Anda di halaman 1dari 3

Shamala A/P Maniam 920210-10-5110

Pada 18 22 Mac 2013 yang lepas, saya telah menjalani Program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) Fasa 3 di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Bukit Rajah, Klang, Selangor. Sehubungan dengan itu, saya telah ditanggungjawabkan untuk melaksanakan tugasan elektif 1 iaitu Pendidikan Jasmani di sekolah tersebut. Bagi menyempurnakan tugasan ini, saya dikehendaki membuat pemerhatian, mengumpul maklumat, berbincang dengan guru dan merekod tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan kelas Pendidikan Jasmani di sekolah tersebut. Sepanjang berada di sekolah tersebut saya berpeluang untuk mengumpul maklumat berkaitan dengan kelas Pendidikan Jasmani dengan menggunakan pelbagai instrumen pengumpulan data seperti senarai semak, temu bual, pemerhatian, kolaborasi dan soal selidik. Bagi memenuhi kehendak tugasan, saya telah berfokuskan kepada aktiviti memanaskan badan, aktiviti menyejukkan badan, peralatan pendidikan jasmani dan pembahagian masa sewaktu kelas Pendidikan Jasmani berlangsung. Melalui ini, saya telah memperolehi pelbagai pengalaman dan panduan. Pemerhatian terhadap kelas Pendidikan Jasmani di sekolah tersebut telah membuktikan betapa pentingnya aktiviti memanaskan badan sebelum melibatkan diri dalam sukan. Dengan menemu bual guru Pendidikan Jasmani sekolah tersebut saya dapat faham tentang kepentingan aktiviti memanaskan badan. Contohnya, bagi mengelakkan kecederaan, mengelakkan kekejangan otot, menyesuaikan diri dengan kadar denyutan jantung, meningkatkan prestasi, meningkatkan daya ketahanan badan, mengurangkan kesakitan selepas bersukan dan membantu minda lebih tenang dan berfokus. Oleh itu, sewaktu pengajaran melibatkan sukan aktiviti memanaskan badan hendaklah diberi penekanan. Guru sekolah tersebut juga telah memberi penerangan kepada murid-murid tentang tujuan sesuatu aktiviti memanaskan badan dilakukan dan kepentingannya. Menerusi ini, aya dapat mengenal bahawa apabila guru melakukan sesuatu aktiviti, guru hendaklah memberi penerangan kepada murid-murid tentang tujuan ia dilakukan supaya dapat meningkatkan pemahaman murid-murid serta meningkatkan ilmu pengetahuan.

Shamala A/P Maniam 920210-10-5110

Seterusnya, aktiviti selepas bersukan iaitu aktiviti menyejukkan badan turut memainkan peranan penting. Menerusi kajian saya di sekolah tersebut, guru telah mengelakkan aktiviti menyejukkan badan. Dengan mengumpul maklumat saya dapat memahami tentang kepentingan aktiviti menyejukkan badan secara lebih teliti iaitu mengembalikan fungsi fisiologi ke paras normal secara beransur-ansur, mengurangkan kelesuan otot, meningkatkan fleksibiliti otot, tendon dan ligamen serta menurunkan tekanan darah. Pada pendapat saya, aktiviti menyejukkan badan wajib dilakukan dengan mengikut prosedur yang tepat supaya ia dapat membantu mengekalkan tubuh badan yang sihat. Pemerhatian terhadap kelas Pendidikan Jasmani juga telah memberi kesedaran kepada saya tentang kepentingan aspek keselamatan sewaktu sesuatu aktiviti dijalankan. Mengikut tugasan, peralatan pendidikan jasmani dan keselamatan pelajar hendaklah diperhatikan. Bagi menjaga keselamatan murid-murid seorang guru hendaklah memastikan peralatan dan aktiviti yang dijalankan tidak membahayakan murid-murid. Elemenelemen seperti peralatan, kemampuan pelajar dan otot-otot besar yang terlibat hendaklah diambil kira oleh seorang guru Pendidikan

Jasmani sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran. Elemen-elemen penting bagi mengelakkan sesuatu yang tidak diingini. Selain itu, saya juga didapati bahawa perancangan awal adalah penting bagi melakukan proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana ia akan mempengaruhi minat pelajar, penggunaan masa dengan berkesan, mencapai objektif pengajaran dan juga kawalan kelas. Seorang guru Pendidikan Jasmani hendaklah menyediakan rancagan pengajaran sebagai langkah awal untuk menjalankan pengajaran.

Perancangan awal penting kerana Pendidikan Jasmani adalah penting untuk membantu murid-murid yang mengalami proses pertumbuhan dan perkembangan untuk menguasai sesuatu kemahiran. Aktiviti yang dijalankan hendaklah hendaklah berdasarkan kemahiran sedia ada murid-murid dan tidak jurus kepada tahap yang tinggi. Hal ini mungkin dapat menjadikan ada murid-murid yang tidak dapat menguasai

Shamala A/P Maniam 920210-10-5110

sesuatu kemahiran. Aktiviti yang dijalankan hendaklah berada dalam bentuk ansur maju supaya setiap murid dapat mengikut dan berjaya. Selain berkaitan dengan kelas Pendidikan Jasmani saya juga telah memperolehi beberapa pengalaman yang baru seperti cara memproses buku perpustakaan, pengalaman mengajar kelas prasekolah, pengalaman mengajar tarian kepada kanakkanak prasekolah serta berpeluang untuk menjaga kelas yang menduduki ujian PROTIM. Walaupun saya telah berada di sekolah tersebut selama lima hari sahaja tetapi pengalaman yang diperolehi adalah pelbagai dan banyak. Saya juga sedar kerjasama antara guru dan sikap tidak mementingkan diri adalah kunci utama bagi melahirkan sebuah sekolah yang berkualiti dan murid-murid yang cemerlang. Kesimpulannya, pengalaman yang diperolehi di sekolah ini dapat saya aplikasikan dalam kehidupan harian saya. Manakala ilmu yang diperolehi dapat dimanfaatkan kepada murid-murid saya pada masa akan datang. Saya berharap pengalaman dan ilmu pengetahuan sebegini dapat saya alami pada PBS yang akan datang.

Anda mungkin juga menyukai