Anda di halaman 1dari 6

PERMAINAN KETINGTING

5 4 7 3 2 1 6

MULA / TAMAT

Cara Bermain Sebelum permainan dimulakan, undian dijalankan bagi menentukan murid yang mana harus memulakan permainan terlebih dahulu. Lai lai li tam plong adalah antara kaedah bagi menentukan murid pertama, kedua, ketiga dan seterusnya. Bagi memulakan permainan, murid hendaklah mencampakkan pundi kacang ke dalam petak pertama, diikuti oleh murid kedua dan seterusnya setelah murid pertama telah mati giliran atau selesai membuat lompatan dan cara mencampakkan pundi kacang adalah sama bagi setiap murid. Jika pundi kacang tidak masuk ke dalam petak yang ditentukan atau terkeluar murid tersebut di anggap mati dan hilang giliran. Murid lain mengambil giliran pula. Murid tersebut akan kebelakang untuk menunggu pusingan seterusnya Setiap murid tidak dibenarkan memijak petak dimana pundi kacang berada di dalamnya, termasuk kepunyaan sendiri. Murid dikehendaki melompat kedalam kesemua petak dengan sebelah kaki, kecuali di petak ketujuh dengan kedua belah kaki. Bagi murid yang baru sahaja memulakan permainan dimana pundi kacang berada di petak pertama, maka murid hendaklah melompat terus ke petak kedua tanpa memijak di petak pertama. Begitu juga dengan lompatan di setiap petak, seandainya murid terpijak garisan ia dianggap mati dan giliran murid lain untuk meneruskan permainan.

Setelah murid melompat menuju ke garisan penamat, setibanya di petak kedua, murid dikehendaki mengambil pundi kacang pada petak pertama dan seterusnya melompat terus ke garisan penamat.

Dalam permainan ketingting ini, murid mampu untuk membina konsep kendiri mereka dengan mengalami kejayaan dan kegagalan dalam permainan ini. Murid-murid prasekolah mampu membina konsep kendiri secara positif kerana mereka sentiasa menerima layanan dan perhatian yang baik sama ada daripada ibu bapa, keluarga, guru, rakan-rakan mahupun orang yang berada di persekitarannya. Murid ini akan sentiasa dalam keadaan bermotivasi dan gembira kerana dapat membuatkan orang yang berada di persekitarannya mempercayai serta yakin dengan kebolehannya. Selain daripada itu keyakinan yang tinggi yang ada dalam diri murid juga dapat membina kepercayaan yang kuat dan teguh dalam diri sendiri dan akan memberi kesan yang positif kerana murid terbabit akan berusaha untuk melakukan yang terbaik untuk dirinya tanpa merasa takut dam malu walaupun mengalami kegagalan. Murid yang mempunyai keyakinan yang tinggi akan lebih bersifat optimistik, lebih terbuka sikapnya serta sedia menerima pendapat dan kritikan orang lain. Secara tidak langsung murid mudah berinteraksi dengan orang lain serta senang didampingi oleh rakan-rakannya. Di samping itu juga, konsep kendiri yang dibina melalui permainan ketingting juga banyak membantu kank-kanak untuk membuat keputusan dan menentukan tindakan yang bakal diambil pada masa hadapan. Dalam kehidupan seharian seseorang individu, mereka akan menempuh pelbagai bentuk interaksi dengan persekitarannya. Oleh sebab itu, kanak-kanak tersebut akan membuat keputusan dan menentukan apakah tindakan yang akan diambil olehnya. Apabila berlaku interaksi dengan persekitarannya, maka konsep kendiri akan timbul dan mula terbentuk dalam diri setiap kanak-kanak. Konsep kendiri positif yang terbentuk melalui permainan ini bermaksud seseorang itu percaya dan yakin kepada diri sendiri secara lebih sihat, mempunyai minat yang baik dan objektif serta tidak terlalu sensitif. Ia juga meliputi sikap terbuka dan memberi pandangan jika wujud keadaan yang tidak baik dan stabil di mana ia boleh menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi. Jika kita perhatikan seseorang yang sering di kaitkan dengan kejayaan dalam hidup ialah mereka yang dapat membina konsep kendiri yang positif. Kanak-kanak juga akan sentiasa mengalami lebih banyak kejayaan berbanding dengan kegagalan. Semangat dan iltizam yang tinggi merupakan elemen yang penting kepada kanak-kanak yang berkonsep kendiri positif. Mereka akan menghadapi cabaran dengan penuh semangat serta percaya kepada kebolehan diri dan tidak mudah mengalah atau berputus asa. Mereka juga sentiasa berfikiran positif dan menjadikan cabaran sebagai semangat untuk terus berjaya dalam hidup. Tambahan pula, perasaan gembira dan riang adalah perasaan seorang

kanak-kanak yang mempunyai konsep kendiri positif. Mereka pandai menyembunyikan masalah walaupun mereka mempunyai banyak masalah serta tidak pernah mengeluh dan menganggap masalah tersebut sebagai satu cabaran yang perlu diatasi. Mereka akan rasa sangat gembira jika masalah tersebut dapat diatasi dan sekiranya tidak, mereka akan merujuk serta meminta nasihat daripada orang yang boleh dipercayai dan memahami diri mereka. kanak-kanak yang mampu membina konsep kendiri positif dapat mempengaruhi orang lain dengan menunjukkan ciri-ciri konsep kendiri positif seperti bertanggungjawab, bangga dengan kejayaan, selalu gembira serta menghadapi cabaran dengan semangat. Mereka dapat mempengaruhi orang lain dalam usaha mendapat tempat dalam kalangan masyarakat atau membuat keputusan. Sifat menghargai meliputi menghargai diri sendiri dan orang lain. Kanak-kanak yang berkonsep kendiri positif akan membentuk sikap menghargai kebolehan, pencapaian, kewibawaan diri dan dalam masa yang sama mampu menghargai orang lain. Memberi pujian dan penghormatan kepada orang lain akan menambahkan lagi pengaruh kerana orang yang diberi penghargaan akan merasa dihargai dan diambil berat. PENGENALAN Bermain ataupun permainan ialah fitrah kanak-kanak. Oleh kerana aktiviti bermain adalah sebahagian daripada dunia kanak-kanak. Proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan jika kurikulum pendidikan kanak-kanak adalah berasaskan aktiviti pembelajaran melalui bermain. Melalui aktiviti bermain, kanak-kanak belajar dan memahami isu-isu yang berlaku di sekeliling mereka dalam keadaan yang menggembirakan dan bermakna kepada mereka. Pakar dalam bidang perkembangan kanak-kanak percaya aktiviti bermain merangsang fungsi otak yang dapat memupuk perkembangan kognitif, sosial, emosi dan fizikal kanak-kanak. Semasa bermain, kanak-kanak berinteraksi dengan rakan sebaya ataupun orang dewasa melalui perbincangan dan soal jawab. Kanak-kanak juga belajar berkomunikasi, berinteraksi dan menyesuaikan diri dengan persekitaran melalui bermain. Perkembangan emosi bermula dengan kebolehan murid memahami dan menguruskan emosi sendiri, diikuti dengan pencapaian emosi yang positif. Kebolehan menguruskan emosi membantu membina keyakinan diri, semangat berdikari dan sikap positif terhadap pembelajaran. Keupayaan mengurus emosi diri sendiri membolehkan murid memahami emosi, keperluan dan menghormati pandangan orang lain untuk membina kemahiran sosial dalam masyarakat berbilang kaum yang mesra dan harmoni. Menurut Kamus Pelajar Edisi Pertama, sosial bermaksud segala hal yang berkaitan dengan masyarakat atau kemasyarakatan. Manakala Kamus Dewan Edisi Ketiga pula menakrifkan sosial sebagai segala yang berkaitan dengan masyarakat, perihal masyarakat

dan kemasyarakatan. Perkembangan sosial pula adalah satu proses apabila kanak-kanak belajar berhubung dengan orang lain mengikut cara yang dapat diterima oleh masyarakat dan budayanya. Menurut Rohani Abdullah, proses ini melibatkan cara berfikir tentang kendiri, orang lain dan perhubungan sosial. Perkembangan sosial kanak-kanak terdiri daripada kemahiran berinteraksi dengan orang lain, pembentukan kendiri, penghargaan kendiri dan kawalan kendiri. Identiti sosial dan kefahaman kendiri kanak-kanak berkembang dalam dua peringkat, iaitu kewujudan kendiri dan kategori kendiri (Lewis, 1995; Lewis & Books-Gunn, 1979). Ahli psikologi dan fisiologi berpendapat bahawa emosi melibatkan perasaan, gerak hati, tindak balas fisiologi dan pernyataan emosi. Emosi datang dalam berbagai bentuk seperti emosi gembira, sedih, takut, marah dan lain-lain. Tahap emosi juga pelbagai dan secara umumnya emosi dikelaskan sebagai emosi positif seperti gembira, teruja, girang dan emosi negatif pula adalah seperti marah, sedih, kecewa dan lain-lain. Dengan bermain kanak-kanak akan merasa pelbagai perasaan. Contohnya perasaan gembira apabila memenangi sesuatu permainan. Selain itu, mereka juga dapat belajar mengawal emosi dalam sesetengah situasi. Contohnya apabila mereka menang atau kalah. Dengan bermain juga kanak-kanak dapat meluahkan perasaan mereka. Kawalan emosi yang baik dipercayai dapat memberi keyakinan dan moral yang dapat membantu pemain di saat-saat genting. Semangat berpasukan dan bekerjsama juga dapat dibentuk. Aktiviti bermain turut dapat mengurangkan keletihan dan tekanan apabila kanak-kanak dapat bergembira bermain dengan rakan lain. Peraturan yang ditetapkan dalam permainan juga membantu kanak-kanak menjadi lebih berdisiplin dan dapat mengawal diri mereka dari melakukan kesalahan. SERONOK-PENGLIBATAN AKTIF Bermain adalah proses semula jadi dan spontan. Ia adalah kerja kanak-kanak yang dapat menghasilkan pengalaman, pembelajaran dan kemahiran. Bermain membenarkan kanak-kanak melakukan aktiviti yang kreatif dan aktif. Bagi kanak-kanak yang sedang membesar, bermain adalah satu keperluan. Melalui bermain kanak-kanak dapat belajar pelbagai perkara dan ia dikenali sebagai pembelajaran tidak formal. Froebel (1782 1852) pernah mewujudkan program kindergarten 1 di Jerman untuk kanak-kanak yang berumur 4 hingga 5 tahun berkonsepkan bermain sambil belajar. Beliau percaya proses pembelajaran yang paling berkesan adalah sesuatu aktiviti yang menggembirakan. Bermain adalah salah satu aktiviti yang menggembirakan. Dengan bermain kanak-kanak dapat meningkatkan kemahiran. John Dewey (1852 1859) pula menggalakkan proses pembelajaran melalui

prinsip belajar melalui bermain di mana aspek keseronokan merupakan hak bagi setiap kanak-kanak Kanak-kanak juga akan belajar dengan melakukannya sendiri. Mereka belajar melalui eksplorasi dan penemuan, menggunakan semua deria secara tidak langsung akan melibatkan diri mereka secara aktif dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Alam belajar optimum yang menggalakkan penglibatan aktif dan menyediakan banyak peluang untuk kanak-kanak melihat, merasa, mendengar, merasa, menghidu dan menyentuh. Selain itu, kanak-kanak akan belajar melalui perkara yang dilakukannya. Kanak-kanak yang melibatkan diri secara aktif akan mempunyai pengalaman yang banyak berbanding kanakkanak yang tidak aktif atau pasif. Untuk itu, ianya terpulang kepada usaha kanak-kanak itu sendiri disamping mendapat sokongan dari ibu bapa dan guru. Kanak-kanak yang dapat melibatkan diri secara aktif dapat menambah pengalaman dari segi komunikasi dengan rakan yang lain, menguasai bahasa dengan lebih baik, bentuk kemahiran fizikal, lebih berdisiplin atau tahu had serta batasan yang perlu mereka patuhi dalam sesuatu yang mereka lakukan. Contohnya: kanak-kanak yang suka bermain bola dengan rakan-rakannya pada setiap petang akan mendapat lebih ramai kawan dan dapat memperkembangkan dirinya sendiri dari sudut fizikal, sosial dan kognitif. Berbanding dengan kanak-kanak yang hanya mengurungkan diri di dalam bilik, mereka tidak mempunyai ramai kawan-kawan dan ini mungkin akan mempengaruhi kemahiran berbahasa kanak-kanak tersebut. Setiap kanak-kanak mempunyai minat, gaya belajar, gaya berfikir dan gaya belajar yang berbeza. Pengalaman yang mereka dapati adalah ditentukan bagaimana kanak-kanak belajar serta minat mereka terhadap sesuatu perkara. Contohnya: kanak-kanak yang mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta akan mula menunjukkan bakat dalam menamakan jenis-jenis kereta yang diketahui atau akan membuat sendiri model keretanya sendiri. Pengalaman kanak-kanak ini akan lebih bertambah dengan adanya buku-buku yang berkaitan atau mereka dibawa pergi untuk menonton perlumbaan kereta.

KERJASAMA-INTERAKSI Aktiviti bermain banyak membantu kanak-kanak dalam membentuk dan mencorak diri mereka pada masa depan. Dengan bermain dapat membantu kanak-kanak menikmati permainan yang dimainkan. Main juga mampu membentuk kerjasama yang erat di kalangan kanak-kanak. Mereka akan lebih peka dengan orang lain yang terdapat di sekeliling mereka dan belajar untuk menghormati mereka yang lebih tua. Mereka juga dapat mempelajari cara

berinteraksi yang betul. Melalui main juga mereka belajar mengenai kerja berkumpulan dan dapat mengurangkan sifat mementingkan diri. Mereka juga akan belajar dan memahami bagaimana untuk mereka bekerjasama dan bertolak ansur apabila melakukan sesuatu urusan dan menyelesaikan sesuatu masalah. Sebagai contoh dalam aktiviti jual beli dengan ahli kumpulan mereka, dalan aktiviti ini kerjasama dapat diterapkan apabila mereka perlu berkongsi wang yang diperolehi untuk mendapatkan sesuatu barangan yang hendak dibeli. Oleh itu, setiap kanak-kanak perlu bertolak ansur untuk mengeluarkan wang masing-masing untuk mendapatkan barangan yang telah dipersetujui. Di samping itu juga aktiviti bermain dapat mengajar kanak-kanak mengenai perkataan yang baru apabila berinteraksi dengan rakan-rakan yang lain kerana main dapat menggalakkan mereka penggunaan bahasa terutamanya apabila kanak-kanak bermain, mereka akan menamakan sesuatu objek yang mereka lihat sekaligus menambah bilangan perkataan yang mereka ketahui. Kanak-kanak juga dapat bercakap dengan bahasa yang betul apabila berinteraksi dengan rakan-rakan yang lain ketika bermain selain dapat bercakap dalam ayat penuh contohnya ketika memberi arahan. Tambahan pula, melalui main juga kanak-kanak akan dapat belajar cara-cara untuk mengawal suara seperti lontaran vokal dan intonasi yang sesuai digunakan. Dengan adanya penggunaan bahasa yang betul kanak-kanak akan lebih berkeyakinan untuk berkomunikasi dengan orang lain. Selain daripada itu, aktiviti main dapat membantu kanak-kanak memahami bagaimana sesuatu perkara terjadi. Mereka juga dapat belajar cara untuk menyelesaikan masalah dan mempraktikkan kemahiran-kemahiran mental yang baru. Manakala dari aspek sosial pula, dengan bermain kanak-kanak dapat belajar mengenai jenis-jenis tingkahlaku sosial yang diterima dalam masyarakat. Mereka juga dapat mempelajari cara-cara untuk bergaul dengan orang ramai di samping dapat lebih memahami orang lain, belajar berkongsi dan bekerjasama

Anda mungkin juga menyukai