Anda di halaman 1dari 6

SUBJEK:

AKHLAK DAN TASAWUF

KOD KURSUS:
PPPY 1192

TAJUK:
IMAN, ISLAM DAN IHSAN DAN HUBUNGANNYA DENGAN TASAWUF

DISEDIAKAN OLEH:

BIL. NAMA NO MATRIK


1.
2. KHAIRULANWAR BIN MOHD DAHLAN A175360
3.
4.

NAMA PENSYARAH:
AKU TAK KENAL SO PLEASE TULIS #USTAZ SIDDIQ BIN APA

JABATAN USULUDDIN DAN FALSAFAH


FAKULTI PENGAJIAN ISLAM
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
PENGENALAN

Kertas kerja ini akan membincangkan tajuk tugasan kami berkaitan dengan Iman, Islam, Ihsan dan
hubungannya dengan tasawwuf. Menurut Shahih al-Samahah (Maulana Syeikh), mengatakan bahawa
dalam memperkatakan sesuatu perkara perlunya difahami terlebih dahulu maksud sesuatu perkara
tersebut. Dengan kata lain, sebelum mendefinisikan sesuatu secara jami’ mani’ (komprehensif), sudah
tentu kita harus mengetahui terlebih dahulu kategori definisi yang definisi (ta’rif al-ta’rif). Perkara ini
merupakan suatu perkara yang penting kerana tanpanya sesuatu perkara menjadi tidak jelas dan akan
menyebabkan kekeliruan serta kurang tepat pengertian kefahaman makna sesuatu perkara. Menurut
Shahib al-Samahah mengatakan bahawa ta’rif al-ta’rif adalah:

‫إبراز املعىن املستقر عند أهل اإلختصاص‬


Yang bermaksud: Definis merupakan makna sesuatu yang tepat oleh seseorang yang benar-benar
memiliki kepakaran di bidangnya.

Oleh itu, kami akan cuba menerangkan definisi berkaitan dengan tajuk yang telah diberikan
kepada kami bagi memenuhi kehendak dan matlamat subjek Akhlak Tasawwuf pada sesi kali ini. Ini
disebabkan oleh, untuk mengetahui hubungan sesuai perkara kita hendaklah mengetahui secara asas
perkara yang cuba kita kaitkan antara satu sama lain.

Secara umumnya, tajuk yang diberikan kepada kami ini dapat kami huraikan menerusi
penerangan hadis mahsyur yang dipanggil sebagai hadis Jibril a.s. Berikut dibawah kami kongsikan
hadis tersebut:

“Dari Sayyidina Umar bin Al-Khattab r.a berkata: Suatu hari, kami (para sahabat) duduk di sisi Nabi
Muhammad saw. Tiba-tiba muncul kepada kami seorang lelaki yang mengenakan pakaian yang
sangat putih dan rambutnya amat hitam. Tidak terlihat padanya tanda-tanda bekas perjalanan, dan
tidak ada seorang pun di antara kami yang mengenalnya. Ia segera duduk di hadapan Rasulullah saw,
lalu lututnya disandarkan kepada lutut Rasulullah saw dan meletakkan kedua tangannya di atas kedua
paha Rasulullah saw, kemudian ia berkata:

“Hai Muhammad! Beritahukan kepadaku tentang Islam” Rasulullah saw mejawab, “Islam itu ialah
bahawa engkau mengakui tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawasanya Muhammad itu pesuruh
Allah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, dari engkau menunaikan
haji ke Baitullah, jika engkau telah mampu melakukannya” Ia berkata, “Engkau benar” Maka kami
hairan ia yang bertanya dan ia pula yang membenarkannya.

Kemudian ia bertanya lagi, Beritahukan kepadaku tentang Iman. Rasulullah saw, Iman adalah engkau
beriman kepada Allah, malaikatnya, kitab-kitabnya, para rasulnya, hari kemudian, dan engkau
beriman kepada takdir Allah yang baik dan yang buruk. Ia berkata engkau benar! Dia bertanya lagi:
Beritahukan kepadaku tentang ihsan”

Rasulullah saw menjawab: Hendaklah engkau beribadah kepada Allah swt seakan-akan engkau
melihatnya. Kalaupun engkau tidak melihatnya, sesungguhnya dia melihat engkau. Lelaki itu berkata
lagi: beritahukan kepadaku tentang kiamat?

Rasulullah saw menjawab: tidaklah orang yang ditanya tentangnya lebih tahu dari orang yang
bertanya. Kalau begitu khabarkan kepadaku tentang tanda-tandanya. Rasulullah saw menjawab:
Tanda-tanda itu ialah bila hamba-hamba telah melahirkan tuannya: jika engkau melihat orang yang
tidak berkasut, tidak berpakaian, miskin, pengembala kambing (berbangga-bangga) menegakkan dan
meninggi-ninggikan binana”

Kemudian ia pun pergi, lalu aku pun terdiam beberapa lama setelah itu Rasulullah saw bertanya:
Wahai Umar! Tahukah engkau siapa yang bertanya tadi? Kataku: Allah dan rasulnya lebih
mengetahui. Rasulullah saw berkata: Sesungguhnya dia adalah Jibril yang mengajarkan kalian tentang
agama”. (Hadis Riwayat Muslim, no.8)

APA ITU IMAN?

APA ITU ISLAM?

APA ITU IHSAN?

APA ITU TASAWWUF

Secara umumnya tasawwuf mempunyai banyak maksud dan pergeritan yang luas dan berbeza kerana
ia adalah satu fenomena umum yang wujud dalam mana-mana agama, falsafah dan tamadun manusia.
Menurut kamus Oxford Study Dictionary (1996: 1066) tasawwuf merujuk kepada maksud sufism atau
sufiyyah. Ia juga boleh difahami sebagai satu fahaman atau ajaran tentang tasawwuf. Kamus Dewan
Bahasa dan Pustaka mendefiniskan tasawwuf sebagai ajaran (usaha,jalan) untuk mengenal dan
mendekatkan diri kepada Tuhan dengan sebenar-benarnya. Seterusnya, ia menyatakan bahawa ilmu
ini adalah ilmu suluk dan ilmu tarekat.

Perkataaan Tasawuf dikatakan berasal daripada pertakaan suf yang membawa maksud bulu
iaitu sejenis pakaian yang diperbuat daripada bulu binatang yang menjadi pakaian kebanyakkan ahli
tasawwuf pada zaman dahulu kerana pakaian jenis itu diaktakan sebagai pakaian yang paling digemari
oleh para anbiya’ dan para siddiqin serta juga merupakan syiar kepada orang yang zuhud (Ibn
Khaldun t.t:439). Secara umumnya tujuan ahli tasawwuf berpakaian seperti itu adalah untuk
menambah sifat tawaduk dan rendah diri mereka kepada Allah swt.

Antara para sahabat Rasulullah saw yang sentiasa berpakaian seperti itu ialah Salman al-
Farisi, Abu Ubaidah al-Jarrah, Abu Zhar al-Ghifari dan banyak lagi. Ada juga yang berpendapat
bahawa istilah tasawwuf itu dinisbahkan kepada seorang lelaki yang bernama al-Ghaus bin Mar bin
Ad bin Thabikhah bin Ilyas bin Mazar yang sentiasa mengasingkan diri daripada masyarakat kerana
bermunajat kepada Allah swt di Masjid al-Haram. Namun begitu, beliau lebih dikenali sebagai Suffah
bin Murah, terutamanya ibunya yang sentiasa memanggilnya Sufa (al-Jauzi 1987:197-200).

Disebabkan itu, ahli-ahli sufi dikatakan disandarkan kepadanya kerana kedudukan mereka
yang sama dengannya daripada sudut mengasingkan diri untuk mengabdikan diri dan beribadat
kepada Allah swt. Tasawuf juga dikatakan berasal daripada kalimah al-saf yang bermakna safa atau
barisan sama ada barisan perjuangan di medan perang ataupun saf hadapan ketika mendirikan solat.
Ini disebabkan kerana kebanyakkan para ahli tasawwuf sentiasa berada dalam barisa hadapan semasa
menunaikan solat di masjid dan juga mereka yang suka memenuhi saf-saf hadapan ketika berperang.
Selain itu, perkataan tasawwuf juga dikatakan diambil daripada kalimah al-sofa yang
membawa makna kesucian hati dan bersih daripada sifat-sifat mazmumah serta berlapang dada bagi
mencari kredhaan Allah swt. Pendapat ini telah disokong oleh Syeikh Sha’rawi dan Syeikh Abd.
Qadir al-Jilani dalam kitabnya –al-Ghunyah serta Bishr bin al-Harith. Menurut al-Bishr, ahli sufi ialah
orang yang suci hatinya kerana Allah swt.

Makna tasawwuf daripada sudut istilah pula dilihat menurut pandangan ulama-ulama Islam
yang mempunyai pelbagai takrifan berbeza kerana mereka menilainya daripada sudut pandangan,
pemerhatian dan pengalaman masing-masing mengikut zaman, suasana dan perkembangan yang
dilalui. Ada ulama yang memberi takrifan dengan pendapat yang luas dan ada juga yang memberi
takrifan yang agak sempit. Ada yang mentaktifnya daripada sudut akhlak, ada yang mendefiniskannya
dariapda sudut kesucian jiwa dan amal ibat, ada juga yang mendefinisikannya daripada sudut kesucian
jiwa dan amal ibadat, ada juga yang mendefinisikannya menerusi kaca mata makrifat dan ada juga
yang mendefinisikannya daripada sudut zuhud, ada juga ulama Islam yang mendefinisikannya
daripada sudut ihsan.

Sekiranya ada yang bertanya apakah sudut pandang ilmu tasawwuf dalam kalangan tokoh
Ahli Sunnah wal jamaah. Menurut para ulama besar (Ahli Sunnah wa al-Jamaah) kaum muslimin
seperti Imam al-Syafi’i, Imam Malik, Imam al-Ghazali dan ramai lagi sama sekali tidak pernah
menentang tasawwuf Islam sejati. Sejarah Islam sendiri telah menyaksikan dan mencatatkan bahawa
kebanyakkan mereka telah melibatkan diri sebagai pengikut dan murid tasawwuf. Mereka telah
berkhidmat di bawah bimbingan seorang mursyid tarekat yang arif, walaupun mereka mempunyai
pengetahuan syariat Islam yang lebih luas dan dalam, namun mereka tetap menghormati para syeikh
tasawuf mereka.

Ini disebabkan oleh kerana mereka mengerta tentang keperluan ilmu lahiriah dan ilmu
batiniyah dalam mebentun qalbun salim dan akhlak yang lebih mulia. Para ulama ini juga sedar
tentang keperluan ilmu syariat yang harus disokong oleh ilmu tasawuf sehingga tercapilah
pengetahuan sejati mengenai hakikat ibadah yang sebenarnya. Begitu juga dengan empat orang imam
mazhab Sunni, di mana semuanya dikatakan mempunyai guru mursyid tarekat. Ini bermakna, ulama-
ulama daripada Ahli Sunnah wa al-Jamaah tersebut adalah imam-imam yang berjalan atas landasan
tasawwuf dalam kehidupan seharian mereka.

Namun Imam Malik bin Anas dikatakan pernah mengkritik kaum sufi, tetapi kritikannya iut
sebenarnya ditujukan kepada ahli sufi yang dikhabarkan kepadanya sedang menari dan berjoget
sehingga melampaui batas. Tetapi kritikan tersebut tidak membataskannya untuk melihat tasawwuf
sebagai sesuatu yang murni apabila ia diadili dengan al-Quran dan Sunnah Nabi saw. Justeri itu beliau
dikatakan pernha berguru dengan Imam Jaafar al-Sadi r.a untuk mendalami ilmu dan amalan tasawuf.
Kemudian beliau utarakan pendapatnya mengenai ilmu tasawwuf.

“Barangsiapa yang mempelajari atau mengamalkan tasawwuf tanpa fekah maka dia telah zindiq, dan
barangsiapa mempelajari fekah tanpa tasawuf dia tersesat, dan siapa yang mempelajari tasawuf
dengan disertai fekah maka dia meraih kebenaran dan realiti dalam Islam.”

Pengiktirafan Imam Malik tersebut merupakan satu penghormatan besar buat ilmu tasawwuf,
yang dilihatnya sebagai suatu ilmu yang perlu dipelajari bersama dengan ilmu fekah. Seterusnya
Imam al-Shafie juga tidak ketinggalan mengatakan pandangannya terhadap ilmu tasawwuf. Beliau
juga tidak terlepas untuk mengkritik tentang sufi dan tasawwuf yang dimuatkan dalam kitab Manaqib
Imam al-Shafie, karya Imam al-Baihaqi dan kitab Mukhlafatul sufiyyah li Imam al-Shafi’ah. Imam
Shafie bukan sahaja mengkritik dan mencela ahli tasawwuf, tetapi memanggil mereka sebagai ahli
zindiq.

Namun kritikannya tersebut adalah berkaitan dengan tasawwuf dan sufi yang palsu sahaja,
bukannya tasawwuf yang berpaksikan kepada al-Quran dan Sunnah. Bagi tasawwuf Islam yang sejati,
beliau sebaliknya telah berpesan kepada umat Islam agar menjadikan diri mereka sebagai orang yang
faqih dan sufi sekali gus, dan bukan hanya faqih semata-mata atau sufi sahaja. Ini adalah kerana faqih
yang tidak berjalan atas landasan tasawwuf, maka hatinya akan menjadi keras akibat penyakit-
penyakit hati yang bersarung dalamnya, manakala sufi yang tidak mempedulikan ilmu fekah, akan
menjadikannya seorang yang jahil dalam hukum hakam agama Islam. Maka fedah dan tasawuf dilihat
sebagai saling memerlukan bagi membentuk Muslim yang sejati dan hebat.

Perkara ini disebabkan oleh Imam al-Shafie dalam bait-bait syairnya yang termaktub dalam
kitab Diwannya, sebagaimana berikut iaitu: Faqih lagi sufi, engkau jadikan dirimu, kedua-duanya
sekali, Jangan hanya salah satu. Demi Allah, sesungguhnya aku menasihatimu Faqih semata tidak
merasa takwa, kerana hatinya membatu manakala sufi itu jahil, kurang faham, tiada ilmu. Justeru
bagaimana si jahil menjadi baik soleh lagi bermutu- Kata Imam Shafie.

Seorang lagi tokoh ahli sunnah wa al-jamaah, Imam al-Ghazali terkenal sebagai tokoh dan
ulama tasawwuf yang memperjuangkan kedudukan tasawwuf sehingga ia menjadi ilmu Islam yang
teguh kedudukannya dalam senarai ilmu-ilmu Islam, dan amalan tasawwuf yang menjadi amalan yang
amat dihormati sebagai dimensi kerohanian murni Islam berpaksikan al-Quran dan Sunnah. Beliau
turut mempunyai pelbagai buku mengenai tasawwuf seperti kitab ihya ulum al-din minhaj al-abidin.

KESIMPULAN

Melalui perkara di atas, dapatlah kita simpulan bahawa 3 perkara penting yang dapat kita lihat iaitu
yang pertama, Rukun Islam, Rukun Iman dan Islam. Dimana rukun Islam adalah berkaitan dengan
perkara praktikal melaksanakan perintah-perintah agama Islam. Ia juga berkaitan dengan kaedah
ibadah, muamalah, munakahah, jenayah dan seterusnya sekali gus membezakan diantara seorang
Muslim dan seorang kafir seperti, solat, puasa, zakat dan haji. Muslim yang sebenar sentiasa berusaha
melaksanakan segala perintah dan larangan Allah. Maka, ilmu pada rukun ini adalah feqah.

Seterusnya Iman pula adalah berkaitan dengan perkara-perkara tauhidan. Di dalam rukun ini
menerapkan soal kepercayaan yang wajib kita imani. Ia bermula daripada kepercayaan kepada Allah,
para Malaikatnya, kitabnya, rasulnya dan hari kiamat dan qada’qadar. Dengan rasa percaya dan yakin,
maka lahirlah sifat taat keapda segala perintah dan larangannya. Maka, ilmu pada rukun ini adalah
Tauhid.

Seterusnya adalah berkaitan dengan ihsan, Rukun ini menerangkan perihal muraqabatullah
iaitu kebersamaan kita dengan Allah swt. Bilamana seorang hamba yang melakukan solat, maka
perasaan yang hadir akan menjadikan solat yang didirikan benar-benar ikhlas dan hanya melakukan
ibadah atau sesuatu kerana Allah swt semata-mata. Begitulah yang ingin diterapkan di dalam rukun
ihsan iaitu engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatnya (muraqabah), tetapi jika engkau
tidak melihatnya maka sesungguhnya dia melihat engkau (musyahadah). Maka ilmu pada rukun ini
adalah tasawwuf.

Apa yang dapat dari kesinambungan yang dapat diambil daripada pertanyaan Jibril kepada
baginda Rasulullah saw adalah berkaitan dengan rukun agama yang terbahagi kepada rukun Islam
(feqah), Rukun Iman (tauhid) dan Rukun Ihsan (tasawwuf). Islam merangkumi ilmu feqah dan
pelaksanaannya dengan mengambil keberkatan imam empat mazhab iaitu Syafie, Maliki, Hanafi, dan
Hanbali. Setiap mazhab dipelopori oleh setiap imamnya dan ijtihad mereka dalam setiap pelaksanaan
hukum. Sebagai contoh perbezaan pandangan dalam hal-hal yang membatalkan wuduk, pemberian
zakat kepada asnaf zakat, penentuan awal puasa dan sebagainya.

Iman pula adalah perkara yang merangkumi ilmu tauhid dan terpecah kepada beberapa aliran
antaranya mazhab Asy’ariyah dan Maturidiyah. Aliran ini mengaku ada sifat-sifat Tuhan, yang mana
sifat-sifat tersebut sesuai dengan Zat Tuhan sendiri dan sama sekali tidak menyerupai sifat-sifat
makluk. Manakala aliran Maturidiyah masih tergolong ahli sunnah seperti halnya aliran Asy’ariyah.
Pengasasnya adalah Imam Muhammad bin Muhammad Abu Mansur. Menurut Imam al-Maturidi
mengetahui tuhan dan kewajiban mengetahui Tuhan dapat diketahui dengan akal.

Selain itu, Ihsan yang merangkumi bidang ilmu tasawwuf. Tasawwuf bermaksud
memperbaiki hati iaitu dari segi ketekunan “ubudiyyah, menyucikan akhlak, dan menguatkan rohani
bagi memperolehi kebahagian abadi: atau terpaut hati kepada dunia bertumpu kepada akhirat,
bersungguh-sungguh dalam taat kepada Allah swt. Tasawwuf juga adalah ilmu bagi mentarbiyah diri
dalam mencapai tingkat ihsan yang didefinisikan baginda Nabi Muhammad saw iaitu engkah
beribadah seolah-olah melihatnya. Maka, jika tidak dapat melihatnya maka Allah swt melihatmu, atau
dengan istilah kaum sufi adalah musyahadah dan muraqabah seperti yang dihuraikan sebelum ini.

Anda mungkin juga menyukai