Anda di halaman 1dari 1

MINGGU 1

TAJUK: FAKTOR PERSEKITARAN SOSIAL DAN HUBUNGANNYA DENGAN PEMBENTUKAN


JATI DIRI. Faktor persekitaran sosial merupakan sumber pembelajaran kepada proses
pembentukan tingkah laku seseorang melalui pelbagai corak pembelajaran sosial seperti
permodelan,maklum balas, dorongan dan halangan. Faktor persekitaran sosial dapat
dipecahkan kepada dua bahagian iaitu elemen kemanusiaan dan elemen bukan kemanusiaan.
Contoh dari elemen kemanusiaan adalah seperti faktor ibubapa,faktor rakan sebaya dan
faktor sekolah dan guru. Contoh dari elemen bukan kemanusiaan ialah seperti faktor media
massa. Faktor ibubapa merupakan faktor paling penting dalam pembentukan jati diri individu.
Ini kerana hubungan antara ibubapa dan anak-anak adalah lebih kuat berbanding faktor yang
lain.Dan ibubapa juga mempunyai pengaruh yang lebih besar dalam pembentukan jati diri
anak-anak. Faktor rakan sebaya memberi kesan dalam pembentukan diri individu. Ini dapat
dilihat melaui pergaulan anak-anak bersama rakan mereka ketika berada di luar. Jika mereka
bergaul dengan orang yang positif,maka tingkah laku mereka juga cenderung ke arah positif.
Faktor sekolah dan guru juga memainkan peranan penting dalam pembentukan diri inividu.
Ketika di sekolah,guru bertanggungjawab dalam membentuk perkembangan prestasi individu
secara menyeluruh dan bersepadu melalui sesi pembelajaran dalm bilik darjah. Faktor
globalisasi dan media massa juga memberi pengaruh dalam pembentukan jati diri. Ini kerana
kanak-kanak atau remaja lebih cenderung meniru perbuatan apa yang mereka lihat di media
massa contohnya seperti telefon pintar. Kesimpulan di sini,walaupun terdapat beberapa
faktor yang mempengaruhi pembentukan jati diri,manusia diberi akal fikiran untuk membuat
keputusan yang terbaik dalam hidupnya.

Anda mungkin juga menyukai