Anda di halaman 1dari 21

TOKOH TAMADUN ISLAM

(IBN KHALDUN & AL-FARABI)


Pensyarah : EN. Mohd Najib Bin Sulaiman Jina Ulau Jok Shamala a/p Maniam

Ibn Khaldun (1332-1406)


Ibn Khaldun merupakan seorang tokoh falsafah, sejarah dan sosiologi yang amat terkenal dalam sejarah dunia Islam. Pemikiran dan karya beliau amat penting bagi membantu dalam memahami tamadun dunia sendiri.

Nama penuh: Abdurahman bin Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Al-Hasan bin Jabir bin Muhammad bin Ibrahim bin Abdulrahman bin Ibn Khaldun

Dilahirkan pada tahun 1332 dan meninggal dunia pada tahun 1406.
Tempat lahir: Tunis, Tunisia

Berasal daripada keturunan Arab Hadramaut yang pernah menetap di Serville, Italy, dan Sepanyol. Pendidikan awal: Quran, Hadith, Tatabahasa, Retorik dan Puisi.

Bidang Falsafah sejarah dan sosiologi (Umraniyat) Menunjukkan kepentingan al-Asabiyyah (perasaan kekitaan)

Menulis mengenai sejarah dunia

Menganalisis tentang dinamika hubungan kelompok.

Bidang Sejarah:
-Universal History - Sejarah Maghrib

Bidang Keagamaan:
-Lubab al-Mahsul (Summary of the Result) - Shifa as-Sail (Healing of the Inquirer)

TEORI-TEORI yang dikemukakan

Manusia dan Ekonomi - Manusia sebagai manusia Islam. - Tidak melihat manusia dari segi ekonominya.
Pengeluaran - Pengeluaran yang berasaskan kepada faktor buruh dan kerjasama masyarakat sekeliling. - Menyarankan agar setiap bidang pekerjaan dilakukan oleh orang yang mahir.

Nilai, Wang dan Harga - Harga barang bergantung kepada tenaga buruh yang digunakan. - Tidak membezakan teori diguna dan menggunakan. Teori Pengagihan - Harga barangan terdiri daripada tiga elemen utama iaitu gaji atau upah, keuntungan, dan cukai. - Harga buruh penentu kepada asas sesuatu barang.

AL-FARABI

Abu Nasr Muhammad Ibnu Muhammad Ibnu Tarkhan Ibnu Uzlaq Al Farabi. 874M (260H) di Transoxia yang terletak dalam Wilayah Wasij di Turki. Bapa - seorang anggota tentera yang miskin tetapi semua itu tidak menghalangnya daripada mendapat pendidikan di Baghdad. bahasa Arab di bawah pimpinan Ali Abu Bakr Muhammad ibn al-Sariy

SUMBANGAN DALAM BIDANG MUZIK


ahli muzik yang handal bermain alat muzik mahir dalam membuat alat-alat muzik, contohnya penciptaan Gambus. menghasilkan sebuah buku yang mengandungi pengajaran serta teori muzik Islam yang berjudul Al- Musiqa beliau juga turut dikenali menerusi karyanya yang telah diterjemahkan iaitu bertajuk Grand Book on Music, Styles in Music dan On The Classification of Rhythm. penciptaan not-not muzik.

SUMBANGAN DALAM BIDANG FALSAFAH


mempunyai teori yang tersendiri dalam menjelaskan sesuatu fenomena dan kemuskilan. berpendapat bahawa akal dan wahyu adalah satu hakikat yang padu. pemisahan kedua-dua elemen tersebut akan melahirkan sebuah masyarakat yang pincang dan kacau-bilau. akal dan wahyu perlu dijadikan sebagai dasar terhadap pembinaan sebuah negara yang kuat, stabil dan makmur.

banyak mengkaji mengenai falsafah dan teori yang dikemukakan Socrates, Plato dan Aristotle yang bersesuaian dengan kajian beliau mengenai konsep kebahagian. Maka tidak hairanlah jika Al-Farabi dikatakan orang yang paling memahami falsafah Aristotle. ilmuan terawal menulis mengenai ilmu logik Yunani secara teratur di dalam bahasa Arab. Meskipun pemikiran falsafah beliau banyak dipengaruhi oleh falsafah Yunani tetapi beliau amat menentang pendapat Plato yang mengatakan konsep pemisahan di dalam kehidupan manusia

Menurut Al-Farabi, seorang ahli falsafah tidak seharusnya memisahkan dirinya daripada sains dan politik. Tanpa sains, seorang ahli falsafah tidak mempunyai pengetahuan yang cukup untuk dieksplotasi untuk kepentingan individu lain. seorang ahli falsafah yang tulen tidak akan merasakan terdapat jurang perbezaan antara diri mereka dengan pemerintahan tertinggi. mencadangkan agar diwujudkan sebuah negara kebajikan yang diketuai oleh falsafah. Oleh itu, pandangan falsafahnya yang bersifat kritikal telah meletakannya sebaris dengan ahli falsafah Yunani yang lain

Dalam kalangan ahli falsafah Islam, beliau juga dikenali sebagai Aristotle yang kedua. Bagi Al-Farabi, ilmu adalah segalanya dan para ilmu harus diletakkan di peringkat kedudukan tertinggi negara. Pandangan Al-Farabi ini hampir mempunyai persamaan dengan falsafah dan ajaran Confucius yang meletakkan golongan ilmuan pada tingkat hierarki tertinggi di dalam sistem sosial sesebuah negara.

SUMBANGAN DALAM BIDANG PERUBATAN


Pandangannya yang menarik ialah mengenai kepentingan jantung berbanding dengan otak dalam kehidupan manusia. Ini disebabkan jantung berfungsi sebagai sistem yang mengalirkan darah ke seluruh tubuh manusia serta menghangatkannya. Manakala otak pula hanya berfungsi dalam menyelaraskan aliran darah itu mengikut keperluan anggota tubuh manusia

SUMBANGAN DALAM BIDANG POLITIK


meletakkan tugas yang berat kepada pemimpin, iaitu mentadbir dan menguruskan hal-ehwal negara dan hal-hal yang berkaitan dengan kemasyarakatan. Menurut al-Farabi sebagai ketua negara atau ketua kerajaan, mestilah memiliki kesempurnaan dalam aspek-aspek fizikal, mental dan spiritual atau akhlak, melebihi rakyat atau orang ramai. Selain itu, al-Farabi turut menekankan persoalan kesempurnaan anggota tubuh badan, menyintai ilmu dan para ilmuan, serta memiliki fikiran yang tajam, berhemah tinggi dan bercita-cita tinggi, bencikan sifat-sifat negatif, pembela keadilan serta kebenaran dan tentunya seorang yang berani.

SUMBANGAN LAIN
menghasilkan beberapa buah buku yang tidak dapat disiapkan ketika itu. Buku-buku tersebut ialah Kunci Ilmu yang telah disiapkan oleh anak muridnya iaitu Muhammad Al-Khawarismi pada tahun 976 masihi dan Fihrist Al-Ulum telah diselesaikan oleh Ibnu Al-Nadim sekitar tahun 988 Masihi. Perbicaraan mengenai ilmu falsafah zaman Yunani dan falsafah Plato serta Aristotle telah disentuhnya dalam karya " Ihsa al-Ulum" dan"Kitab al-Jam". Karangannya, Kitab al-Ihsa al-'Ulum mengemukakan prinsip-prinsip dasar dan klasifikasi sains daripada perspektif yang baru

menghasilkan sebuah buku yang mengandungi pengajaran dan teori muzik Islam yang diberikan judul Al-Musiqa serta telah dianggap sebagai sebuah buku terpenting dalam bidang berkenaan. mengarang ensiklopedia Dalam bidang mantik, beliau membuat pengajian sistematik dengan membahagikan subjek kepada 2 kategori; iaitu Takhayyul (pendapat/idea) dan Thubut (bukti/dalil). Beliau menggabungkan teori Platonik dan Aristotle dengan teologi dan menulis komentar tentang fizik, mantik dan meteorologi

Pemikiran, idea, dan pandangan Al-Farabi mengenai falsafah politik terkandung dalam karyanya yang berjudul "Madinah al-Fadhilah". Al-Farabi menulis beberapa buah buku dalam bidang sosiologi, Ara Ahl al-Madina al-Fadila (Bandar Contoh) adalah yang terkenal. Ia adalah sumbangan terbesar dalam bidang sosiologi dan sains politik. Beliau juga mengarang buku untuk bidang metafizik dan psikologi termasuk hasil kerja aslinya.

Al-Farabi menyatakan bahawa seorang individu itu tidak akan meraih kejayaan dan kesempurnaan tanpa menerima bantuan daripada individu-individu yang lain. Adalah fitrah manusia untuk bergaul dan berganding bahu bersama manusia lain untuk melakukan sesuatu perkerjaan, justeru mencapai kesempurnaan.

KESIMPULAN
Seorang tokoh tamadun Islam yang banyak menyumbang dalam sejarah, falsafah dan sosiologi. Merupakan seorang penganalisis kepada peristiwa-peristiwa sejarah yang terdapat dalam tamadun Islam. Mendapat gelaran Waliyuddin kerana kebijaksanaan yang diperolehinya.

Anda mungkin juga menyukai