Anda di halaman 1dari 19

DISEDIAKAN OLEH :

FATIN IZZATI BINTI JASLI NUR AFIQAH BINTI MAT NOOR SHAMALA A/P MANIAM SYAZWANI BINTI ZAKARIA PENSYARAH : PUAN. NORMALA BINTI MEHAT

Perkembangan sosial merujuk kepada kanakkanak berinteraksi dengan kanak-kanak lain dan dengan orang dewasa dalam kehidupan mereka. Kemahiran sosial termasuk berkongsi, bekerjasama dan mematuhi peraturan. Kemahiran ini melibatkan komunikasi secara lisan atau bukan lisan. Dalam sosialisasi, perkembangan kanak-kanak berlaku secara peniruan dan modeling.

PENIRUAN

'Social Cognitive Theory examines the processes involved as people learn from observing others and gradually acquire control over their own behaviour' ( Bandura 1986, 1997 )

MODEL

Model / Pemerhatian -Kanak-kanak belajar melalui pemerhatian mereka terhadap persekitaran. -Persekitaran mewujudkan rangsangan yang akan ditiru oleh kanak-kanak. -Melalui proses peniruan ini kanak-kanak akan membentuk suatu idea bagaimana tindakan dilaksanakan dan apakah kesannya.

Teori Pembelajaran Peniruan Bandura

Beberapa Cara Peniruan


Proses

tiruan mudah iaitu meniru secara langsung Proses tiruan melalui sekatlakuan dan taksekatlakuan. Proses tiruan melalui elisitasi apabila melihat perlakuan orang lain

Peniruan Secara Langsung & Tak langsung


Attention

( Tumpuan/pemerhatian ) Retention (penyimpanan) Reproduction (mengingat/mengeluarkan ) Motivation and Reinforcement ( Peneguhan )

Peniruan secara langsung Peniruan secara langsung terjadi apabila seseorang melihat orang lain (model) melakukan sesuatu dan meniru kelakuan itu. Contohnya apabila guru menunjukkan cara menendang bola, pelajar akan menirunya secara langsung.

Peniruan sekat lakuan dan tak sekat lakuan

Peniruan sekat lakuan ialah peniruan yang sesuai dilakukan dalam keadaan tertentu tetapi tidak digunakan dalam keadaan atau situasi yang lain.
Contohnya

murid boleh meniru kawan mereka bersorak di padang tetapi tidak boleh meniru kawan mereka bersorak di dalam bilik darjah.

Peniruan tak sekat lakuan pula melibatkan tindakan yang boleh dilakukan dalam semua situasi.
Contohnya

pelajar meniru gaya berbudi bahasa

gurunya.

Peniruan Elisitasi Peniruan ini melibatkan emosi dan keinginan.Dalam proses elitasi seseorang akan terus lakukan apa yang dilakukan oleh orang lain jika dia sudah mengetahui cara melakukan tingkahlaku tersebut.
Contohnya

timbul keinginan di hati Kamal untuk membantu bapanya membasuh kereta setelah melihat Badrul membantu bapanya membasuh kereta.

4 LANGKAH PROSES MODELLING MENURUT BANDURA:

LANGKAH 1 Attention ( Tumpuan/pemerhatian )

Perhatian yang teliti kepada gerak balas yang hendak dicontohi sama ada melalui penglihatan, pendengaran atau penggunaan deria.

LANGKAH 2 Retention (penyimpanan)

Pengekalan iaitu mengingat kembali ciri atau tingkah laku yang diperhatikan. Hasil pemerhatian disimpan di dalam ingatan.

LANGKAH 3 Reproduction (mengingat/mengeluarkan )

Penghasilan semula iaitu menghasilkan semula apa yang telah diperhatikan dan disimpan diingatan melalui amalan atau praktis.

LANGKAH 4 Motivation and Reinforcement (Peneguhan )

Motivasi iaitu ganjaran yang diberi untuk meneguhkan gerak balas tersebut.

IMPLIKASI TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

GURU SEBAGAI ROLE MODEL DAN MODEL SIMBOLIK Guru perlu menjadi model yang baik sama ada dari segi pakaian, tingkah laku, pertuturan dsb kerana guru sering dijadikan contoh oleh murid. Murid juga boleh meniru secara langsung contohcontoh pengajaran yang diberikan oleh guru.

IMPLIKASI TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


MODIFIKASI TINGKAH LAKU Permodelan adalah merupakan satu cara modifikasi tingkah laku. Guru boleh menunjukkan teladan yang baik seperti bersopan santun dan tidak meninggikan suara di dalam bilik darjah, Apabila murid meniru tingkah laku yang baik, guru perlu memberi peneguhan untuk melazimkan tingkah laku tersebut.

IMPLIKASI TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

CONTOH DAN HASILAN YANG BAIK Guru perlu menunjukkan hasil tangan, seni lukis dan kemahiran-kemahiran yang tertentu dalam mata pelajaran seperti Pendidikan Seni, Kemahiran Hidup dan sebagainya. Murid dapat meniru dari contoh-contoh yang ditunjukkan untuk menghasilkan kerja-kerja mereka.

IMPLIKASI TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

PENIRUAN MELALUI MAIN PERANAN & SIMULASI Guru boleh mengajar nilai dan peranan watak-watak yang penting melalui situasi main peranan dan simulasi. Murid dapat meniru tingkah laku positif secara tidak langsung yang ditunjukkan watak-watak dalam simulasi tersebut.

IMPLIKASI TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


RAKAN SEBAYA SEBAGAI MODEL Guru boleh menggunakan murid-murid yang menunjukkan tingkah laku yang baik untuk dijadikan model di dalam kelas. Guru harus membentuk kumpulan yang terdiri daripada murid yang pandai dan lemah supaya murid yang lemah dapat meniru tingkah laku murid yang pandai dan seterusnya meningkatkan pencapaian mereka.

KESIMPULAN

Teori Pembelajaran Sosial memberi tumpuan kepada perhubungan antara manusia, tingkah laku dan persekitaran. Oleh itu, guru perlu menyediakan persekitaran yang selesa dan kondusif agar mereka berjaya mencontohi sesuatu tingkah laku yang baik.

Anda mungkin juga menyukai