Anda di halaman 1dari 4

KONSEP PENTAKSIRAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

1.0 Pengenalan

Proses pembelajaran adalah kegiatan yang sengaja atau dilakukan secara sedar
oleh guru dan murid bagi mencapai suatu perubahan yang diharapkan meliputi
aspek penguasaan ilmu (domain kognitif), penguasaan
kemahiran(domainpsikomotor), dan penghayatan dan amalan (domain afektif)
Perubahan yang diharapkan itu dinamakan kompentensi ( kemampuan melakukan
sesuatu). Untuk mengetahui sejauh mana tujuan pembelajaran atau kompentensi
yang diharapkan tercapai itu dapat diperolehi melalui proses pentaksiran. Istilah
pentaksiran atau dalam bahasa Inggerisnya “assessment” tidak ditemukan padanan
yang pasti dalam wacana keislaman, namun demikian terdapat istilah-istilah tertentu
di dalam al-Qur’an dan al-Sunnah yang memberi makna menyeluruh serta menjadi
asas kepada konsep pentaksiran dari perspektif Islam.

1.1 Istilah-istilah al-Qur’an dan al-Sunnah yang merujuk kepada konsep


pentaksiran dari perspektif Islam

Terdapat banyak kata kunci di dalam al-Qur’an dan al-sunnah yang merujuk kepada
empat konsep asas pentaksiran pendidikan meliputi meliputi konsep pengujian,
pengukuran, penilaian dan konsep pentaksiran itu sendiri. Antara istilah-istilah
tersebut ialah:

1. Al-Hisab
Memiliki makna mengira, mentafsirkan, menghitung dan menganggar
berdasarkan firman Allah S.W.T:
ِ ِ ِ ِ ‫الس م‬ ِ
ُ‫ض َوإِن ُتْب ُدواْ َم ا يِف أَن ُفس ُك ْم أ َْو خُتْ ُف وهُ حُيَاس ْب ُكم بِه اللّه‬ ِ ‫اوات َو َم ا يِف األ َْر‬ َ َّ ‫لِّلَّه ما يِف‬
‫ب َمن يَ َشاء َواللّهُ َعلَى ُك ِّل َش ْي ٍء قَ ِد ٌير‬ ِ ِ
ُ ‫َفَي ْغفُر ل َمن يَ َشاء َويُ َع ِّذ‬

Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan
Allah. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati kamu atau
kamu menyembunyikannya, nescaya Allah akan menghitung dan
menyatakannya kepada kamu. Kemudian ia mengampunkan bagi
sesiapa yang dihendakiNya dan menyeksa sesiapa yang dihendakiNya
(menurut undang-undang peraturanNya). Dan (ingatlah), Allah Maha
Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
(Surah al-Baqarah: 284)

2. Al-Bala’
Memiliki makna cubaan, ujian. Firman Allah S.W.T:
ِ ِ
ُ ‫َح َس ُن َع َماًل َو ُه َو الْ َع ِز ُيز الْغَ ُف‬
‫ور‬ َ ‫الَّذي َخلَ َق الْ َم ْو‬
ْ ‫ت َواحْلَيَا َة ليَْبلَُو ُك ْم أَيُّ ُك ْم أ‬
Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk
menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu
yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal
kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);
( Surah al-Mulk: 2)

3. Al-Hukm
Memiliki makna keputusan atau hukuman. Firman Allah S.W.T

‫يم‬ِ ِ ِ ِ ‫حِب‬ ِ َ َّ‫رب‬


ُ ‫ك َي ْقضي َبْيَن ُهم ُكْمه َو ُه َو الْ َعز ُيز الْ َعل‬ َ َّ‫إِن‬

Sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) akan memutuskan di


antara mereka dengan hukumNya dan Dialah sahaja Yang Maha
Kuasa, lagi Maha Mengetahui.
(Surah al-Naml : ayat 78)

3. Al-Qadhi
Memiliki erti keputusan . Firman Allah S.W.T :

ِ ِ ِ ِ ‫حِب‬ ِ َ َّ‫ِن رب‬


‫يم‬
ُ ‫ك َي ْقضي َبْيَن ُهم ُكْمه َو ُه َو الْ َعز ُيز الْ َعل‬ َ َّ ‫‌ إ‬
Sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) akan memutuskan di
antara mereka dengan hukumNya dan Dialah sahaja Yang Maha
Kuasa, lagi Maha Mengetahui.

(Surah Thaha : ayat 72)


4. Al-Nazhr,
Memiliki makna melihat. Firman Allah S.W.T:
ِ ِ ‫ال سنَنظُر أَص َدقْت أَم ُك‬
َ ِ‫نت م َن الْ َكاذب‬
‫ني‬ َ ْ َ َ ُ َ َ َ‫ق‬
Nabi Sulaiman berkata: Kami akan fikirkan dengan sehalus-halusnya,
adakah benar apa yang engkau katakan itu ataupun engkau dari
golongan yang berdusta.
(Surah al-Naml : ayat 27)
5. Al-Imtihan,
Memiliki erti ujian. Firman Allah S.W.T:
ِ َّ ِ‫ول اللَّ ِه أُولَئ‬
ِ ‫ند رس‬ ِ ِ َّ ِ
َ ُ‫ين ْامتَ َح َن اللَّهُ ُقل‬
‫وب ُه ْم‬ َ ‫ك الذ‬َ ْ ُ َ َ ‫َص َواَت ُه ْم ع‬
ْ ‫ين َيغُضُّو َن أ‬ َ ‫إ َّن الذ‬
‌‫يم‬ ِ ِ ِ
ٌ ‫َجٌر َعظ‬ ْ ‫ل َّلت ْق َوى هَلُم َّم ْغفَرةٌ َوأ‬
Sesungguhnya orang-orang yang merendahkan suaranya semasa
mereka berada di sisi Rasulullah s.a.w, merekalah orang-orang yang
telah dibersihkan Allah hati mereka untuk bertakwa; mereka beroleh
keampunan dan pahala yang besar.
(Surah al-Hujurat: ayat 3)

6. Al-Ihsa’

Memiliki erti catat. Firman Allah S.W.T:

ٍ ِ‫صْينَاهُ يِف إِ َم ٍام ُمب‬


‫ني‬ ٍ ِ ِ
َ ‫أح‬
ْ ‫َّموا َوآثَ َار ُه ْم َو ُك َّل َش ْيء‬
ُ ‫ب َما قَد‬
ُ ُ‫إنَّا حَنْ ُن حُنْيي الْ َم ْوتَى َونَكْت‬
Sesungguhnya Kami menghidupkan orang-orang yang mati dan
Kami tuliskan segala yang mereka telah kerjakan serta segala kesan
perkataan dan perbuatan yang mereka tinggalkan dan (ingatlah) tiap-
tiap sesuatu kami catatkan satu persatu dalam Kitab (ibu Suratan)
yang jelas nyata.
)Surah Yaasin: ayat 12(

Dalam surah al-Mukminun ayat 1-11 pula umpamanya mengandungi beberapa


perkara yang penting merujuk kepada rujukan kriteria orang-orang mukmin yang
berjaya, yang mana kesemua itu berkait rapat dengan konsep pentaksiran dari
perspektif Islam. Firman Allah S.W.T:

ِ َّ ِ ِ‫هِت‬ ِ َّ ِ
‫ين ُه ْم‬َ ‫﴾ َوالذ‬2﴿ . ‫صاَل ْم َخاشعُو َن‬ َ ‫ين ُه ْم يِف‬ َ ‫﴾ الذ‬1﴿ ‌‫قَ ْد أَْفلَ َح الْ ُم ْؤمنُو َن‬
ِ َّ ِ ِ ِ ِ َّ
‫ين ُه ْم‬َ ‫﴾ َوالذ‬4﴿ ‫ين ُه ْم ل َّلز َكاة فَاعلُو َن‬ َ ‫﴾ َوالذ‬3﴿ ‌‫ضو َن‬ ُ ‫َع ِن اللَّ ْغ ِو ُم ْع ِر‬
‫ت أَمْيَانُ ُه ْم فَِإن َُّه ْم َغْيُر‬ ِ ِ ِ ِ
ْ ‫﴾ إِاَّل َعلَى أ َْز َواج ِه ْم ْأو َما َملَ َك‬5﴿ ‫ل ُف ُروج ِه ْم َحافظُو َن‬
ِ َّ ِ
‫ين ُه ْم‬َ ‫﴾ َوالذ‬7﴿ ‌‫ادو َن‬ ُ ‫ك ُه ُم الْ َع‬ َ ِ‫ك فَأ ُْولَئ‬َ ‫﴾ فَ َم ِن ْابَتغَى َو َراءَ ذَل‬6﴿ ‌‫ني‬ ِ
َ ‫َملُوم‬
ِ ِ‫هِت‬ ِ َّ ِِ ِ‫أِل هِت‬
َ ِ‫﴾ أ ُْولَئ‬9﴿‌‫صلَ َوا ْم حُيَافظُو َن‬
‫ك‬ َ ‫ين ُه ْم َعلَى‬ َ ‫﴾ َوالذ‬8﴿ ‫ََمانَا ْم َو َع ْهده ْم َراعُو َن‬
‌‫س ُه ْم فِ َيها َخالِ ُدو َن‬ ِ ِ َ ‫﴾ الَّ ِذ‬10﴿ ‌‫ُهم الْوا ِرثُو َن‬
َ ‫ين يَرثُو َن الْف ْر َد ْو‬ َ ُ
Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. Iaitu mereka
yang khusyuk dalam sembahyangnya Dan mereka yang menjauhkan
diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia. Dan mereka yang
berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta
itu). Dan mereka yang menjaga kehormatannya. Kecuali kepada
isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak
tercela. Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang
demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas. Dan
mereka yang menjaga amanah dan janjinya. Mereka itulah orang-
orang yang berhak mewarisi. Yang akan mewarisi Syurga Firdaus;
mereka kekal di dalamnya

(Surah al-Mukminun: ayat 1-11)

Anda mungkin juga menyukai