Anda di halaman 1dari 2

FAEDAH MENGETAHUI ILMU TAJWID

1. MEMELIHARA DARIPADA KESALAHAN-KESALAHAN DALAM MENBACA AL-QURAN.

Dengan mempraktikkan ilmu Tajwid dalam pembacaan Al-Quran, seseorang itu akan terhindar
daripada melakukan kesalahan-kesalahan yang merosakkan bacaan atau mencacatknya. Sekiranya
membaca Al-Quran dengan tajwid yang betul merupakan stu kewajipan bagi setiap Muslim, maka
membacanya dengan tajwid yang salah merupakan suatu dosa.

2. MENINGKATKAN MINAT MEMBACA AL-QURAN

Berkat penguasaan ilmu Tajwid maka para pembaca Al-Quran akan yakin bahawa mereka akan
terhindar dari sebarang kesalahan, seterusnya dengan adanya penguasaan ilmu Tajwid juga kualiti
bacaan Al-Quran akan terpelihara. Apabila tajwid itu betul maka kecenderungan minat untuk
membaca Al-Quran akan lebih meningkat lagi, kerana adanya perkaitan hati sanubari dengan ayat-
ayat yang dibaca.

Dengan demikian, kecenderungan tersebut bukan hanya di dalam peningkatan membacanyanya


sahaja, bahkan lebih cenderung untuk mendalami makna-makna yang terkandung di dalam Al-
Quran. Apabila terdapat motivasi sedemikian dalam diri individu, membaca Al-Quran akan menjadi
dasar dalam kehidupan manusia dan menjadi insane yang bertaqwa kepada Allah. Seterusnya Allah
akan memberikan darjat yang tinggi di akhirat kelak.

Bagi mereka yang menyukai Al-Quran sama ada minat untuk membacanya atau minat dalam
mencapai kefahaman ayat-ayatnya mendapat perumpamaan seperti mana sabda Rasulullah s.a.w. :-

Maksudnya:

“Keutamaan Al-Quran dibanding dengan lain-lain ucapan, adalah seperti keutamaan Allah
dibanding dengan seluruh ciptaanNya. Riwayat Baihaqi.

Dari makna hadith di atas jelas kepada kita bahawa mempelajari Al-Quran sama ada membacanya
hinggalah memahami makna yang terkandung di dalamnya merupakan suatu perbuatan yang
paling utama dibandingkan dengan lain-lain perbuatan.”

3. MENCAPAI KEYAKINAN DALAM PEMBACAAN AL-QURAN YANG BETUL.

Apabila seseorang itu mengetahui tentang hukum tajwid akan merasa yakin semasa membaca Al-
Quran. Mereka tidak lagi merasa ragu tentang apa jua bentuk ayat atau hukum bacaan yang ditemui
di mana-mana tempat dalam Al-Quran yang sebanyak 30 juzuk itu.

Bagi golongan yang tidak tahu tentang hokum tajwid mereka akan gelisah dan tidak tenang dalam
bacaannya kerana tidak yakin betul atau salah ayat yang di bacanya dari segi hukum tajwid.

4. MENCAPAI KEBAHAGIAAN DUNIA DAN AKHIRAT 

Terdapat banyak ayat Al-Quran dan hadith nabi yang menerangkan tentang kelebihan membaca Al-
Quran yang menjamin kebahagiaan seseorang di dunia dan di akhirat, antaranya ialah firman Allah
Taala dalam Surah al-Fatir ayat 29 dan 30:-

Maksudnya:

“Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan mendirikan solat dan
menafkahkan sebahagian dari rezki yang kami anugerahkan kepada mereka dengan diam-diam dan
terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan merugi. Agar Allah
menyempurnakan kepada mereka pahala mereka dan menambah kepada mereka dari kurnia-Nya.
Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri.”

Dalam hadith riwayat Uthman bin Affan r.a., Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:-

Maksudnya:

“Sebaik-baik kamu adalah orang yang belajar Quran dan mengajarnya.”

(Sahih Bukhari)

Dalam masa hayat Rasulullah s.a.w. Al-Quran dibacakan dengan penuh khusyuk dan bertajwid.
Bacaan baginda penuh menggambarkan pengertian dan maksud-maksud yang dikehendaki. Oleh
kerana itu pembaca-pembaca al-Quran hendaklah membaca sebagaimana bacaan Rasulullah s.a.w.
supaya Kitab itu selalu memberi kesan dan pengaruh kepada pembaca dan pendengarnya. Nabi
Muhammad s.a.w. telah pun bersabda:

Maksudnya:

“Sesiapa yang membaca al-Quran menurut lidah yang terang (fasih) ia memperolehi 20   ganjaran
kebajikan dengan setiap huruf yang dibacanya, dan sesiapa yang membaca al-Quran dengan
sebutan bukan arab adalah ia memperolehi 10 ganjaran kebajikan dengan setiap huruf yang dibaca

Anda mungkin juga menyukai