Anda di halaman 1dari 13

SUBJEK:

AKHLAK DAN TASAWUF

KOD KURSUS:

PPPY 1192

TAJUK:

KEDUDUKAN DAN KEPENTINGAN AKHLAK TASAWUF

DISEDIAKAN OLEH:

BIL. NAMA NO MATRIK


1. MUHAMMAD FADHIL BIN ABU ZAKI A176646
2. KHAIRULANWAR BIN MOHD DAHLAN A175360
3. AJMAL FADHULLAH BIN SAHARUDIN A174640
4. KHAIRUL ANAS BIN NASRI A177366

NAMA PENSYARAH:

JABATAN USULUDDIN DAN FALSAFAH

FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA


PENGENALAN

Agama Islam adalah satu agama yang syumul (menyeluruh).Islam itu datang melalui
pengutusan Nabi Muhammad SAW oleh Allah SWT sebagai penyampai risalah tauhid serta
syariat yang diredhai-Nya.Dalam Islam digariskan serta diperincikan tatacara kehidupan
manusia yang disebut sebagai muamalah. Segala urus tadbir kehidupan manusia sama ada di
peringkat individu, keluarga, masyarakat sehingga dalam hal ehwal tadbir negara juga telah
diberikan panduan yang khusus baik dari segi muamalat, munakahat, jinayat dan lain-lain.

Inilah yang menjadikan Islam itu tinggi dan tiada yang tinggi selain
daripadanya.Salah satu perkara yang amat dititikberatkan Islam dalam kehidupan kita
seharian ialah akhlak. Betapa pentingnya akhlak dalam kehidupan manusia dapat kita lihat
bilamana kita meneliti dan mengkaji nas-nas al-Quran dan hadis yang banyak memberikan
penekanan terhadap akhlak. Bahkan dalam peperangan sekalipun kaum muslimin tetap
diperintahkan supaya menjaga akhlak.

Pernah Saidatina Aisyah ditanya tentang bagaimanakah akhlak Rasulullah SAW ?


Lalu jawabnya: “Sesungguhnya akhlak Rasulullah SAW itu adalah al-Quran. Hal ini
memberitahu kita bahawa Rasulullah SAW adalah ‘jelmaan’ kepada perintah berakhlak yang
terdapat dalam al-Quran itu sendiri. Kewujudan Nabi SAW di atas muka bumi ini sebagai
rahmat kepada sekalian alam adalah untuk dijadikan suri teladan dalam kita menjalani
kehidupan seharian. adalah untuk dijadikan suri teladan dalam kita menjalani kehidupan
seharian.

Dengan kata lain, penjelasan terhadap teks ayat-ayat al-Quran itu adaa pada dirinya
Nabi SAW. Hal ini diakui oleh baginda sendiri dalam hadisnya yang mahsyur iaitu :
“Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.” Penyempurnaan
ini menggambarkan kepada kita bagaimana manusia sememangnya secara fitrahnya sudah
dapat membanding bezakan antara akhlak yang mulia dan akhlak yang sebaliknya. Akan
tetapi pengutusan Nabi Muhammad SAW adalah untuk menyempurnakannya dan
menjadikannya selaras dengan acuan islam.

Dalam Islam terdapat istilah akhlak dan tasawuf.Akhlak tasawuf ini memiliki
bermacam pendapat dan hubungan yang saling melengkapi, ajaran mengenai tasawuf,
sebetulnya bukanlah ajaran yang baku dalam islam dan disepakati dalam kalangan
ulama’.Terdapat berbagai pandangan dan pemikiran yang memberikan sumbangan kepada
tasawuf.

Di dalam Islam akhlak dan tasawuf banyak dibicarakan dan terkandung dalam Al-
Qur’an dan Hadis, sumber tersebut merupakan batasan dalam tindakan kita sehari-hari,
sehingga dalam jiwa ini benar-benar menggunakan akhlak dan tasawuf untuk
mempermudahkan kita melakukan suatu ibadah. Akhlak dan tasawuf ini akan mengarahkan
kita ke jalan yang benar iaitu jalan untuk menyucikan jiwa. Akhlak dan tasawuf itu juga dapat
digunakan untuk mempermudahkan kita melakukan suatu ibadah.

Isi kandungan akhlak Islam yang berbentuk amali adalah sebahagian daripada ilmu tasawuf,
ini bermakna bahawa ilmu tasawuf adalah lebih luas skopnya berbanding ilmu akhlak.
Hubungan yang kuat antara akhlak tasawuf telah menyebabkan ramai ahli sufi telah
mendefinisikan tasawuf sebagai akhlak, bila mana ia nyata berpaksikan kepada unsur-unsur
akhlak seperti pendidikan jiwa, pengendalian hawa nafsu dan pendisiplinan manusia dengan
akhlak yang mulia. Tasawuf yang berasaskan akhlak Islam ini merupakan roh atau jiwa Isla
kerana hukum-hakam Islam dikembalikan kepada asas akhlak.

PENGERTIAN AKHLAK DAN TASAWUF

DEFINISI AKHLAK

Akhlak dari segi pengertiannya secara etimologi dapat diertikan sebagai budi pekerti,
watak dan tabiat seseorang manusia. Perkataan akhlak berasal daripada bahasa arab iaitu
jamak daripada perkataan khuluqun (‫)خلق‬. Khuluqun bermaksud budi pekerti, perangai, tabiat
dan tingkah laku.Manakala, akhlak dari segi istilahnya adalah daya kekuatan jiwa yang
mendorong perbuatan dengan mudah dan tanpa dipikir dan direnungkan lagi kerana ianya
secara spontan.Perkataan akhlak ataupun khuluqun ini banyak yang dapat dijumpai di dalam
Al-Quran mahupun Hadith. Sebagai beberapa contoh yang akan dikongsikan adalah seperti
berikut:

1. Berdasarkan firman Allah di dalam ayat Al-Quran surah Al-Qalam ayat yang ke-4:

‫َّك لَ َعلَ ٰى ُخلُ ٍق َع ِظيم‬


َ ‫َوإِن‬
Maksudnya: “dan sesungguhnya kamu benar-benar budi pekerti yang agung”.

2. Berdasarkan firman Allah di dalam ayat Al-Quran surah Al-Syua’ra ayat yang ke 137:
ِ ۡ
َ ‫إِ ۡن َهـٰ َذاۤ إِاَّل ُخلُ ُق ٱ لأ ََّول‬
‫نی‬
Maksudnya: “segala apa (yang engkau katakan) ini, hanyalah adat kebiasaan orang-
orang dahulu-kala”.

3. Berdasarkan Hadith dari riwayat At-Tirmidzi:

‫أكمل املؤمنني إميانا أحسنهم خلقا‬


Maksudnya: “orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah orang yang
sempurna budi pekertinya”

4. Berdasarkan Hadith dari riwayat Ahmad:

‫إمنا بعثت ألمتم مكارم األخالق‬


Maksudnya: “bahawasanya aku diutus Allah untuk menyempurnakan keluhuran budi
pekerti”.

Kata-kata Imam Al-Ghazali ada mengatakan definisi akhlak menurutnya: “Bahawa


akhlak adalah suatu sifat yang tertanam dalam jiwa yang daripadanya timbul perbuatan-
perbuatan dengan mudah dengan tidak memerlukan fikiran terlebih dahulu”.Menurut Imam
Al-Ghazali juga bahawa akhlak bukanlah pengetahuan (makrifah) tentang baik atau buruk,
mahupun kemampuan (kudrah) untuk berbuat baik atau buruk, bukan pula perbuatan (feil)
baik atau buruk, namun akhlak boleh terjadi daripada kesemua ini dengan mempunyai jiwa
yang mantap.

Akhlak dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu akhlak baik dan akhlak
buruk.Jadi, akhlak baik dipanggil sifat mahmudah di dalam bahasa Arab.Ia adalah himpunan
nilai dan sifat yang baik dan terpuji mengikut pandangan Islam yang ada pada diri seseorang
manusia. Sifat-sifat inilah yang menjadi asas perhubungan manusia dan menjamin
keselamatan, keamanan dan kebahagiaan hidup berkeluarga dan bermasyarakat. Antara
akhlak mahmudah ialah jujur, amanah, pemurah, sabar dan akhlak-akhlak terpuji yang lain.
Manakala, akhlak buruk dipanggil di dalam bahasa Arab ialah sifat mazmumah.Ianya
bermaksud sifat-sifat yang bercanggah dengan Al-Quran dan Hadith.Sebarang sifat dan
akhlak yang buruk amatlah dibenci dan dikeji di dalam pandangan Islam.Antara akhlak atau
sifat mazmumah ialah menyekutukan Allah, takbur, dengki, bakhil, khianat, marah dan
sebagainya.

Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa definisi akhlak dapat diistilahkan sebagai daya
kekuatan jiwa yang mendorong perbuatan seseorang manusia yang digelar insan dengan
mudah tanpa perlu berfikir terlebih dahulu kerana ianya datang di dalam diri secara
spontan.Tidak dilupa juga bahawa akhlak dapat dikategorikan kepada dua bahagian iaitu
akhlak baik yang dinamakan sifat mahmudah dan akhlak yang buruk dinamakan sifat
mazmumah.

DEFINISI TASAWUF

Tasawuf dari segi pengertiannya secara etimologi berasal daripada perkataan shuf (
‫ )صوف‬yang bermaksud bulu domba. Pengertian ini tercetus dan muncul disebabkan ahli sufi
sering menggunakan pakaian yang berasal dari bulu domba yang kasar. Hal ini
melambangkan bahawa mereka mempunyai kerendahan hati serta menghindari dari sikap
menyombongkan diri.Ianya juga sebagai simbol bagi usaha mereka untuk meninggalkan
urusan-urusan yang bersifat duniawi.Mereka yang menggunakan pakaian domba ini dipanggil
dengan istilah Mutashawwif dan perilakunya disebuat Tasawuf.

Secara istilahnya, tasawuf diertikan sebagai mengelola nafsu diri secara beransur-
ansur untuk menjadi diri yang sebenar. Erti kata lain adalah suatu usaha untuk menempuh
jalan rohani dengan mendekatkan diri kepada Allah sehingga merasa benar-benar dekat
denganNya. Untuk itu, tasawuf sudah tentu berkaitan dengan pembinaan akhlak,
pembangunan rohani, sikap sederhana dalam hidup dan menjauhi hal-hal dunia yang dapat
melalaikan.Oleh itu, dengan tasawuf ini mampu membantu manusia dalam mencapai
tujuannya di dalam hidup.Jelaslah bahawa dengan mempraktikkan tasawuf ini dalam diri
seseorang mampu untuk membangunkan akhlak yang baik dalam dirinya, sikap terpuji,
kesucian jiwa dan kembalinya kepada Allah dalam keadaan yang suci.
Setelah mengemukakan kedua-dua pengertian iaitu pengertian akhlak dan pengertian
tasawuf, ternyata kedua-dua ini mempunyai hubungannya yang tersendiri untuk mencapai
sebuah peribadi yang mulia disisi Allah. Dikatakan sebegini kerana proses pendekatan diri
kepada Allah, seseorang itu harus menyucikan diri secuci-cucinya. Kesucian hati seseorang
akan tercermin daripada akhlak yang mulia. Dalam bidang tasawuf, proses penyucian diri ini
meliputi 3 tahap iaitu takhalli, tahalli dan tajalli.Pertama, yang dimaksudkan takhalli ialah
mengosongkan diri dari sikap ketergantungan terhadap kemewahan dunia dan pengosongan
dari segala penyaki hati dengan melakukan taubat, wara’ (berhati-hati terhadap yang haram),
zuhud (mengambil dunia secukupnya) dan faqr (merasa tidak memiliki apa-apa).Kedua
adalah tahalli yang bermaksud menghiasi diri dengan sifat dan perbuatan mulia yang
tersimpul dari sikap sabar, redha dan syukur.Ketiga, tajalli yang bermaksud penghayatan
yang menanamkan kesedaran yang tinggi dan kecintaan yang mendalam terhadap Allah
S.W.T.

Oleh yang demikian, akhlak dan tasawuf mempunyai kaitan yang rapat.Akhlak dalam
perlaksanaannya mengatur hubungan antara sesama manusia sedangkan tasawuf mengatur
komunikasi antara manusia dengan Tuhannya.Akhlak menjadi dasar dari perlaksanaan
tasawuf, sehingga dalam praktiknya tasawuf mementingkan pada kesempurnaan dan
kemuliaan akhlak untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T yang Maha Suci.Tasawuf
menyedarkan kita bahawa intipati dari Al-Quran dan Hadith adalah akhlak.Begitu juga
ibadah seperti solat, puasa, zakat dan haji dan sebagainya mempunyai dimensi akhlak. Hal ini
kerana Al-Quran dan Hadith menekankan nilai-nilai kejujuran, kesetiakawan, persaudaraan,
rasa kesosialan, rasa keadilan, tolong-menolong, murah hati, suka memberi maaf, sabar, baik
sangka, pemurah, keramahan, bersih hati, berani, kesucian, hemat, menepati janji, disiplin,
mencintai ilmu dan berfikir lurus.

KEDUDUKAN AKHLAK ISLAM

Dalam agama Islam, akhlak atau moral mempunyai kedudukan yang tinggi. Nabi Muhammad
saw bersabda dalam hadith Riwayat Abu Dawud dan Tirmizi yang bermaksud: “Orang
mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya”. Justeru itu kita
dapat lihat bahawa Nabi Muhammad saw, menjadikannya akhlak seseorang mukmin itu
menjadi penanda aras akan tahap keimanannya. Oleh itu akhlak mempunyai tempat yang
tertinggi di dalam agama Islam. Nabi Muhammad saw juga sering mengaitkan keimanan
kepada Allah dan hari akhir dengan akhlak.
Selain itu, Nabi Muhammad saw menegaskan bahawa baginda diutuskan adalah untuk
menyempurnakan akhlak umat Islam. Berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Ahmad dan
disahihkan dalam Silsilah ash-Shahibah no.45, baginda nabi bersabda:

Maksudnya: “Sesungguhnya aku diutus hanyalah untuk menyempurnakan akhlak yang


mulia”. Nabi Muhammad saw juga bersabda bahawa pada hari akhirat, tiada sesuatu yang
lebih berat pada seorang hamba itu berbanding akhlak yang baik pada timbangan amal
(mizan).

Hal ini dinyatakan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad,
Tirmizi dan Ahmad. Rasulullah bersabda:

Mafhumnya: “Tidak ada sesuatu yang diletakkan di mizan yang lebih berat daripada akhlak
yang baik”.

Asbab untuk seseorang mukmin itu memasuki syurga Allah swt juga daripada
akhlaknya yang baik, bahkan akhlak menjadi penyebab utama untuk seseorang itu memasuki
syurga. Sebagaimana sabda Nabi Muhammad saw dalam hadith baginda:

Hadis yang diriwayatkan oleh Tirmidzi ini membawa maksud mafhumnya: “Rasulullah
shallallahu alaihi wasallam pernah ditanya tentang sesuatu yang paling banyak
memasukkan manusia ke dalam syurga, maka baginda bersabda, Takwa kepada Allah dan
akhlak yang baik.”

Dari Abu Umamah radhiyallahu anhu berkata bahawasanya Rasulullah shallallahu alaihi
wasalam bersabda:

Mafhumnya: “Aku menjamin sebuah rumah di tepian syurga bagi siapa yang meninggalkan
debat kusir meskipun ia benar, aku menjamin sebuah rumah (istana) di tengah-tengah
syurga bagi siapa yang meninggalkan dusta meskipun ia bercanda dan aku menjamin sebuah
rumah (istana) di syurga yang paling tinggi bagi siapa yang memperindahkan akhlaknya”.

Di sini kita dapat lihat bahawa Nabi Muhammad menjamin sebuah ganjaran yang besar bagi
orang yang memperindahkan akhlaknya. Selain itu Nabi Muhammad juga pernah bersabda
bahawa seorang hamba yang baik akhlaknya, walaupun sedikit ibadahnya, akan dapat
mencapai darjat orang yang ahli solat dan puasa. Hal ini dikhabarkan melalui hadith Nabi
Muhammad saw yang diriwayatkan oleh Imam Tarmidzi, sabda Nabi:
Mafhumnya: “Sesungguhnya pemilik akhlak yang baik benar-benar mencapai darjat orang yang ahli
puasa dan solat”.

Seorang hamba yang mempunyai akhlak yang baik pasti akan mendapat ganjaran
yang besar daripada Allah swt seperti sabda-sabda Nabi Muhammad saw. Oleh itu hamba
yang mempunyai akhlak yang buruk juga pasti akan mendapat balasan yang setimpal dari
Allah swt. Nabi Muhammad saw bersabda seburuk-buruk manusia adalah siapa yang dijauhi
oleh manusia kerana keburukan akhlaknya. Hal ini disebut dalam hadith yang diriwayatkan
oleh Bukhari dan Muslim, sabda Nabi:

Mafhumnya: “Sesungguhnya seburuk-buruk manusia di sisi Allah adalah siapa yang


ditinggalkan oleh orang-orang kerana takut akan kekasarannya”.

Selain itu orang yang banyak solat dan puasanya juga akan mendapat balasan yang
setimpal dari Allah Taala daripada perlakuannya akhlaknya yang buruk, bahkan dia akan
mendapat kemurkaan Allah Taala dan dijauhkan dari syurga Allah. Hal ini disebut dalam
hadith Nabi Muhammad saw yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, sabda Nabi:

Mafhumnya: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya Fulanah itu sering disebut-sebut tentang


banyaknya shalat, puasa dan sedekahnya, hanya saja ia menyakiti para tetangganyadengan
lisannya. Maka beliau bersabda, “Dia di neraka.” Kemudian orang itu bertanya lagi,
“Wahai Rasulullah, sesungguhnya Fulanah itu sering disebut-sebut tentang sedikit-nya
puasa, sedekah dan shalatnya,ia bersedekah hanya dengan beberapa potong keju saja.
Akan tetapi ia tidak menyakiti para tetangganya dengan lisannya.”Maka beliau bersabda,
“Dia di surga.”

Kesimpulan yang dapat saya berikan ialah, akhlak mempunyai kedudukan yang tinggi
di dalam Islam, bahkan ia menjadi penyebab utama bagi seseorang umat Islam itu untuk
memasuki syurga Allah Taala. Meskipun kita orang yang kuat beribadah dan berpuasa tapi
kerana akhlak yang buruk, kita tak akan dapat untuk menghampiri syurga Allah bahkan kita
semakin mendekati neraka jahanam. Oleh itu sebagai hamba Allah swt dan umat Nabi
muhammad saw kita haruslah sentiasa perbaiki akhlak kita menjadi lebih baik dan kita
mestilah mencontohi akhlak baginda Nabi Muhammad saw yang semulia mulia akhlak. Pasti
kita akan mengecapi bahagia di dunia dan di akhirat in sha Allah.
KEPENTINGAN AKHLAK ISLAM

Mempunyai akhlak yang baik dalam diri seorang Muslim itu amatlah penting.Ini kerana
akhlak mempunyai kedudukan yang sangat tinggi dalam agama.Menurut agama Islam itu
sendiri, akhlak adalah ciri yang membezakan manusia daripada haiwan. Manusia tanpa
akhlak yang baik akan hilang taraf kemanusiaannya. Oleh itu, ada yang menyebut seseorang
yang tidak berakhlak adalah sama tarafnya dengan haiwan malah lebih rendah dari itu lagi.

‫صُرو َن هِبَا َوهَلُ ْم آ َذا ٌن اَل‬


ِ ‫س ۖ هَل م ُقلُوب اَل ي ْف َقهو َن هِب ا وهَل م أ َْع ٌ اَل يب‬ ِ ِ ِ ‫ولََق ْد َذرأْنَا جِل هن‬
ُْ ‫َّم َكث ًريا م َن اجْل ِّن َواإْلِ نْ ِ ُ ْ ٌ َ ُ َ َ ُ ْ نُي‬ َ ََ َ َ
‫ك ُه ُم الْغَافِلُو َن‬
َ ِ‫َض ُّل ۚ أُو ٰلَئ‬ َ ِ‫يَ ْس َمعُو َن هِبَا ۚ أُو ٰلَئ‬
َ ‫ك َكاأْل َْن َع ِام بَ ْل ُه ْم أ‬

Mafhumnya: Dan sesungguhnya kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan
manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah),
dan mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang
mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka
itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi, mereka itulah orang-orang yang
lalai. (Surah al-Araaf: 179)

Disebabkan itu, Islam amat menitik beratkan persoalan mengenai akhlak.Sebagai


manifestasi kepentingan akhlak dalam kehidupan manusia, Islam sendiri telah menyusun
dengan begitu sistematik sistem dan kaedah akhlaknya. Perutusan Rasulullah saw sendiri
merupakan simbol kepada kepentingan akhlak dalam Islam. Rasulullah saw telah
menggariskan matlamat kenabian baginda dan metodologi dakwah baginda adalah bagi
menyempurnakan akhlak manusia seperti mana sabda baginda saw:

‫إمنا بعثت ألمتم مكارم األخالق‬

Maksudnya: Sesungguhnya aku diutuskan bagi menyempurnakan kemuliaan akhlak (Hadis


Riwayat Imam Malik)

Jadi dapat kita lihat bahawa tugas nabi Muhammad yang telah digariskan dalam
sejarah hidupnya cukup menarik perhatian manusia bagi mengikuti dan melaksanakan ajaran
yang tealh disampaikan oleh baginda melalui keluhuran akhlaknya yang sempurna.Agama
sendiri telah menggariskan tentang ibadah yang juga telah menetapkan bahawa ibadah itu
merupakan asas iman bukannya upacara agama yang bersifat abstrak.
Agama Islam juga tidak menyuruh manusia melakukan perbuatan jahat atau mungkar
yang tidak mempunyai nilai akhlak yang jujur, tetapi sebaliknya Islam mengajar umat
manusia agar hidup dengan akhlak yang mulia dalam apa jua situasi baik ketika senang
ataupun ketika dalam kesusahan. Ini sebagaimana yang dinyatakan dalam al-Quran bahawa
Allah swt memerintahkan solat sekaligus menerangkan hikmah solat tersebut:

ۗ ۡ ِ ِۡ ۡ ِ ۡ َّ ‫ب َوأَقِ ِم‬
َّ ‫ٱلصلَ ٰو ۖةَ إِ َّن‬ ِ َ‫ك ِمن ٱ ۡل ِك ٰت‬ ِ ِ
ُ‫ٱلصلَ ٰوةَ تَ نَه ٰى َع ِن ٱ لَف ۡح َشٓاء َوٱ ل ُمن َك ۗ ِر َولَذ كُر ٱللَّه أَ كَب ُر َوٱللَّه‬
ۡ ۡ
َ َ ‫ٱ ت ُل َمٓا أُوح َي إلَ ۡي‬
٤٥ ‫ن‬
َ ‫صَنعُو‬
َۡ‫َما ت‬ ‫يَ ۡع لَ ُم‬

Mafhumnya:  bacalah serta Ikutlah (Wahai Muhammad) akan apa Yang diwahyukan
kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); Sesungguhnya
sembahyang itu mencegah dari perbuatan Yang keji dan mungkar; dan Sesungguhnya
mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah
mengetahui akan apa Yang kamu kerjakan. (Surah al-ankaabut: 45)

Disini ia menjelaskan bahawa hakikat solat yang sebenar adalah bagi membersihkan
jiwa dari perbuatan keji yang akan membawa kepada kehinaan dan mensucikan diri daripada
perkataan buruk. Hal inilah yang diterangkan oleh Allah swt tentang hakikat solat yang
sebenar. Begitu juga dengan ibadah-ibadah yang lain seperti zakat yang bertujuan bagi
membersihkan jiwa dan megangkat darjat manusia, manusia yang disyariatkan juga bukan
hanya untuk menahan diri daripada makan dan minum tetapi lebih kepada melatih diri
daripada melakukan perbuatan keji yang dilarang.

Oleh itu, mereka yang tidak mengambil kebaikan daripada ibadah yang dilakukannya
bagi mensucikan jiwanya, hatinya, lisannya dan fikirannya dalam memperluaskan
hubungannya kepada Allah swt dan kepada sesama manusia maka rugilah
kehidupannya.Oleh yang demikian, akhlak mempunyai kepentingan yang amat tinggi dalam
ajaran Islam.

Antara kepentingan akhlak adalah melahirkan umat manusia yang bertamadun dan
dihormati oleh masyarakat. Dengan adanya akhlak dalam diri seseorang itu, mampu
mewujudkan sebuah tamadun yang bertahan lama, sebagai contoh, akhlak yang telah
ditunjukkan oleh Rasulullah saw sendiri yang sehingga baginda mampu menarik hati
masyarakat zaman dahulu untuk memeluk Islam. Jadi sekiranya seseorang itu menjaga
akhlaknya sudah pasti akan menarik hati orang sekelilingnya untuk menghormatinya dan
memandang tinggi kepadanya. Apabila dia gagal menjaga akhlaknya maka tidak hairanlah
orang sekelilingnya akan melarikan diri sedikit demi sedikit darinya.

Kedua, melahirkan masyarakat yang mempunyai produktiviti professional. Sekiranya


seseorang itu menjaga akhlaknya maka mereka akan memegang kepada prinsip Islam yang
sentiasa menekankan soal kejujuran, tanggungjawab, dan saling hormat menghormati dan
sebagainya. Dengan itu, ia mampu untuk melahirkan masyarakat dan pemimpin yang
berintegreti tinggi dan nilai professional yang tinggi sekaligus menaikkan martabat Islam.
Jadi masalah rasuah akan berkurangan dalam kalangan orang Islam sekiranya ramai yang
mempunyai akhlak yang baik.

Ketiga, akhlak merupakan faktor yang penting dalam membina dan menegakkan
kehidupan keluarga yang sejahtera dan bahagia zahir dan batin. Secara umumnya, kenakalan
seorang remaja adalah berpunca daripada akhlak yang buruk.Namun sekiranya seorang
remaja yang berprestasi mempunyai sikap sopan dan santun dan berhasil mencapai cita-cita
mereka adalah kerana manfaat dari akhlak yang mulia dan luhur budi pekertinya.Jadi akhlak
yang baik hendaklak dipupuk sejak daripada kecil lagi, bak kata pepatah Melayu, “melentur
buluh biarlah dari rebungnya”.

Seterusnya, akhlak yang baik adalah penting untuk umat Islam kerana menjadi
instrument dakwah yang berkesan bagi menyebarluaskan keindahan Islam kepada
masyarakat.Dengan akhlak yang baik mampu menarik perhatian orang yang
melihat.Terutamanya mampu menarik orang bukan Islam untuk mendekati agama Islam
dengan mudah. Ini telah ditunjukkan sendiri oleh Rasulullah saw dengan mempamerkan
akhlak yang indah, membuatkan ramai yang terpukau dengan keperibadiannya. Akhirnya
ramai yang memeluk Islam dan mengenali Islam dengan lebih mendalam.

Selain itu, akhlak adalah nilai yang menjamin keselamatan kita dari seksaan api
neraka. Islam menganggap mereka yang tidak berakhlak tempatnya dineraka. Seperti
seseorang itu yang melakukan maksiat, derhaka kepada kedua ibu bapa mereka, melakukan
kezaliman dan sebagainya, sudah pasti Allah akan menolak mereka untuk dijadikan sebagai
ahli syurga atau penghuni syurga. Jadi akhlak yang terpuji dan baik adalah antara jaminan
bagi seseorang itu untuk menjadi ahli syurga.

Kesimpulannya, akhlak merupakan warisan maknawi yang telah ditinggalkan oleh


Rasulullah saw kepada umat Islam. Ia sangat berperanan terhadap seseorang dalam
melahirkan seorang insan yang cemerlang sama ada di dunia atau di akhirat. Seseorang yang
berubah ke arah kebaikan jika ia menghayati nilai moral dalam kehidupannya kerana akhlak
yang mulia dapat memberikan kesan yang penting serta positif terhadap kehidupan manusia.
Kehidupan ini akan bertambah tenang, mempunyai kerukunan dan ketenteraman, malah
mendapat kemuliaan daripada Allah swt. Dengan ini kita hendaklah mengutamakan akhlak
mulia dalam segala perbuatan di dunia ini.

KESIMPULAN

Dalam mencapai usaha untuk mencapai kemuliaan akhlak, para sufi memahami bahawa ia
perlu kepada kewujudan semangat di dalam diri manusia untuk berjihad melawan hawa
nafsunya, membersihkannya dengan segala sifat yang tercela dan menghiasinya dengan
segala sifat yang terpuji. Akhlak adalah sebagai wasilah iaitu jalan menyampaikan seseorang
salik kembali kepada Allah SWT. Tanpa akhlak, seseorang salik itu tidak akan dapat
bergerak maju dalam perjalanan kerohaniannya. Dan ini bermakna, aklak tasawuf adalah
sama kerana membincangkan hal yang sama iaitu sifat terpuji dan sifat keji.
Walaubagaimanapun, pada satu peringkat yang lebih tinggi, tasawuf berada pada
kedudukannya yang tersendiri.
RUJUKAN

Al Quran Al Karim

Isa, Abdul Qadir. 2005. Hakekat Tasawuf. Jakarta: Qisthi Press

Muhammad Zaki Ibrahim. 2004. Tasawuf Hitam Putih. Indonesia: Penerbit Tiga Serangkai.

Nino Indrianto. 2020. Pendidikan Agama Islam Interdisipliner Untuk Perguruan Tinggi.
Indonesia: Penerbit Deepublish.

Anda mungkin juga menyukai