Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA MINI SUKAN TAHUN 4 BESTARI SEK.KEB.

TAMAN RASAH JAYA, SEREMBAN

1.0 PENGENALAN Mini sukan ini merupakan salah satu projek untuk memenuhi syarat Program Internship. Semangat bersukan dalam kalangan murid sekolah dapat dipupuk melalui permainan melalui pelbagai aktiviti riadah. Maka, Mini Sukan ini dianjurkan bertujuan untuk meningkatkan semangat kekitaan di kalangan murid sekolah kecil. Ia juga memberi pendedahan kepada murid tentang pelbagai jenis permainan kecil yang boleh dimain pada waktu senggang. Di samping itu, ianya juga dapat mencungkil kreativiti pelajar untuk mengubahsuai satu permainan dengan memanipulasi alatan yang berbeza-beza. 2.0 RASIONAL Mini Sukan ini dipercayai dapat melahirkan murid murid sekolah yang berbadan cergas dan berminda cerdas. Cita-cita ini akan tercapai apabila pelbagai aktiviti senggang khasnya pelbagai permainan kecil diperkenalkan kepada murid-murid sekolah. 3.0 MATLAMAT Matlamat program Mini Sukan ini adalah untuk memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu dalam aspek JERIS selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 4.0 OBJEKTIF 4.1 Memupuk semangat kerjasama, persefahaman dan interaksi yang sihat di kalangan peserta. 4.2 Melahirkan generasi muda yang sihat fizikaldan mental 4.3 Memantapkan kemahiran guru dalam menganjur dan mengelola Mini Sukan. 5.0 SASARAN Pelajar-pelajar Tahun 4 Bestari Sekolah Kebangsaan Taman Rasah Jaya, Seremban.

6.0 TARIKH DAN TEMPAT Tarikh Masa : 17 Julai 2012 : 8.00pagi- 12.00 tengah hari

Tempat : Padang Sek Keb Taman Rasah Jaya

7.0 ATURCARA MINI SUKAN Masa 7.45 pagi 8.00 pagi - 8.10 pagi 8.10 pagi - 8.30 pagi 8.30 pagi 8.50 pagi 8.50 pagi 9.20 pagi 9.20 pagi 9.40 pagi 9.40 pagi 9.50 pagi 9.50 pagi 10.20 pagi 10.20 pagi 10.30 pagi 10.30 pagi Agenda Mengambil kehadiran Senam robik Permainan kecil 1 (ten pin bowling) Permainan kecil 2 (point and hit ) Permainan kecil 3 (water ball) Permainan kecil 4 (station game) Penyejukan badan Majlis perasmian dan penutup Penyampaian hadiah Bersura i

Peralatan yang diperlukan : Bowling pin Gelung Kon Bola kecil Botol air Bag plastik Tali rafia Alas Bola besar Tali skipping

8.0 JAWATAN KUASA BERTINDAK PENASIHAT: Pn. Siti Amrah Binti Hj. Maulud

Guru Besar PENGERUSI: En. Shamsuddin Bin Mohamad Guru Penolong Kanan Kurikulum NAIB PENGERUSI: En. Norhisham Othman Ketua Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan SETIAUSAHA: Cik Suganthy Supparau NAIB SETIAUSAHA: Cik Vasanthaa A/P Sundram AHLI JAWATANKUASA: Cik Premalatha Balan Cik Chelvarani Subramanian

9.0 RUMUSAN

Aktiviti Mini Sukan dapat memberikan manfaat kepada murid-murid khasnya Tahun 4 Bestari dari segi amalan beriadah. Pada masa yang sama ia juga mampu mewujudkan hubungan silaturrahim dalam kalangan murid-murid Tahun 4 Bestari.

DISEDIAKAN OLEH: SUGANTHY SUPPARAU Setiausaha,

Jawatankuasa Bertindak, SK Taman Rasah Jaya. DISEMAK OLEH: . (EN. CHINETAMBY SUPPIAH) GPK Kokurikulum SK Taman Rasah Jaya . (EN.SHAMSUDDIN BIN MOHAMAD) GPK Kurikulum SK Taman Rasah Jaya

DISAHKAN OLEH: .. (PN.SITI AMRAH BINTI HJ MAULUD) Guru Besar, SK Taman Rasah Jaya. Tarikh: 26 Jun 2012

Anda mungkin juga menyukai