Anda di halaman 1dari 3

Kebaikan PBS Kepada Guru

Pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) dilaksanakan adalah satu transformasi


baru dalam bidang pendidikan dalam usaha untuk menyeimbangkan pencapaian murid dari segi
rohani, jasmani dan intelektual. Pelaksanaan PBS dilihat memberi kebaikan kepada guru kerana
guru diberi kuasa penuh untuk menilai tahap pencapaian murid. Menurut [ CITATION Ani15 \l 1033
], PBS diperkenalkan adalah untuk membantu guru dalam mengenalpasti kekuatan dan
kelemahan murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

Pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) mengamalkan konsep pentaksiran secara formatif


di mana guru akan menilai murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui kaedah
pentaksiran formatif yang dijalankan, guru akan dapat mengesan tahap perkembangan murid di
dalam bilik darjah. Murid yang lemah akan dibimbing oleh guru secara terus untuk memastikan
murid tersebut mencapai objektif pembelajaran yang telah ditetapkan dan secara tidak langsung
guru dapat memperkembangkan potensi serta kekuatan murid [ CITATION Ham14 \l 1033 ].

Pentaksiran secara formatif dilihat sebagai satu kaedah yang berkesan dalam menilai
tahap pencapaian murid kerana guru dapat mengenalpasti setiap kelemahan dan kekuatan murid.
Menurut [ CITATION Akh02 \l 1033 ], tahap keberkesanan pengajaran guru dan pembelajaran murid
dapat diketahui melalui kaedah pentaksiran yang berkesan. Oleh itu, PBS yang sedang
dilaksanakan di sekolah dianggap penting kerana dapat meningkatkan mutu pengajaran dan
pembelajaran sekaligus dapat meningkatkan mutu pendidikan negara.

Peranan guru dilihat bersifat lebih endah [ CITATION Ham14 \l 1033 ] melalui pelaksanaan
PBS kerana guru perlu memainkan peranan semaksima mungkin dalam mencapai objektif PBS.
Peranan guru tidak terhad kepada membimbing murid tetapi perlu melibatkan diri dalam segala
aktiviti yang melibatkan pelaksanaan PBS seperti menyediakan laporan pencapaian pelajar,
menimpan maklumat pelajar dan sebagainya.

Melalui pelaksanaan PBS, sifat berintegriti di kalangan guru dapat dipupuk kerana
pelaksanaan PBS memerlukan kejujuran, sifat amanah, berpegang kepada prinsip dan keikhlasan
dalam diri guru. Nilai integriti guru penting kerana murid akan dinilai dengan adil dan saksama
dan sekaligus dapat melahirkan insane yang cemerlang.
Kebaikan PBS Kepada Negara

Pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) adalah salah satu usaha meningkatkan
taraf pendidikan negara. Peranan murid, ibu bapa, guru dan sekolah amat penting dalam usaha
mencapai matlamat pelaksanaan PBS. Pelaksanaan PBS membolehkan pihak sekolah untuk
mendapatkan segala maklumat berkaitan pelajar. Hal ini memudahkan pihak tertentu
mengenalpasti murid yang berkebolehan untuk dihargai dan diiktiraf untuk menjadikan mereka
sebagai insan yang berguna dan menyumbang sesuatu kepada negara [ CITATION Ahm14 \l 1033 ]

Pelaksanaan PBS juga dapat menaikkan taraf pendidikan negara kerana PBS melahirkan
insan-insan yang bermutu dan dididik dengan baik oleh guru dalam usaha melahirkan insan
cemerlang dari segala segi.
Rujukan

Ahmad Ali Seman dan Warti Kimi. (2014). Pentaksiran Berasaskan Sekolah: Satu Transformasi
Pendidikan dalam Pembangunan Modal Insan di Malaysia. Jurnal Kajian Pendidikan .

Akhbar Ibrahim dan Siti Zaleha. (2002). Penilaian Prestasi Berasaskan Sekolah: Pelaksanaan dan
Kesediaan Guru .

Aniza Ahmad dan Zamri Mahamod. (2015). Tahap Kemahiran Guru Bahasa Melayu Sekolah
Menengah dalam Melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah Berdasarkan Jantina,
Opsyen dan Tempat Memgajar. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu , 18-29.

Hamimah Abu Naim dan Rohaya Talib. (2014). Cabaran Pentaksiran Berasaskan Sekolah:
Dilema Guru. Prosiding Seminar Antarabangsa Kelestarian Insan 2014 .

Anda mungkin juga menyukai