Anda di halaman 1dari 18

PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH PIM3106 1.

0 PENDAHULUAN

Zaman moden ini, terdapat umat Islam yang sering menyamakan Sirah dengan Sejarah Islam. Mereka tidak dapat membezakan antara Sirah dan Sejarah Islam. Jika kita amati secara mendalam terdapat perbezaan yang nyata antara Sirah dengan Sejarah Islam dari segi sumber dan metod jalan ceritanya. Misalnya, Sirah ditulis berdasarkan Hadis Rasulullah s.a.w. dan dimuatkan didalam kitab-kitab Hadis. Manakala Sejarah Islam pula sebaliknya. Salah satu peninggalan ilmu terpenting dalam Islam ialah penulisan sejarah atau historiografi. Sejak pertengahan abad kedua, penulisan sejarah, baik riwayat hidup Nabi Muhammad s.a.w. mahupun maklumat lain telah dimulakan oleh para penulis Islam. Pengajian sirah tidak sama dengan pengajian sejarah. pengajian sirah adalah untuk menjadikan Nabi s.a.w. tanpa keraguan. Sirah Nabawiyah bermaksud perjalanan kehidupan atau kisah hidup Rasulullah s.a.w. sama ada peristiwa atau kisah itu berlaku sebelum atau sepanjang tempoh masa kerasulan. Sirah meliputi semua perkara, keadaan serta peristiwa yang telah berlaku. Memandangkan sirah meliputi aspek yang begitu luas, maka untuk memudahkan proses pembelajaran, skopnya diperkecilkan dengan meliputi aspek ekonomi, politik, kemasyarakatan, agama dan intelek. Perkataan sejarah berasal daripada perkataan Arab syajaratun yang Objkektif utama

sebagai model dan contoh

kepada umatnya. Oleh itu sumber pengajiannya pastinya adalah yang terbaik dan dan

bermaksud pokok. Menurut bapa Sejarah; Herodotus, sejarah ialah satu kajian untuk menceritakan satu kitaran jatuh bangunnya seseorang tokoh, masyarakat dan peradaban. Menurut Aristotle pula, sejarah merupakan suatu sistem yang mengira kejadian semula jadi dan tersusun dalam bentuk kronologi. Beliau turut menambah bahawa sejarah adalah peristiwa-peristiwa masa lalu yang mempunyai catatan, rekod, atau bukti-bukti yang kukuh. 6

PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH PIM3106 1.1 KONSEP SIRAH DALAM ISLAM Kajian dan penganalisaan konsep sirah Rasulullah s.a.w. memberikan kesedaran dan pendedahan tentang keagungan peribadi Rasulullah s.a.w., selain paksi sejarah dunia. Rujukan buku fiqh al-sirah ,pengarang Muhammad said al Buti mengatakan bahawa kajian sirah Rasulullah s.a.w. bukanlah semata-mata memerhati episid bersejarah nabi Muhammad seperti kelahiran rasulullah, perkahwinannya ataupun kehidupan semasa kecilnya.Tetapi yang penting ialah pengajaran yang diperolehi dari mengkaji gerak-geri, tindak tanduk dan juga perangai Rasulullah s.a.w. Mempelajari sirah nabawiyah, sedikit sebanyak memberikan gambaran jelas tentang hakikat islam yang wujud,dalam hidup Nabi Muhammad s.a.w. Selain itu, Rasulullah s.a.w. dijadikan idola dan pembimbing didalam memperjelaskan wahyu Allah, memandangkan baginda adalah pentafsir al Quran yang diwahyukan. Sirah Nabi s.a.w. merupakan sirah yang menceritakan sejarah nabi utusan Allah ataupun sejarah keagungan seorang tokoh islah yang paling sahih. Sirah Rasulullah s.a,w. telah kita terima melalui susur galur ilmiah yang paling tepat dan paling pasti Susur galur ilmiah ini tidak memberi ruang untuk kita meragui kebenaran peristiwa besar dan penting yang berlaku. Ia juga memudahkan kita mengesan peristiwa dan mukjizat yang ditokok tambah oleh akal yang jahil dan gemar menambahkan sifat-sifat mengkagumkan kepada Rasulullah s.a.w. pada zaman-zaman terkemudian melebihi apa yang dikehendaki Allah dan Rasul-Nya. Keistimewaan sirah yang sahih lagi tiada sebarang keraguan ini, tidak terdapat dalam mana-mana sirah rasul-rasul Allah terdahulu. Sirah Nabi Musa alahissalam yang ada pada hari ini telah bercampur aduk antara peristiwa-peristiwanya yang sahih dengan pemalsuan dan pindaan yang dimasukkan oleh Yahudi. Kita tidak dapat merujuk kepada Taurat yang ada kini untuk memahami sirah Nabi Musa a.s. yang sebenar.

PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH PIM3106 Ramai pengkritik Barat meragui kandungan sesetengah safarnya (surah-surah dalam Taurat). Sebahagian mereka memutuskan secara pasti bahawa sesetengah safar itu tidak ditulis pada masa Musa a.s. hidup atau sebaik sahaja selepas kematiannya. la hanya ditulis setelah berlalu tempoh masa yang lama tanpa diketahui siapakah penulisnya. Fakta ini sahaja sudah cukup menyebabkan kesahihan sirah Nabi Musa a.s. yang terdapat di dalam Taurat diragui. Justeru itu, orang Islam tidak dapat beriman dengan kesahihan sirah Nabi Muhammad melainkan apa yang dinyatakan dalam al-Quran al-Karim dan Sunnah Nabawiyyah yang sahih. Pertikaian yang sama juga diperkatakan terhadap sirah Nabi Isa a.s. Injil-injil yang diiktiraf secara rasmi oleh gereja-gereja Kristian hanya diperakui selepas beratus-ratus tahun kematian al-Masih. Tanpa sebarang kewajaran ilmiah, Injil- injil ini dipilih daripada ratusan Injil yang tersebar luas di tangan penganut Kristian ketika itu. Apatah lagi, hubung kait Injil-injil ini dengan penulisnya tidak disahkan melalui susur galur ilmiah yang memuaskan hati. la tidak diriwayatkan dengan sanad yang bersambung hingga kepada penulisnya. Para pengkritik Barat juga berselisih mengenai sesetengah nama penulis tersebut, siapakah mereka? Pada zaman manakah mereka hidup? Sirah Rasulullah merungkai Kehidupan Rasulullah s.a.w. pada setiap peringkat hidupnya dengan amat jelas; sejak perkahwinan bapa Baginda, Abdullah dengan ibu Baginda, Aminah sehinggalah Baginda s.a.w. wafat. Kita mengetahui banyak perkara tentang kelahiran, zaman kanak-kanak, zaman remaja, pekerjaan Baginda sebelum diangkat menjadi nabi ke luar Makkah sehinggalah Allah rnengutuskannya sebagai Rasul yang mulia. Kita juga mengetahui secara lebih terperinci, jelas dan sempurna setiap hal ehwal Baginda selepas perutusan tersebut daripada setahun ke setahun. Ini menjadikan sirah Baginda s.a.w. jelas, terang dan nyata seumpama matahari. Sebagaimana kata sesetengah pengkritik Barat: Muhammad s.a.w.merupakan satu-satunya tokoh yang lahir di bawah sinaran matahari.

PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH PIM3106 Sirah Rasulullah s.a.w. juga merangkumi setiap perkembangan hidup manusia itu sendiri seperti zaman kanak-kanak sehingga zaman tuanya. Berbeza dengan sebahagian kisah rasul,ada yang hanya ceritanya di zaman muda sahaja seperti nabi Isa dengan sebahagian sifatnya iaitu zuhud dan ada yang hanya ceritanya di zaman tua seperti nabi Yaakob a.s.Begitulah Halnya dengan nama-nama seperti Kungfu tze, Aristotle, Plato dan sebagainya. Fenomena seperti ini tidak mudah didapati di kalangan mana-mana rasul yang terdahulu. Kita tidak tahu sesuatu pun tentang Nabi Musa a.s. ketika zaman kanak-kanak, zaman remaja mahupun sumber pencariannya sebelum kenabian. Kita hanya mengetahui sedikit sahaja berkenaan kehidupan baginda selepas kenabian. Ini tidak memberi gambaran sempurna berkenaan keperibadiannya kepada kita. Hal yang sama diperkatakan tentang nabi Isa a.s. Kita tidak mengetahui apa-apa tentang zaman kanakkanaknya melainkan apa yang diceritakan oleh Injil-injil hari ini. Injil menceritakan bahawa baginda telah memasuki haikal Yahudi dan berbincang dengan pendita-penditanya. Inilah satu-satunya kejadian yang disebutkan tentang zaman kanak-kanaknya. Kita tidak dapat mengetahui perkara-perkara yang lain mengenai nabi Isa kerana sumbernya tiada dan penerangannya sangat samar. Jika dibandingkan dengan sirah Nabi yang dihimpunkan daripada sumber yang sahih iaitu al-Quran dan As-sunnah, Sumber-sumber ini menyebutkan secara terperinci mengenai kehidupan peribadi Rasul kita seperti makan, bangun, duduk, pakaian, rupa bentuk, gaya, percakapan, interaksi dengan keluarga, ibadat, solat dan pergaulan Baginda dengan para sahabatnya. Bahkan perincian dalam meriwayat sirah Baginda hingga ke tahap mereka menyatakan kepada kita bilangan uban di kepala dan janggut Baginda s.a.w. Sirah Rasulullah s.a.w. menceritakan perjalanan hidup seorang manusia yang dimuliakan Allah dengan risalah-Nya. Namun ia tidak mengeluarkan Baginda daripada sifat kemanusiaannya. Kehidupan Baginda tidak disertakan dengan dongeng-dongeng, juga tidak ditokok tambah dengan sifat ketuhanan, sama ada sedikit mahupun banyak. Apabila 6

PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH PIM3106 kita bandingkan hal ini dengan cerita-ceritayang diriwayatkan oleh orang Kristian tentang perjalanan hidup Isa a.s., penganut Buddha tentang Gauthama Buddha, penyembah berhala tentang tuhan sembahan mereka, akan jelas kepada kita perbezaan nyata antara Sirah Baginda s.a.w. dan sirah mereka. Lantaran perbezaan ini, ia memberi kesan jangka panjang kepada tingkah Iaku kemanusiaan dan kemasyarakatan pengikut-pengikut mereka. Dakwaan ketuhanan kepada Isa a.s. dan Gauthama Buddha menyebabkan mereka berdua tidak boleh menjadi contoh teladan kepada manusia dalam kehidupan peribadi dan kemasyarakatannya. Sebaliknya, Muhammad s.a.w. akan terus menjadi model manusia yang kamil kepada sesiapa yang ingin hidup bahagia dan mulia dari segi diri, keluarga dan suasana persekitarannya.Oleh yang demikian, Allah Taala berfirman dalam kitab-Nya yang mulia:Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat. (Al-Ahzab: 21) Sirah Rasulullah s.a.w. meliputi setiap sudut kemanusiaan yang dimiiiki manusia. Ia menceritakan kepada kita perjalanan hidup Muhammad s.a.w. selaku pemuda yang amanah dan berakhlak mulia, iaitu sebelum Allah memuliakan Baginda dengan risalahNya. Ia turut menceritakan kepada kita perjalanan hidup Rasulullah sebagai pendakwah kepada Allah yang mencari cara paling efektif untuk memastikan dakwahnya diterima. Ia juga meriwayatkan Baginda sebugai pendakwah yang mencurah tenaga dan usaha yang maksimum untuk menyampaikan risalahnya. Begitu juga, ia menceritakan kepada kita perjalanan hidup Baginda sebagai ketua Negara yang mengasas sistem ampuh dan jitu untuk negaranya. Baginda melindungi negaranya itu dengan penuh waspada, ikhlas dan jujur. Ini menjamin negara tersebut untuk berjaya. Sirah menceritakan kepada kita perjalanan hidup Rasul sebagai seorang suami dan bapa yang mempamerkan sikap belas kasihan, hubungan yang baik serta memberi perbezaan jelas antara yang mana hak dan mana kewajipan untuk suami, isiteri dan anak-anak. Ia juga menceritakan perjalanan hidup Rasul selaku pendidik dan pemberi tunjuk ajar yang menyelia pendidikan para sahabat Baginda dengan pendidiknn yang ideal.

PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH PIM3106 Baginda memindahkan nilai-nilai pendidikan itu daripada rohaninya sendiri ke dalam rohani mereka, daripada jiwanya kepada jiwa mereka. Ini mendorong mereka untuk cuba mencontohi Baginda dalam sehalus-halus perkara sehinggalah ke sebesar-besar perkara. Begitu juga, ia menceritakan kepada kita perjalanan hidup Rasul selaku seorang teman yang melaksanakan kewajipan persahabatan serta memenuhi komitmen dan adabadabnya. Ini menjadikan para sahabat Baginda mengasihinya sebagaimana mereka mengasihi diri mereka sendiri. Bahkan melebihi kasih mereka kepada keluarga dan kaum kerabat mereka. Sirah Baginda juga menceritakan kepada kita perjalanan hidup seorang pahlawan yang berani, panglima perang yang jaguh, politikus yang berjaya, jiran yang amanah dan pengikat janji yang jujur. Selain itu, sirah Nabi Muhammad s.a.w. adalah satu-satunya sirah yang memberi dalil yang tidak diragui tentang kebenaran risalah dan kenabian Baginda kepada kita. Ia adalah perjalanan hidup seorang manusia kamil. Baginda mengharungi kehidupan bersama dakwahnya dengan mendapat kejayaan demi kejayaan; Bukan dengan cara peristiwa-peristiwa pelik yang melanggar adat kebiasaan mahupun mukjizat. Bahkan semata-mata dengan cara yang normal. Baginda s.a.w. berdakwah, lalu disakiti, menyampaikan risalah, seterusnya memperolehi penyokong. Jika terpaksa berperang, Baginda berperang. Baginda seorang yang bijaksana dan mendapat taufiq dalam kepimpinannya. Ketika hampir wafat, dakwah Baginda telah berkembang meliputi seluruh semenanjung tanah Arab. Dakwahnya tersebar melalui cara iman (keyakinan), bukan dengan cara paksaan atau kemenangan perang. Bagi sesiapa yang mengetahui pegangan dan budaya masyarakat Arab ketika itu, penentangan mereka melalui pelbagai cara sehingga ke tahap merancang pembunuhun Baginda, mengetahui ketidak seimbangan kekuatan Baginda dengan pihak lawan dalam setiap pertempuran yang Baginda menangi, mengetahui tempoh masa yang terlalu singkat dalam menyampaikan risalah sehingga kefawatan Baginda iaitu 25 tahun, semua ini memberikan keyakinan bahawa Muhammad adalah benar-benar pesuruh Allah

PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH PIM3106 Sirah Rasulullah s.a.w. membuktikan kepada kita kebenaran risalah Baginda hanya melalui bukti-bukti lojik yang boleh diterima akal. Mukjizat yang berlaku bukanlah factor utama orang Arab beriman dengan dakwah Baginda. Bahkan kita tidak dapati Baginda mempunyai mukjizat yang menyebabkan orang kafir yang ingkar menjadi beriman kerana mukjizat tersebut. Walau bagaimanapun, mukjizat berbentuk material tetap menjadi hujah dalam berhadapan dengan mereka yang menyaksikannya. Suatu yang pasti bahawa orang Islam yang tidak pernah melihat Nabi s.a.w. dan tidak pernah menyak-sikan mukjizat, mereka beriman dengan kebenaran risalah Baginda hanya kerana bukti-bukti lojik yang qatie dan masuk akal yang menunjukkan kebenaran dakwaan kenabiannya. Di antara bukti tersebut ialah: al-Quran al-Karim. Ia merupakan mukjizat yang boleh diterima oleh akal. Mukjizat ini menyebabkan setiap manusia berakal lagi bersikap adil dan insaf pasti beriman dengan kebenaran dakwaan kerasulan Muhammad s.a.w.

PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH PIM3106 2.0 2.1 PENGERTIAN SIRAH DAN SEJARAH ISLAM Pengertian Sirah

Sirah dari segi bahasa bererti jalan (at-thariq). Secara amnya, perkataan Sirah ini dikaitkan dengan kumpulan berita-berita yang diriwayatkan untuk menceritakan tentang kisah hidup Rasulullah s.a.w yang meliputi nasab, keadaan baginda semasa didalam kandungan ibunya, kelahirannya dan lain-lain lagi keadaan yang berkaitan. Kumpulan berita-berita Sirah Rasulullah s.a.w. generasi sesudahnya. Para ulama pula bersepakat menyatakan bahawa apa yang dimaksudkan dengan as-Sirah an-Nabawiyah ialah rakaman sejarah hidup Rasulullah s.a.w. yang komprehensif dan kini sudah menjadi satu nama atau istilah daripada disiplin ilmu yang tersendiri.Ada dalam kalangan ulama ahli sejarah terdahulu memakai istilah Ilmu peperangan dan Sejarah sebagai kata nama yang mengantikan perkataan sirah. Pada dasarnya sirah memperbahaskan 3 keadaan utama iaitu : ini dikuatkan lagi dengan

penyandaran kepada berbagai Hadis yang diriwayatkan oleh para sahabat, tabiin dan

1. Sejarah kehidupan Rasulullah s.a.w. sejak tanda-tanda kenabian (sejak lahir) sampai wafatnya. 2. Sejarah kehidupan para sahabat yang beriman dan berjihad bersama beliau. 3. Sejarah penyebaran cahaya Islam yang dimulai turunnya Al Alaq di Gua Hira sampai berduyun-duyun umat manusia di Jazirah Arab memasuki Islam.

PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH PIM3106 Maka, dapatlah disimpulkan bahawa sirah dalam konteks kehidupan Rasulullah s.a.w. bermaksud perincian perjalan hidup Rasulullah s.a.w. itu sendiri bermula dari baginda dikandung oleh ibunda baginda sehingga saat kewafatan baginda s.a.w. Kata kunci yang boleh dipegang ialah pengajian sirah bukan sahaja mengkaji peristiwa dan mengabaikan pengajaran yang terdapat di dalamnya, sebaliknya pengajian ini lebih kepada meletakkannya sebagai asas dan panduan dalam hidup.

2.2

Pengertian Sejarah Islam

Dalam bahasa Melayu perkataan sejarah itu sendiri mempunyai pelbagai makna tetapi maksudnya sama. Menurut Kamus Dewan, sejarah bererti asal-usul (keturunan), salasilah, peristiwa yang benar-benar berlaku pada waktu yang lampau, kisah, riwayat, tambo dan tawarikh. Perkataan sejarah berasal daripada perkataan Arab syajaratun yang

bermaksud pokok. Menurut bapa Sejarah; Herodotus, sejarah ialah satu kajian untuk menceritakan satu kitaran jatuh bangunnya seseorang tokoh, masyarakat dan peradaban. Menurut Aristotle pula, sejarah merupakan suatu sistem yang mengira kejadian semula jadi dan tersusun dalam bentuk kronologi. Beliau turut menambah bahawa sejarah adalah peristiwa-peristiwa masa lalu yang mempunyai catatan, rekod, atau bukti-bukti yang kukuh. Maksud Sejarah Islam secara bahasa adalah sejarah masa lalu. Perkataan Sejarah digunakan lebih umun berbanding dengan perkataan Sirah. Perkataan Sejarah mempunyai cakupan yang luas, ianya digunakan untuk membahaskan Sejarah Islam (sejarah hukum Islam), Sejarah Fiqih Islam, Sejarah Mazhab-mazhab dalam Islam, Sejarah Para Khalifah, sejarah Filsafat Islam dan lain-lain lagi. Menurut Ibn Khaldun tarikh atau sejarah Islam adalah Aktiviti menggarap dan menghidupkan pengetahuan mengenai umat Islam pada zaman silam tentang berita peperangan serta jatuh bangun sesebuah kerajaan serta keterangan nyata sekitar kehidupan manusia. 6

PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH PIM3106

PENGERTIAN SIRAH DAN SEJARAH ISLAM

SEJARAH ISLAM SIRAH

kumpulan berita-berita yang diriwayatkan untuk menceritakan tentang kisah hidup Rasulullah s.a.w.

Sejarah Fiqih Islam, Sejarah Mazhabmazhab dalam Islam, Sejarah Para Khalifah, sejarah Filsafat Islam dan lain-lain lagi.

PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH PIM3106 3.0 KEPENTINGAN SIRAH DAN SEJARAH

Manusia dan peristiwa adalah dua perkara yang amat berkait rapat antara satu sama lain. Oleh itu, sejarah tidak dapat dipisahkan dari rentetan kehidupan manusia masa lampau hinggalah kini. Ia merupakan satu interaksi berterusan yang tiada penghujungnya. Pada hakikatnya, kepentingan sejarah telah dinyatakan dengan jelas dalam AlQuran Al-Karim. Ulama telah menganggarkan kira-kira satu perenam daripada Al-Quran adalah terdiri daripada kisah-kisah sejarah. Salah satu contoh ayat Al-Quran yang menyentuh tentang sejarah yang disebut sebagai kisah adalah seperti berikut:

3. Kami menceritakan kepadamu kisah yang paling baik dengan mewahyukan Al Quran ini kepadamu, dan Sesungguhnya kamu sebelum (kami mewahyukan) nya adalah Termasuk orang-orang yang belum mengetahui. (QS. Yusuf: 3) 21. Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan Dia banyak menyebut Allah. (QS. Al Ahzab: 21) 3.1 Kepentingan Sirah 6

PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH PIM3106 1. Supaya setiap muslim dapat memahami dan menggabarkan bahawa hakikat zahir dan batin Islam semuanya teradun di dalam penghidupan Rasulullah s.a.w. 2. Membantu Muslim memahami dan mencapai isi kandungan Al-Quran kerana banyak ayat-ayat Al-Quran yang dihurai oleh kejadian dan sejarah hidup Nabi Muhamammad s.a.w. 3. Agar setiap Muslim dapat mengumpul seberapa banyak perbendaharaan kebudayaan dan pengetahuan Islam yang sebenar sama ada pengetahuan tentang akidah, ibadat dan akhlak. 4. Membolehkan para pendakwah Islam mencontohi dan mendidik mengikut pendidikan dan pengajaran Nabi Muhammad s.a.w. sendiri selaku pendidik, penasihat, guru dan pembimbing yang utama. 5. Sebagai petunjuk kehidupan kerana sejarahnya lengkap meliputi segenap bidang kehidupan sama ada dari segi kemanusiaan mahupun kemasyarakatan.

3.2

Kepentingan Sejarah boleh membentuk keperibadian sesebuah masyarakat supaya

1. Sejarah

mengenali dan memahami bangsa serta mencintai negara. 2. Sejarah boleh menjadi iktibar dan panduan kepada kehidupan kita pada hari ini. 3. Peristiwa sejarah membolehkan kita melahirkan perasaan bangga terhadap kejayaan bangsa dan negara. 4. Sejarah menjadi pendorong kepada rakyat untuk mencapai kemajuan dan kejayaan. 5. Sejarah menjadi pengajaran kepada kita untuk menghargai dan menyanjung sumbangan pemimpin dan orang yang berjasa kepada negara. Tujuan mempelajari Sirah Nabawiyyah bukan sekadar mengetahui peristiwaperistiwa sejarah yang mengungkapkan kisah-kisah yang menarik.Selain itu, Sirah Nabawiyah penting agar setiap orang Islam memperoleh gambaran tentang hakikat 6

PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH PIM3106 Islam secara sempurna, yang tercermin di dalam kehidupan Nabi s.a.w, sesudah ia difahami secara konseptual, sebagai prinsip, kaedah dan hukum. Sejarah sangat penting dalam kehidupan manusia dengan menjadi panduan dan iktibar kepada kita untuk memperbaikki kesilapan masa lalu bagi membolehkan kita mencipta kejayaan yang lebih gemilang. Tanpa belajar daripada kesalahan dan kesilapan masa lalu, kita mungkin mengulangi kesilapan lampau yang bukan sahaja merugikan seseorang individu tetapi mungkin juga kepada keluarga, masyarakat dan negara mahupun bangsa.

4.0

PERBEZAAN ANTARA SIRAH DAN SEJARAH

PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH PIM3106 Sirah merupakan satu bidang khas yang mengkaji keperibadian Rasulullah s.a.w dalam bentuk realiti hidup baginda setelah memahami dasar, asas-asas Islam dan hukum-hukumnya. Manakala pengajian sejarah pula merupakan satu pengajian yang mengkaji peristiwa-peristiwa sejarah, mengkaji kekurangan dan kebaikan yang terdapat dalamnya. Sirah ditegaskan sekali lagi secara khususnya mengkaji tentang latar belakang kehidupan ataupun biografi Rasulullah s.a.w. manakala sejarah hanya meneliti dan mengkaji peristiwa-peristiwa yang dianggap penting dan bermakna. Oleh yang demikian, dapat dilihat bahawa pengkhususan bidang kajian dalam dua aspek ini dapat dibezakan dan difahami.

Peta Minda 1 : Perbandingan Antara Sirah dan Sejarah

Definisi
6

PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH PIM3106

Mengkaji peribadi Nabi Muhammad s.a.w dalam bentuk realiti hidup baginda setelah memahami dasar , asas-asas dan hukum Islam

Pengajian yang mengkaji peristiwa-peristiwa sejarah , mengkaji kekurangan dan kebaikan yang terdapat dalamnya.

Sirah

Hanya berkisarkan kepada Nabi Muhammad s.a.w sahaja Cth : Kelahiran Nabi , Dakwah Nabi , Hijrah Nabi , Pembukaan Kota Mekah, Kewafatan Nabi.

2. Skop Kajian
Berkisarkan kepada segala peristiwa yang dianggap penting dan memberi manfaat kepada manusia Sejarah Cth : Tamadun , peperangan , artifak , negara , salasilah keluarga, tokoh tokoh , tradisi , budaya.

Sirah

Sejarah
6

PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH PIM3106

Al Quran Hadis Nabi Muhammad s.a.w Syair zaman kenabian Buku buku sirah Cth : Sirah Ibn Hisyam , Al Bidayah wa Al Nihayah

3. Sumbe r

Sumber primer ( Dalam keadaan asal ) Dokumen rasmi , batu bersurat , manuskrip , lukisan Sumber Sekunder (Bahan yang telah dikaji ) Buku , majalah , laporan

Tiada keraguan dan sahih

Sirah

Setiap sirah yang disampaikan mempunyai sanad dan dilakukan kajian yang mendalam terhadap sanad dan matan sirah tersebut

4. Keaslian

Wujud keraguan dan percanggahan.

Sejarah

Kesahihan sejarah boleh berubah mengikut kajian yang dilakukan. Ia bergantung kepada teknologi , ilmu dan pengkaji.

Melalui jadual perbandingan di atas, dapatlah dilihat bahawa sirah dan sejarah terdapat perbezaannya yang tersendiri melalui aspek-aspek tertentu. Perbezaan pertama yang dapat dilihat secara jelas ialah dari segi definisi, iaitu sirah dan sejarah yang mempunyai maksud yang berbeza meskipun hampir sama. Yang kedua melalui 6

PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH PIM3106 skop kajian iaitu berkisarkan kepada segala peristiwa yang dianggap penting dan memberi manfaat kepada manusia dan yang berkisarkan kepada Nabi Muhammad s.a.w sahaja . Yang ketiga pula ialah sumber yang diperolehi serta yang terakhir adalah keaslian yang mana mengkaji tentang Tiada keraguan dan kesahihan. Demikianlah sedikit sebanyak perbandingan antara sirah dan sejarah yang mampu untuk dihuraikan sebentar tadi. Sememangnya kebanyakan orang akan berpendapat bahawa sirah dan sejarah mempunyai maksud yang sama dan cuma berbeza dari sudut penggunaan istilah zahir. Oleh yang demikian, perlunya kajian yang lebih terperinci di antara dua aspek ini iaitu sirah dan sejarah agar semua pihak mampu memahaminya dengan lebih mendalam dan dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian berkaitan dengan pengajaran dan teladan yang dapat diambil sebagai panduan hidup pada masa kini dan masa hadapan.

5.0 FAEDAH MEMPELAJARI SIRAH RASULULLAH S.A.W.

PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH PIM3106 1. Mendapat dan menemukan dalil yang konkrit dari hukum-hukum Islam yang terkandung dalam ayat-ayat Al Quran dan hadits-hadits Nabi dalam ragam bidang kehidupan. 2. Mencontoh Rasulullah s.a.w menuntut seorang untuk mengetahui sifat-sifat dan keadaan kehidupan baginda s.a.w. dalam segala bidang kehidupan kerana baginda adalah menjadi teladan yang baik yang harus dicontoh. Sebagaimana firman Allah s.w.w :

21. Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan Dia banyak menyebut Allah. 3. Mencontoh dan mengikuti Rasulullah s.a.w merupakan tanda kecintaan seseorang terhadap Allah 'azza wa jalla dan yang melakukannya akan mendapatkan kecintaan Allah dan ampunan-Nya, sebagaimana firman Allah 'azza wa jalla:

31."Katakanlah, Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." 4. Mendapatkan dan menemui dalil-dalil mukjizat yang dapat menguatkan dan menambah iman. 5. Menanamkan kecintaan kepada Rasulullah s.a.w.

Anda mungkin juga menyukai