Anda di halaman 1dari 7

KESENIAN TANAH AIR (ALAM MELAYU).

Pengenalan Seni Alam Melayu menerangkan tentang seni tampak masyarakat di


Alam Melayu khususnya di Malaysia. Seni tampak yang dimulai dengan lukisan-
lukisan gua di Semenanjung Malaysia dan Sarawak. Seterusnya tentang artifak-
artifak peninggalan zaman prasejarah. Seni kaum peribumi seperti kaum Jah Hut,
Mah meri dan tenunan pua kumbu oleh kaum Iban juga dibincang untuk lebih
mengenali seni Alam Melayu. Simbol-simbol yang digunakan pada karya seni
mereka dan maknanya dikaji untuk mentafsirkan mesej yang ingin disampaikan.

Seni di Alam Melayu telah lama wujud. Kewujudannya dibuktikan dengan penemuan-
penemuan pelbagai artifak sejarah khususnya artifak seni di beberapa tapak
arkeologi di seluruh negara. Artifak-artifak sejarah meliputi hasil seni seperti artifak
peninggalan Zaman Logam.

Selain artifak-artifak, lukisan-lukisan di gua juga merupakan manisfestasi manusia


terhadap kehidupan mereka dan membuktikan bahawa manusia di zaman dahulu
telah mempunyai cara untuk mengekspresi perasaan mereka seperti lukisan-lukisan
gua yang terdapat di Bukit Tambun, Perak, Gua Balambangan, Sabah dan Gua
Niah, Sarawak.( Contoh pada rajah)

Lakaran pada dinding-dinding gua menunjukkan hubungkait yang sangat rapat


antara kehidupan dan alam sekitar. Lakaran-lakaran yang dihasilkan kelihatan tidak
bertindih di antara satu sama lain. Penceritaan tentang sesuatu peristiwa itu
sangat signifikan dan istimewa seolah-olah dirancang.
Pada asalnya seni tampak di Alam Melayu lahir kerana keinginan manusia untuk
menghasilkan peralatan bagi memudahkan urusan atau kehidupan seharian mereka.
Penghasilan peralatan seperti peralatan memburu dan pertanian telah
membuktikannya. Penghasilan patung-patung dikalangan kaum pribumi bukan untuk
tujuan beribadat atau untuk disembah. Kaum-kaum pribumi yang masih kuat
pegangan animisnya menganggap ukiran-ukiran ini sebagai satu cara untuk
berhubung dengan dunia roh yang mereka percayai wujud di dalam alam semulajadi.

Manusia zaman dahulu juga ingin mengekpresikan hubungan antara alam dan
kehidupan mereka. Semangat alam diadun dengan kepercayaan dan disebatikan
dalam kehidupan. Kepercayaan mereka terhadap alam telah melahirkan beberapa
pantang larang dalam transformasi bentuk alam ke bentuk tampak. Motif-motif pada
pua kumbu misalnya, tidak akan dihasilkan sewenang-wenang oleh penenunnya.
Pelbagai pantang larang masih dipegang untuk menghindarkan penenun daripada
ditimpa pelbagai musibah.

Kaum Jah-hut.

Suku kaum Jah-hut adalah suku bangsa Senoi yang mendiami negeri Pahang. Kaum
ini terkenal dengan hasil anyaman dari mengkuang dan pandan, bertam, buluh dan
rotan. Selain hasil anyaman, kaum Jah-hut juga sememangnya sinonim dengan
pengukiran kayu terutama penghasilan arca dan merupakan lanjutan untuk
kepercayaan keagamaan mereka.
Pengukiran kayu merupakan salah satu sumber pendapatan kaum Jah-hut. Segala
ciptaan dari ukiran kayu adalah berasaskan kepada imaginasi dan mimpi yang
menggambarkan kuasa baik atau jahat yang ada perkaitan dengan sistem
kepercayaan dan kehidupan mereka. Setiap ukiran mempunyai pelbagai maksud
dari segi kepercayaan, mistik, keagamaan, lagenda serta gambaran kehidupan
mereka.

Kaum Mah Meri.

Mah Meri merupakan salah satu daripada 18 suku kaum Orang Asli yang tinggal di
Malaysia dan tergolong di dalam kumpulan besar yang digelar orang Senoi.
"Mahmeri" bermaksud orang hutan manakala dalam istilah, Mahmeri memberi
maksud bersisik. Mereka juga dikenali sebagai orang laut, sesuai dengan lokasi
penempatan mereka yang berhampiran dengan laut iaitu di sepanjang pantai Negeri
Selangor dan Pulau Carey.

Kaum Mah Meri dengan pakaian tradisional

Kaum Mah Meri terkenal dengan hasil ukiran topeng kayu serta ukiran yang
digunakan di dalam amalan kerohanian tradisi mereka. Kreativiti mengukir patung-
patung berbentuk dewa-dewa, figura manusia, alam flora dan fauna amat
menakjubkan. Ukiran kayu Mah Meri bukan dicipta untuk tujuan beribadat atau untuk
disembah. Kaum Mah Meri yang kuat pegangan animisnya menganggap ukiran-
ukiran ini sebagai satu cara untuk berhubung dengan dunia roh yang mereka
percayai wujud di dalam alam semulajadi. Ukiran kayu kaum Mah Meri
melambangkan roh atau semangat yang wujud dan mempunyai pengaruh ke atas
pelbagai aspek kehidupan mereka sama ada secara positif atau pun negatif.
Ukiran yang dinamakan Moyang Sauh dipercayai berpengaruh ke atas keselamatan
para nelayan ketika mereka turun ke laut. Moyang Sauh yang digambarkan dalam
ukiran Mah Meri mempunyai bentuk seakan-akan seekor ikan atau naga laut
menjadikannya sebuah ukiran yang kelihatan menyeramkan namun sangat indah
pada masa yang sama. Untuk memastikan para nelayan selamat pulang, bomoh
Mah Meri akan menghasilkan ukiran Moyang Sauh dan mengadakan satu upacara di
tepi pantai dengan menyediakan pulut kuning dan makanan yang lain sambil
meminta pertolongan Moyang Sauh agar nelayan mereka selamat di laut hinggalah
mereka pulang ke darat. Ukiran serta makanan tersebut kemudiannya ditinggalkan di
tepi laut setelah upacara tersebut selesai.
Moyang Jantung Moyang Sauh Moyang Naga.

Ukiran Mah Meri juga memainkan peranan yang penting dalam usaha mereka untuk
menyembuhkan penyakit seperti demam, sakit perut dan penyakit yang berkaitan
dengan pembuangan air kecil. Untuk mengubati pesakit, salah seorang ahli keluarga
pesakit tersebut perlu menghasilkan ukiran kayu yang melambangkan roh atau
semangat yang dipercayai berpengaruh ke atas penyakit tersebut. Ukiran ini
kemudian diberikan kepada bomoh mereka yang akan menjalankan upacara bagi
‘mengalihkan’ penyakit tersebut dari pesakit kepada ukiran kayu itu dan kemudian
membuangnya ke laut atau ke dalam hutan, lalu secara simboliknya ‘mengeluarkan’
penyakit itu dari badan pesakit.

Antara kemahiran masyarakat Mah Meri ialah


menghasilkan ukiran topeng yang berkualiti
Nama topeng dalam masyarakat Mah Meri berdasarkan cerita dan kepercayaan
masyarakat untuk tujuan perubatan, penyembahan dan hiburan. Nama seperti
Moyang Tetek Lanjut, Moyang Labi-Labi dan Moyang Katak Kala, sentiasa menjadi
sebutan. Selalunya topeng ini dipakai oleh batin dan bomoh sebagai perantara alam
metalizik dan realiti. Bentuk-bentuk topeng masyarakat Asli ini tidak menggunakan
warna tetapi rupa topeng dibezakan melalui corak, gaya dan piuhan.
Terdapat topeng yang dipiuhkan untuk menimbulkan imejan yang menggerun,
menakut serta melucukan. Terutamanya topeng untuk tujuan penyembuhan
penyakit. Kebanyakan bomoh di kalangan masyarakat Asli berperanan sebagai tabib
dan hakim, maka topeng menjadi mekanisme penjelmaan mereka dari manusia
kepada makhluk magis.

Jenis kayu yang paling digemari untuk dibuat ukiran adalah kayu nyireh batu.
Keindahan ukiran ini terserlah bukan sahaja pada alunan urat kayu nyireh yang
indah atau warna kayu yang menarik tetapi juga pada rekabentuk ukiran itu sendiri
yang ringkas tetapi sungguh anggun serta membawa makna di dalam budaya kaum
Mah Meri.

Oleh sebab ini, setiap ukiran yang dihasilkan adalah seunik urat-urat kayu nyireh
batu yang membentuk ukiran itu sendiri. Setiap ukiran tertakluk kepada tafsiran
pengukir yang menghasilkannya, kepakaran pengukir untuk membentuk kayu ini
serta keunikan mutu kerja pengukir tersebut. Ukiran berukuran satu kaki tinggi
memakan masa kira-kira dua minggu untuk disiapkan.
Selain daripada ukiran kayu, hasil anyaman juga memainkan peranan yang penting
dalam budaya Mah Meri lebih-lebih lagi bagi kaum wanita Mah Meri. Sebelum
mereka dianggap layak untuk berkahwin, seorang wanita kaum Mah Meri perlu
menguasai kemahiran menganyam pelbagai jenis barangan seperti bakul memburu,
bekas simpanan, tikar serta perhiasan upacara.

Catan air.

Sejarah seni Malaysia agak baru jika dibandingkan dengan negara-negara jiran. Ia
meliputi tempoh setengah abad. Kesenian visual bukan menjadi tradisi Melayu. Seni
visual ini wujud oleh perintis karya-karya cat air dan cat minyak para pegawai
Kolonial British yang berkhidmat di Pulau Pinang pada akhir tahun 1770an yang
mengikut estetik zaman Victoria.
Seni lukis Malaysia bermula dalam tahun 1930an dengan terciptanya karya-karya
catan awal oleh Yong Mun Seng, Abdullah Ariff dan lain-lain lagi.

Seni bina.

Tidak dapat dinafikan masyarakat dahulu kala mempunyai pengetahuan yang tinggi
dalam bidang seni bina. Terdapat bangunan-bangunan yang menarik disamping
mempunyai reka bentuk seni bina yang unik. Contohnya, istana, rumah berhala,
monumen, tembok, bangunan pentadbiran kerajaan, stesen keretapi, pusat
pengajian, sekolah, masjid, dan lain-lain lagi.

Dianggarkan terdapat lebih kurang 35,000 buah bangunan sebelum perang yang
berada di 265 buah bandar yang dikaji di seluruh negara wajar dipulihara (Syed
Zainol Abidin Idid, 1995).
Fielden (2000) berpendapat bahawa bangunan bersejarah mempunyai nilai senibina,
estetik, sejarah, dokumentari, arkeologi, ekonomik, sosial dan juga politik serta
rohani yang simbolik.
Contoh senibina sebelum merdeka:
(1) Bangunan Stadthuys di Banda Hilir, Melaka (1641).
(2) Balai Besar di Alor Setar, Kedah (1735).
(3) Muzium Sejarah Nasional di Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan (1888).
(4) Masjid Kampung Hulu di Banda Hilir, Melaka (1728).
(5) Gereja St. George Anglican di George Town, Pulau Pinang (1817).
(6) Balai Seni di Alor Setar, Kedah (1893).
Pua Kumbu.

Pua Kumbu merupakan salah satu jenis kain pua yang popular di kalangan
masyarakat Sarawak. Kain tenunan ini berwarna kemerah-merahan atau coklat tua.
Pua kumbu ditenun oleh wanita kaum Iban yang sudah mahir menenun kerana pua
jenis ini adalah paling rumit untuk ditenun. Pua kumbu menjadi kemegahan di
kalangan wanita kaum Iban dan jika dilihat dengan teliti, ia turut memaparkan corak
kehidupan seharian masyarakat Iban.

Motif Penerangan Kepercayaan


Engkeramba Merupakan Dipercayai berkuasa menghalang bencana
gambaran figura roh. atau kuasa jahat daripada menyerang
tanam-tanaman dan penghuni rumah
panjang
Biasanya, motif ini hanya boleh ditenun
oleh anak dan isteri ketua rumah panjang
Fauna Buaya mempunyai kuasa untuk menjaga tempat
berhuma (tanaman padi).
Mempercayai bahawa buaya adalah
jelmaan saudara-mara mereka.
Ular membawa petanda buruk dimana
kemunculan ular dikaitkan dengan kuasa
jahat atau hantu dantidak ditenun dengan
sewenang-wenangnya
Katak ditenun dengan gaya seperti manusia.
menurut kepercayaan kaum Iban,
selampai iaitu roh perempuan sering
menjelma sebagai katak dan dikatakan
mempunyai kuasa untuk mencipta bayi
Harimau dan tikus sering dikarang dalam bentuk abstrak
kasturi Dipercayai orang yang memakai kain
tenunan ini dianugerahkan keberanian.
Burung pembawa alamat baik
kain yang mempunyai motif burung
dipercayai boleh menyembuhkan penyakit
dan mendatangkan kekayaan dalam apa
pekerjaan.
Rusa mendatangkan kejayaan atau tuah semasa
berburu
Serangga labah-labah, kunang-kunang, kala jengking
dan lipan
Flora rotan, pucuk paku,
pucuk rebung, buah-
buahan, biji benih
dan bungha-
bungaan.
Alam & Alatan bulan, awan larat,
alat tenun

Mengikut kepercayaan, jika seseorang itu berkeras untuk menghasilkan motif atau
corak pua kumbu di luar kemampuannya, ia dipercayai akan 'memakan diri' dan kain
tersebut tidak dapat dihasilkan. Maksud memakan diri itu pula adalah pembuat itu
akan jatuh sakit dan ada sahaja perkara lain yang menghalangnya untuk
menyiapkan tenunan tersebut.

Penenun yang mahir biasanya memperoleh motif serta corak menerusi mimpi yang
kemudiannya diterjemahkan dalam tenunan pua kumbu. Apabila selesai setiap pua
kumbu dihasilkan, penenun akan membuat sebuah tatu di tangan yang bermakna
penenun tersebut adalah pakar atau telah ditauliahkan.
Penenun yang mencapai tahap tertinggi boleh dikenali dengan tatu di badan mereka.
Mereka akan mempunyai tatu di beberapa tempat di anggota badannya termasuk di
bahagian leher. Pua kumbu pada zaman dahulu sering digunakan dalam upacara
kelahiran, perkahwinan, pengkebumian, perubatan, menyambut kepala (selepas
ngayau/memenggal kepala) dan upacara bercucuk tanam.
Kemahiran menghasil kain tenunan merupakan satu kemestian bagi wanita suku
kaum Iban, malah kebolehan itu juga pernah menjadi faktor tarikan utama kaum
lelaki suatu ketika dulu. Bagi masyarakat Iban, seni tangan itu bukan sahaja
menggambarkan kerajinan dan ketekunan malah sikap bertanggungjawab di dalam
rumahtangga. Dahulu jika seseorang wanita Iban yang tidak mempunyai kepandaian
menenun kain, dia tidak akan dipilih sebagai calon isteri dan lambat bertemu jodoh.
Kini sebahagian kecil sahaja masyarakat Iban yang memiliki kemahiran menenun
pua. Walaubagaimanapun, pua yang dihasilkan adalah antara yang terbaik di
kalangan suku kaum Dayak.

Anda mungkin juga menyukai