Anda di halaman 1dari 24

OBJEKTIF KURSUS

1. 2. 3. 4. 5. 6.

Mendedahkan para peserta kursus pelbagai teknik yang menarik dan berkesan untuk mengajar kemahiran lisan, membaca dan menulis; Mengaplikasikan aktiviti-aktiviti pembelajaran Bahasa Melayu; seni muzik dalam pengajaran dan

Mengaplikasikan aktiviti-aktiviti seni visual dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu; Mengaplikasikan aktiviti-aktiviti seni pergerakan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu; Memahami bagaimana untuk melaksanakan intergrasi seni visual, muzik dan pergerakan dengan mata pelajaran Bahasa Melayu; Mendedahkan para peserta faedah seni dalam pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

JADUAL KURSUS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SENI DALAM BAHASA MELAYU HARI 8.00-10.00 PAGI MASA SATU
PENDAFTARAN/ICE BREAKING/KONSEP SENI DALAM PENDIDIKAN SENI MUZIK DALAM PENDIDIKAN (KONSEP/CONTOH AKTIVITI)

10.3012.30T/HARI
P & P SENI DALAM PENDIDIKAN

2.30-4.30 PTG
SENI VISUAL DALAM PENDIDIKAN (KONSEP/ CONTOH AKTIVITI) BENGKEL 1 (AGIHAN KUMPULAN/ TUGASAN)

E H A
SENI PERGERAKAN DALAM PENDIDIKAN (KONSEP/CONTOH AKTIVITI) RUMUSAN/ REFLEKSI

E H A

DUA

TIGA

BENGKEL 2 (PEMBENTANGAN)

KANDUNGAN

Konsep Seni Dalam Pendidikan

2 jam

Pengajaran dan Pembelajaran Seni dalam Pendidikan 2 jam

Seni Visual dalam Pengajaran Bahasa Melayu Konsep/Aktiviti 2 jam

Seni Muzik dalam Pengajaran Bahasa Melayu Konsep/Aktiviti 2 jam

Seni Pergerakan dalam Pengajaran Bahasa Melayu Konsep/Aktiviti 2 jam

Bengkel

6 jam

SENI DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU


2

1.0 PENGENALAN Seni dalam Pendidikan memainkan peranan yang penting ke arah perkembangan kanak-kanak melalui peningkatan daya persepsi, estetika dan kreativitinya. Matlamatnya ialah untuk melahirkan individu yang berbudaya dengan mengamalkan pertimbangan kesenian, berjiwa kreatif, inovatif, inventif dan mempunyai jati diri yang tinggi. Pengabungan tiga jenis seni yang terdiri seni visual, seni muzik dan seni pergerakan akan membantu pembentukan insan yang lebih bersifat holistik dan menyeluruh.
"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

(Falsafah Pendidikan Kebangsaan) Perkaitan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani amat berkaitan dengan matlamat pelaksanaan Seni dalam Pendidikan Bahasa Melayu. Hal ini demikian kerana aspek seni boleh mempengaruhi intelek, rohani, emosi dan jasmani kanakkanak. Aspek ini jika dimasukkan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan memberi peluang kepada kanak-kanak dan remaja untuk meneroka pelbagai sudut yang mereka lihat, dengar, sentuh, bergerak dan berfikir dengan setiap aktiviti pembelajaran dalam bilik darjah. Oleh itu pewujudan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani boleh terhasil. Sukatan pelajaran Bahasa Melayu pula menitiberatkan konsep 5P dalam strategi pengajaran dan pembelajaran. Konsep 5P ialah bermaksud adanya elemen penggabungjalinan, penyerapan, pengayaan, pemulihan dan penilaian yang digarapkan dalam satu pengajaran dan pembelajaran. Memasukkan aspek seni boleh dibuat
3

secara langsung dalam elemen penggabungjalinan dan penyerapan. Kemahiran atau ilmu dalam seni perlu diintergrasikan kerana murid akan melibatkan perasaan, daya kreativiti, penajaman intuisi, persepsi, konsepsi, imaginasi dan estetika melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran. 1.1 KONSEP SENI DALAM PENDIDIKAN

Secara umumnya Seni merupakan sesuatu yang halus dan indah. Seni boleh ditakrifkan sebagai kesanggupan akal manusia untuk menciptakan sesuatu karya yang bermutu dan bernilai tinggi. Seni adalah salah satu manifestasi dan pancaran rasa keindahan, pemikiran, kesenangan dan perasaan yang lahir dari seniman. Ini merupakan hasil idea para seniman yang berlandaskan imaginasi, pengetahuan, pendidikan, inspirasi, dan tenaga seniman. Seni juga merupakan suatu medium pendidikan yang dapat membentuk kehidupan dan sifat-sifat peribadi seseorang kanakkanak Seni itu haruslah digalakkan demi meningkatkan daya kreativiti dan pemahaman terhadap kehidupan itu sendiri. Integrasi Seni dalam pendidikan boleh meningkatkan perkembangan insan dan minda secara holistik dan membantu meningkatkan kreativiti dan ekspresi kendiri seseorang. Hal ini disokong oleh teori-teori dari ahli psikologi kognitif dan konstruktivisme yang telah membuktikan kanak-kanak tidak memperolehi pengetahuan secara pasif, tetapi mereka membina pengetahuan secara aktif. Teori Kecerdasan Pelbagai oleh Howard Gardner telah menyokong seni diberi peranan yang lebih penting dalam kurikulum. Ini kerana manusia memperolehi pengetahuan melalui kecerdasan yang pelbagai. 1.1.1 Objektif Seni dalam Pendidikan

Seni Dalam Pendidikan di sekolah rendah bertujuan untuk:

(a)

Menghargai keindahan ciptaan Tuhan;


4

(b)

Mempupuk budaya pengamatan, persepsi dan ekspresi dalam proses penghasilan;

(c)

Meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti, inovasi serta kemahiran dalam bidang seni visual, seni muzik dan seni pergerakan yang diamalkan pengajaran dan pembelajaran;

(d)

Menggunakan pelbagai kemahiran, media, teknik dan teknologi untuk mengekspresikan hasilan kerja;

(e)

Membuat diskripsi, analisis, interpretasi dan penilaian terhadap karya seni yang dibuat;

(f) (g)

Mendapat nilai tambah dalam disiplin sains, teknologi dan mata pelajaran lain; Menghargai sumbangan dan pengaruh tokoh-tokoh seni visual, seni muzik dan seni pergerakan;

(h) (i)

Menjadikan Seni dalam Pendidikan sebagai tunjang dalam kerjaya keguruan; Menyedari dan menghargai suasana seni dalam persekitaran dan kaitannya dengan keselesaan hidup;

(j) (k)

Membina jati diri ke arah pembentukan negara bangsa; Mengintegrasi Seni dalam Pendidikan dengan mata pelajaran lain melalui aktiviti yang diadaptasi dan diubahsuai selaras dengan hasrat kurikulum kebangsaan;

(l)

Membina dan mengamal nilai-nilai murni melalui pelbagai pengalaman seni visual, seni muzik dan seni pergerakan.

1.1.2 Kepentingan Seni dalam Pendidikan Seni dalam Pendidikan melibatkan ekspresi, emosi dan imaginasi. (a) Peranan Ekspresi Seni dalam Pendidikan menyarankan pelbagai aktiviti melalui perasaan, pernyataan emosi, idea dan manifestasi pemikiran. Aktiviti Seni dalam Pendidikan
5

memberi peluang kepada murid-murid untuk membina keyakinan menajamkan persepsi, meningkatkan kreativiti dan meningkatkan nilai estetik. (b) Peranan Emosi Emosi merupakan perasaan jiwa yang kuat seperti sedih, gembira, takut dan geli. Manakala emosi yang mempengaruhi ingatan pula boleh digolongkan dalam dua jenis, iaitu seronok dan tenang, serta kurang seronok dan cemas. (c) Peranan Imaginasi Proses kreativiti dan imaginasi boleh melibatkan; (i) (ii) Perasaan dalaman kanak-kanak, imaginasi dan kreativiti Pengalaman kanak-kanak melalui interaksi dan tindakan yang diambil

(iii) Kebolehan kanak-kanak meluahkan perasaannya secara lahiriah.

1.2

KONSEP SENI DALAM PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

Seni dalam Pendidikan Bahasa Melayu adalah menjurus kepada seni visual, seni muzik dan seni pergerakan. Ia tidak merujuk kepada bidang seni lain seperti seni teater, seni sastera, seni fotografi dan seni mempertahankan diri. Seni dalam Pendidikan peringkat sekolah rendah dan menengah lebih menegaskan kepada aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan. Proses ini menyentuh perasaan estetika dan daya kreativiti individu melalui penajaman intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Guru akan memberi murid untuk menjalankan aktiviti citarasa pancaindera. imaginasi Murid untuk untuk meneroka, mengalami dan diharapkan mencapai dapat mengamalkan optimum, mengekspresi kepekaan,

pertimbangan seni visual, seni muzik dan seni pergerakan dalam meningkatkan lagi kreativiti, daya pembelajaran menyeluruh dan menyeronokkan. 1.2.1 Seni Muzik
6

Muzik merupakan salah satu dari cabang seni dan sains yang menggabungkan bunyibunyi vokal dan instrumental. Ini termasuk bunyi-bunyi semula jadi dari persekitaran atau rekaan dengan satu cara yang dianggap memuaskan mengikut estetika, corak pemikiran, dan emosi manusia yang juga boleh mencerminkan sesuatu budaya tertentu. Elemen-elemen asas muzik terdiri dari melodi, irama, tekstur, warna ton, dinamik dan bentuk. Untuk mengapresiasi muzik dengan mendalam, elemen-elemen muzik ini perlu difahami terlebih dahulu. 1.2.2 Konsep Seni Muzik Pengajaran dan pembelajaran pendidikan Muzik KBSR di sekolah-sekolah rendah sebenarnya berfokus kepada dua elemen iaitu pengetahuan dan kemahiran muzik. Di samping itu elemen nilai turut diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran sama ada secara eksplisit atau secara implisit. Elemen pengetahuan memberikan tumpuan kepada kebolehan murid mengetahui dan memahami konsep muzik berasaskan tiga komponen, iaitu irama, melodi dan ekspresi. Manakala bagi kemahiran muzik, memberi tumpuan kepada pembinaan kemahiran murid dalam perkara berikut, iaitu mendengar muzik, mengapresiasi muzik, kreativiti, membaca dan menulis, membaca dan menulis muzik, menyanyi, dan menghasilkan muzik instrumental. 1.2.3 Seni Visual Seni visual adalah satu bentuk seni yang menumpukan kepada hasil penciptaan yang berbentuk visual seperti lukisan, fotografi, grafik dan filem. Kebanyakan disiplin kesenian seperti seni persembahan, bahasa dan masakan melibatkan aspek seni visual dan lain-lain seni, jadi definisi seni tidak terhad. Dengan kata lain seni visual adalah sesuatu hasil/ciptaan yang boleh dinampak melalui penglihatan mata. Hasil/karya itu adalah bersumberkan daya fikiran dan kesenian yang mutlak dalam minda seseorang dan seterusnya diterjemahkan kepada objek yang nyata serta boleh dilihat seperti gambar, arca, model dan sebagainya.
7

1.2.4 Konsep Seni Visual Seni merupakan istilah yang sukar ditakrifkan memandangkan perkataan ini boleh digunakan mengikut bidang masing-masing dengan makna yang lain. Dalam istilah bahasa, seni bermaksud halus, cantik dan teknik. Akan tetapi, ada yang menterjemahkan seni sebagai sesuatu yang cantik, indah, baik, dan cerdik yang boleh ditanggap melalui pancaindera seperti mata dan telinga. Boleh dikatakan seni merangkumi setiap aspek kehidupan manusia. Dalam era moden ini, seni juga melibatkan sesuatu yang kreatif dan inovatif. Ia merupakan bidang yang berupaya untuk penghasilan dan pencipataan sesuatu karya dan ciptaan untuk manusia sematamata untuk keindahan ataupun sesuatu fungsi kegunaan yang tertentu. Jadi, seni adalah ilmu terhasil daripada budaya dan agama dalam menghasilkan sesuatu untuk tujuan pemujaan Tuhan, menyebarkan nilai-nilai budaya seperti pakaian, dan sebagainya. Seni juga terhasil daripada industri yang bertujuan untuk menghasil sesuatu yang berorientasikan keuntungan dan bercirikan komersil melalui penciptaan barang yang berguna dalam kehidupan harian. Seni juga boleh dipandang dari segi nilainya. Sesuatu yang indah tidak boleh dinilai dalam sebutan harga, walaupun masih ada yang menjualkannya pada harga yang melambung tinggi. Nilai kesenian itu terus diturunkan kepada generasi yang lain di mana ia menjadi satu sejarah atau pantulan yang mengisahkan tentang masa silang. 1.2.5 Seni Pergerakan Kemahiran yang berasaskan Seni Pergerakan terdiri daripada bidang pergerakan kreatif, tarian, drama, main peranan, lakonan, teater, pentomin, simulasi, gimrama dan puisi 1.2.6 Konsep Seni Pergerakan

Dalam Seni Pergerakan individu melahirkan perasaan melalui gerakan. Seseorang yang mengambil bahagian dalam main peranan mengikut imaginasi mereka. Mereka melahirkan perasaan melalui lakonan drama dan bacaan puisi. Menunjukkan semangat kerjasama dalam persediaan dan persembahan. Membuat gerak badan berdasarkan muzik yang ada kaitan dengan cerita yang didengar. Dalam Seni Pergerakan juga seseorang melibatkan diri dalam pergerakan kreatif berunsur budaya masyarakat Malaysia. Mereka mengenali dan bermain permainan tradisional masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik. 1.3 KESAN POSITIF SENI DALAM PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

Menjadikan P&P lebih seronok Memahami potensi diri murid Memupuk nilai kerjasama

Kesan Positif
Murid berpeluang meneroka Luahan perasaan dan keyakinan

Memenuhi keperluan sosial

Rajah 1.1 Kesan Positif Seni dalam Pendidikan Bahasa Malaysia

Terdapat enam kesan positif penggunaan penyerapan seni dalam pendidikan Bahasa Melayu, iaitu : (i) Proses pengajaran dan pembelajaran lebih seronok.

Pengajaran yang dilaksanakan dengan menggabungjalinkan pelbagai unsur seni dan berbeza dari kaedah pengajaran tradisional yang hanya menggunakan kapur dan
9

papan tulis sebagai media dalam penyampaian maklumat, dapat menjadikan murid berasa lebih seronok. Selain itu, murid akan berasa lebih selesa dan lebih mudah untuk memahami sesuatu tajuk yang diajar. Contohnya, kaedah belajar secara bermain dapat membina dan menjalinkan hubungan sosial sesama murid. Selain itu, perhubungan sesama murid juga bertambah mesra dan dapat bekerjasama melalui aktiviti-aktiviti permainan secara berkumpulan. Ini turut membantu dan menyemai nilai-nilai murni dalam diri dan meningkatkan motivasi untuk mengikuti proses pembelajaran. (ii) Membantu murid memahami potensi diri sendiri

Setiap insan mempunyai kelebihan tersendiri yang dikurniakan Allah SWT. Sama ada manusia cepat sedar atau lambat akan potensi diri masing-masing adalah bergantung kepada beberapa faktor tertentu. Lazimnya murid-murid tidak dapat mengenalpasti apakah kelebihan yang ada pada dirinya. Justeru peranan ibu bapa penting untuk membimbing anak-anak mereka ini ke arah memutamadkan potensi diri. Contohnya ada dalam kalangan murid-murid itu berbakat dalam seni visual atau seni muzik. Seni dalam pendidikan Bahasa Melayu merupakan tempat paling sesuai mengenal pasti potensi murid-murid ini.

(iii)

Memupuk nilai kerjasama

Secara semulajadi, kebanyakan aktiviti Seni Dalam Pendidikan Bahasa Melayu tidak dapat mengelakkan murid-murid daripada terlibat dalam kegiatan yang berunsur kerjasama. Aktiviti berkelompok menuntut setiap individu bergerak dan berinteraksi secara bekerjasama untuk mencapai kejayaan bersama. Aksi-aksi yang terdapat dalam kursus ini merangkumi aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan mempunyai titik tolak interaksi sosial yang terjalin melalui deria sentuh. Komunikasi deria sentuh ini mempunyai asas yang boleh menjalin perhubungan sesama manusia yang membawa kepada konsep perpaduan.

(iv)

Memenuhi keperluan sosial yang asas

10

Apabila semua murid berpeluang menyertai aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan minat dan kebolehan mereka, maka akan terbentuk satu situasi ideal yang dapat memenuhi kedua-dua matlamat sosial iaitu rasa ketermilikan dan keinginan diterima sebagai anggota kelompok. Murid-murid mahukan dirinya diterima sebagai anggota sebuah kelompok dan pada masa yang sama memerlukan kasih sayang. Dalam kursus ini, keperluan untuk belaian sekurang-kurangnya dipenuhi melalui pujian dan galakan yang diberi sebaik sahaja mereka mempersembahkan aktiviti yang menarik. Perhubungan mesra antara murid dengan murid dapat mewujudkan suasana yang harmonis dan menyebabkan murid merasakan bahawa guru dan rakan-rakan prihatin terhadap dirinya dan menghargai bakat yang dimiliki.

(v)

Murid berpeluang untuk menjalani proses penerokaan semasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran

Kamus Dewan mentakrifkan penerokaan sebagai penyelidikan yang bertujuan untuk mengetahui sesuatu yang belum diketahui. Penerokaan dapat dilaksanakan dengan cara menjelajah. Namun begitu, proses ini memerlukan pelbagai bahan dan kaedah. Pengalaman meneroka juga merupakan situasi pembelajaran. Meneroka dijalankan dengan membuat eksperimen, menyelidik dan mencipta menggunakan pelbagai idea dan bahan. Penerokaan terbahagi kepada toga kategori iaitu alat dan bahan, cara pengolahan dan manipulasi serta idea dan isi kandungan. (vi) Luahan perasaan dan aras keyakinan yang tinggi

Perasaan merupakan reaksi badan terhadap rangsangan yang diterima sama ada ia bersedia atau tidak. Di samping itu, perasaan juga mungkin dapat memberikan sumber manfaat dan kerugian kepada seseorang. Guru boleh mengagak perasaan sebenar murid melalui tingkah laku yang dipamerkan. Murid yang menyertai aktiviti-aktiviti seperti permainan boleh mewujudkan suasana keriangan, bebas daripada tekanan emosi dan membina kecekalan dalam menghadapi persaingan dan cabaran. Individu yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi dapat melakukan aktiviti tanpa rasa segan

11

dan bimbang mengenai pandangan orang lain terhadap dirinya. Oleh itu, setiap aktiviti yang dilakukan perlulah ada keyakinan supaya dapat menjamin keberkesanannya. Kesimpulannya, ketiga-tiga bidang iaitu seni visual, muzik dan pergerakan perlu diintegrasikan kerana mempunyai motif dan tujuan yang sama. Pengintegrasian ini akan memperkukuh dan memantapkan lagi kefahaman murid-murid tentang tajuk yang akan diajar.

1.4

MATLAMAT DAN OBJEKTIF SENI DALAM PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

Secara umumnya, pengajaran dan pembelajaran seni dalam pengajaran Bahasa Melayu digubal untuk memenuhi beberapa matlamat. Menurut Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu sekolah Menengah (KBSM) 2011, seni dalam pengajaran Bahasa Melayu tergolong di dalaam hasil pembelajaran bidang Seni Berbahasa untuk sekolah rendah dan bidang estetik untuk sekolah menengah. Ia diharapkan dapat mempertingkatkan keupayaan pelajar di dalam penguasaan aspek kebahasaan, keindahan dan kehalusan bahasa. Di samping itu, komponem ini juga mengutamakan penikmatan hasil karya yang indah, penglahiraan perasaan dan penghayatan. Sehubungan itu, Seni dalam pengajaran Bahasa Malaysia diajarkan untuk memenuhi objektif-objektif berikut : (i) Menerapkan minat membaca dan kemahiran berbahasa sebagai amalan ke arah membina budaya pembelajaran berterusan. (ii) (iii) Memupuk semangat keyakinan diri. Mengaplikasikan pelbagai pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran bahasa. (iv) Mengaplikasikan pengetahuan seni dalam pengajaran bahasa Malaysia di peringkat sekolah rendah dan menengah.
12

(v)

Memperkembang kekuatan imaginasi, kreativiti, pemikiran kritis dan berunsur pengetahuan menggunakan kemahiran menulis.

(vi)

Menghargai dan menghayati nilai murni, sikap positif, semangat patriotisme, dan perasaan cintakan Negara.

(vii)

Bertutur petah menggunakan sebutan dan intonasi yang betul dalam pelbagai situasi.

(viii)

Membaca pelbagai bahan berunsurkan pengetahuan menggunakan teknik membaca yang sesuai dan berkesan untuk memperoleh ilmu dan memproses maklumat secara kritis.

1.5

PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK

Pendekatan merupakan satu kumpulan andaian yang saling berkaitan, yang mencerminkan satu pandangan atau falsafah yang berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran. Manakala teknik dan aktiviti pengajaran ialah dua perkara yang saling berkait antara satu sama lain. Teknik ini perlulah berdasarkan pendekatan dan kaedah yang telah dipilih. 1.5.1 Pendekatan Pendekatan merupakan satu kumpulan andaian yang saling berkaitan, yang mencerminkan satu pandangan atau falsafah yang berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran.

1.5.2 Kaedah Kaedah ialah suatu perancangan bagi melaksanakan sesuatu perkara supaya pelaksanaan perkara itu berjalan lancar. Dalam konteks pengajaran, kaedah merupakan alat atau prasarana yang membolehkan pengajaran berjalan secara teratur, kemas, dan bersistem, sesuai dengan pendekatan yang dipilih. Secara umumnya
13

terdapat tiga kaedah pengajaran untuk mengaplikasikan seni dalam pendidikan Bahasa Melayu, iaitu: ( i ) kaedah analisis struktural, ( ii ) kaedah menghayati-mengalami ( iii ) kaedah berfokus, global dan eklektik 1.5.3 Teknik Terdapat 13 teknik yang boleh digunakan guru untuk mengaplikasikan Seni dalam Pendidikan Bahasa Malaysia, iaitu: (a) Adaptasi

Adaptasi ialah satu teknik yang boleh digunakan dalam pengajaran kesusasteraan Melayu. Adaptasi bermaksud mengubah atau mereka bentuk sesuatu genre sastera kepada bentuk lain yang difikirkan lebih menarik. Untuk memudahkan pelajar memahami isi sesebuah sajak, guru boleh mengadaptasi sajak tersebut kepada bentuk drama, cerpen atau nyanyian.

(b)

Deklamasi

Deklamasi bermaksud membaca puisi dengan nada, intonasi suara, dan gaya yang sesuai. Untuk menjadikan deklamasi lebih menarik, pelajar perlu memahami dan seterusnya menghayati puisi yang akan dideklamasikannya.

(c)

Cerpendra

14

Cerpendrama bermaksud mengubahsuai petikan cerpen kepada bentuk drama. Teknik ini akan memaksa pelajar mendalami dan menghalusi isi petikan dan seterusnya mengubahnya kepada skrip drama. Dalam teknik ini pelajar terpaksa mengkaji dengan teliti aspek perwatakan, latar tempat dan masa, persoalan dan tema yang terdapat dalam cerpen tersebut. (d) Mestamu

Mestamu bermaksud mendeklamasikan puisi dan melagukannya tanpa muzik. Hal ini bermakna terdapat dua aktiviti berjalan serentak iaitu mendeklamasikan dan melagukan puisi tersebut, sama ada baris demi baris atau rangkap demi rangkap. Jika teknik ini dibuat secara berpasangan, seorang pelajar akan mendeklamasikan dan seorang lagi akan melagukannya. ( e ) Kerusi panas Teknik kerusi panas boleh digunakan untuk pengajaran aspek watak dan perwatakan dalam sesebuah karya . Dalam teknik ini, seorang pelajar akan diminta menghayati dan mendalami watak dalam sesebuah cerita, kemudian pelajar ini ditempatkan di kerusi yang diletakkan di hadapan kelas. Seterusnya pelajar-pelajar lain diminta menyoal soalan-soalan yang berkaitan dengan watak yang dipegang oleh pelajar di kerusi panaselajar ini akan menjawabnya berdasarkan cerita atau peristiwa dalam karya sastera tersebut. ( f ) Improvisiasi Improvisiasi ialah lakonan spontan yang terdiri daripada kumpulan kecil, yang skripnya diolah daripada isi atau peristiwa yang terdapat dalam genre yang diajarkan. Dalam pengajaran cerpen misalnya para pelajar boleh diminta menyediakan skrip secara berkumpulan bagi menceritakan peristiwa yang berlaku dalam permulaan cerpen , konflik, dan peleraian dalam cerpen berkenaan.

( g ) Pemaduan Seni
15

Pemaduaan seni bermaksud penggunaan beberapa unsure seni seperti, seni lukis, seni suara, seni lakon, dan sebagainya untuk menghidupkan petikan atau babak dalam karya. Untuk tujuan pemaduan seni ini , seni-seni yang dipilih itu digunakan secara serentak pada masa yang sama. Sebagai contoh, pengajaran aspek perwatakan dalam sesebuah novel boleh dibuat dengan cara melakonkan aksi watak tersebut, dan pada masa yang sama pelajar lain melukiskan gambaran watak, dan mungkin sekumpulan pelajar lain menyanyikan fakta mengenai watak tersebut. ( h ) Baca drama Teknik ini sangat sesuai digunakan untuk mengajarkan isi dan persoalan yang terdapat dalam drama. Pelajar diminta membaca skrip drama secara bergilir-gilir intonasi yang sesuai dalam pembacaan tersebut. ( i ) Lakonan Lakonan ialah satu teknik yang boleh digunakan untuk memudahkan pelajar mengingati dan menghayati sesuatu karya. Pelajar diminta mengingati semula dialog atau petikan dalam drama atau novel, kemudian mereka diminta melakonkan petikan atau dialog tersebut mengikut pemahaman dan penghayatan mereka sendiri. ( j ) Kaligrafi Kaligrafi ialah seni tulisan yang boleh digunakan untuk memotivasikan pelajar memberikan fokus terhadap objektif pengajaran. Dalam pengajaran aspek perwatakan dalam novel misalnya, pelajar boleh diminta menuliskan nama-nama watak mengikut gaya dan kreativiti masing-masing. Secara tidak langsung, tumpuan pelajar akan terarah kepada nama-nama watak yang sedang dituliskannya, dan ini akan memudahkan perbincangan tentang aspek tersebut yang dibuat selepas itu. atau berdasarkan watak yang dikhaskan. Guru perlu menegaskan tentang penggunaan

( k ) Dialog
16

Teknik ini dimulakan dengan pemilihan dialog-dialog daripada bahan yang dikaji dan pelajar diminta menulis dan melafazkan dialog-dialog pilihan mereka dengan gaya dan intonasi yang sesuai. Kesungguhan perlu ditekankan supaya pelajar membacakan dialog tersebut dengan gaya yang menarik. Aktiviti ini secara tidaak langsung akan menyebabkan pelajar tertumpu kepada isi atau bab yang akan dibincangkan. Pengajaran akan diteruskan dengan perbincangan antara guru dengan pelajar atau sesame pelajar, yang merupakan soal jawab yang berkaitan dengan isi atau petikan yang sedang dibincangkan. ( l ) Melodi Melodi bermaksud nada dan ritma yang enak didengar atau dibacakan. Teknik ini boleh digunakan untuk memudahkan pelajar mengingati sesuatu isi atau fakta. Fakta atau isi yang akan diajarkan digubah dalam bentuk melodi yang indah. Pelajar lebih mudah mengingat fakta yang bermelodi, berbanding fakta yang akan disampaikan secara tradisional. ( m ) Nyanyian Teknik nyanyian hampir sama dengan teknik melodi. Dalam teknik ini, isi atau fakta yang akan diajarkan digubah seperti rangkap nada sesuatu nyanyian yang popular. Kemudian, fakta tersebut disebut seperti menyanyikan lagu yang dipilih itu. Teknik ini akan jadi lebih menarik jika diringi muzik minus one lagu berkenaan.

1.6

CADANGAN AKTIVITI SENI DALAM PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

1.6.1 Seni Visual dalam Pendidikan Bahasa Melayu


17

Contoh Rancangan Mengajar Harian Mata Pelajaran Tahun Fokus Utama : Bahasa Melayu : 1 5.0 Membaca kuat dengan kelancaran sebutan intonasi dan gaya Pembacaan yang sesuai. 5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca. Aras 2 i. Membaca ayat majmuk dengan sebutan dan intonasi yang betul. Fokus Sampingan : 3.0 Menyampaikan maklumat dalam pengucapan yang mudah,betul,menarik dan berkesan . 3.1 Menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara atau tajuk dengan menggunakan kata, istilah, frasa, struktur ayat yang betul dan laras bahasa yang sesuai. Aras 1 Aspek Seni Tajuk Pelajaran : : Menyatakan maklumat berdasarkan bahan rangsangan. Melukis dan mewarna Haiwan Ternakan Datuk

Objektif pembelajaran :

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:

i. Murid dapat membaca dan memahami bahan /petikan pilihan. ii. Murid dapat bercerita mengenai haiwan ternakan.
18

iii. Murid dapat mengekspresikan bakat seni mereka. Langkah/masa Isi Pelajaran Pengajaran dan pembelajaran Induksi set Bunyi-bunyi binatang Guru memperdengarkan bunyi-bunyi binatang . Pelajar meneka dan menyebut nama binatang yang sesuai. Langkah 1 Haiwan Datuk. Langkah 2 Haiwan Ternakan Ternakan Pelajar membaca petikan. (bacaan nyaring) Pelajar diminta bercerita tentang haiwan ternakan berdasarkan pengetahuan sedia ada dan berdasarkan petikan yang dibaca. Langkah 3 Melukis dan mewarna Pelajar melukis dan gambar binatang ternakan mewarna gambar binatang ternakan dengan bimbingan guru. aktiviti melukis, boleh juga digantikan dengan aktiviti menekap Penutup Menunjukkan gambar hasil kerja murid. Murid diminta menerangkan hasil kerja mereka di hadapan kelas. Rumusan guru. Di tampal di papan kenyataan kelas Pemilihan murid secara rawak Catatan

Mata Pelajaran Tahun :6

: Bahasa Melayu

19

Hasil Pembelajaran : Fokus Utama : 7.2 Membaca dan mengenalpasti perkataan, pelbagai jenis ayat dan gaya bahasa yang terdapat dalam teks sastera dan bukan sastera yang dapat membawa kesan tertentu kepada pembaca. Aras 1 i. Fokus Sampingan : 1.5 tersurat Mengecam diksi, istilah dan ayat yang memberikan kesan dengan menyatakan sebab. Memberikan penjelasan tentang sesuatu perkara yang

dan tersirat berdasarkan intonasi. Aras 3 i. Aspek Seni Menyatakan pengajaran yanag terdapat dalam bahan secara analitis. : Muzik ( nyanyian)

Tajuk Pelajaran : Lagu wajah Objektif pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat: i. ii. Menulis lima pengajaran yang terdapat di dalam lagu wajah. Memberi maksud diksi dan istilah yang terdapat dalam lagu wajah.

Langkah/m asa Induksi set

Isi Pelajaran Bercerita gambar

Pengajaran dan pembelajaran

Catatan

tentang Guru bercerita gambar .

tentang Gambar

Guru mengemukakab beberapa soalan yang 20

berkaitan gambar. Langkah 1 Lagu wajah

dengan

Guru memperdengarkan Lambaran kerja. lagu wajah nyanyian Alat LCD. Jaclyn Victor. Guru meminta murid mengisi tempat kosong senikata lagu.

Langkah 2

Senikata lagu wajah

lengkap Guru mengedarkan Senikata lagu senikata lagu dan murid diminta memberi maksud perkataan yang bergaris di dalam senikata lagu. Murid membina ayat daripada perkataan yang bergaris.

Langkah 3

Mengadaptasi lagu Guru membahagikan kepada bentuk : murid kepada empat kumpulan. i. Sajak Kumpulan 1: (mestamu) ii. iii. iv. Nilai / Membaca Pengajaran ( mestamu) Penulisan kreatif Pergerakan kreatif Kumpulan 2: Menulis nilai pengajaran Kumpulan 3: Penulisan kreatif Kumpulan 4: Pergerakan kreatif dan sajak

Aktiviti kumpulan pelbagai kebolehan

Langkah 4

Laporan/Pembentang an

Murid diminta membentangkan hasil kerja kumpulan mengikut 21

giliran. Guru menilai hasil kerja kumpulan. Penutup Refleksi / Rumusan I Guru dan muri merumuskan pelajaran berdasarkan aspek kognitif dan social.

PERSEDIAAN MENGAJAR BAHASA MELAYU SENI PERGERAKAN

22

Mata Pelajaran Tahun

: Bahasa Melayu :5

Hasil Pembelajaran : Fokus Utama : 2.1 Bercerita dengan mengemukakan kata,frasa,ayat serta sebutan dan intonasi yang baik dan jelas. Aras 3 penghayatan yang : Mempersembahkan cerita dengan sebutan, intonasi dan

sesuai. Fokus Sampingan Aras 2 Aspek Seni Tajuk Pelajaran : : 8.1 Membina dan menulis perkataan,ayat tunggal dan ayat majmuk : Membina ayat tunggal dengan peluasan subjek dan predikat Wayang Kulit

: Cerita Kura-kura dengan Sepasang Itik Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat: i. Bercerita dengan sebutan, intonasi dan penghayatan dalam bentuk persembahan wayang kulit cerita Kura-kura dan Sepasang Itik. ii. Membina ayat tunggal dengan peluasan subjek dan predikat berdasarkan ayat yang terdapat dalam cerita.

Objektif pembelajaran :

Langkah/mas a Induksi set Langkah 1

Isi Pelajaran

Pengajaran dan pembelajaran Murid menonton persembahan wayang kulit.

Catatan

Cerita Kura-kura dengan Sepasang Itik

1. Guru mengedarkan teks cerita kepada murid. 2. Murid membuat bacaan akaliah untuk menghayati cerita. 3. Guru dengan murid bersoal jawab tentang

23

cerita yang dibaca. Langkah 2 1. Guru membuat contoh bercerita menggunakan patung wayang kulit. 2. Murid diminta membuat latihan secara kumpulan. 1. Murid perlu menyediakan dialog sendiri berdasarkan teks cerita. 2. Patung wayang kulit telah sedia ada dan ada iringan Langkah 3 1. Murid membuat persembahan bercerita menggunakan patung wayang kulit. 2. Guru membuat ulasan Langkah 4 1. Binaan ayat tunggal 2. Contoh/panduan peluasan subjek dan predikat pada ayat tunggal. persembahan kumpulan. 3. Guru membuat contoh ayat tunggal yang diluaskan subjek dan predikat dari cerita tersebut. 4. Murid membina tiga ayat yang mengalami perluasan subjek dan Penutup Nilai murni predikat. Sumbang saran nilai murni daripada cerita kura-kura dengan sepasang itik. Digalakkan menyatakan nilai menggunakan patung wayang kulit. muzik latar. Persembahan kumpulan dibuat dalam bentuk pertandingan.

24

Anda mungkin juga menyukai