Anda di halaman 1dari 4

KEPENTINGAN ILMU HADIS

Riwayat itu dapat dikenali sama ada hadis benar atau hadis palsu

Riwayat dapat dikategorikan mengikut kelayakan syarat hadis

Dapat meletakkan kategori hadis berdasarkan jumlah perawi kepada Mutawatir dan Ahad

Membina kaedah-kaedah Fiqh untuk membina hukum

Membantu para cendikiawan mendapatkan hadis-hadis kukuh

Mengupas hadis dalam konteks yang lebih luas

Memahami al-quran secara lebih mendalam

Mengistinbatkan banyak hukum

Penyelesaian kepada masalah masyarakat

Riwayat mudah difahami dengan mendalam maksudnya

Melahirkan cendikiawan islam dan sarjana islam

Mengelakkan musuh-musuh islam menggugat kedudukan hadis

Menjaga kandungan hadis

Memerlukan sarjana islam dalam hal-hal yang melibatkana otoriti hadis sebagai sumber islam.

KEPENTINGAN ILMU HADIS Berdasarkan peta minda diatas, dapatlah kita simpulkan bahawa terdapat 14 kepentingan ulum hadis yang dapat kita rungkaikan. Sebagai sumber kedua dalam islam, tidak dapat dinafikan pengajian ilmu hadis sangat penting kepada sesebuah Negara dan masyarakatnya, berdasarkan sebab-sebab yang akan dihuraikan selanjutnya. Pertama, melalui ilmu hadis, sesuatu riwayat itu dapat dikenali sama ada ia benarbenar merupakan hadis Rasulullah atau is telah dieksploitasikan oleh pihak pencipta hadis palsu. Dengan mengagungkan hadis daif (lemah) atau palsu menyebabkan umat Islam jauh terpesong dari landaan syarak sebenar. Dengan mempelajari ilmu hadis, akal yang waras akan menolak sebarang pemalsuan dan fakta daif yang tidak boleh dijadikan sandaran hukum. Kedua, sesuatu riwayat itu dapat dikategorikan mengikut kelayakan dan syarat sesebuah hadis. Ini adalah kerana ada yang Sahih, Hasan, Daif malah dusta semata-mata yakni Maudu. Selain itu, melalui pengajian hadis juga dapat meletekkan kategori hadis berdasarkan jumlah perawi kepada Mutawatir dan Ahad, yang melibatkan autoritinya sebagai qati atau zann. Keempat, melalui pengajian hadis juga dapat membina kaedah-kedah Fiqh berdasarkan kandungan, sebab wurud, perawi, nasikh mansukh, talfiq, tarikh matan-matan dan sebagainay yang wajar diketahui untuk membina hukum. Timbullah bermacam kaedah seperti semua benda yang memabukkan haram, sesuatu yang boleh menyebabkan kebinasaan haram dan banyak lagi. Kaedah-kaedah inilah yang menjadi asas dalam pelabagai masalah agama. Seterusnya, pengajian hadis juga dapat membantu para cendikiawan mendapatkan hadis-hadis yang kukuh dan diyakini kedudukannya sebagai dalil untuk berhujah terhadap sesuatu isu. Di samping itu, untuk mengupas sesebuah hadis dalam konteks yang lebih meluas, seseorang itu memerlukan metodologi pengajian hadis agar kupasan lebih baik dan menepati kehendak sebenar hadis. Kepentingan yang ketujuh pula ialah melalui pengajian ilmu hadis, ia juga dapat memehamai al-Quran secara lebih mendalam yang mana kandungannya adalah sinonim dengan hadis kerana kedua-duanya adalah wahyu daripada Allah.

Tambahan lagi, melalui pengajian hadis juga dapat mengistinbatkan banyak hukum yang terdapat di dalam sumber kedua ini. Istinbat ( )adalah daya usaha membuat keputusan hukum syarak berdasarkan dalil-dalil al-Quran atau Sunnah yang sedia ada. Tidak dilupakan penyelesaian kepada masalah masyarakat memerlukan kepakaran dalam ilmu hadis. Memahami hadis secara zahirnya sahaja tidak boleh menyelesaikan masalah masyarakat, ia perlu disertai dengan ilmunya yang menjurus kepada pemahaman keseluruhan persoalan. Golongan yang mempelajari ilmu hadis sama sekali tidak akan memperkatakan tentang hukum-hakam syarak tanpa ilmu pengetahuan yang sahih. Apa yang tidak sampai kepada mereka, mereka berdiam diri. Mereka sanggup meninggalkan amalan yang bercanggah dengan hadis sahih setelah menemuinya. Malah, mereka sanggup membatalkan segala pendapat mereka sama ada ketika hidup atau selepas mati jika menyanggahi hadis sahih. Kepentingan kesepuluh pula ialah sesuatu riwayat itu mempunyai perkataan atau gayabahasa yang tertentu untuk difahami. Justeru itu, ,melalui pengajian ilmu hadis sesuatu riwayat itu mudah difahami dengan lebih mendalam maksunya. Jika kita fikirkan dan renungi sebaiknya, tanpa pengetahuan dalam ilmu hadis seseorang itu tidak layak digelar sarjana islam atau cendikiawan islam kerana ia tidak menepati syarat-syarat dan cirri-ciri ilmu islam yang sebenarnya. Oleh itu, pengetahuan ilmu hadis ini memainkan peranan penting sebagai salah satu pelengkap dalam bergelar cendikiawan islam atau sarjana islam. Di samping itu, memandangkan al-Quran tidak boleh digugat dan diubah, musuhmusuh Islam menumpukan kepada hadis Rasulullah untuk menggugat kedudukannya sebagai sumber kedua melalui berbagai cara dan kaedah yang dilakukan. Namun begitu, ulama hadis dapat mengesannya dengan menggunakan kaedah ilmu hadis dan berusaha secara berterusan untuk menghalangnya daripada sampai ke tangan mesyarakat islam. Pengisian kepentingan yang ketiga belas ialah mengenai menjaga kandungan hadis. Mendalami ilmu hadis dapat menjaga kandungan hadis Rasulullah dari sebarang penyelewengan, seperti wujudnya Khurafat, Israiliyat, dan seumpamanya. Kepentingan yang terakhir ialah, masyarakat islam memerlukan Sarjana yang mampu mengaplikasikan hadis dalam menghadapi cabaran semasa terutamanya hal-hal yang melibatkan otoriti hadis sebagai sumber islam.

Konklusifnya di sini dapat kita ketahui terdapat pelbagai kentingan ilmu hadis. Ilmu hadis merupakan salah satu ilmu syariat yang wajib dipelajari. Mengapa tidak, kerana hukum-hukum syarak berpandukan hadis. Sesiapa yang tidak mempelajari ilmu hadis, maka dia bakal terjerumus dalam kesilapan. Maka, sebagai seorang muslim wajib bagi kita mempelajari ilmu hadis serta berhati-hati terhadap hadis-hadis palsu. Oleh yang demikian, ilmu pentakhrijan hadith harus dikuasai oleh mereka yang berada di bidang hadis dalam menangani masalah ini. Yang wajib masuk ke 'gelanggang' ini adalah para penuntut ilmu, para pengkaji hadis, dan para sarjana islam bagi membantu golongan awam yang tiada ilmu mengenainya untuk beramal menggunakan hadis-hadis Nabi s.a.w yang tsabit daripada Nabi s.a.w. dan membendung penyebaran hadis-hadis palsu.

Anda mungkin juga menyukai