merupakan jalan yang diikuti
oleh umat Islam.
Khabar x Takrif dari segi bahasa: Berita.
x Takrif dari segi istilah: Apa yang datang daripada Rasulullah s.a.w.
dan juga selain Baginda s.a.w. dari kalangan sahabat dan tabiin.
Athar x Takrif dari segi bahasa: Kesan yang ditinggalkan.
x Takrif dari segi istilah: Apa yang datang daripada sahabat dan tabiin
sama ada berbentuk perkataan dan perbuatan.
1.1
TOPIK 1 HADIS TENTANG NIAT W
3
Rawi x Individu yang terlibat dalam periwayatan hadis.
Matan x Lafaz atau nas hadis yang diperolehi melalui sesebuah sanad.
Sanad x Rantaian perawi hinggalah sampai kepada hadis Rasulullah s.a.w.
Sahabat x Mereka yang bertemu dengan Rasulullah s.a.w., beriman dengannya
dan mati dalam keadaan Islam.
Tabiin x Mereka yang bertemu dengan seorang atau lebih dari kalangan
sahabat, dalam keadaan dia Islam dan mati dalam keadaan Islam.

Sekarang, mari kita lihat hadis yang berikut dan kedudukan sanad, perawi dan
matan di dalam hadis tersebut.



Sanad:



X TOPIK 1 HADIS TENTANG NIAT



4
Perawi:


Matan:

1.1.2 Sejarah Penulisan Hadis
Dalam topik ini, kita akan melihat penulisan hadis pada tiga zaman yang
pertama, iaitu:

(a) Zaman Rasulullah s.a.w.
Apabila berbicara tentang penulisan hadis pada zaman Rasulullah s.a.w.,
boleh dikatakan tidak ada pencatat yang ditugaskan untuk mencatat hadis
dan menghimpunkan hadis sepertimana al-Quran. Hal ini berlaku bukanlah
kerana para sahabat tidak mengambil berat tentang hadis, tetapi adalah
kerana perkara-perkara berikut:


1.


2.


3.


4.


5.


6.


TOPIK 1 HADIS TENTANG NIAT W
5
(i) Baginda s.a.w. melarang para sahabat daripada menulis hadis
sebagaimana dalam hadis daripada Said al-Khudri di mana Rasulullah
s.a.w. telah bersabda:


Maksudnya:
Jangan kalian menulis hadis daripadaku dan sesiapa yang menulis
selain al-Quran, maka hendaklah ia menghapuskannya."

(ii) Baginda s.a.w. melarang hadis ditulis kerana al-Quran masih lagi
diturunkan pada waktu itu. Baginda s.a.w. bimbang al-Quran akan
bercampur dengan hadis. Baginda s.a.w. tidak mahu umat Islam ketika
itu keliru dan tertukar antara hadis dengan al-Quran.

Walaupun hadis tidak ditulis, namun mereka tetap mengambil berat
terhadap hadis sama seperti mereka mengambil berat terhadap al-Quran.
Mereka menerima, menghafal, memelihara dan beramal dengannya sama
seperti yang mereka lakukan terhadap al-Quran. Walau bagaimanapun,
mereka tidak menulis hadis seperti mana mereka menulis al-Quran. Mereka
sekadar menghafalnya. Tambahan pula orang-orang Arab sememangnya
terkenal dengan kemampuan menghafal dan mempunyai daya ingatan yang
kuat. Maka, hal ini tidaklah menjadi masalah bagi mereka.

Namun demikian, ini bukanlah bermaksud pencatatan hadis pada zaman ini
tidak berlaku langsung. Baginda Rasul s.a.w. bagaimanapun telah
mengizinkan beberapa orang sahabat di antaranya ialah Abdullah bin Umar
untuk mencatat hadis-hadis baginda kerana beliau seorang yang mahir
menulis. Baginda s.a.w. juga telah membenarkan Abu Syah untuk menulis
kerana beliau seorang yang lemah ingatan.

(b) Zaman Sahabat Radiallahu Anhum
Selepas kewafatan Rasulullah s.a.w., para sahabat secara umumnya masih
lagi memelihara sunnah dalam bentuk hafazan dan memindahkan sunnah
dalam bentuk periwayatan secara lisan. Mereka tidak menulis hadis kerana
mengambil sikap berhati-hati terhadap al-Quran. Misalnya, Saidina Umar
al-Khattab yang mempunyai keazaman yang sangat tinggi untuk menulis
hadis-hadis namun niat tersebut ditangguhkan disebabkan beliau khuatir
akan berlaku percampuran antara al-Quran dengan hadis.


X TOPIK 1 HADIS TENTANG NIAT

6
Lagipun, pada zaman ini, para sahabat mempunyai komitmen yang tinggi
terhadap al-Quran. Mereka menghimpunkannya pada hayat Saidina Abu
Bakar dan menulisnya semasa zaman Saidina Othman.

Namun demikian, terdapat beberapa orang sahabat yang menulis hadis. Ini
kerana mereka yakin bahawa sebab yang menghalang dari hadis ditulis telah
pun hilang di mana al-Quran telah sempurna diturunkan. Akan tetapi,
penulisan mereka hanyalah sekadar tulisan peribadi di bawah topik-topik
tertentu. Penulisan hadis pada zaman itu belum lagi bersifat terbuka. Ia
hanyalah usaha individu-individu tertentu sahaja.

(c) Zaman Tabiin
Tradisi pemindahan hadis secara hafazan dan periwayatan berterusan
sehinggalah ke zaman Tabiin. Mereka masih tidak menulis hadis dan hanya
bergantung kepada hafazan semata-mata. Kemudiannya, apabila Islam telah
mula tersebar luas, maka ramailah yang menganut Islam terdiri dari
kalangan bukan arab. Para perawi juga bertebaran ke seluruh pelusuk
negeri-negeri yang baru dibuka dan ramai juga yang meninggal dunia.
Selain itu, hadis-hadis palsu semakin banyak dan perkara bidaah juga
semakin berkembang. Pada ketika itu, khalifah Umar Abdul Aziz
merasakan keperluan yang teramat sangat untuk mengumpul serta
membukukan hadis-hadis Rasulullah s.a.w. untuk menjaganya daripada
terus hilang ditelan zaman dan memeliharanya daripada sebarang
penyelewengan dan penambahan.

Khalifah Umar Abdul Aziz telah meminta para ulamanya yang berada di
setiap kota untuk mengumpulkan hadis-hadis dan saling berkongsi hadis
sesama mereka. Antara yang menyahut seruan Umar ialah Imam Ibn Shihab
al-Zuhri. Beliau telah mengumpulkan hadis-hadis Nabi s.a.w. dan
dibukukan. Khalifah Umar telah mengagih-agihkan buku-buku tersebut ke
seluruh kota Islam. Oleh kerana itu, Khalifah Umar Abdul Aziz dianggap
sebagai perintis yang mengumpul dan membukukan hadis secara rasmi.

Mari kita lihat Rajah 1.1 yang menunjukkan rumusan tentang perkembangan
penulisan hadis pada tiga zaman yang pertama.


TOPIK 1 HADIS TENTANG NIAT W
7

Rajah 1.1. Perkembangan penulisan hadis pada tiga zaman yang pertama





SEMAK KENDIRI 1.1
1. Kemukakan beberapa istilah hadis dan jelaskan maksudnya.
2. Jelaskan secara ringkas perkembangan penulisan hadis pada
zaman Rasulullah s.a.w., sahabat dan tabiin.
3. Nyatakan sebab hadis mula ditulis secara rasmi pada zaman
Tabiin.
AKTIVITI 1.1
Cari contoh sebuah hadis Rasulullah s.a.w. dan labelkan bahagian sanad,
matan dan rawi.
X TOPIK 1 HADIS TENTANG NIAT

8
HADIS MENGENAI NIAT DAN
HUBUNGANNYA DENGAN PEKERJAAN
MANUSIA
Mari kita kaji hadis yang membicarakan tentang niat. Subtopik ini turut akan
mengupas pengertian kalimah, sebab wurud hadis dan tema utama hadis.
Seterusnya, hadis ini akan mengupas kedudukan niat dalam setiap amalan serta
kepentingan dan peranannya dalam kehidupan seorang muslim.
1.2.1 Lafaz Hadis dan Terjemahannya
Berikut ialah hadis yang menceritakan tentang niat. Hadis ini diriwayatkan oleh
Bukhari dan Muslim.



Maksudnya:
"Dari Umar bin al-Khattab r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
Bahawasanya segala amalan itu adalah dengan niat dan setiap orang mendapat
pahala berdasarkan apa yang ia niatkan. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah
dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kerana Allah dan RasulNya. Sesiapa
yang berhijrah kerana dunia yang akan diperolehinya atau kerana perempuan
yang ingin dikahwininya, maka hijrahnya itu adalah kepada apa yang dia
niatkan."

1
) (
1.2
TOPIK 1 HADIS TENTANG NIAT W
9
1.2.2 Pengertian Kalimah Utama
Pengertian kalimah-kalimah utama di dalam hadis ini ditunjukkan oleh Jadual 1.2.

Jadual 1.2: Pengertian Kalimah-kalimah Utama di dalam Hadis Niat
Kalimah Utama Pengertian

Perkataan jamak kepada iaitu tujuan.


Setiap orang sama ada lelaki mahupun perempuan.


Perpindahannya. Iaitu berpindah meninggalkan negara yang
penuh dengan ketakutan ke negara yang aman, dari negara
kafir ke negara Islam. Berhijrah juga bermaksud
meninggalkan kemungkaran.
Hijrah yang dimaksudkan di dalam hadis ini adalah
perpindahan dari Mekah dan lainnya ke Madinah sebelum
berlakunya pembukaan kota Mekah.


Kepada Allah dan RasulNya iaitu dengan niat untuk
mengharapkan redha Allah dan RasulNya.


Maka hijrahnya adalah kerana Allah dan RasulNya.
Maksudnya, hijrahnya itu diterima dan diberi ganjaran.

Hijrahnya untuk tujuan keduniaan yang akan diperolehinya.



Maka, dia hanya akan mendapat dari tujuan penghijrahannya
sahaja iaitu dunia.
1.2.3 Sebab Wurud Hadis
Diriwayatkan di dalam Kitab al-Tobrani, Ibnu Masud berkata: Terdapat di
kalangan kami seorang lelaki yang meminang seorang perempuan yang
bernama Ummu Qais. Perempuan tersebut enggan mengahwininya kecuali
apabila lelaki tersebut berhijrah ke Madinah. Dia pun berhijrah dan mengahwini
lelaki tersebut. Maka, kami menamakannya Muhajir (Penghijrah) Ummu Qais.
X TOPIK 1 HADIS TENTANG NIAT

10
1.2.4 Tema Utama Hadis
Tema hadis ini adalah berkisar tentang niat, peranan dan kepentingannya dalam
kehidupan seseorang. Berdasarkan kepada hadis di atas, baginda Rasul s.a.w.
menjelaskan bahawa niat mempunyai peranan yang sangat besar dalam
kehidupan seorang muslim. Setiap perbuatan adalah dinilai berdasarkan apa
yang diniatkan. Sekiranya niat itu baik, maka amalan itu dianggap sebagai
amalan yang baik. Jika tidak, maka ia adalah sebaliknya.
1.2.5 Huraian Umum Hadis
Baginda Rasul s.a.w. juga menekankan bahawa setiap orang akan diganjari
berdasarkan apa yang diniatkan. Sepertimana kisah di sebalik hadis ini yang
menceritakan tentang seorang lelaki yang berhijrah kerana seorang wanita
bernama Ummu Qais. Ia tidak mendapat pahala hijrah tetapi hanya dapat
mengahwini wanita tersebut sahaja.

Hadis ini menjelaskan bahawa segala amalan berlaku atau terhasil adalah
dengan niat. Niatlah yang menyebabkan satu-satu amal dilaksanakan. Niatlah
yang menyebabkan satu-satu tindakan itu dibuat. Niat jugalah yang menentukan
satu-satu amal itu dikatakan sama ada betul atau salah dan sama ada diganjari
atau dicela.

Niat adalah merupakan timbangan sesuatu amalan. Amalan tanpa niat adalah
sia-sia. Kerana itulah Baginda s.a.w. menekankan dalam hadis ini supaya
memperbaiki niat. Kerana apa? Kerana setiap orang mendapat ganjaran
berdasarkan apa yang ia niatkan.

Hadis ini membahagikan manusia kepada dua jenis. Apakah jenis tersebut?
(a) Jenis yang pertama iaitu yang beramal untuk mendapat keredhaan Allah
s.w.t.; dan
(b) Jenis yang kedua hanya beramal untuk memenuhi kehendak dan
kemaslahatannya walaupun ianya bertentangan dengan syarak.

Kedua-dua golongan ini mendapat ganjaran dan balasan berdasarkan apa yang
diniatkan. Golongan pertama akan mendapat keredhaan Allah s.w.t. manakala
golongan kedua hanya akan mendapat apa yang dikejar.

Dalam konteks ini, walaupun hadis hanya menyebut hijrah, namun semua
amalan lain seperti jihad, haji dan lain-lain adalah sama seperti hijrah. Keelokan
dan kesempurnaannya adalah berdasarkan niat yang mendorong kepadanya.
TOPIK 1 HADIS TENTANG NIAT W
11

1.2.6 Fungsi dan Tujuan Utama Niat
Para ulama telah merumuskan bahwa niat mempunyai fungsi dan tujuan yang
utama. Sekarang, mari kita lihat apakah fungsi yang dimaksudkan itu. Antara
fungsi utama tersebut dapat dilihat dalam Rajah 1.2.


Rajah 1.2. Fungsi utama niat

Mari kita lihat fungsi-fungsi utama niat dengan lebih lanjut.

(a) Niat adalah syarat sah dalam melakukan ibadah
Antara syarat sah ibadah-ibadah seperti sembahyang, puasa, zakat dan haji
ialah niat. Ibadah sembahyang menuntut kita berniat ketika takbiratul
ihram. Ibadah puasa pula terbahagi kepada dua - Puasa Ramadhan dan
puasa sunat. Waktu niat puasa Ramadhan adalah selepas masuk waktu
Maghrib hinggalah sebelum terbit fajar pada hari berikut. Mazhab Hanafi
membenarkan kita berniat terus untuk sebulan pada hari pertama
Ramadhan lagi. Niat untuk puasa sunat pula terbuka hingga sebelum
masuk waktu Zohor dengan syarat kita belum memakan apa-apa makanan.
Begitu juga dengan ibadat lain seperti wuduk, sembelihan, sedekah dan
seumpamanya. Semua ibadah ini meletakkan niat sebagai syarat sahnya.

SEMAK KENDIRI 1.2
1. Jelaskan perbezaan antara niat dan kemahuan.
2. Berikan maksud potongan hadis


X TOPIK 1 HADIS TENTANG NIAT

12
(b) Niat membezakan antara sesuatu ibadah dengan ibadah lain
Ibadah-ibadah yang kita lakukan ada yang fardu dan ada yang sunat.
Tetapi apakah yang membezakannya? Niatlah yang membezakannya.
Contohnya, sembahyang. Ada yang fardu, dan ada pula yang sunat.
Sembahyang fardu perlu dilakukan lima kali sehari semalam. Begitu juga
dengan puasa. Puasa yang wajib adalah seperti puasa Ramadhan dan
puasa nazar atau kaffarah (denda). Semua ini tidak akan berbeza
melainkan dengan niat.

Ibadah sembelihan juga ada pelbagai jenis. Ada sembelihan untuk korban,
ada sembelihan untuk aqiqah dan ada sembelihan untuk nazar. Ada juga
sekadar sembelihan semata-mata. Niatlah yang membezakan antara
kesemua ibadah sembelihan itu.

Kesimpulannya, niat membezakan antara ibadah fardu dengan fardu yang
lain, antara ibadah fardu dengan ibadah yang sunat bahkan juga
membezakan antara ibadah sunat dengan ibadah sunat yang lain.

(c) Niat membezakan antara adat kebiasaan dengan ibadah
Mari kita lihat contoh ini. Dua orang pemuda masuk dan duduk di dalam
sebuah masjid. Niat kedua-dua pemuda itu berbeza. Salah seorang darinya
masuk dan duduk di situ untuk berehat dan menjadi kebiasaannya berehat
di situ setelah selesai bekerja. Manakala, yang seorang lagi memasuki
masjid dengan niat iktikaf. Maka, perbuatan pemuda yang sering
memasuki masjid sekadar untuk beristirehat tanpa niat iktikaf tidak dikira
sebagai ibadah. Manakala, pemuda yang memasuki masjid dengan niat
iktikaf pula dikira sebagai ibadah. Maka perkara yang membezakan
perbuatan kedua-dua pemuda tersebut adalah niat.


1.2.7 Peranan Niat Dalam Kehidupan Muslim
Tahukah anda bahawa niat juga mempunyai peranan lain dalam kehidupan kita?
Peranan yang dimaksudkan adalah seperti yang dapat dilihat dalam Rajah 1.3.


AKTIVITI 1.2
Cari contoh-contoh lain yang biasa anda lalui, yang membezakan
antara adat dan ibadah.
TOPIK 1 HADIS TENTANG NIAT W
13

Rajah 1.3. Peranan niat dalam kehidupan Muslim

Mari kita lihat peranan niat dengan lebih lanjut.

(a) Niat menukar adat kebiasaan kepada ibadah
Islam pada hakikatnya tersangatlah mudah untuk diamalkan. Kita boleh
meraih pahala di mana-mana sahaja hatta perkara yang biasa kita lakukan,
apabila kita niatkan sebagai ibadah maka ia bertukar menjadi ibadah.
Contoh yang paling mudah ialah makan. Sekiranya kita berniat makan
untuk mendapat kekuatan bagi melaksanakan tugas sebagai khalifah Allah
dan melaksanakan ibadah-ibadah, maka perbuatan makan yang menjadi
amalan kebiasaan kita itu akan dikira sebagai ibadah dan kita akan
mendapat pahala dengan niat tersebut. Jika tidak, ia hanyalah dianggap
sebagai satu kebiasaan sahaja.

(b) Mendapat pahala dengan niat yang baik
Di dalam sebuah hadis qudsi, Baginda s.a.w. ada bersabda yang
diriwayatkan dari Tuhannya:

Sekiranya seorang hambaKu berniat untuk melakukan kebaikan dan ia
belum melakukannya lagi maka tulislah baginya satu kebaikan. Apabila ia
melaksanakannya, maka tulislah baginya sepuluh kebaikan, bahkan hingga
700 kali ganda.
X TOPIK 1 HADIS TENTANG NIAT

14
Hadis tersebut memberikan kefahaman kepada kita bahawa Allah menilai
apa yang kita niatkan. Allah akan mengurniakan pahala terhadap niat baik
kita walaupun ianya belum dilaksanakan lagi atau mungkin tidak sempat
dilaksanakan. Apabila niat itu dilaksanakan, Allah akan mengurniakan
sepuluh ganjaran, malah, Allah boleh memberinya ganjaran yang berlipat
kali ganda lagi.

(c) Niat kerana Allah menjanjikan kesenangan di akhirat
Allah telah berfirman di dalam surah Asy-Syura, ayat 20:



Maksudnya:
Sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) mendapat faedah di
akhirat, Kami akan menambahkan faedah untuknya (dengan
menggandakan pahalanya). Dan sesiapa yang menghendaki (dengan amal
usahanya) kebaikan di dunia semata-mata, Kami beri kepadanya dari
kebaikan dunia itu (sekadar yang Kami tentukan) dan ia tidak akan beroleh
sesuatu bahagian pun di akhirat kelak.

Ayat tersebut memberikan perbandingan antara dua golongan, iaitu:
(i) Golongan yang meletakkan akhirat sebagai tujuan dan kehendak satu
perbuatan; dan
(ii) Golongan yang menjadikan dunia sebagai tujuan amal mereka.

Allah akan menggandakan pahala buat golongan yang pertama. Manakala,
golongan yang kedua hanya akan mendapat sekadar yang dihajati ketika di
dunia dan tiada apa-apa untuknya pada hari akhirat kelak.

Sepertimana kisah di sebalik hadis niat, individu tersebut berhijrah hanya
kerana hendak mengahwini wanita yang bernama Ummu Qais. Maka, dia
hanya akan mendapat wanita tersebut sahaja. Dia tidak akan mendapat
pahala berhijrah sepertimana para sahabat yang lain yang benar-benar
ikhlas berhijrah kerana Allah.

_W. |_[ i,m, \Am\O :Wm\) jsW. .Vl _ .2m\O _W.X |_[ i,m, \Am\O
X,.ril .". S.. W.X .Vl _ :Wm\) _. #,. _
TOPIK 1 HADIS TENTANG NIAT W
15
(d) Syarat amal kita diterima Allah adalah niat yang ikhlas
Setiap amalan yang kita buat hakikatnya akan diterima oleh Allah
sekiranya ia menepati dua perkara. Apakah perkara tersebut? Perkara-
perkara tersebut ialah:
(i) Amalan tersebut bertepatan dengan syarak dan tidak melanggari
hukum halal haram yang ditentukan oleh Allah dan Rasul.
(ii) Amalan tersebut dilakukan dengan ikhlas untuk mendapat
keredhaan Allah semata-mata dan bukannya untuk yang lain seperti
memuaskan hati manusia atau untuk mendapat pujian manusia dan
sebagainya.

Ini bermakna, apabila satu-satu amalan itu ikhlas tetapi jika tidak bertepatan
dengan syarak, ia tidak akan diterima. Contohnya, seseorang yang bersedekah
dengan ikhlas bertujuan untuk membantu orang yang tidak berkemampuan
akan tetapi ia menggunakan wang haram. Maka sedekahnya tidak diterima
Allah.

Apabila amalan itu betul tetapi tidak ikhlas, ia juga tidak akan diterima. Sebagai
contohnya, seseorang bersedekah dengan wang dari titik peluhnya akan tetapi ia
mahu orang menyanjunginya dan memuji-muji atas kebaikannya atau dengan
lain perkataan bersedekah tetapi riak. Sedekahnya juga hanya sia-sia.


PRINSIP ASAS PENDIDIKAN DI DALAM
HADIS
Hadis tentang niat ini juga memberikan kepada kita beberapa prinsip
pendidikan. Prinsip-prinsip tersebut ialah:
(a) Rasul s.a.w. tidak setakat menitikberatkan kepada pendidikan zahir
semata-mata. Akan tetapi, Baginda s.a.w. juga menitikberatkan pendidikan
hati. Ini kerana hati adalah raja bagi anggota badan. Apabila hati baik,
maka akan baiklah seluruh anggota badan. Apabila hati rosak, akan
rosaklah seluruh anggota badan.
(b) Rasul s.a.w. mengajar para sahabat dalam pelbagai bentuk. Di dalam hadis
ini, Baginda s.a.w. mendidik sahabat menerusi teguran terus atas peristiwa
yang berlaku. Rasulullah s.a.w. tidak membiarkan perbuatan yang salah
1.3
AKTIVITI 1.3
Bincangkan bersama rakan anda contoh-contoh perbuatan seharian yang
boleh bertukar dari adat kebiasaan kepada ibadah.
X TOPIK 1 HADIS TENTANG NIAT

16
begitu sahaja. Baginda s.a.w. tidak mahu para sahabat mengulangi
perbuatan tersebut pada waktu yang lain.
Dalam memberi kefahaman kepada sahabat, Baginda Rasul s.a.w. juga
membuat kaedah perbandingan. Sepertimana di dalam hadis ini Baginda
s.a.w. telah membandingkan antara golongan yang beramal kerana Allah
dengan golongan yang beramal kerana dunia dan manusia.
PENGAJARAN DARI HADIS DALAM
KONTEKS SEMASA
Hadis ini mempunyai peranan tersendiri dalam konteks semasa, antaranya ialah:

(a) Kita mestilah sentiasa memastikan niat kita betul di landasannya sebelum
dan ketika sesuatu amal dilaksanakan. Kita juga hendaklah memastikan
amalan kita sentiasa kerana Allah dari mula hinggalah ke akhirnya. Ini
adalah kerana Allah s.w.t. hanya akan memberi ganjaran pada amalan
yang betul niatnya.

(b) Setiap amalan rutin seharian akan menjadi amal soleh dan ibadah apabila
kita meletakkan niat melakukannya kerana Allah dan mengharapkan
redhaNya. Kerja-kerja mengemas rumah, memberi nafkah anak isteri,
bekerja untuk mencari nafkah hidup dan sebagainya akan lebih bernilai di
sisi Allah. Ini adalah apabila ia diniatkan untuk mencari redhaNya dan
merasakan ia adalah tanggungjawab yang mesti dilaksanakan dan
bukannya untuk mengejar redha manusia dan habuannya. Kita bukan
setakat mendapat hasil dari kerja itu, akan tetapi ganjaran Allah juga sedia
menanti. Walaupun kerja yang dilakukan adalah kecil sahaja tetapi
harganya adalah sangat mahal di sisi Allah.

(c) Kita hendaklah sentiasa memastikan amalan yang kita lakukan adalah
untuk mengejar redha Allah. Kiranya kita melakukan sesuatu untuk
mendapat keredhaan manusia, amalan tersebut akan sia-sia.

(d) Kita juga hendaklah memastikan amalan kita sentiasa bertepatan dengan
syarak. Jika tidak, ia tidak akan diterima Allah. Sebahagian dari
masyarakat kita tidak mengambil berat perkara ini. Mereka kadangkala
melakukan sesuatu perkara dengan niat yang baik akan tetapi ianya
bertentangan dengan syarak. Contohnya, majlis amal untuk mengutip
derma. Tujuan majlis itu diadakan adalah sangat baik tetapi majlis tersebut
diisi dengan perkara-perkara yang dilarang Allah. Antaranya berlaku
percampuran bebas antara lelaki dan perempuan, tidak menghormati
waktu solat, diisi dengan program-program yang melalaikan dan
1.4
TOPIK 1 HADIS TENTANG NIAT W
17
seumpamanya. Ia hakikatnya satu kesilapan besar. Matlamat sesuatu
perkara sama sekali tidak menghalalkan cara yang dilakukan untuk
mencapai matlamat tersebut.

(e) Niat yang ikhlas akan membuatkan kita lebih rajin dan tekun dalam setiap
kerja yang dilakukan. Apakah yang menolak kita untuk tekun bekerja? Ya,
kerana kita yakin bahawa ganjaran Allah lebih tinggi dan bernilai daripada
segala ganjaran yang ada di dunia.

Jika kita seorang guru misalnya, apabila kita memulakan kerja pada pagi
hari dengan niat bekerja kerana Allah dan mengharapkan redhaNya, maka
kita akan bertugas dengan rajin dan tekun. Kita akan sentiasa ingat bahawa
itu adalah tanggungjawab dan amal kebajikan kita untuk kemajuan
masyarakat. Kita juga yakin bahawa ganjaran Allahlah yang paling
berharga.

(f) Niat boleh diertikan sebagai tujuan. Kita telah maklum sebelum ini bahawa
Allah akan mengganjari apa sahaja niat yang baik walaupun ia belum
dilaksanakan. Oleh itu, apabila kita hendak melakukan sesuatu perkara
atau merancang sesuatu program, adalah disarankan agar kita
memperbanyakkan niat dan tujuan program tersebut kerana setiap niat
dan tujuan tersebut akan diganjari oleh Allah.

(g) Kita hendaklah menjauhkan diri dari merasa riak dan sombong atas setiap
amalan yang kita lakukan kerana akibatnya Allah tidak akan menerima
amalan kita. Kita hanya akan mendapat penat dan lelah sahaja.

(h) Kita dibolehkan mengembara untuk tujuan yang baik seperti menuntut
ilmu, mencari rezeki yang halal, ziarah sanak saudara dan teman dan
mencari tempat yang baik untuk hidup dan seumpamanya.






SEMAK KENDIRI 1.3
1. Niat kerana Allah memberi ketenangan pada hati. Huraikan.
2. Mengapakah kita perlu memperbanyakkan niat?
3. Huraikan dua syarat supaya amal kita diterima Allah.
X TOPIK 1 HADIS TENTANG NIAT

18


x Niat sangat penting di dalam Islam.
x Niat adalah kayu ukur sesuatu amalan sama ada diterima atau ditolak.
x Kita hendaklah mengikhlaskan hati ketika melakukan amal-amal soleh
kerana Allah akan menolak amalan kita sekiranya kita melakukannya untuk
mendapat pujian dan sanjungan manusia.
x Niat yang ikhlas adalah pendorong kepada seseorang untuk melakukan
pekerjaannya dengan lebih baik dan berkualiti.
x Niat membezakan antara ibadah dengan ibadah dan antara ibadah dengan
adat.
x Jika kita meniatkan rutin seharian yang kita lakukan kerana Allah, ianya
akan bertukar menjadi ibadat yang dikurniakan pahala Insya Allah.
x Kita hendaklah sentiasa mengharapkan keredhaan Allah berbanding dengan
keredhaan manusia dalam apa juga yang kita lakukan. Mengharapkan
keredhaan Allah akan memberikan ketenangan dalam hati kerana kita tidak
akan bimbang kepada celaan manusia atau terlalu mengharapkan pujian
mereka.
x Setiap amalan hakikatnya tercetus dari niat. Dari niat akan terzahirlah dalam
bentuk perbuatan. Niat itu pula letaknya di hati. Kerana itu, kita perlulah
sentiasa membersihkan hati kerana dari situlah bermulanya tindakan kita.
x Sesiapa yang berniat untuk melakukan kebaikan dan amal soleh namun
terdapat halangan seperti keuzuran, ketidakmampuan ataupun telah sampai
ajal, maka dia akan tetap diberi pahala atas niatnya itu.
x Amalan yang kecil akan menjadi besar dengan sebab niat dan amalan yang
besar pula akan menjadi kecil, juga dengan sebab niat.


AKTIVITI 1.4
Bincangkan bersama rakan anda cara-cara untuk mendapatkan
keikhlasan dan menjauhkan dari riak ketika melakukan amalan seharian.
TOPIK 1 HADIS TENTANG NIAT W
19

Adat
Hadis
Ibadat
Ikhlas
Matan
Niat
Perawi
Sahabat
Sanad
Sunnah
Syarat sah
Tabiin

Abd al-Wahhab Rasyid Salih. (1995). Syarh al-Arbain al-Nawawiyyah fi Thawb
Jadid. Damsyik: Wizarah al-Awqaf
Abu al-Laith Khayr Abadi. (2010). Ulum al-Hadith Asliha wa Muasirirha.
Malaysia: Dar al-Syakir.
Al-Bugha, Mustafa & Muhyiddin Misto. (1987). al-Wafi fi Syarh al-Arbain al-
Nawawiyyah. Beirut: Dar Ibn Kathir.
Al-Hambali, Ibnu Rejab. (1989). Jami Ulum wa al-Hikam. Kaherah: Dar al-
Kalimah al-Tayyibah.
Al-Tahhan, Mahmud. (1984). Taysir Mustalah al-Hadith. Kuwait: Maktabah Dar
al-Turath.
Rosni Wazir, Suriani Sudi, & Mohd Khafidz Soroni. (2010). Mustalah al-Hadith
al-Muyasar. Selangor: Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.

Anda mungkin juga menyukai