Anda di halaman 1dari 5

TUGASAN ELEKTIF 1 : PENDIDIKAN JASMANI

Pengalaman Berasaskan Sekolah merupakan satu kepentingan kepada setiap bakal guru. Ini bertujuan bagi memberikan pendedahan kepada setiap bakal guru untuk membuat pemerhatian bagaimana kehidupan di sekolah dan sebagai persediaan kepada mereka untuk menghadapi bidang keguruan. Saya telah menjalankan (PBS) selama seminggu di Sekolah Jenis Kebangsaan Ladang Bukit Rajah, Klang bagi mencari pengalaman dan membuat analisis terhadap kehidupan guru-guru dan murid-murid di sekolah tersebut. Saya telah diberi tugasan elektif 1 Pendidikan Jasmani untuk dilaksanakan sepanjang berada di sekolah tersebut. Tugasannya adalah saya dikehendaki membuat pemerhatian, mengumpul maklumat, berbincang dengan guru dan merekod tentang beberapa perkara yang berkaitan dengan kelas Pendidikan Jasmani. Bagi mendapatkan maklumat yang tepat saya telah menggunakan pelbagai jenis instrumen pengumpulan data iaitu pemerhatian, senarai semak, temu bual, kolaborasi dan soal selidik. Berdasarkan pengamatan dan pemerhatian yang telah dibuat semasa pengalaman berasaskan sekolah (PBS) terhadap kelas Tahun 1 yang diajar oleh Encik. Parthiben A/L Ramaiah di SJK (T) Ladang Bukit Rajah, Klang selama seminggu, aktiviti memanaskan badan telah dilaksanakan setiap kali sebelum melakukan aktiviti. Aktiviti memanaskan badan dimulakan dari atas kepala hingga kaki dan diakhiri dengan lompat bintang. Senaman regangan statik seperti regangan paha, bahu, lengan, pinggul dan kaki serta senaman regangan dinamik seperti berlari perlahan, melompat dari satu tempat ke satu tempat dan berjoging telah dilaksanakan oleh guru tersebut. Menurut guru tersebut kedua-dua jenis senaman ini diwajibkan sebelum melakukan sesuatu aktiviti. Ia merupakan aktiviti memanaskan badan. Menurut guru tersebut senam aerobik juga merupakan salah satu daripada aktiviti manaskan badan. Senamrobik menguatkan ketahanan fizikal dan jantung. Selain itu ia juga mengekalkan aktiviti kumpulan otot-otot besar boleh menambah keperluan oksigen di dalam badan. Ini melatih jantung, paru-paru dan otot-otot untuk menjadi lebih cergas. Senamrobik menguatkan ketahanan fizikal dan jantung. Aktiviti ini dilakukan untuk memberikan persediaan awal dan regangan kepada otot-otot, sendi dan sebagainya sebelum melakukan aktiviti. Sebagai contoh, jika tidak melakukan aktiviti memanaskan badan ini akan berlakunya kecederaan seperti terseliuh, kejang, pening kepala, pitam dan sebagainya. Dengan menemu bual guru pendidikan jasmani tersebut, dapat membuat rumusan bahawa aktiviti memanaskan badan penting bagi mengelakkan kecederaan, mengelakkan kekejangan otot, menyesuaikan diri dengan kadar denyutan jantung, meningkatkan prestasi, meningkatkan daya ketahanan badan,

mengurangkan kesakitan selepas bersukan dan membantu minda lebih tenang dan berfokus.

TUGASAN ELEKTIF 1 : PENDIDIKAN JASMANI


Daripada pemerhatian saya, sebelum aktiviti memanaskan badan dijalankan guru tersebut telah menerangkan kepada murid mengenai kepentingan memanaskan badan. Antaranya ialah langkah-langkah yang betul semasa melakukan regangan, teknik mengira semasa melakukan regangan dan rasional memanaskan badan sebelum bermain. Menurut guru tersebut, penerangan adalah penting bagi mengelakkan murid daripada mendapat kecederaan akibat tersilap melakukan regangan. Guru haruslah memastikan bahawa muridmurid melakukan aktiviti memanaskan badan dengan serius dan tidak bermain-main bersama rakan. Hal ini bagi mengelakkan sebarang kemalangan berlaku. Guru tersebut telah mengambil masa antara 3 hingga 5 minit untuk membuat penerangan. Guru tersebut telah menjelaskan tentang aktiviti yang akan dilakukan oleh murid pada hari tersebut dan murid diminta untuk menyatakan otot-otot yang terlibat. Kemudian, guru memberi kepentingan memanaskan badan dengan mengaitkan aktiviti pada hari tersebut. Sebagai contoh, sewaktu pemerhatian saya, guru telah menekankan otot-otot yang terdapat di tangan iaitu otot bicep dan tricep kerana kemahiran yang akan diajar adalah kemahiran membaling yang melibatkan tangan. Melalui ini, murid-murid telah mendapat gambaran terhadap otot yang terlibat dalam aktiviti yang akan dijalankan nanti. Penerangan mengenai kepentingan aktiviti memanaskan badan amat penting untuk diterangkan kepada murid agar murid sedar mengenai kepentingannya kepada otot-otot di seluruh tubuh badan agar bersedia untuk menjalankan sesuatu aktiviti. Selain itu, kefahaman inilah akan melahirkan tabiat yang baik kepada murid. Sebagai contohnya, sekiranya pelajar ingin melakukan apa jua jenis aktiviti bersukan atau sebaginya, murid-murid akan melakukan aktiviti ini tanpa arahan daripada guru. Dengan ini, cara bersukan yang sihat dan betul dapat diterapkan kepada murid-murid melalui penerangan ini sejak di bangku sekolah lagi. Mengikut kaijan saya, guru pendidikan jasmani di sekolah tersebut telah memberi tumpuan pada otot-otot besar disamping pada otot-otot yang kecil. Tumpuan ini dilakukan bertujuan agar melatih otot-otot besar yang terlibat dalam sesuatu aktiviti yang dijalankan bergerak dengan betul dan selamat. Contohnya, jika aktiviti itu melibatkan pergerakan tangan, otot-otot besar yang terlibat ialah otot tricep dan bicep. Otot-otot ini diberi penekanan untuk mengelakkan daripada kecederaan atau sebagainya. Misalnya, guru tersebut telah

mengadakan permainan anak kambing dan harimau. Semasa menjalankan permainan ini, otototot besar yang digunakan ialah otot tangan, kaki, dada, pinggang dan lain-lain. Contohnya ketika melarikan diri daripada dikejar oleh pemain lain, murid-murid akan menggunakan otototot besar pada kaki dengan bertujuan untuk berlari, berjalan dan melompat. Selain itu, murid juga menggunakan otot-otot besar pada tangan mereka untuk menangkap mangsa-mangsa

TUGASAN ELEKTIF 1 : PENDIDIKAN JASMANI


mereka. Mereka perlu memeluk mangsa-mangsa mereka, perlu menerkam, mencekup dan lainlain dengan menggunakan otot-otot besar pada tangan. Terakhir sekali adalah dengan menggunakan otot-otot besar pada pinggang mereka. Murid-murid perlu menggunakan otot pada pinggang untuk menstabilkan diri mereka daripada jatuh ketika mengelak, mengeliat dan melentik. Dengan ini, nyata dan jelas sekali bahawa guru tersebut memberikan tumpuan

kepada otot-otot besar pada murid-murid ketika menjalankan aktiviti pendidikan jasmani dan kesihatan. Amatlah penting otot-otot besar ini untuk melakukan pergerakan. Otot-otot ini perlu dilatih supaya kekal cergas dan seihat selalu agar ianya sentiasa boleh digunakan. Mengikut pemerhatian saya selama seminggu sebarang kecederaan dan perkaraperkara yang boleh mendatangkan bahaya kepada murid-murid tidak berlaku. Hal ini kerana setiap aktiviti yang dilaksanakan adalah mengikut prosedur bersukan yang betul. Guru tersebut memulakan sesi pengajaran dan pembelajarannya dengan aktiviti memanaskan badan. Aktiviti memanaskan badan memainkan peranan penting bagi mengelakkan sebarang kecederaan sewaktu bersukan Selain itu, aktiviti yang dilaksanakan telah dirancang oleh guru pendidikan jasmani sebelum dilaksanakan dan aktiviti yang dirancang adalah bersesuaian dengan tahap kemampuan murid-murid. Selain itu, peralatan yang digunakan juga telah berada dalam keadaan yang baik. Guru juga telah menerangkan beberapa langkah keselamatan bagi setiap aktiviti yang ingin dijalankan. Oleh itu,aktiviti yang dijalankan berjalan dengan lancar tanpa sebarang kecederaan atau kemalangan yang lain yang tidak diingini. Selepas aktiviti atau permainan dijalankan, saya melihat guru di sekolah ini mengarahkan murid menjalankan aktiviti menyejukkan badan di akhir waktu masa. Guru telah membimbing murid-murid melakukan aktiviti menyejukkan badan. Guru sekolah ini juga memberi penjelasan kepada murid tujuan aktiviti menyejukkan badan perlu dilakukan. Sebagai contoh, guru menerangkan apa yang berlaku kepada sistem pernafasan jika tidak melakukan aktiviti menyejukkan badan. Badan akan menjadi letih dan nafas tercungap-cungap. Untuk mengelakkan berlaku perkara sedemikian, aktiviti menghembus dan menarik nafas perlu dibuat beberapa kali dengan tenang dan teratur sebelum bersurai selepas menjalani sesuatu aktiviti jasmani. Disini juga,saya dapati guru tersebut sedar tentang kepentingan aktiviti menyejukkan badan terhadap murid setelah beraktiviti untuk mengurangkan kesakitan otot. mengelakkan kekejangan otot dan

Semasa sesi menemu bual, guru telah menyatakan tujuan

aktiviti menyejukkan badan iaitu, bagi mengembalikan fungsi fisiologi ke paras normal secara beransur-ansur, mengurangkan kelesuan otot, meningkatkan fleksibiliti otot, tendon dan ligamen serta menurunkan tekanan darah. Pada pemerhatian saya juga, aktiviti ini dilakukan

TUGASAN ELEKTIF 1 : PENDIDIKAN JASMANI


dengan cara yang betul dan melibatkan otot-otot besar dan kecil dan apa yang penting adalah aktiviti regangan yang dilakukan tidak membahayakan otot-otot dan sendi. Semasa pemerhatian dan pengamatan di kelas pendidikan jasmani, saya mendapati bahawa guru pendidikan jasmani telah menggunakan alatan yang sesuai dengan aktiviti yang dirancang mengikut tahap murid. Peralatan yang digunakan dalam setiap aktiviti juga dinilai dan dipilih mengikut kesesuaian murid-murid menggunakan alatan tersebut. Misalnya, guru sekolah tersebut telah menggunakan gelung kecil bagi murid tahun 1 supaya mereka mudah untuk kendalikannya. Bukan itu sahaja, peralatan yang kecil dan mudah kendalikan seperti ini selamat digunakan oleh murid-murid. Saya juga perhatikan guru tersebut amat kreatif dalam menggunakan alatan bagi setiap aktiviti. Ini dapat mewujudkan keseronokan pada murid-murid bagi menjalankan aktiviti-aktiviti ini. Selain itu, kesemua alat tersebut telah diperiksa terlebih dahulu oleh guru sebelum digunakan untuk keselamatan murid-murid. Ini adalah kerana peralatan yang rosak dan membahayakan tidak boleh digunakan dalam semua aktiviti permainan .Guru juga memastikan murid-murid menggunakan alatan tersebut dengan baik dan cermat serta dapat memulangkannya seperti yang diambil diakhir aktiviti. Berdasarkan pemerhatian saya ketika melakukan Program Pengalaman Bersasaskan Sekolah (PBS) di sekolah ini, terdapat beberapa perkara yang saya lihat tentang pembahagian masa ataupun lebih senang tentang pengurusan masa yang diambil oleh guru yang mengendalikan kelas pada waktu pendidikan jasmani. Hasil pemerhatian saya menunjukkan kebanyakan masa yang digunakan untuk kelas pendidikan jasmani ialah pada waktu awal pagi iaitu bermula pada pukul 7.45 pagi. Jadi waktu ini amatlah sesuai untuk murid-murid kerana tidak terlalu panas bagi mereka menjalankan sebarang aktiviti yang ditentukan oleh guru-guru mereka. Berkaitan pembahagian masa, saya mendapati pembahagian masa di antara sesuatu aktiviti adalah begitu terperinci namun masa yang singkat agak menyukarkan guru untuk melakukan aktiviti yang telah dirancang dengan berkesan. Jadi guru terpaksa melaksanakan aktiviti yang telah dirancang dengan cepat agar sesuai dengan masa yang telah diperuntukkan. Semasa pemerhatian saya, guru tersebut telah menggunakan 5 minit yang awal untuk aktiviti regangan, 10 minit untuk aktiviti pertama, 10 minit lagi untuk aktiviti kedua dan 5 minit terakhir untuk aktiviti menyejukkan badan dan refleksi. Pada pandangan saya, pembahagian masa seperti ini adalah amat baik dan selalu diamalkan oleh para guru. Pembahagian masa antara aktiviti-aktiviti ini dijalankan dengan baik sekali seperti yang telah dirancang. Aspek ketepatan masa amat dititikberatkan oleh guru terhadap murid-muridnya. Bukan sahaja murid-murid perlu ke kelas pendidikan jasmani dengan awal malah sebaik selesai waktu tamat murid-murid digesa

TUGASAN ELEKTIF 1 : PENDIDIKAN JASMANI


agar kembali dalam kelas dengan secepat mungkin agar waktu pembelajaran bagi subjek lain tidak terjejas. Setelah selama seminggu menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) yang kali ke-3 di SJK (T) Ladang Bukit Rajah, pelbagai pengalaman dan ilmu yang telah saya dapati di sekolah ini sebagai bekalan untuk saya yang bakal menjadi guru. Pada pandangan saya, guruguru pendidikan jasmani di sekolah tersebut memahami tentang kepentingan kelas pendidikan jasmani kepada murid-murid. sebagai Mereka guru bersungguh-sungguh apabila mengajar apabila mata menjalankan pelajaran ini.

tanggungjawab

seorang

Walaubagaimanapun, ada beberapa perkara yang saya sarankan bagi penambahbaikan dalam pengajaran iaitu pertama guru perlu menitikberatkan disiplin murid sewaktu kelas pendidikan jasmani dijalankan. Hal ini kerana saya melihat guru tidak begitu mengendahkan disiplin muridmurid dan biarkan mereka membuat bising sewaktu aktiviti regangan dilakukan. Kawalan kelas kurang memuaskan. Contohnya, ada murid yang bercakap dengan kawan, berlari sesuka hati dan lain-lain lagi. Selain itu, sebagai seorang guru pendidikan jasmani arahan hendaklah jelas, tepat dan mudah difahami oleh murid-murid. Hal ini penting untuk menjayakan sesuatu aktiviti dan juga memastikan murid-murid mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Semasa

pemerhatian saya, bukan semua murid dapat menguasai kemahiran membaling. Guru tersebut hendaklah melakukan aktiviti ansur maju. Contohnya, bagi kemahiran membaling sebagai aktiviti pertama guru dapat melakukan permainan membaling dengan jarak yang dekat dan diikuti dengan jarak yang lebih jauh dan bukan terus kepada jarak yang jauh kerana ada murid yang tidak dapat melakukannya. Akhirnya, saya juga sarankan agar guru lebih

mempelbagaikan aktiviti yang menarik agar murid tidak berasa bosan apabila bermain. Ini kerana saya perhatikan aktiviti yang dijalankan oleh guru agak biasa dan aktiviti seperti ini dapat membosankan murid. Saya sarankan pelbagai aktiviti dapat dijalankan oleh guru agar murid berasa seronok dan bersemangat untuk bermain. Kesimpulannya, Pendidikan Jasmani merupakan satu proses pembelajaran yang menyeluruh dan merangkumi semua aspek domain seperti psiokomotor, afektif dan kognitif. Melalui, Pendidikan Jasmani pelajar akan diberi ruang untuk mencuba dan mengalami sendiri pengalaman semua aktiviti fizikal yang dijalankan. Oleh itu, matapelajaran ini, haruslah diberi tumpuan bagi melahirkan manusia yang sihat dan berjaya.

Anda mungkin juga menyukai