Anda di halaman 1dari 3

PENGERTIAN REKA BENTUK DARI SUDUT SENI VISUAL.

Reka dapat didefinisikan sebagai satu proses menghasilkan sesuatu ciptaan yang
baru bermaksud dari ilham dan idea sendiri atau memperbaharui sesuatu yang lama
menjadi sesuatu yang kreatif dan inovatif. Seterusnya, bentuk dapat didefinisikan
sebagai sesuatu ciptaan yang menggunakan sains dan matematik dan melalui
proses kejuteraan. Bentuk yang di maksudkan di sini ialah sesuatu yang dihasilkan
untuk kegunaan ekonomi.

Reka bentuk biasa diterjemahkan sebagai seni terapan, seni bina, dan berbagai
pencapaian kreatif lainnya. Dalam sebuah kalimat, kata "reka bentuk" boleh
digunakan baik sebagai kata nama mahupun kata kerja. Sebagai kata kerja, "reka
bentuk" memiliki erti "proses untuk membuat dan menciptakan objek baru". Sebagai
kata nama, "reka bentuk" digunakan untuk menyebut hasil akhir dari sebuah proses
kreatif, sama ada sebagai sebuah rencana, kertas kerja, persembahan, permodelan
atau berbentuk objek nyata.

Proses perekaan pada umumnya memperhitungkan aspek fungsi, estetika dan


berbagai macam aspek lainnya, yang biasanya datanya didapatkan dari kajian,
pemikiran, perah otak, mahupun dari reka bentuk yang sudah ada sebelumnya.
Dalam proses menghasilkan reka bentuk memerlukan seorang pereka yang baik
supaya dapat menghasilkan rekabentuk yang sempurna. Antara sifat-sifat seorang
pereka yang baik ialah mempunyai sifat daya kreatif. Seseorang yang kreatif
mempunyai kebolehan menghasilkan produk baru & idea-idea baru serta barangan
baru. Selain itu, seorang pereka juga mempunyai sifat inovatif. Seseorang inovatif
mempunyai kebolehan memperkenalkan sesuatu yang baru seperti idea-idea baru,
cara-cara baru yang selalunya berguna untuk semua. Melalui sifat-sifat ini seorang
pereka dapat menghasilkan satu rekabentuk yang baik.

Terdapat ciri-ciri rekabentuk yang baik antaranya iaiah berfungsi dengan baik dan
cekap dan sangat ekonomikal dalam lingkungan kekangan yang dikenakan. Namun,
untuk menghasilkan rekabentuk yang baik terdapat kekangan yang perlu dihadapi
oleh pereka. Kekangan yang dimaksudkan disini ialah suatu aturan yang terpaksa
dipatuhi. Diantara kekangan utama dalam rekabentuk adalah kos, keboleharapan
(reliability), keselamatan, prestasi, kehendak akta kilang dan jentera, pertimbangan
sosiologi, pencemaran dan penggunaan tenaga.

Rekabentuk dalam seni juga adalah sesuatu yang baru, rekabentuk tersebut adalah
sesuatu yang dicipta dan ia tiada sebelumnya. Rekabentuk seperti ini adalah sesuatu
kerja yang sangat memerlukan pengalaman dan kreativiti pereka. Ia juga banyak
menimbulkan masalah yang perlu kepada penyelesaian. Pertimbangan inovasi,
kerja-kerja prototaip dan ujikaji yang banyak diperlukan pada peringkat ini.
Perkataan reka bentuk pula berkait rapat dengan kaedah penghasilan.
Pengkhususan dalam bidang reka bentuk biasanya lebih melihat pada hasil atau imej
pada sesuatu seni atau kraf. Dalam perkara ini, seni reka dikaitkan dengan
perkataan komunikasi, iaitu satu tindak balas seni yang dihasilkan kepada khalayak.
Komunikasi tampak dan idea seperti garisan, warna, dan bentuk lebih berkesan bagi
menerangkan sesuatu kepada khalayak.

Reka bentuk digolongkan kepada dua perkara, iaitu produk dan proses. Produk
selalunya dikaitkan dengan hasil, manakala proses pula ialah ‘planning organizing to
meet a goal, carrying out according to a particular purpose, creating’ (perancangan,
pengelolaan unutk memenuhi matlamat, pelaksanaan menurut tujuan tertentu,
penciptaan). Menurut Davis, dua perkara ini telah melibatkan dua unsur, iaitu sumber
asli dan buatan manusia. Dari segi kefahaman tentang reka bentuk pula, ia
merangkumi kefahaman tentang persamaan dan perbezaan. Bagi memahami
perkara ini, seniman harus mengalami proses awalan dan akhiran dalam reka
bentuk. Dalam hal ini, perkara yang mempunyai kaitan dengan penghasilan reka
bentuk ialah lukisan.

Menurut Lawson, dalam banyak keadaan, komunikasi terhasil atau boleh dicapai
dengan penggunaan symbol dan imej kepada khalayak dalam bentuk tema atau
mesej yng dilahirkan daripada elemen reka bentuk seperti garisan, warna, bentuk
dan tekstur.

Dalam penghasilan reka bentuk pula, selalunya seniman harus membuat manipulasi
bagi melahirkan kebebasan. Dalam proses ini, seniman membuat perubahan dan
penyesuaian bagi penyelesaian masalah untuk melihat kesan. Proses ini diikuti
dengan melukis sehinggalah masalah dalam reka bentuk dapat diselesaikan dalam
kraf. Menurut Lawson, sebagai seniman, dua perkara yang harus difahami, iaitu seni
dan sains, selain tahu melukis. Dalam hal ini, seni reka merujuk pada proses
penyelesaian masalah yang dilalui oleh seniman atau pereka yang melibatkan satu
aktiviti yang dipanggil reka bentuk.

Menurut Lauer, reka bentuk ialah unsur yang mempunyai kaitan dengan fungsi
gunaan dan juga fungsi hiasan yang melibatkan proses. Berkaitan dengan fungsi
gunaan, reka bentuk yang dihasilkan dalam sesuatu bidang atau perkara lebih
menjuruskan kepada proses penghasilan sesuatu yang dapat dihayati dan praktik.
Dalam penghasilan sesuatu yang melibatkan fungsi hiasan pula, ia melibatkan daya
kreativiti berbanding dengan prinsip gunaan. Proses penghasilan sesuatau yang
melibatkan reka bentuk pula melibatkan tiga perkara yang penting, iaitu memikir,
melihat dan membuat. Reka bentuk bukanlah melibatkan proses secara urutan tetai
proses yang dilakukan secara bertindan.

Dalam konteks ini, dalam penghasilan sesuatu, proses yang melibatkan pemikiran
amat penting bagi penyelesaian kepada permasalahan dalam dalam reka bentuk.
Selain proses memikir, proses yang melibatkan penglihatan merupakan proses
bagaimana seniman membuat eksperimen secara visual (pandangan) yang berkaitan
dengan arah tuju dalam reka bentuk yang melibat rangsangan pemikiran.
Reka bentuk ruang pula ialah susunatur ruang dalaman untuk memenuhi keperluan
fungsi rumah sebagai tempat tinggal yg dapat memberi ketenangan mental dan
fizikal kpd penghuninya. Sebagai tempat perlindungan daripada pelbagai ancaman
luaran (haiwan & iklim), rumah juga diharapkan dapat memenuhi keperluan fungsi
spiritual iaitu menyediakan suasana yang sesuai ke arah alam akhirat yang lebih
kekal.

Untuk memenuhi keperluan fungsi asas, sesebuah rumah memerlukan sebuah ruang
yg dibatasi oleh beberapa elemen yg terdiri daripada bumbung, lantai dan dinding.
Ruang kepelbagaian guna ini menampung keperluan hidup seperti berehat,
penyediaan makanan dan berinteraksi. Kemajuan hidup dan peningkatan taraf
ekonomi menjadikan ruang dikembangkan menjadi lebih spesifik dan rapi. Ruang
rumah dibahagikan kepada tiga zon utama iaitu zon hadapan, tengah dan belakang.
Setiap zon ditegaskan dengan rekabentuk, struktur & hierarki ruang yang menarik.
Rumah tradisional Melayu mempunyai beberapa ciri-ciri dan reka bentuk senibina
yang unik. Antaranya pembinaan rumah bertiang atau disebut juga rumah yang
berlantai. Dalam iklim Malaysia yang panas dan lembab, struktur bertiang sesuai
untuk mengelakan banjir, gangguan haiwan binatang dan serangga.

Kajian beberapa org sarjana barat berkaitan dgn ketinggian rumah dan hubungannya
dgn peredaran udara dalaman rumah membuktikan bahawa rumah lantainya
ditinggikan daripada paras bumi ternyata mempunyai beberapa kelebihan daripada
segi pengudaraan, tahap kesihatan dan keselesaan penghuninya. Mereka juga
menyarankan bahawa rekabentuk rumah yg bertiang amat sesuai dgn iklim panas
lembab yang amat bergantung kepada peredaran udara dalaman yang tinggi untuk
mencapai tahap keselesaan yang diharapkan.

Kesimpulannya, reka bentuk dalam seni visual sememangnya penting bukan


sekadar untuk menimbulkan nilai estetika di dalam reka bentuk yang dihasilkan,
tetapi untuk keperluan dan penggunaan masyarakat seperti reka bentuk rumah,
banggunan, produk-produk barangan dan lain-lain lagi. Reka bentuk sangat penting
untuk menjana kreativiti dan idea yang bernas serta rasional untuk mereka sesuatu
benda.

Anda mungkin juga menyukai