Anda di halaman 1dari 3

Shamala A/P Maniam (920210-10-5110)

REFLEKSI Bersyukur kepada Tuhan kerana saya diberi peluang untuk mengikut Program Anak Angkat bersempena dengan kursus Bina Insan Guru (BIG) yang telah dilaksanakan di Kampung Hilir, Merbok, Kedah pada 13 September 2013 hingga 15 September 2013 yang lepas. Sebenarnya saya sentiasa menanti-nantikan Program Anak Angkat ini sepanjang semester ini, kerana saya percaya bahawa ia akan memberikan satu pengalaman yang luar biasa dan mendalam bagi saya. Saya berasa begitu bersyukur dan sangat gembira selepas menjalankan program khidmat masyarakat ini. Banyak pengalaman, kebaikan, dan manfaat yang telah saya dapat dan perolehi daripada aktiviti ini. Dalam program kali ini para guru pelatih berpeluang mempunyai keluarga angkat masing masing berpandukan kepada pembahagiaan keluarga angkat yang telah ditetapkan oleh kampung tersebut. . Perasaan terharu itu muncul apabila sahaja mendengar kenyataan mengenai terlalu ramai keluarga yang menawarkan diri mereka untuk menjadi keluarga angkat kami kerana tidak menyangka bahawa mereka begitu mengalu alukan kedatangan kami ke kampung mereka memandangkan kampung ini sudah terbiasa menerima guru pelatih sebelum ini yang juga turut melaksanakan program BIG Fasa 4 ini di sini. Bagi diri saya sendiri, kesempatan mempunyai keluarga angkat ini merupakan salah satu cara kita untuk berada lebih dekat dengan masyarakat di sekeliling kita. Amalan seperti ini sememangnya amat perlu apatah lagi kami sebagai bakal guru yang kelak akan dihantar untuk mengajar nun jauh di pedalaman sana yang mana terdapat budaya yang belum pernah kita selami sebelum ini. Keluarga angkat saya yang baru pertama kali menerima anak angkat merupakan keluarga yang cukup ramah dan sentiasa memastikan saya juga bersama rakan saya Syazwani Binti Zakaria selesa bersama sama mereka. Walaupun pada mulanya agak janggal untuk memulakan perbualan dan berkongsi cerita mengenai latar belakang diri dan keluarga saya, lama kelamaan perasaan segan dan malu malu itu lesap dengan sendirinya. Sebenarnya, dari sinilah saya mendidik diri saya untuk sentiasa bersikap ramah dengan semua orang, tidak memandang rendah terhadap orang di sekeliling dan yang paling penting sentiasa mengamalkan adab pergaulan yang baik semasa berinteraksi dan berkomunikasi dengan semua orang. Sepanjang mengikuti program tersebut, saya merasakan program BIG kali ini merupakan satu pengalaman aktiviti BIG yang paling menyeronokkan berbanding dengan

Shamala A/P Maniam (920210-10-5110)


pengalaman-pengalaman sebelum ini. Hal ini kerana aktiviti kali ini dijalankan di luar kawasan Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis dan saya telah menjelajah di sebuah kampung. Walaupun sebelum melaksanakan program ini memerlukan kerja tambahan seperti tempahan tempat penginapan dan sebagainya, namun hasil usaha yang telah dilakukan oleh pelajarpelajar PISMP Pendidikan Prasekolah telah membuahkan hasil dengan memperolehi keseronokan sepanjang berada di sana dan melaksanakan aktiviti BIG tersebut. Kami telah berkhidmat kepada masyarakat di Kampung Hilir dengan membersih dan menceriakan surau, bergotongh-royong di kawasan kampung, aktiviti sukaneka, bengkel motivasi dan malam kebudayaan. Aktiviti-aktiviti ini menyeronokan di samping memberi peluang kami untuk berkhidmat kepada masyarakat serta menjalin hubungan yang rapat dengan mereka. Semasa menjalankan tugas, kami sentiasa membantu dan menolong antara satu sama lain demi memastikan kerja kami dapat disiapkan pada masa yang telah ditetapkan. Saya sedar bahawa kerjasama dan toleransi sesama rakan sebaya adalah sangat penting bagi mewujudkan persekitaran dan suasana sekolah yang selesa dan kondusif. Ia juga penting bagi memastikan sebarang pertenglikahan dan persengketaan dapat dielakkan bagi melahirkan alam persekitaran yang sejahtera dan harmoni. Kesannya, kami berjaya menyiapkan segala tugas yang diamanahkan kepada kami dalam keadaan suasana yang riang dan gembira. Jadi, jelaslah di sini bahawa program anak angkat ini secara langsung akan dapat merapatkan hubungan silaturahim antara ahli-ahli kelas kami dan menyebabkan ikatan persahabatan kami menjadi lebih akrab dan kukuh. Sebagai seorang guru, kita tidak boleh mementingkan diri sendiri kerana sikap mementingkan diri sendiri hanya akan memakan diri sendiri kerana guru hidup dalam sesuatu komuniti dan lebih-lebih lagi seseorang guru itu selalu menjadi perhatian masyarakat sekitarnya dan mereka meniru tingkah laku guru tersebut. Dalam perkataan lain guru menjadi role model kepada masyarakat sekitarnya. Semasa menjalankan projek semua peserta telah menunjukkan komitmen yang tinggi. Kami tidak hanya berfokus kepada objektif kami ke Kampung Hilir malah kami dengan hati yang penuh ikhlas telah berkhidmat kepada masyarakat di Kampung Hilir serba sedikit yang boleh. Kerjaya sebagai guru merupakan salah satu kerjaya yang paling mencabar di mana kita akan berhadapan dengan pelbagai karenah manusia yang mana memerlukan kita untuk mempunyai kemahiran sosial dan berkomunikasi yang amat tinggi. Oleh sebab itulah latihan yang diberikan semasa berada di institut lebih menjurus kepada pembentukan kemahiran sosial

Shamala A/P Maniam (920210-10-5110)


dan komunikasi selain daripada penambahan ilmu pengetahuan dalam diri para bakal guru. Saya harus mengakui bahawa kerjaya sebagai guru bukan sahaja mendidik anak bangsa bahkan merupakan agen perubahan kepada masyarakat. Maka, tanpa kemahiran

berkomunikasi bagaimana untuk kita menjadi agen yang diuar-uarkan jika kita sendiri tidak boleh untuk membawa perubahan kepada diri sendiri. Untuk menjadi seorang guru, hubungan dengan komuniti, bukan sahaja dengan komuniti sekolah, tetapi juga dengan semua komuniti masyarakat adalah penting disebabkan guru menjadi role model kepada mereka. Secara keseluruhannya, Program Anak Angkat ini dijalankan dengan lancar dan juga telah menepati matlamatnya untuk membentuk insan guru yang sempurna. Ini merupakan kaedah yang baik untuk membentuk insan guru yang berakhlak mulia, mempunyai semangat juang yang tinggi, dapat menyesuaikan diri dalam apa-apa jua keadaan, dan juga dapat mengatasi sebarang cabaran atau rintangan, lantas melahirkan guru yang seimbang. Program ini juga akan dapat memberi pendedahan kepada guru pelatih agar sentiasa bersedia untuk mendidik anak bangsa walau di mana mereka akan ditempatkan kelak. Bukan itu sahaja, diharapkan program ini turut akan menyediakan mental dan rohani guru pelatih agar mereka akan bersedia untuk berkhidmat dan berbakti kepada negara. Akhir kata, saya berasa seronok dan bersemangat selepas menyertai Program Anak Angkat ini.

Anda mungkin juga menyukai