Anda di halaman 1dari 23

1

PERLAKSANAAN DAKWAH DAN POLITIK ISLAM ZAMAN KHULAFA’ AL-


RASHIDIN

Oleh
Razaleigh Muhamat @ Kawangit

Abstrak
Zaman Khulafa’ al-Rashidin dianggap sebagai zaman permulaan praktikal terutama bagi
elemen dakwah dan politik yang telah diletakkan asas dan teori yang kukuh pada zaman
sebelumnya, iaitu zaman Rasulullah s.a.w. Pada zaman ini dakwah dan politik diadun dengan
berbagai peristiwa yang akhirnya menyimpulkan dakwah dan politik Islam adalah asas kepada
perkembangan Islam. Kajian berbentuk perpustakaan ini melihat beberapa konsep dakwah dan
politik Islam yang ada pada zaman Khulafa’ al-Rashidin. Kajian ini menunjukkan bahawa
dakwah dan politik Islam yang ditunjuk ajar oleh Rasulullah s.a.w pada zaman sebelumnya
adalah cara terbaik untuk mengembangkan Islam

Kata kunci: Dakwah Islam, Politik Islam, Arab, Sosial, Perkembangan Islam

PENDAHULUAN

Tamadun Islam pada zaman khulafa' ar-Rashidin terserlah dari aspek politik, dakwah dan
pengurusan negara Islam yang sistematik. Khulafa ar-Rashidin yang dimaksudkan ialah terdiri
daripada Saidina Abu Bakar as-Siddiq r.a., Saidina Umar al-Khattab r.a, Saidina Uthman al-
Affan r.a, dan juga Saidina Ali bin Abi Talib r.a. Keempat-empat khalifah telah berjaya
menjadikan negara Islam di Madinah sebuah negara yang kukuh dengan menggunakan metod
politik dan dakwah masing-masing. Sistem khalifah semasa zaman ini juga merupakan satu
corak pemerintahan yang unggul dan memenuhi tuntutan dalam hidup bermasyarakat dan
bernegara sesuai dengan fitrah manusia itu sendiri. Sistem khalifah ini berjalan berasaskan ajaran
wahyu daripada Allah s.w.t yang disampaikan menerusi Rasulullah s.a.w dan seterusnya
dilanjutkan oleh khalifah selepasnya. Pendekatan Politik dan Dakwah khulafa’ al-Rashidin telah
banyak berjasa terhadap pembangunan negara Islam. Tugas dan peranan utama yang dilakukan
oleh Khulafa’ al-Rashidin adalah untuk meneruskan proses kesinambungan kepimpinan ummah
dan pemerintahan kerajaan Islam Madinah yang telah diasaskan penubuhannya oleh baginda
Rasulullah S.A.W. Tumpuan usaha diberikan untuk menyempurnakan tugas pemerintahan dan
rancangan yang tidak sempat diselesaikan oleh Rasulullah bagi memantapkan serta
memperkukuhkan kedudukan ummah dan kerajaan Islam.
Dasar perluasan wilayah kerajaan Islam yang dijalankan oleh khulafa’ al-Rashidin
menyebabkan kedudukan pemerintahan kerajaan Islam menjadi bertambah kuat dan besar,
kedudukan ekonomi kerajaan Islam menjadi semakin mantap serta kukuh dan ilmu pengetahuan
berkembang dengan pesat hasil daripada berlaku asimilasi dan interaksi antara golongan Islam
dengan penduduk-penduduk setempat di kawasan-kawasan yang telah ditakluki oleh mereka. Di
dalam penulisan ini akan membincangkan mengenai aspek politik dan aspek dakwah yang
digunakan oleh khulafa’ ar-Rashidin dalam menjadikan negara Madinah sebuah negara yang
unggul dan hebat dan diharapkan agar penulisan ini akan memberikan sedikit sebanyak
2

gambaran yang jelas mengenai peranan yang dimainkan oleh keempat-empat khalifah ini dalam
membangunkan daulah Islamiah.

PELAKSANAAN DAKWAH DAN POLITIK ISLAM ZAMAN KHALIFAH ABU


BAKAR AS-SIDDIQ

Dasar pentadbiran Khulafa’ Ar-Rashidin

1. Undang-undang dan perlembagaan negara berdasarkan al-


Quran dan al-Hadis
2. Khalifah mempunyai kuasa membuat keputusan berdasarkan pandangan ahli Syura dan
ijtihad.
3. Khalifah merupakan ketua negara.
4. Khalifah tidak mendapat hak istimewa mengatasi undang-
undang
5. Pemimpin dan rakyat sama-sama bertanggungjawab
membangun dan memajukan negara.
6. Rakyat boleh memberi pandangan dan teguran kepada pemimpin mengikut saluran
saluran tertentu.
7. Rakyat wajib mentaati pemerintah yang taat kepada syariat
Allah swt. Dan Rasul-Nya.
8. Gabenor dan pegawai dilantik berdasarkan kecekapan dan
kewibawaan.

Sumbangan / Pengorbanan dan Jasa Sayyidina Abu Bakar

1. Memerangi dan menghapuskan golongan murtad dan orang yang mengaku menjadi Nabi
2. Memerangi golongan yang enggan membayar zakat
3. Mengembangkan syiar Islam ke negeri Parsi dan Rom
4. Mengekalkan keamanan yang telah diasaskan oleh Rasulullah
5. Berusaha mengumpulkan semua ayat Al-Quran

Sayyidina Abu Bakar

Abu Bakar (lahir: 572 - wafat: 634/21 Jumadil Akhir 13 H) termasuk di antara mereka yang
paling awal memeluk Islam. Nama sebenarnya adalah Abdul Ka'bah, yang kemudian diubah oleh
Rasulullah menjadi Abdullah. Sumber lain menyebutkan namanya adalah Abdullah bin
Quhaffah. Nabi Muhammad SAW juga memberinya gelar As-Shiddiq (yang berkata benar),
sehingga ia lebih dikenal dengan nama Abu Bakar Ash-Shiddiq. Setelah Rasulullah wafat, Abu
Bakar menjadi khalifah yang pertama pada tahun 632( Audah Ali 2003:45).

Menjadi Khalifah

Selama masa sakit Rasulullah SAW saat menjelang ajalnya, dikatakan bahwa Abu Bakar dipilih
untuk menjadi imam didalam solat menggantikan Baginda, banyak yang menganggap ini sebagai
tanda bahawa Abu Bakar merupakan individu yang paling layak menggantikan tempat Baginda
3

didalam memimpin umat Islam. Segera setelah kewafatan Rasulullah (632), dilakukan
musnyawarah di kalangan para pemimpin kaum Ansar dan Muhajirin di Madinah, dan akhirnya
Abu Bakar sebagai pemimpin baru umat Islam atau khalifah Islam. Peristiwa perlantikan Abu
Bakar ini membuktikan semangat perpaduan yang ditunjukkan oleh umat Islam.Mereka sanggup
mengenepikan soal keturunan demi menjaga kepentingan agama ,bangsa dan Negara.
Apa yang terjadi saat musyawarah tersebut menjadi sumber perdebatan. Sayyidina Abu
Bakar sebagai khalifah adalah subjek yang sangat kontroversi dan menjadi khilaf dari kalangan
puak yang menyokongnya yakni Ahli Sunnah Wal Jamaah(ASWJ), dan Syiah yang
mengkehendaki Sayyidina Ali untuk mengantikan tempat Rasulullah. Manakala ASWJ
berpendapat bahawa Rasulullah SAW menolak untuk menunjuk penggantinya melainkan melalui
saluran musyawarah. Terlepas dari kontroversi dan kebenaran pendapat masing-masing kaum
tersebut, Sayyidina Ali sendiri secara formal menyatakan kesetiaannya (berbai'at) kepada
Sayyidina Abu Bakar dan dua khalifah setelahnya (Umar bin Khattab dan Usman bin Affan).

Awal Pemerintahan Abu Bakar As-Siddiq

Pemerintahan Sayyidina Abu bakr diwarnai dengan berbagai kekacauan dan pemberontakan,
seperti munculnya orang-orang murtad, aktifnya orang yang mengaku diri nabi, pemberontakan
daripada beberapa kabilah, Arab dan banyaknya orang-orang yang ingkar membayar zakat.
Munculnya orang-orang murtad disebabkan oleh kayakinan mereka terhadap ajaran Islam belum
begitu mantap, dan wafatnya Rasulullah SAW menggoyahkan keimanan mereka. Tentang orang-
orang yang mengaku diri nabi sebenarnya telah ada semenjak Rasulullah SAW, tetapi
kewibawaan Rasulullah SAW menggetarkan hati mereka daripada untuk terus terang dalam
aktiviti mereka. Mereka menyangka bahawa Syaidina Abu Bakar adalah pemimpin yang lemah
sehingga mereka berani membuat kekacauan. Pemberontakan kabilah disebabkan oleh anggapan
mereka bahwa perjanjian perdamaian yang dibuat bersama Nabi SAW bersifat peribadi dan
berakhir dengan wafatnya Rasulullah SAW sehingga mereka tidak perlu lagi taat dan tunduk
pada pimpinan Islam yang baru (Marzuki Mahmood 1994: 43).

Langkah Politik yang ditempuh oleh Abu Bakar As-Siddiq

Langkah politik yang ditempuh Abu Bakar itu ternyata sangat strategik dan membawa impak
yang sangat positif. Pengiriman pasukan disaat negara dalam keadaan kacau menimbulkan
interpretasi di pihak lawan bahawa kekuatan Islam cukup kuat sehingga para pemberontak
menjadi gentar. Di samping itu, langkah ini juga merupakan taktik untuk mengalihkan perhatian
umat Islam daripada perselisihan yang bersifat dalaman. Pasukan Usamah berhasil menunaikan
tugasnya dengan gemilangdan kembali dengan membawa harta rampasan perang yang berlimpah
(Marzuki Mahmood 1994: 44).
Sebagai Usaha berikutnya, ia melakukan perluasan wilayah Islam di semenanjung Arab.
Antaranya adalah Iraq dan Syria, Syaidina Abu Bakar berpendapat bahawa daerah itu harus
ditakluk untuk memantapkan keamanan wilayah Islam daripada serangan Parsi dan Rom.

Perang Riddah

Gerakan-gerakan riddah yang terkenal ini, yakni peperangan orang-orang yang berpaling
daripada Islam ke agama mereka semula. Selain itu Syaidina Abu Bakar juga memerangi nabi
4

palsu dan yang enggan membayar zakat Alasan tindakannya, Ijtihad Saidina Abu Bakar iaitu
sesiapa yang mengingkari kewajipan zakat adalah menafikan rukun Islam. Kebanyakan suku
yang murtad itu dikalahkan dalam jangka waktu satu tahun setelah wafatnya Rasulullah SAW.
(Shaban 1971: 32)
Mereka tersebut mendakwa bahawa mereka hanya memiliki komitmen dengan Nabi
Muhammad SAW dan dengan kematiannya, komitmennya tidak berlaku lagi. Berdasarkan hal
ini Abu Bakar menyatakan perang terhadap mereka yang dikenal dengan nama perang Riddah.
Dalam perang Riddah peperangan terbesar adalah memerangi Ibnu Habib al-Hanafi yang lebih
dikenal dengan nama Musailamah Al-Kazab (Musailamah si pembohong), yang mendakwa
dirinya sebagai nabi baru menggantikan Nabi Muhammad SAW. Musailamah kemudian
dikalahkan pada pertempuran Akraba oleh Khalid bin Walid.

Qur'an

Abu Bakar juga berperanan dalam pengumpulan teks-teks tertulis Al Qur'an. Dikatakan bahawa
setelah kemenangan yang sangat sulit saat melawan Musailamah dalam perang Riddah, banyak
huffaz dikalangan sahabat gugur syahid. Syaidina Abu Bakar lantas meminta Syaidina Umar bin
Al-Khattab untuk mengumpulkan Al Qur'an yang terdapat pada medium yang digunakan pada
masa itu seperti tulang, kulit dan sebagainya. Tugas ini dilaksanakan oleh sebuah kumpulan
yang diketuai oleh Zaid bin Tsabit, kemudian disimpan oleh Hafsah, yakni isteri dari Nabi
Muhammad SAW. Kemudian pada masa pemerintahan Utsman bin Affan koleksi ini menjadi
dasar penulisan teks al Qur'an hingga yang dikenal hingga saat ini (Audah Ali 2003:54).

PELAKSANAAN DAKWAH DAN POLITIK ISLAM ZAMAN KHALIFAH UMAR AL-


KHATTAB

Melantik Gabenor Di Wilayah Yang Ditakluki Islam

Khalifah Umar al-Khattab telah melantik Abu Ubaydah al-Jarrah sebagai Gabenor yang pertama
di wilayah Syria yang kemudiannya diganti oleh Yazid bin Abi Sufyan setelah Abu Ubaydah
meninggal dalam wabak taun Amwas pada tahun 18 Hijrah. Kemudian Yazid bin abi Sufyan
digantikan pula dengan adiknya Mu’awiyah bin Abi Sufyan dan beliau telah melaksanakan
tugasnya dan polisi yang ditugaskan oleh Khalifah Umar al-Khattab kepadanya dengan
sebaiknya. Mu’awiyah bin Abi Sufyan telah memperketatkan proses perpindahan orang arab ke
Syria iaitu hanya dibataskan untuk suku-suku arab yang telah sedia ada di Syria (Anwar Zainal
Abidin & Wan Kamal Mujani. 1999: 359).

Penambahbaikan Sistem Cukai Dan Menguatkan System Pertahanan

Khalifah Umar al-Khattab melakukan penambahbaikan terhadap sistem cukai di Syria. Petani-
petani telah dikenakan bayaran sebanyak satu dinar dan sejumah gandum setiap orang mengikut
keluasan tanah yang dimiliki. Penduduk di Bandar pula dikenakan membayar cukai yang
dikenali sebagai jizyah iaitu cukai kepala mengikut keupayaan masing-masing. Pengecualian
cukai diberikan kepada kanak-kanak, perempuan, dan orang tua. Pendapatan hasil daripada cukai
ini juga telah disalurkan kepada pentadbiran Syria dan telah diberikan untuk pembinaan kubu-
kubu serta benteng pertahanan di sepanjang pantai Syria dan menubuhkan angkatan tentera laut
5

yang diketuai oleh Mu’awiyah bn Abi Sufyan. (Anwar Zainal Abidin & Wan Kamal Mujani.
1999: 359).

Mengasaskan Al-Diwan (Daftar Atau Buku Catitan)

Pada tahun 20 Hijrah, banyak negara yang menjadi jajahan Islam dan ini menjadikan sistem
pentadbiran memerlukan satu penyusunan yang terbaik dari segi cacatan dan rekod. Di dalam al-
diwan ini, satu penyusunan dan cacatan mengenai nama-nama tentera dan ahli keluarganya dan
sara hidup yang merupakan harta pendapatan bagi negara. Pada mulanya, al-diwan ini hanya
terdapat di wilayah-wilayah yang mempunyai bilangan tentera yang ramai akan tetapi
pelaksanaannya telah diperluaskan ke seluruh negara termasuk Madinah. Terdapat perbezaan di
antara sistem bayaran sara hidup berasaskan al-diwan ini terutamanya terhadap keluarga Nabi
Muhammad s.a.w dan isteri-isterinya dan ia dilakukan menerusi pembayaran dan dikira
berdasarkan jasa seseorang itu terhadap Islam (Anwar Zainal Abidin & Wan Kamal Mujani.
1999: 364).

Di sini penerangan mengenai pembayaran sistem al-diwan:

i. Mereka yang menganut Islam selepas penaklukan Mekah mendapat 2,000 dirham.
ii. Mereka yang awal dan mula-mula memeluk Islam mendapat 3,000 hingga 5,000
dirham.
iii. Balu-balu Nabi Muhammad sa.w mendapat 12,000 dirham. Di Iraq, pemimpin
diberi sebanyak 2,500 dirham dan rakyat biasa diberi sebanyak 250 hingga 300 dirham.

Memastikan Keadaan Negara Aman dan Damai

Khalifah Umar al-Khattab merupakan seorang pemimpin yang sangat teliti mengenai keamanan
dan perpecahan yang mungkin akan berlaku kepada rakyatnya. Ini kerana terdapat pemimpin
suku-suku kabilah yang begitu bangga dengan kekuatan dan keturunannnya. Ini akan
menyebabkan perpecahan di kalangan umat Islam. Oleh itu, beliau telah mengambil langkah
yang drastik dengan menasihati dan memberitahu kepada pemimpin suku-suku arab ini bahawa
tiada tempat terhormat bagi mereka walaupun daripada suku kabilahnya. Bani Hasyim juga
diberikan penerangan yang sama oleh beliau kepada suku kabilah tersebut. Selain itu, beliau juga
akan mengadakan pertemuan dengan para gabenor yang beliau lantik pada setiap musim haji di
Mekah dan menjadikan waktu tersebut sebagai koferensi tahunan rasmi setiap tahun.
Dalam mewujudkan keamanan dan kedamaian di dalam masyarakat Islam pada waktu
itu, beliau telah membuka ruang kepada masyarakat untuk mengkritik dan memberi rasa
ketidakpuasan terhadap kepimpinan beliau semasa sidang dan perjumpaan yang terbuka. Selain
itu, dalam memastikan keamanan di Madinah terjamin semasa beliau mempunyai urusan rasmi
di luar negara, beliau telah melantik Saidina Ali bin Abi Talib sebagai wakil dan penggantinya
untuk memangku jawatan sementara khalifah di Madinah ketika lawatan beliau di Yerusalam
dan Syria (Afzal Iqbal. 2000: 164).

Melakukan Lawatan Luar Negara Yang Pertama


6

Khalifah Umar al-Khattab merupakan Khalifah yang pertama melakukan perjalanan ke luar
tanah Arab iaitu Yerusalem. Beliau melakukan kunjungan ini kerana para pemimpin di sana
meminta beliau melakukan kunjungan di sana untuk menyerahkan kota suci itu ke dalam jajahan
taklukan Islam. Dalam proses untuk melakukan kunjungan tersebut, beliau telah mengadakan
sesi mesyuarat dengan para sahabat. iaSaidina Uthman merasa keberatan untuk memberi
persetujuan kepada Khalifah untuk melakukan lawatan tersebut tetapi sebaliknya Saidina Ali
menerima saranan dan idea Khalifah itu kerana ia merupakan satu persoalan yang besar dan
memberi kesan yang besar kepada imej Islam ketika itu.
Semasa di Yerusalem, satu perjanjian Yerusalem di Jabiyah telah dimenterai di antara
penduduk Yerusalem dengan Khalifah Umar al-Khattab. Di dalam perjanjian ini, nyawa dan
harta benda orang-orang dzimmi (orang Islam mendapat perlindungan di dalam negara Islam,
kerana perbezaan agama). Sekiranya seorang kafir Muslim membunuh seorang dzimmi, maka
hukuman qisas akan dikenakan iaitu bunuh dibalas dengan bunuh. Segala kekayaan dan harta
benda kafir dzimmi dijamin keselamatan dibawah pentadbiran Islam (Afzal Iqbal. 2000: 159).

Menyelesaikan Konflik Cukai Di Mesir

Semasa gabenor Mesir Amru al-Ash dilantik oleh khalifah Umar al-Khattab sebagai gabenor
Mesir, telah berlaku satu konflik semasa pentadbiran iaitu kekurangan mata wang disebabkan
oleh pengunduran orang Byzantium secara besar-besaran dan menjadikan sistem cukai
Byzantium memerlukan pengubahsuaian yang segara. Sebelum ini, rakyat dikehendaki
membayar cukai tanah yang mesti dibayar dengan nilai mata wang. Setiap kampung dinilaikan
sebagai satu unit dan pemimpin tempatan bertanggungjawab menilai cukai mengikut keadaan
kampung yang ditabir oleh mereka. Cukai dikutip oleh pemimpin tersebut berdasarkan jumlah
tanah yang diusahakan oleh penduduk-penduduk di setiap daerah. Cukai yang dikenakan kepada
peniaga dan pekerja-pekerja mengikut keupayaan pendapatan dan hasil yang diperoleh mereka
yang dikenakan cukai.
Sebahagian hasil pendapatan daripada cukai ini diuruskan dan ditabir untuk perbelanjaan
pentadbiran tempatan. Gabenor Mesir Amru al-Ash memberikan kuasa kepada pegawai-pegawai
anak negeri untuk mengutip cukai. Beliau membenarkan cukai dibayar dalam bentuk harta benda
oleh petani-petani. Cukai ini hanya dikenakan terhadap lelaki dewasa sahaja. Tanah-tanah yang
diusahakan dengan ditanam bersama rumput makanan binatang tidak dikenakan cukai. Beliau
juga menukar sistem jizyah iaitu cukai kepala yang mana dahulunya hanya dikenakan kepada
peniaga tetapi semasa pentadbiran beliau jumlahnya menjadi dua dinar setahun dan dikenakan
ke atas orang-orang yang tidak menganut Islam termasuklah mereka yang berniaga di kampung
atau penduduk Bandar (Anwar Zainal Abidin & Wan Kamal Mujani. 1999: 363-364).

Penambahbaikan Terhadap Sistem Pendidikan

Khalifah Umar al-Khattab sangat mementingkan sistem pendidikan yang tersusun dan
bersistematik. Beliau telah merancang satu pembelajaran al-quran dan ilmu pengetahuan di
sekolah-sekolah. Beliau mendirikan banyak sekolah di semua tempat di setiap kota. Peranan
Masjid juga telah dijadikan pusat pengajaran di mana struktur dan fungsinya telah dipringkatkan
di mana beliau telah menempatkan setiap imam dan muadzin untuk menggerakkan aktiviti
masjid tersebut dan menyelaraskan gaji dengan bayaran tertentu. Beliau menetapkan supaya
semua masyarakat dan tentera yang beragama Islam untuk belajar sekurang-kurangnya lima
7

surah dari ayat al-quran iaitu surah al-Baqarah, an-Nisa’, al-Maidah, Hajj dan an-Nur. Objektif
dan tujuan proses pembelajaran ini adalah untuk menjadikan masyarakat Islam pada masa itu
mantap dari segi penghayatan dan menjadikan mereka berpegang teguh dengan ajaran-ajaran dan
perintah yang terdapat di dalam ayat al-Quran. Satu perkara yang unik di zaman ini ialah
pemberian biasiswa ataupun pembiayaan pelajaran bagi mereka yang ingin mendalami dan
mmepelajari al-Quran. Khalifah Umar memberi peruntukan dan menanggung pembiayaan
sepenuhnya (Afzal Iqbal. 2000: 162).

Menekankan Aspek Kesederhanaan Dalam Pemerintahan

Khalifah Umar al-Khattab melarang gabenor serta pembesar-pembesar daripada mengambil


harta kekayaan yang melebihi apa yang diberikan. Mereka mestilah mementingkan kepentingan
dan kebajikan rakyat dahulu sebelum kesenangan mereka sendiri. Contohnya beliau
memerintahkan gabenor serta pembesar-pembesarnya agar memakan makanan dan memakai
pakaian yang sederhana sahaja. Para pembesar ketika itu dilarang membina serambi atau ruang
rehat yang mewah di hadapan rumah mereka. Segala kemewahan yang melampaui batas mestilah
ditinggalkan dan inilah yang menjadi polisi pentadbiran yang menekankan prinsip keadilan dan
kesamarataan di antara masyarakat. Untuk memastikan segala polisi dan perintahnya itu
dilaksanakan untuk kebajikan rakyat, Khalifah Umar al-Khattab menugaskan duta ataupun
pengawas untuk melaporkan perkembangan pelaksanaan polisinya itu. Tugas duta ataupun
pengawas ini adalah untuk melaporkan setiap aktiviti dan tingkah laku gabenor yang beliau
lantik di setiap wilayah (Fazl Ahmad. 1974: 90 ).
Contoh yang dapat dilihat daripada pandangan dan ungkapan Khalifah Umar al-Khattab
ketika tentera Saad bin Abi Waqqas ketika mereka berjaya menawan Mada’in iaitu kota terakhir
pertahanan Parsi. Tentera Islam ketika itu berjaya membawa pulang pelbagai khazanah serta
harta benda Parsi seperti karpet Parsi yang cukup indah. Ungkapan yang beliau ucapkan ialah
“Harta benda inilah yang menjadi penyebab kejatuhan orang Parsi dan sekarang harta benda ini
telah tiba di sini untuk membawa kejatuhan kepada kita (Jamil Ahmad. 1988: 20).

Membentuk Majlis Syura Yang Sistematik

Khalifah Umar al-Khattab telah membentuk Majlis Syura yang merupakan lembaga atau majlis
perunding yang tertinggi semsa beliau sedang gering. Majlis Syura ini terbahagi kepada dua
iaitu Majlis Syura Tertinggi dan majlis Syura Am. Anggota Majlis Syura Tertinggi ialah terdiri
daripada Uthman b. Affan, Ali b. Abi Talib, Abdul Rahman b. Auf, Saad b. Abi Waqas dan
Zubair bin Awwam dan Talhah bin Ubaidillah. Semua pekara yang melibatkan masalah politik,
keselamatan dan sosial negara akan dibincangkan bersama-sama dalam majlis tersebut. Majlis
Syura
ini juga bertanggungjawab menentukan polisi negara dalam soal pemerintahan dalaman dan
hubungan luar dan juga proses pemilihan Khalifah (Fazl Ahmad. 1974: 174-175).
Khalifah Umar al-Khattab telah memberikan garis panduan kepada dewan majlis syura
dalam proses pemilihan khalifah yang baru terutamanya selepas ketiadaan beliau. Keputusan
yang diambil mestilah daripada suara majoriti. Sekiranya gagal mendapat suara majoriti, maka
hendaklah diterima calon yang diputuskan oleh Abdul Rahman bin Auf. Khalifah Umar al-
Khattab juga telah memberitahu kepada semua para pemimpin al-Muhajirin dan al-Ansar telah
8

diberitahu supaya menyerahkan segala masalah pengganti sebagai Khalifah kepada majlis syura
(al-Baladhuri. 1936:18)
Menurut satu sumber yang lain, Khalifah Umar al-Khattab telah melantik 10 orang ahli
syura yang bertugas memilih calon yang paling layak dan ahli syura itu dipengerusikan oleh
Abdullah bin Umar. Selepas bersidang, mereka menamakan Uthman sebagai Khalifah yang baru
menggantikan Umar yang sedang tenat. Beliau menamakan enam orang sebagai penggantinya
iaitu Uthman bin Affan, Ali bin abi talib, Talhah bin Ubaidillah, Zubair bin Awwan, Abdul
Rahman bin Auf, dan Saad bin Abi Waqqas (Abdul Latif Talib. 2010: 440)

Keadilan Sebagai Nilai Kepimpinan

Khalifah Umar al-Khattab menyedari bahawa keadilan terhadap rakyat jelata adalah merupakan
satu nilai yang sangat penting dalam kepimpinan Islam. Beliau tidak mengira status ataupun
keturunan dalam menjatuhkan hukuman terhadap pesalah yang didapati bersalah. Sebagai
contoh, beliau menjatuhkan hukuman 80 kali sebatan terhadap anaknya sendiri iaitu Abu
Shahma yang didapati bersalah meminum arak. Semasa menjatuhkan hukuman tersebut, beliau
tidak memilih kasih bahkan rela menghukum anaknya itu sendiri dengan hukuman sebat
sehingga anaknya itu meninggal akibat hukuman tersebut. Cemeti yang beliau gunakan untuk
menyebat anaknya itu dicacakkan di atas perkuburan anaknya.
Selain itu, terdapat satu peristiwa di zaman Khalifah Umar al-Khattab yang
menunjukkan beliau menekankan aspek keadilan ini. Peristiwa tersebut melibatkan seorang
pemerintah di Syria iaitu Jabala bin Aiham Ghassani yang berketurunan raja yang telah memeluk
Islam. Semasa pemerintah tersebut melakukan tawaf di Kaabah, kain jubah beliau telah dipijak
oleh seorang rakyat biasa secara tidak sengaja. Beliau terus menampar rakyat biasa tersebut dan
rakyat itu membalasnya semula. Beliau merasa marah dan mengadu perkara tersebut kepada
Saidina Umar al-Khattab. Tetapi Umar al-Khattab tidak melayannya dan mengatakan bahawa
rakyat tersebut telah menerima balasan yang setimpal. Jabala pun terus meninggalkan agama
Islam kerana tidak puas hati dengan tindakan Islam yang tidak membezakan di antara rakyat
yang berketurunan hina dan mulia. Khalifah Umar al-Khattab tidak melayan permintaan tersebut
dan tetap dengan pendiriannya dan tidak akan mengubah undang-undang Islam kerana seseorang
yang mempunyai pengaruh dan pangkat yang tinggi (Asmady Idris, etl.al. 2003: 223-224).

Memberikan Tanah Untuk Dimajukan Oleh Penduduk

Semasa Syria ditakluki, banyak harta benda dan tanah telah ditinggalkan oleh penduduk Syria
yang berketurunan Greek. Terdapat banyak tanah-tanah dan bandar-bandar yang tidak
dibangunkan dan dimajukan. Khalifah Umar al-Khattab menyedari tempat-tempat tersebut perlu
dimajukan dan dibangunkan serta dijadikan benteng pertahanan untuk menentang Byzantium,
maka beliau bersetuju supaya tanah-tanah tersebut dibahagikan kepada semua orang Islam yang
terdiri daripada tentera Madinah dalam penaklukan itu ataupun orang-orang Arab tempatan yang
telah memeluk Islam.Wilayah Syria telah dibahagikan kepada beberapa daerah yang telah sedia
ada di zaman Byzantium iaitu daerah Hims, Dimashq, Jordan, dan Palestin. Mereka dibenarkan
menjalankan kegiatan ekonomi tetapi mereka mestilah bertanggungjawab untuk
mempertahankan seluruh wilayah tersebut sebagai tentera (Anwar Zainal Abidin & Wan Kamal
Mujani. 1999: 360).
9

Pembahuruan Yang Lain

Khalifah Umar al-Khattab telah mengasaskan takwim al-Hijri iaitu menjadikan tahun berlakunya
hijrah Nabi s.a.w dari Mekah ke Madinah sebagai permulaan perhitungan kalender bagi umat
Islam. Selain itu, beliau juga melantik hakim-hakim di Madinah dan wilayah-wilayah dengan
memberi petunjuk serta arahan tertentu dan ini merupakan pengasingan kuasa kehakiman
daripada kuasa Gabenor yang sebelum ini mempunyai kuasa penuh di dalam sistem kehakiman.
Beliau juga mengadakan ijtihad sendiri dalam urusan ibadah, undang-undang muamalah, serta
jenayah yang boleh didapati daripada buku-buku perundangan Islam. Khalifah Umar al-Khattab
juga mengkehendaki pegawai-pegawainya mengisytiharkan harta sebelum memegang dan
melepaskan jawatan yang merupakan tindakan tegas yang beliau tunjukkan di dalam pentadbiran
bagi memastikan tiadanya penyalahgunaan kuasa dan peneyelewengan. Beliau juga melarang
para sahabat yang utama meninggalkan kota Madinah kerana beliau mahu menjaga kepentingan
politik dan pentadbiran. Beliau bimbang para sahabat yang meninggalkan kota Madinah terpukau
dengan nikmat kesenangan dunia iaitu kekuasaan wilayah-wilayah yang ditawan (Anwar Zainal
Abidin & Wan Kamal Mujani. 1999: 365).

PELAKSANAAN DAKWAH DAN POLITIK ISLAM ZAMAN KHALIFAH UTHMAN


BIN AFFAN

Biodata Peribadi Saidina Uthman bin Affan

Nama penuh beliau ialah Uthman bin Affan bin Abi Al-‘Aas bin Umayyah bin ‘Abu Syam bin
‘Abdi Manaf, keturunan Bani Umayyah, satu cabang daripada kabilah Quraisy. Keturunan beliau
adalah bertemu dengan keturunan Nabi Muhammad S.A.W.(‘Abdullah Al-Qari b Hj. Salleh:
1983: 62). Uthman lahir kira-kira enam tahun selepas hari kelahiran Nabi Muhammad. Jadi Nabi
lebih tua dari Uthman enam tahun. Nama ayahnya ialah affan, sedangkan ibunya bernama
Arwah. Neneknya bernama Baizah, anak dari Abdul Muthalib. Ini bermakna nenek Saidina
Uthman adalah makcik kepada Nabi Muhammad. Uthman termasuk suku Quraisy cabang
Umayyah. Orang ramai menganggap bahawa Banu Umayyah sama dengan Banu Hasyim.
(Adam Saleh: 1974: 11).
Ketika Uthman dewasa dia menjadi saudagar kain. Perdagangan kain ini membuatkan
Saidina Uthman menjadiorang yang kaya raya ketika itu. Dengan kekayaan ini dia selalu siap
sedia membantu rakyat. Uthman baik hati dan sangat peramah. Beliau selalu menyediakan
sejumlah uangnya untuk menolong orang-orang yang terlibat dalam kesukaran. Rakyat Mekkah
lambat laun menjadi hormat kepadanya dan akhirnya mereka mencintai dan menghormati
Saidina Uthman dengan sepenuh hati mereka. (Adam Saleh: 1974: 11).
Abu Bakar lah orang yang memikat hati Uthman untuk masuk Islam. Kerana itu
keduanya sama-sama berusaha dalam perdagangan. Beliau dan Uthman menjadi sahabat rapat.
Nabi sendiri termasuk saingan dari kaum keluarga Saidina Uthman. Tetapi hal ini tidak menjadi
halangan baginya untuk menerima suatu kebenaran dari Nabi Muhammad. Setelah mendapat
seruan ajaran Islam, Uthman menerimanya. Beliau adalah antara orang-orang pertama yang
memeluk Agama Islam. (Adam Saleh: 1974: 12).
Uthman adalah salah seorang Sahabat Besar dan Penulis Wahyu. Beliau telah
memerintah Kerajaan Islam hampir sebelas tahun lamanya dan tahun Masihi 644 hingga 655
Masihi. Beliau memperoleh gelaran "Zun Nurain" yang ertinya yang memiliki dua cahaya.
10

Sebabnya ialah kerana Rasulullah s.a.w. telah mengahwinkannya dengan dua orang puterinya
iaitu yang pertama kali dengan Rugayyah dan sesudah wafatnya semasa Perang Badar, maka
Rasulullah s.a.w. telah mengahwinkannya pula dengan Kalthum. Demikian besarnya kecintaan
dan penghormatan Rasulullah s.a.w. terhadap Saiyidina Uthman R.A. Tatkala isterinya yang
kedua itu pula meninggal, Rasulullah s.a.w. telah berkata kepadanya, "Jika ada anak
perempuanku lagi hai Uthman, tentu engkau ku ambil sebagai menantu. (‘Abdullah Al-Qari b Hj.
Salleh: 1983: 62).
Beliau juga adalah saudagar kaya dan sangat dermawan dan beliau pernah menjadi wakil
peribadi Rasulullah dalam perundingan dengan orang-orang Quraisy yang mewujudkan
Perdamaian Hudaibiyyah dan pernah menjadi Pemangku Ketua Negara di kala Rasulullah keluar
berperang (‘Abdullah Al-Qari b Hj. Salleh: 1983: 62).
Beliau datangnya dan suku atau puak Quraisy yang paling keras sekali tentangannya
terhadap agama Islam dan Rasulullah s.a.w., iaitu puak Umaiyah. Menurut catatan sejarah,
Saiyidina Uthman Bin Affan termasuk orang kelima diajak oleh Saiyidina Abu Bakar Al Siddiq
untuk memeluk Islam. Setelah memeluk Islam, Uthman R.A. termasuk orang yang sangat
dicintai oleh Rasulullah s.a.w. kerana kemuliaan dan kehalusan budipekertinya. Memang
sesungguhnya Saidina Uthman Bin Affan terkenal sebagai seorang sahabat yang sangat tinggi
budiperkertinya, sangat penyantun, lemah lembut lagi pemalu. Sebagai memperlihatkan
kecintaan dan penghargaan Rasulullah s.a.w. kepadanya itulah maka beliau telah menjadi pilihan
baginda untuk dikahwinkan dengan puteri-puterinya seorang demi seorang selepas meninggal
seorang lepas satunya (http://man999.tripod.com/Uthman_Affan.htm).
Nabi mensifatkan Uthman sebagai seorang yang pemalu sehingga para malaikat turut
malu padanya. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepadanya, "Malaikat sangat malu kepadamu
hai Uthman. Memang Rasulullah s.a.w. biasanya tidak keberatan menerima kedatangan para
sahabatnya dalam berpakaian yang biasa sahaja, tetapi apakala diketahui bahawa Saidina
Uthman R.A. akan datang mengunjunginya, maka baginda pun mengenakan pakaiannya yang
sewajarnya sebagai menghormati sahabatnya yang disegani sendiri oleh para malaikat
(http://man999.tripod.com/Uthman_Affan.htm).
Dalam suatu riwayat lain adalah dikisahkan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda,
"Saya bermohon kepada Tuhanku supaya tidak ada seorangpun yang pernah menjadi menantuku
atau menjadi mertuaku dimasukkan ke dalam neraka. Hal yang demikian itu tercapai oleh
Saidina Uthman kerana Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, "Tiap-tiap Nabi mempunyai teman,
dan Uthman adalah temanku di dalam syurga. (http://man999.tripod.com/Uthman_Affan.htm)
Beliau adalah seorang ahli ibadat yang selalu menghidupkan malamnya dengan
sembahyang malam di mana beliau dapat mengkhatamkan Al-Quran hanya dalam satu rakaat
Sembahyang Witir. (‘Abdullah Al-Qari b Hj. Salleh: 1983: 63).

PELANTIKAN KHALIFAH

Penentuan Mereka Yang Layak Menjadi Khalifah

Ketika hampir wafat maka Saidina Umar bin al-Khattab sebagai khalifah pada masa itu telah
mengambil suatu tindakan yang agak berlainan sekali dengan apa yang pernah dilakukan oleh
Rasulullah s.a.w dan Saidina Abu Bakar dalam pemilihan kepada penggantinya sebagai khalifah
yang bakal mentadbir dunia dan menjaga kesucian agama selepas kewafatannya nanti. Beliau
telah menyenaraikan nama-nama calon bagi mengelak sebarang pergeseran yang mungkin
11

berlaku sebagaimana yang pernah terjadi selepas kewafatan Rasulullah s.a.w dalam menentukan
orang yang layak menjadi khalifah.Senarai itu berdasarkan kepada nama-nama sahabat yang
dijamin Syurga oleh Rasulullah s.a.w. Mereka ialah Saidina Uthman bin Affan, Saidina Ali bin
Abi Thalib, Saad bin Abi waqas, Zubair bin Awwam, Abdul Rahman bin ‘Auf dan Talhah bin
Ubaidillah. Namanya anak beliau sendiri iaitu Abddullah bin Umar tidak dimasukkan dalam
senarai tersebut kerana beliau merasakan sudah cukup hanya beliau sahaja yang menjadi khalifah
daripada keluarga al-Khattab bagi memikul bebanan amanah yang berat itu. Abdullah bin Umar
hanya diberi peranan sebagai calon yang bakal memberi sokongan kepada sesiapa sahaja yang
terpilih dengan undian terbanyak. (http://aki2004.wordpress.com/2009/03/06/perlantikan-
sayyidina-uthman).

Mesyuarat Pemilihan Khalifah

Selepas kewafatan Saidina Umar maka keenam-enam calon tersebut telah berkumpul dan
bermesyuarat di sebuah rumah seorang sahabat yang bernama al-Miswar bin Makhramah. Ketika
berlangsung pertemuan yang penting ini maka telah berlaku sedikit silap faham yang
menyebabkan 3 orang daripada kalangan mereka telah menarik diri manakala seorang lagi tidak
menghadirkan diri ke majlis itu. Akhirnya yang tinggal hanyalah Saidina Uthman dan Saidina
Ali serta Abdullah bin Umar sebagai pemerhati.
(http://aki2004.wordpress.com/2009/03/06/perlantikan-sayyidina-uthman).
        Sebagaimana yang telah diwasiatkan oleh Saidina Umar jika berlaku keadaan begini maka
Abdul Rahman bin ‘Auf diamanahkan agar mengendalikan pemilihan khalifah. Tindakan
pertama yang mesti diambil ialah dengan meninjau pendapat ketua-ketua kabilah. Namun ia
tidak banyak mermbantu dalam menyelesaikan masalah pemilihan ini disebabkan ada pihak yang
menyokong Saidina Uthman dan ada pula pihak yang menyokong Saidina Ali.Akhirnya Abdul
Rahman bin ‘Auf  mengambil keputusan untuk bertemu mata dengan mereka berdua dalam
menyelesaikan masalah yang rumit ini. Masing-masing ditanya oleh Abdul Rahman bin ‘Auf 
dengan satu soalan yang berbunyi : ” Jika engkau dilantik menjadi khalifah adakah engkau
sanggup melaksanakan semua ajaran al-Quran dan Hadis nabi serta mengikut jejak kedua-dua
orang khalifah sebelum kamu?”. Saidina Ali menjawab : ” Aku berharap agar boleh
melaksanakannya setakat kemampuan aku”. Manakala Saidina Uthman menjawab dengan tegas
dan berani dengan katanya : ” Ya! aku sanggup”. Dengan ketegasan dan kesungguhan yang telah
ditunjukkan oleh Saidina Uthman ini maka tanpa teragak-agak lagi lalu Abdul Rahman bin ‘Auf 
terus melantik Saidina Uthman sebagai khalifah yang baru menggantikan Saidina Umar yang
telah wafat. (http://aki2004.wordpress.com/2009/03/06/perlantikan-sayyidina-uthman).

Kriteria Perlantikan Saidina Uthman

Kesimpulan kepada cara pemilihan khalifah yang telah djalankan ini maka ia menunjukkan
kepada kita bagaimana kelebihan dan kelemahan yang ada pada mereka berdua. Ini bermakna
perlantikan Saidina Uthman sebagai khalifah bukanlah berdasarkan kepada sikap lemah-lembut
yang ada padanya dan bukan juga kerana faktor usia beliau yang agak tua berbanding Saidina
Ali. Sebaliknya pemilihan Saidina Uthman menurut imam al-Tobari berdasarkan kepada 2 sebab
utama iaitu yang pertamanya disebabkan masayarakat Islam pada masa itu tidak mahu lagi
perlantikan khalifah daripada kalangan bani Hashim di mana ia boleh membawa kepada lahirnya
sistem warisan dan monarki dalam pemerintahan Islam dan boleh memecah-belahkan kaum
12

Quraisy. Sebab yang kedua yang menyebabkan Saidina Uthman terpilih berbanding Saidina Ali
ialah disebakan ketegasan Saidina Uthman dalam menjawab soalan dga yang dikemukakan oleh
Abdul Rahman bin ‘Auf. (http://aki2004.wordpress.com/2009/03/06/perlantikan-sayyidina-
uthman).

Akhirnya Saidina Uthman dibai’ahkan pada Zulhijjah tahun 23 Hijrah dan dilantik secara
rasmi sebagai khalifah pada Muharram tahun 24 Hijrah. Orang yang pertama memberi bai’ah
atau sumpah setia kepada perlantikan Saidina Uthman itu ialah Abdul Rahman bin ‘Auf diikuti
oleh Saidina Ali dan ada pula riwayat yang menyatakan sebaliknya. Walau pun para penyokong
Saidina Ali melahirkan sikap tidak puas hati dengan perlantikan ini namun buat sementara waktu
Abdul Rahman bin ‘Auf berjaya menenangkan suasana.
(http://aki2004.wordpress.com/2009/03/06/perlantikan-sayyidina-uthman).

Pemilihan Khalifah Melalui Sistem Syura

Berkesinambungan daripada cara perlantikan yang telah dibuat ini maka kita dapat melihat
bagaimana Saidina Umar cuba menjauhkan diri daripada melakukan sebarang penyelewengan
nepotisme dan kronisme dalam memilih penggantinya dengan melantik Said bin Zaid iaitu
sepupunya dan anaknya Abdullah bin Umar sebagai pemerhati sahaja serta dikecualikan
daripada calon yang bakal menjadi khalifah. Kita juga dapat melihat bagaimana antara kriteria
dalam pemilihan khalifah mestilah mempunyai ketegasan dalam melaksanakan tanggungjawab
serta berani menegakkan apa yang termaktub dalam al-Quran dan hadis nabi.
(http://aki2004.wordpress.com/2009/03/06/perlantikan-sayyidina-uthman).
Dalam pemilihan penggantinya juga maka Saidina Umar cuba mengelak sebarang unsur
monarki dengan menghalang perlantikan khalifah dari bani Hashim iaitu Saidina Ali sepupu
Nabi. Proses ini juga sebagai mengasaskan sistem syura dalam perlantikan pemimpin.
(http://aki2004.wordpress.com/2009/03/06/perlantikan-sayyidina-uthman).

Kepimpinan Dan Sejarah Pentadbiran

Ahli sejarah telah membahagikan tempoh pemerintahan Khalifah Uthman selama 12 tahun
kepada dua bahagian iaitu 6 tahun pertamanya dianggap sebagai peringkat yang terbaik, aman,
harmoni dan penuh keadilan kerana pemerintahannya berjalan secara tepat seperti zaman
Khalifah Abu Bakar dan Umar r.a yang lalu. Manakala yang enam tahun terakhir
pemerintahannya dikatakan satu tempoh yang cukup negatif dan buruk kerana disebabkan faktor
usia Saidina Uthman telah lanjut dan faktor sikapnya yang terlalu bergantung pada kaum
keluarga dalam kalangan Bani Umayyah dalam menjalankan pemerintahan. Hal ini
menyebabkan banyak terjadi penyelewengan dan perbuatan mengambil kesempatan daripada
kelemahan khalifah ketika itu. Ianya disebut sebagai zaman “Fitnatul-Kubra” iaitu zaman fitnah
(Marzuki Hj. Mahmood: 1994: 82).
Terdapat perbezaan yang sangat ketara kedua-dua tempoh tersebut. Enam tahun pertama
pemerintahan Khalifah Uthman adalah pemerintahan yang sangat murni dan bersih dari segala
kekacauan dan penentangan seperti zaman pemerintahan Saidina Abu Bakar dan Umar r.a
berbanding dengan enam tahun terakhir yang dipenuhi kekacauan mahupun penentangan kerana
kelemahan Khalifah itu sendiri (Marzuki Hj. Mahmood: 1994: 82).
13

Pemerintahan Khalifah Uthman ketika itu juga terlalu boros kerana banyak menggunakan
wang negara untuk kepentingan keluarga mereka sendiri terutamanya keluarga Umaiyah (Haji
Dusuki: 1974: 160).

ZAMAN KEAMANAN DAN KEAGUNGAN ISLAM

Banyak jasa-jasa dan juga kejayaan yang telah dilakukan oleh Khalifah Uthman dalam menyebar
dan memperkembangluaskan Islam. Ini termasuklah kejayaannya dalam:

Bidang Ketenteraan

Khalifah Uthman banyak melakukan perluasan kuasa terhadap beberapa buah negara dalam
usahanya menyebarkan Islam, ini dapat dilihat pada keluasan empayar Islam yang dapat
mengatasi keluasan empayar Rom Timur dan juga empayar Parsi pada zaman kegemilangan
mereka. Antara wilayah baru yang telah berjaya ditakluki ialah Cyprus, Afganistan, Samarqand,
Libya, Algeria, Tunisia, Morocco dan beberapa buah negara lagi. Beliau juga bertanggungjawab
dalam menubuhkan angkatan tentera laut Islam yang pertama bagi menjamin keselamatan dan
melakukan perluasan kuasa. Banyak negara-negara yang telah dibuka melalui angkatan tentera
ini (http://dakwah.info/biografi/uthman-bin-affan-radhiallahu-an/).

Pembukuan Al-Quran

Perluasan kuasa telah menyebabkan penyebaran Islam terjadi secara meluas. Apabila ramainya
orang-orang yang memeluk Islam sudah tentu banyaknya perbezaan antara sesuatu wilayah
dengan wilayah yang lain dari segi mereka mempelajari Islam. Apa yang paling ketara sekali
ialah dalam masalah mereka mempelajari Al-Quran. Banyak terdapatnya perbezaan bacaan yang
membawa kepada salah bacaan antara satu tempat dengan tempat yang lain. Dengan keadaan ini
banyak terjadinya salah faham dan saling tuduh menuduh sesama orang Islam dalam menyatakan
siapakah yang betul pembacaannya http://dakwah.info/biografi/uthman-bin-affan-radhiallahu-
an.
Oleh itu Khalifah Uthman telah mengadakan satu naskhah Al-Quran yang baru yang
mana ianya digunakan secara rasmi untuk seluruh umat Islam. Khalifah Uthman telah
menggunakan lahjah Bahasa Quraish dan yang mana Al-Quran yang berbeza telah dibakar. Al-
Quran inilah yang digunakan hingga kehari ini yang mana ianya dikenali dengan nama Mushaf
Uthmani. Langkah-langkah ini bertujuan untuk menjamin kesucian Al-Quran sebagai sumber
perundangan Islam (http://dakwah.info/biografi/uthman-bin-affan-radhiallahu-an).

Pembesaran Masjid Nabawi

Masjid Nabawi telah menjadi padat kerana dipenuhi dengan jemaah yang semakin ramai, Oleh
itu Khalifah Uthman telah membesarkan masjid tersebut dengan membeli tanah bagi
memperluaskan kawasan tersebut. Masjid tersebut telah diluaskan pada tahun 29 Hijrah (
http://dakwah.info/biografi/uthman-bin-affan-radhiallahu-an).

Menyebarkan Dakwah Islam


14

Khalifah Uthman sering berdakwah di penjara dan beliau berjaya mengislamkan ramai banduan.
Beliau juga banyak mengajar hukum-hukum Islam kepada rakyatnya. Ramai pendakwah telah
dihantar keserata negeri bagi memperluaskan ajaran Islam. Beliau juga telah melantik ramai
pengajar hukum Islam dan juga melantik petugas khas yang membetulkan saf-saf solat. Beliau
juga banyak menggunakan Al-Quran dan as-Sunah dalam menjalankan hukum-hukum.
(http://dakwah.info/biografi/uthman-bin-affan-radhiallahu-an).

AL-FITNAH AL-KUBRA (ZAMAN FITNAH)

Pada akhir tahun 34 Hijrah, pemerintahan Islam dilanda fitnah. Sasaran fitnah tersebut adalah
Saidina Uthman ra. hingga mengakibatkan beliau terbunuh pada tahun berikutnya. Fitnah yang
keji datang dari Mesir berupa tuduhan-tuduhan palsu yang dibawa oleh orang-orang yang datang
hendak umrah pada bulan Rejab. Saidina Ali bin Abi Thalib ra. bermati-matian membela Saidina
Uthman dan menyangkal tuduhan mereka. Saidina Ali menanyakan keluhan dan tuduhan
mereka, yang segera dijawab oleh mereka, “Uthman telah membakar mushaf-mushaf, shalat
tidak diqasar sewaktu di Mekah, mengkhususkan sumber air untuk kepentingan dirinya sendiri
dan mengangkat pimpinan dari kalangan generasi muda. la juga mengutamakan segala
kemudahan untuk Bani Umayyah (golongannya) melebihi orang lain.”
(http://dakwah.info/biografi/uthman-bin-affan-radhiallahu-an).
Pada hari Jumaat, Saidina Uthman berkhutbah dan mengangkat tangannya seraya berkata,
“Ya Allah, aku beristighfar dan bertaubat kepadaMu. Aku bertaubat atas perbuatanku. ”Saidina
Ali ra menjawab, “Mushaf-mushaf yang dibakar ialah yang mengandungi perselisihan dan yang
ada sekarang ini dan adalah yang disepakati bersama keshahihannya. Adapun shalat yang tidak
diqasar sewaktu di Mekah, adalah kerana dia berkeluarga di Mekah dan dia berniat untuk tinggal
di sana. Oleh kerana itu shalatnya tidak diqasar. Adapun sumber air yang dikhususkan itu adalah
untuk ternakan sedekah sehingga mereka besar, bukan untuk ternakan unta dan domba miliknya
sendiri. Umar juga pernah melakukan ini sebelumnya. Adapun mengangkat pimpinan dari
generasi muda, hal ini dilakukan semata-mata kerana mereka mempunyai kemampuan dalam
bidang-bidang tersebut. Rasulullah SAW juga pernah melakukan ini hal yang demikian. Adapun
beliau mengutamakan kaumnya, Bani Umayyah, kerana Rasulullah sendiri mendahulukan kaum
Quraish daripada bani lainnya. Demi Allah seandainya kunci syurga ada di tanganku, aku akan
memasukkan Bani Umayyah ke syurga.” (http://dakwah.info/biografi/uthman-bin-affan-
radhiallahu-an).
Setelah mendengar penjelasan Ali ra., umat Islam pulang dengan rasa puas. Tetapi para
peniup fitnah terus melancarkan fitnah dan merencanakan makar jahat mereka. Di antara mereka
ada yang menyebarkan tulisan dengan tanda tangan palsu daripada sahabat termuka yang
memburukkan Uthman. Mereka juga menuntut agar Uthman dibunuh
(http://dakwah.info/biografi/uthman-bin-affan-radhiallahu-an).
Fitnah keji pun terus menjalar dengan kejamnya, sebahagian besar umat termakan fitnah
tersebut hingga terjadinya pembunuhan atas dirinya, setelah sebelumnya terkepung selama satu
bulan di rumahnya. Peristiwa inilah yang disebut dengan “Al-Fitnah al-Kubra” yang pertama,
15

sehingga merobek persatuan umat Islam. (http://dakwah.info/biografi/uthman-bin-affan-


radhiallahu-an).

PEMBUNUHAN UTHMAN

Saidina Uthman ra. syahid dibunuh oleh pemberontak-pemberontak yang mengepung rumahnya.
Pada tanggal 8 Zulhijah 35 Hijriah, Uthman menghembuskan nafas terakhirnya sambil memeluk
Al-Quran yang dibacanya. Sejak itu, kekuasaan Islam semakin sering diwarnai oleh titisan darah.
Pemerintahannya memakan masa selama 12 tahun, yang mana ianya merupakan pemerintah
yang paling lama dalam pemerintahan Khulafa‘ ar-Rasyidin.
(http://dakwah.info/biografi/uthman-bin-affan-radhiallahu-an).

PELAKSANAAN DAKWAH DAN POLITIK KHALIFAH SAYYIDINA ALI BIN ABU


THALIB

Sayyidina Ali bin Abu Thalib ialah sahabat Rasulullah yang paling utama dan agung. Malah dia
adalah menantu Nabi Muhammad saw yang paling disayangi dan dikasihi oleh baginda melebihi
menantu baginda yang dua orang lagi. Persahabatan beliau dengan Nabi Muhammad saw
bermula sejak kecil lagi. Hal ini tidaklah menghairankan kerana beliau dibesarkan di rumah Nabi
Muhammad saw setelah baginda mengambil beliau sebagai anak angkat daripada Abu Thalib
yang sangat sempit kehidupannya ketika itu. Ketika Rasulullah saw mengambilnya menjadi anak
angkat baginda, usia Sayyidina Ali bin Abu Thalib dianggarkan baru dalam lingkungan antara
dua hingga tiga tahun (Tarikuddin 2009 : 1).
Sayyidina Ali membesar dibawah sinaran kenabian dan kerasulan. Sebab itu beliau
memperoleh budi pekerti yang amat mulia, jujur, ikhlas, amanah, berani, perkasa dan mendalam
sekali ilmu pengetahuannya. Itu kerana didikan dan percikan sinar kenabian dan kerasulan orang
yang memelihara dan mendidiknya iaitu saudara sepupunya sendiri Nabi Muhammad saw.
Sebenarnya kesediaan baginda mengambil Sayyidina Ali untuk dipeliharanya sebagai anak
angkat baginda adalah kerana mengenangkan jasa bapa saudara baginda Abu Thalib iaiti ayah
Sayyidina Ali yang telah memelihara baginda sejak baginda berusia lapan tahun lagi, iaitu
selepas orang yang memelihanya ketika itu wafat iaitu datuk baginda Abdul Muttalib
(Tarikuddin 2009 : 1).

Setelah Nabi Muhammad saw diangkat oleh Allah swt menjadi RasulNya dan
menyebarkan agama Islam kepada sanak saudara dan sahabat-sahabat kentalnya, Sayyidina Ali
adalah orang yang pertama sekali menyahut seruan suci itu. Tetapi kerana ketika seruan Islam itu
disampaikan kepadanya ketika itu bekiau masih kanak-kanak belum sampai usia baligh, maka
Sayyidina Ali tidak dikira sebagai orang yang pertama yang memeluk Islam. Oaring yang
pertama yang memeluk Islam ialah Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq. Setelah agama Islam
disebarkan secara terang-terangan oleh Nabi Muhammad saw, Sayyidina Ali juga turut merasa
gigitan api penderitaanya (Tarikuddin 2009 : 2).
Perjuangan Sayyidina Ali bin Abu Thalib terus marak semenjak beliau memeluk Islam
sampailah beliau berganding bahu berjuang bersama-sama Rasulullah di dalam medan-medan
perang khasnya setelah hijrah sehinggalah Nabi Muhammad saw wafat (Tarikuddin 2009 : 2).
Perjuangannya tidak terhenti dengan kewafatan Rasulullah saw, malah terus bersenarak
pada zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar as-Siddiq. Sungguhpun beliau tidak dilantik oleh
16

Sayyidina Abu Bakar untuk memimpin mana-mana pasukan tentera Islam untuk menghadapi
musuh-musuh Islam seperti yang pernah dibuat oleh Rasulullah saw kepada beliau. Khalifah
Abu Bakar as-Siddiq mengambil sikap demikian bukan kerana memandang rendah atau merasa
Sayyidina Ali tidak memiliki kemampuan dalam bidang itu, tetapi adalah kerana Sayyidina Abu
Bakar mahu Sayyidina Ali dapat sentiasa berada disampingnya bersama-sama Sayyidina Umar
al-Khattab selama baginda mentadbir negara (Tarikuddin 2009 : 2).
Pada zaman pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khattab pula, Sayyidina Ali adalah ahli
mesyuarat kerajaan (anggota syura kerajaan) dan penasihat kepada khalifah berganding bahu
dengan Sayyidina Uthman bin Affan. Beliau juga tidak dilantik oleh Khalifah Umar bin al-
Khattab sebagai panglima perang sebagaimana yang telah dilakukan oleh Khalifah Abu Bakar
as-Siddiq kerana Khalifah Umar bin al-Khattab juga mahu beliau berada disisi baginda, memberi
nasihat dan memecahkan persoalan-persoalan sulit yang dihadapi oleh Khalifah Umar bin al-
Khattab semasa menjalani pentadbiran negara (Tarikuddin 2009: 3).
Tetapi pada zaman pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan, diri Sayyidina ali agak
kurang diperhatikan oleh baginda. Hal ini adalah disebabkan Khalifah Uthman lebih gemar
untuk mendengar nasihat dan tunjuk ajar daripada kaum kerabat baginda sendiri berbanding
sahabat-sahabat Rasulullah saw yang lain terutama daripada Setiusaha Peribadi dan para gabenor
baginda yang ada talian kekeluargaan dengan baginda. Jadi Sayyidina Ali pada ketika itu tidak
lebih daripada orang yang sebenarnya penting, tetapi diletak ditepi oleh pemerintah pada ketika
itu (Tarikuddin 2009 : 3).

Konflik Ketika Pemilihan Sayyidina Ali Sebagai Khalifah

Peranan Sayyidina Ali pada zaman pemerintan Khalifah Uthman bin Affan mula bermain sedikit
setelah berlaku gelombang pergolakkan pada saat-saat akhir pemerintan baginda. Ketika itu
Khalifah uthman pun mula membuka mata baginda kepada Sayyidina Ali setelah melihat sanak
saudara baginda sudah tidak dapat membendung gelombang pemberontakanyang sudah menjadi
parah. Tetapi apa yang menghairankan sekali ialah segala nasihat dan tunjuk ajar yang diberikan
oleh Sayyidina Ali kepad baginda kurang memberi kesan kerana selepas Sayyidina Ali
memberikan pandangannya dan juga nasihatnya, adalah orang yang datang ‘ membasuh’nya. Dia
tidak lain ialah Setiusaha Peribadi baginda sendiri iaitu Marwan bin al-Hakkam (Tarikuddin
2009 : 3).
Dikatakan ketika terjadi pembunuhan ke atas khalifah Uthman bin Affan, Sayyidina Ali
menjadi sangat serba salah disaat itu. Hal ini adalah kerana beliau sangat kasih dan simpati
kepada Khalifah Uthman yang beliau tahu betapa besar jasa yang telah diberikannya kepad
perjuangan Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw. Tetapi beliau juga tidak mampu
mencegah para pemberontak yang mahu membunuh Khalifah Uthman ketika itu, kenapa?
Kerana masyarakat pada umumnya sudah tawar hati untuk bertekad membantu Khalifah
Uthman. Mereka lebih bersikap mahu melihat sahaja apakah tragedi yang akan menimpa ke atas
Khalifah Uthman yang hanya suka mendengar nasihat daripada sanak saudara baginda sahaja
tanpa mahu mendengar nasihat selain mereka itu. Setelah Khalifah Uthman dibunuh, Sayyidina
Ali menyatakan kepada Allah swt bahawa beliau tidak terlibat di atas perbuatan terkutuk ke atas
seorang kekasih Rasulullah saw (Tarikuddin 2009 : 4).
Golongan pemberontak itu bersepakat untuk melakukan sesuatu ke atas Sayyidina
Uthman bin Affan dan mereka berjaya melakukannya iaitu dengan membunuh baginda. Tetapi
mereka tidak pula berpakat untuk melantik Khalifah baru selepas Khalifah Uthman kerana
17

pendapat dan pegangan mereka yang berbeza-beza. Orang-orang Mesir yang lebih cenderung
untuk melantik Sayyidina Ali tetapi Ali tidak menyukai mereka. Orang-orang Basrah pula lebih
cenderung kepada Talhah bin Ubaidillah, tetapi apabila mereka memerlukannya maka Talhah
pula yang tiada di situ. Akhirnya mereka mula tidak sukakan Talhah bahkan tidak mahu
melantiknya sebagai khalifah selama-lamanya. Orang-orang Kufah lebih cenderung kepada
Zubair bin Awwam tetapi Zubair sengaja menghilangkan diri dan tidak sanggup menerima
jawatan yang berat itu (Mahmud Syakir 2004 : 222).
Sayyidina Ali, Talhah dan Zubair telah menolak untuk dilantik sebagai khalifah. Ternyata
mereka bukanlah orang yang inginkan kekuasaan dan kedudukan di dunia. Bahkan cadangan
untuk menjadi khalifah itu bukanlah keputusan daripada Majlis Syura tetapi dari golongan
pelampau yang telah merosakkan keamanan dan kesejahteraan di Madinah. Mereka juga
bukanlah terdiri dari kalangan kaum Muhajirin dan Ansar (Mahmud Syakir 2004 : 223).
Akhirnya puak-puak pelampau itu tadi mula bercadang untuk menyerahkan tampuk
pemerintahan kepada Saad bin Abu Waqash kerana dialah sahaja yang masih ada dari kalangan
ahli Majlis Syura manakala Abdul Rahman bin Auf sudah meninggal dunia. Mereka berharap
agar Saad menerima jawatan tersebut. Mereka sebenarnya memilih seseorang pemimpin
mengikut pengukuran mereka sendiri iaitu pengukuran keduniaan. Akan tetapi Saad menolak
mentah-mentah saranan mereka itu. Akhirnya khalifah itu berlalu begitu sahaja. Mereka cuba
pula untuk memujuk Abdullah bin Umar namun beliau juga turut menolak bahkan dengan
penolakan yang kasar (Mahmud Syakir 2004 : 224).
Perkara ini menjadi semakin rumit apabila mereka gagal untuk mencari seoreang khalifah
yang dipersetujui semua. Orang-orang yang dicadangkan itu tidak mahu menjadi khalifah kerana
sebagai manusia mereka mungkin melakukan kesalahan dan sesudah itu pastinya mereka tidak
terlepas dari dibunuh sepert Khalifah Uthman bin Affan.
Manakala penduduk Madinah pula amat kusut memikirkan masalah yang semakin lama
semakin rumit. Apa yang didapati pada waktu itu ialah segala urusan pentadbiran di Madinah
berada dalam tangan puak pelampau. Puak itu melakukan sesuatu mengikut kemahuan mereka
dan penduduk Madinah tidak dapat melakukan apa-apa. Oleh itu, tidak dapat tidak seorang
khalifah mestilah segera dilantik untuk menghalau mereka dari Madinah dan menyelamatkan
mereka daripada kacau bilau dan ketidaktenteraman. Namun mereka masih ragu-ragu sama ada
berjaya atau tidak untuk mengembalikan keadaan kembali secara normal (Mahmud Syakir 2004 :
224).
Mereka akhirnya berpakat untuk mencadangkan Sayyidina Ali bin Abu Thalib sebagai
pemimpin baru mereka. Hal ini kerana beliau seorang yang amanah, salah seorang ahli Syura,
sepupu Rasulullah saw, menantu baginda, bapa kepada Hassan dan Husain, kuat berjihad dan
banyak ilmu pengetahuan yang mungkin dapat menstabilkan keadaan huru-hara pada masa itu.
Mereka pun pergi berjumpa dengan Sayyidina Ali bin Abu Thalib dan meminta beliau
melaksanakan permintaan mereka itu. Akan tetapi Sayyidina Ali menolaknya dan berkata:
“Tiada gunanya kamu memilih aku. Daripada aku menjadi khalifah lebih baik aku menjadi
seorang menteri. Nescaya aku akan redha dengan apa yang kamu pilih” (Mahmud Syakir 2004 :
225).
Keadaan yang yang berpanjangan itu membuatkan puak-puak pelampau itu menjadi takut
dan bimbang. Mereka takut jikalau tentera bantuan yang sedang berada dalam perjalanan itu
sampai di Madinah lalu mengambil alih pemerintahan di situ. Sudah pasti pembunuh Sayyidina
Uthman segera dicari dan hukuman hudud akan dilaksanakan. Itulah sebabnya mereka amat
bersungguh-sungguh sekali supaya penduduk Madinah melantik seorang khalifah sedangkan ini
18

adalah hak orang-orang Muhajirin dan Ansar. Oleh yang demikian sudah pastilah khalifah itu
akan menyebelahi mereka golongan yang bertanggungjawab di atas kematian Khalifah Sayyidina
Uthman bin Affan (Mahmud Syakir 2004 : 225).
Oleh itu, perkara yang penting bagi mereka yang sesat ialah dengan memilih seorang
khalifah dari kalangan mereka. Tetapi apabila mereka tidak dapat melaksanakan perkara ini, lalu
mereka menakut-nakutkan penduduk Madinah untuk membunuh semua ahli Majlis Syura, para
sahabat dan sesiapa sahaja yang mereka kehendaki sekiranya tiada seorang pun yang bersetuju
menerima tampuk pemerintahan. Mereka berkata kepada penduduk Madinah: “Tanpa kamu
wahai penduduk Madinah, sesungguhnya kami telah memanjangkan tempoh dua hari lagi, demi
Allah sekiranya kamu tidak dapat kata sepakat nescaya kami akan membunuh Ali, Zubair dan
mereka yang lain (Mahmud Syakir 2004 : 226).
Para sahabat Rasulullah saw menyampaikan perkara ini kepada Sayyidina Ali bin Abu
Thalib. Maka ramailah orang yang datang berjumpa dengan Sayyidina Ali dan berkata: “Kami
telah taat setia kepada engkau dan engkau telah melihat apa yang telah diturunkan dalam Islam.
Kami telah mengambil kira hubungan kekeluargaan” Berkata Ali: “Lupakanlah aku dan pilihlah
orang lain. Nescaya aku akan menerima setiap pilihan kamu dari segenapa arah dan sudut.
Mereka berkata: “kami bersumpah kepada engkau demi Allah. Tidakkah engkau melihat apa
yang kami lihat, tidakkah engkau melihat Islam? Tidakkah engkau melihat fitnah (yang sedang
berlaku sekarang ini?) tidakkah engkau takut kepada Allah?” (Mahmud Syakir 2004 : 228).
Maka Ali pun berkata : “ Aku terima mengikut apa yang telah aku lihat. Ketahuilah kamu
semua, sekiranya aku menjadi pemimpin kamu maka aku akan memimpin mengikut caraku.
Sekiranya kamu meninggalkanku maka aku juga seperti kamu, melainkan jika aku terpaksa taat
kepada sesiapa yang kamu lantik.” Selepas itu mereka beredar dari situ meninggal Ali. Pada
keesokan hari, mereka dating lagi tetapi bersama Talhah dan Zubair untuk memberikan taat setia
kepada beliau. Peristiwa ini berlaku pada hari Jumaat, 25 Zulkijjah tahun 35H (Mahmud Syakir
2004 : 228).
Penduduk Madinah tidak mungkin merasa bimbang ke atas Bandar dan diri mereka lebih
daripada rasa bimbang terhadap para sahabat ridhwanulahi ‘alaihim lebih-lebih lagi Ali, talhah,
Zubair, Saad dan Abdullah bin Umar kerana keempat-empat individu mungkin akan sasaran
pertama pihak pelampau. Selagi golongan pelampau masih melakukan jenayah, maka mereka
mungkin akan melakukannya lagi selepas itu. Tangan mereka masih berlumuran dengan darah
korban. Mereka takut kepada bayangan sendiri tetapi tidak pula takut kepada Allah (Mahmud
Syakir 2004 : 227).
Oleh itu, wajib ke atas seluruh kaum muslimin untuk supaya tidak tunduk kepada
kemahuan mereka dengan memberikan taat setia kepada salah seorang sahabat yang dipilih
sebagai pemimpin baru (Mahmud Syakir 2004 : 228). Akhirnya semua penduduk Madinah telah
taat setia kepada Ali kecuali Saad bin abu Waqash, Abdullah bin Umar, Usamah bin Zaid,
Suhaiba, Kudamah bin Maz’un ( Muhajirin ), Hasan bin Thabit, Zaid bin Thabit, Ka’ab bin
Maslamah, Nu’man bin Basir, Rafiq bin Hudaij, Salamah bin Wakshi, Maslamah bin Mukhallad,
Abdullah bin Sallam ( Ansar ) dan mereka yang meninggalkan Madinah menuju ke Mekah dari
kalangan Bani Umaiyah seperti Said bin al-as, Walid bin Uqbah dan Marwan bin Hakam
(Mahmud Syakir 2004 : 228).
Mereka ini tidak taat kepada setia kepada Sayyidina Ali bukanlah kerana mereka tidak
mahu ada pengganti lain. Mereka juga menyokong Sayyidina Ali. Mereka tidal melihat orang
lain lebih baik daripada Sayyidina Ali untuk menjadi khalifah. Tetapi keadaan huru-hara yang
meruncing di Madinah menyebabkan mereka terlewat untuk memberikan taat setia. Kelewatan
19

ini tidak elok untuk memperbaiki keadaan. Proses taat setia yang berlaku dengan pantas ini
adalah satu contoh kekuatan bagi seorang khalifah. Khalifah Ali adalah betul serta mengikut
syariat dan taat setia terlaksana walaupun sesetengah daripada mereka telah daaing lewat
(Mahmud Syakir 2004 : 228).

Ucapan Dasar Setelah Pelantikan

Ucapan Yang Membayangkan Imannya Yang Sangat Mendalam

Setelah Sayyidina Ali bin Abu Thalib dilantik menjadi Khalifah Irrasyidin yang baru
menggantikan kedudukan khalifah Ali bin Affan yang telah dibunuh pemberontak, maka baginda
sebagaimana khalifah-khalifah yang terdahulu sebelumnya juga telah membuat ucapan dasar
sebaik sahaja dilantik dengan rasminya menjadi khalifah. Ucapan dasar baginda adalah
sebagaimana berikut:

“Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Sesungguhnya Allah azzawajalla telah
menurunkan al-Quran sebagai petunjuk dan menjelaskan keburukan dan kebaikan. Maka
ambillah yang baik dan tinggallah yang buruk. Allah telah mengharamkan sesuatu dan
menghalalkan sesuatu, meke kerjakanlah yang halal dan tinggallah yang haram. Bekerjalah
dengan jujur demi perpaduan umat Islam. Orang Islam yang sebenar ialah orang yang selalu
menjaga lidahnya dan tangannya daripada mencaci dan mengambil hak orang lain. Sekarang
bersiaplah kamu kepada suatu yang amat penting iaitu mati, dan mati itu adalah letaknya
dihadapan kamu. Oleh itu, bertakwalah kamu kepada Allah dan bertanggungjawablah kamu
dimuka bumi ini. Patuhilah perintah Allah dan janganlah sesekali derhaka kepada-Nya. Apabila
kamu melihat kebaikan, maka kerjakanlah. Dan apabila kamu melihat kejahatan, maka
tinggalkanlah” (Tarikuddin 2009 : 149).
Sayyidina Ali bin Abu Thalib dilantik menjadi Khalifah Irrasyidin yang keempat dengan
rasminya bertepatan pada tarikh 25 Zulhijjah tahun 35 hijrah bersamaan bulan Jun tahun656
Masehi ((Tarikuddin 2009 : 145). Demikianlah serba ringkas ucapan Khalifah Ali bin Abu
Thalib sebaik sahaja beliau dilantik sebagai Khalifah yang keepat dan yang terakhir.

Khalifah Ali Melantik Gabenor Wilayah

Kedudukan Gabenor Asal Ketika Awal Pelantikan Ali Bin Abu Thalib

Sebelum memperkatakan tentang kedudukan para gabenor baru yang dilantik oleh Khalifah Ali
bin Abu Thalib, ada baiknya disentuh dahulu bagaimanakah kedudukan gabenor asal iaitu
gabenor-gabenor wilayah bekas pentadbiran Khalifah Uthman bin Affandiawal pelantikan
Sayyidina Ali bin Abu Thalib menjadi Khalifah. Kedudukan mereka adalah seperti berikut :

1. Gabenor Mekah ialah Abdullah bin al-Hadrami


2. Gabenor Kufah ialah Abu Musa as-Sya’ari
3. Gabenor Basrah ialah Abdullah bin Amir
4. Gabenor Mesir ialah Abdullah bin Abu Sarah
5. Gabenor negeri Syam ialah Muawiyyah bin Abu Sufyan
6. Gabenor Yaman bahagian kota San’a ialahYa’la bin
20

Umayyah
7. Gabenor negeri Yaman bahagian Janad ialah Abdullah bin Abu Rabah
8. Gabenor Taif ialah al-Qasim bin Rabiah ath-Thaqafi
9. Gabenor Bahrain ialah Uthman bin Abdul Ass ath-Thaqafi (Tarikuddin 2009 : 150).

Khalifah Ali Memulakan Pemerintahan

Setelah dilantik menjadi khalifah Irrasyidin yang keempat, maka khalifah Ali bin Abu Thalib
memulakan tugas baginda dengan melantik gabenor-gabenor kerajaan baginda diseluruh wilayah
taklukan kerajaan Islam, Setelah memecat kesemua gabenor-gabenor pada zaman Khalifah
uthman bin Affan. Baginda perlu menukarkan segera gabenor-gabenor setiap daerah atau kota
atau negeri kerana gabenor-gabenor dahulu kebanyakkannya adalah sanak saudara al-marhum
Khalifah Uthman bin Affan atau orang-orang yang kuat menyokong al-marhum Khalifah
Uthman bin Affan. Jadi setelah Sayyidina Ali bin abu Thalib dilantik sebagai khalifah, baginda
perlu melantik orang-orangnya pula menjadi gabenor.
Hal ini adalah kerana Khalifah Ali bin Abu Thalib melihat semua gabenor al-marhum
Khalifah Uthman perlu dipecat terutama Muawiyyah bin Abu Sufyan, gabenor negeri Syam.
Ketika Khalifah Ali mula memberi perhatian baginda terhadap persoalan itu, maka para sahabat
baginda yang terkemuka mula mendekati baginda untuk menasihati baginda. Diantara sahabat-
sahabat tersebut ialah al-Mughirah bin Abu Syu’bah dan Abdullah bin Abbas.

Kebijaksanaan Politik Khalifah Ali bin Abu Thalib

Khalifah Ali bin Abu Thalib mengerahkan semua kekuatan dan perhatiannya untuk mnyetukan
umat, membereskan barisan mereka dan menjamin keamana sehingga pemerintahan dapat
berjalan dengan aman dan tertib. Baginda juga akan menjalankan hukuman keatas orang-orang
yang membunuh Khalifah Uthman bin Affan. Namun ianya tidak berjalan dengan lancar kerana
fitnah dan konflik yang merebak ditengah komuniti umat Islam telah memakan dan
menghancurkan sendi-sendi kehidupan mereka (Musthafa Murad 2008 : 75).
Fitnah menghancurkan kepercayaan dan kejernihan fikiran semua orang. Muncul
pelbagai tindakan jahat dan pembangkangan di kota-kota Islam yang tidak dapat dipadamkan
oleh Khalifah Ali bin Abu Thalib. Kenyataannya, sebagaimana yang ditunjukkan oleh kaum
Khawarij, banyak pengikut Khalifah Ali yang membangkang dan tidak mentaatinya. Bahkan,
banyak diantara mereka yang berbalik memusuhi dan menyerangnya termasuklah diantaranya
kaum Khawarij yang tadinya merupakan pengikut Ali yang sangat setia.

KESIMPULAN

Selepas Nabi Muhammad wafat, Baginda digantikan oleh 4 orang sahabat paling rapat dengan
beliau iaitu Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Uthman dan Saidina Ali. Mereka
kemudian dikenali sebagai Khulafa' al-rasyiddin yang bermaksud para khalifah yang mendapat
petunjuk daripada Allah. Perbandingan antara khalifah selepas Nabi muhammad dengan
khalifah-khalifah yang lain, mereka masih konsisten menjaga apa yang pernah di tunjukkan oleh
Nabi Muhammad. mereka mengekalkan perbuatan-perbuatan Nabi Muhammad sepanjang
hayatnya sama ada dari segi akhlak, undang-undang termasuk dalam menjalankan
pemerinatahan. Ketika Saidina Abu Bakar memerintah beliau telah cuba untuk menubuhkan
21

Daulah Islamiyah ketika itu, walaupun mendapat pelbagai tentangan tetapi Saidina Abu Bakar
tetap dengan pendiriannya dan usahanya serta sokongan daripada sahabat-sahabatnya bagi
membina Daulah Islamiyyah di bumi Arab.
Sedangkan ketika zaman pemerintahan Saidina Umar adalah masa pertumbuhan Daulah
itu menjadi sempurna. Saidina Umar telah meneruskan usaha-usaha khalifah sebelum dirinya
yakni Saidina Abu Bakar dalam mewujudkan Daulah Islamiyyah di Tanah Arab ketika itu.
Dengan ketegasan Saidina Umar serta keperibadiannya yang unggul membuatkan impian Saidina
Abu Bakar untuk melihat Daulah Islamiyah wujud dengan jayanya.
Manakala ketika pemerintahan Saidina Uthman memerintah pula, adalah masa
terbentuknya masyarakat Islam sesudah timbulnya negara baru. Maka lahirlah dalam masa itu
peraturan-peraturan baru mengenai kekayaan yang datang dari daerah-daerah yang ditaklukkan
dan mengenai wilayah-wilayah pemerintahan yang diperintah oleh sebahagian-sebahagian
golongan yang dicalonkan untuk menjadi pemimpin dari kalangan tinggi dan seumpamanya.
Ketika pemerintahan Saidina Ali, beliau harus menghadapi beberapa episod perang saudara
dalam kalangan umat Islam iaitu Perang Jamal (Perang Unta) antara tentera pimpinan Saidina
Ali dengan pengikut Aishah binti Abu Bakar, Zubair ibn Awwam dan Talhah ibn Ubaidillah
yang mengakibatkan Zubair dan Talhah terkorban sementara Perang Siffin pula membabitkan
penentangan Muawiyah yang ketika itu berpusat di Damsyik. Dalam peperangan ini, Ammar ibn
Yasir terkorban. Penentangan ini berjaya ditamatkan apabila empayar Islam dipecahkan kepada
dua.

RUJUKAN

Ab. Aziz Yusof & Ahmad Bashir Aziz. 2008. Pengurusan Perniagaan Islam: Konsep Isu &
Pelaksanaan. Kedah: Universiti Utara Malaysia.
Abu ‘Urwah. 2001. Sistem-Sistem Islam: Satu Analisis Perbandingan. Kuala Lumpur:
Pustaka Salam.
Ahmad Ibrahim Abu Sin. 1991. Al-Idarah fi Islam. Dlm. Terj. Abd. Rashid Ngah & Jusoh
Kadir. Pengurusan Dalam Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ahmad Redzuwan Mohd Yunus. 2001. Demokrasi dan Kepimpinan Islam Satu
Perbandingan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Amir Husin Mohd. Nor. 2005. Etika Politik Menurut Pandangan Sayyid Qutb . Dlm. Zulkiple
Abd Ghani & Mohd. Syukri Yeoh Abdullah (pnyt.). Dakwah dan Etika Politik di
Malaysia, hlm 70-83. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Andek Masnah Andek Kelawa. 2005. Penglibatan Politik Wanita Islam Malaysia:Hukum,
Nilai Dan Etika. Dlm. Zulkiple Abd Ghani & Mohd. Syukri Yeoh Abdullah (pnyt.).
Dakwah dan Etika Politik di Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors Sdn.Bhd.
__________. 2001. Kepimpinan Wanita Dalam Islam, Kedudukannya Dalam Syariah.
Selangor: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Azman Che Omar. 2001. Pengurusan di Malaysia dari Perspektif Islam. Selangor: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Abu al-Ala al- Maududi. 1967. Islamic Law And Constitution. Lahore: Islamic Publication
22

Abd al- Wahab Khallaf. 1977. Al- Siyasah Al- Syariyyah Wa Nizam Al Daulah. Qahirah: al-
Mukhtar al-Islami
Abdul Rahman Mahmod, Jaffary Awang, Zakaria Stapa. 2009. Survival Politik Muslim
Malaysia. Universiti Kebangsaan Malaysia: Bangi Selangor.
Abdul Aziz bin Saikh Ma’atok. 2003. Teori dan Amalan Politik Dalam Islam. Tesis Ijazah
Sarjana, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Abdul Karim Zaidan. 1978. Umat Dan Negara Dalam Islam. terj. Kuwait: Internasional Islamic
Federation of student Organisation
Abdul Monir Yaacob & Suzalie Mohamad (penyt). 2002. Etika dan Budaya Berpolitik dari
Perspektif Islam. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).
Ahmad Atiyatullah. t.th. Qamus Al-Siyasi. Qahirah: Dar al- Nahdah Al- Misriyyah.
Ahmad Ibrahim Abu Sin. 1991. Pengurusan dalam Islam. Ter. Abd Rashid Ngah & Jusoh
Kadir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Ahmad Redzuwan Mohd Yunus. 2001. Demokrasi dan Kepimpinan: Suatu Perbandingan. Kuala
Lumpur: Percetakan Cergas (M) Sdn. Bhd.
Abdul Ghani Azmi Bin Haji Idris. 1999. Bagaimana Islam Berpolitik Dan Memerintah. Kuala
Lumpur: Al- Hidayah Publisher:
Abul A’la Al-Maududi. 1993. Hukum Dan Konstitusi Sistem Politik Islam. Bandung:
Penerbit Mizan Khazanah Ilmu-Ilmu Islam
Ahmad Syafie Maarif. 1999. Islam dan Politi: Upaya Membingkai Peradaban. Indonesia:
Pustaka Dinamika
Abdullah Gymnastiar. 2004. Amanah Manajemen Qolbu Untuk Kepemimpinan. Bandung : MQ
Publishing.
Amran Kasimin. 1985. Saudara Baru Cina di Wilayah dan Selangor. Bangi: Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Abbas Mahmoud Al-Akkad. 1979. Kedermawanan Khalifah Usman bin ‘Affan. Jakarta
: Bulan Bintang.
Abdullah Al-Qari bin Hj. Salleh. 1983. Detik Perang Saudara dan Penyebaran Islam Zaman
Kulafa’ Ar-Rasyidin. Kelantan : Pustaka Asa.
Abdul Latif Talib. 2010. Novel Sejarah Islam:Khalifah –Khalifah Yang Benar Abu Bakar,
Umar, Uthman, Ali. Batu Caves Selangor: PTS Litera Utama
Al-Baladhuri, Ahmad bin Yahya bin Jabir. 1936. Asnab al-Ashraf. vol 5. Jeruselam:The
University Press
Ahmad Amin. 1993. Islam Dari Masa Ke Masa. Bandung : PT. Remaja Rodas Karya
Afzal Iqbal. 2000. Diplomasi Islam. Terjemahan Samson Rahman. Jakarta: PustakaAl-Kautsar
Anwar Zainal Abidin & Wan Kamal Mujani. 1999. Sirat al-Rasul dan Khulafa’al-Rashidun.
Bangi: Pusat Pengajian Jarak Jauh, UKM .
Audah Ali. 2003. Ali Bin Abi Thalib Sampai Kepada Hasan Dan Husain. Bogor : PT. Pustaka
litera Antar Nusa
Asmaday Idris, Dzurizah Ibrahim & Rahminah Muharam. 2003. Isu-Isu Sains Sosial Dari
Perspektif Islam. Social Sciences Issues From The Islamic Perspective Kota Kinabalu
Sabah, Universiti Malaysia Sabah.
Burhanundin Abdullah. 1999. Faktor-Faktor Kelemahan Dan Krisis Kepimpinan Dalam
Politik. Dlm. Zulkiple Abd Ghani & Ahmad Redzuwan Mohd Yunus (pnyt.).
Kepimpinan Dakwah dan Politik Islam. Bangi: Jabatan Dakwah dan Kepimpinan
UKM
23

Dusuki Hj. Ahmad. 1974. Ikhtisar Perkembangan Islam. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Hussain Othman (pnys.). 2007. Islam dan Pembangunan Masyarakat. Johor: Penerbit
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
Ibn Khaldun, abd al-Rahman bin Khaldun. 1981/1401H. Muqaddimah Ibn Khaldun. Beirut:
Maktabah al-Ma’arif.
__________. 1981. Muqaddimah Ibn Khaldun. Beirut: Dar Al-Ma’rifah.
Ibn Taimiyyah, Taqiuddin. 1969. Al- Siyasah Al-Syariyyah Fi Islah Al- Ra’i Wa Al-Ra’iyyah.
Beirut: Dar al-fikr
al- Jazairi, Syaikh Abdul Malik Ramadhan. 2002. Pandangan Tajam Terhadap Politik . Antara
Haq dan Batil. Terj. Abu Ihsan al-Atsari. Solo: Pustaka Imam Bukhari.
Kamus Dewan. 1993. Ed. Baru. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Al-Khuli, al-Bahi. 1981. Sikap Wanita Islam Kini. Terj. Mohd Yusof Ahmad. Kuala
Lumpur: Yayasan Dakwah Islam Malaysia.
Al-Kharbutuli, Hassan. 1969. Al-Islam wa al-Khilafah. Beirut:Dar Beirut.
Mohd Izani Mohd Zain. 2005. Islam Dan Demokrasi: Cabaran Politik Muslim
Kontemporari Di Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Mustafa Haji Daud. 1996. Etika Pengurusan. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors
Sdn. Bhd.
Al- Mawardi, al-Basri, Abu al- Hassan bin Muhammad bin Habib. 1966. Al-Ahkam Al-
Sultaniyyah. Mesir: Mustafa Al-Bab Al-Halabi.
Muhammad Abdel Qadir Abu Faris. 2000. Pemerintahan Negara Islam Yang Sebenar. Kuala
Lumpur: Jasmin Enterprise,
Mumtaz Ahmad. 1986. Masalah-Masalah Teori Politik Islam. Terj. Ena Hadi & Ilyas
Hasan(pnyt.). Bandung: Penerbit Mizan.
Nakhaei Ahmad. 1998. Kepimpinan Ilmu, Wanita Perlu Layakkan Diri”. Muslimah. Sept.
Omardin Ashaari. 2008. Sistem Politik Dalam Islam. Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia :
Kuala Lumpur.
Osman Khalid. 1984. Politik dan Pentadbiran Di Dalam Islam. Kuala Lumpur: Percetakan
Sentosa
Salim Ali al- Bahansawi. Terj. Mustolah Maufur. 1996. Wawasan Sistem Politik Islam. Jakarta:
Pustaka al-Kautsar
Sheikh Muhammad Naqyib Rahbah. terj. Al-Ustaz Hassan Salleh. 1986. Sistem Politik Dalam
al-Quran. Pustaka al-Alami,
W. Arnold, Thomas. 1967. The Caliphate. London: Routledge and Kegan Paul.
Yusuf al-Qaradhawy. Terj. Ibnu Sham. 2010. Agama dan Politik : Wawasan Ideal dan
Menyanggah Kekeliruan Pemikiran Sekular-Liberal. Kuala Lumpur: Alam Raya
Enterprise
Yatim Badri. Sejarah Peradaban Islam Dirasah islamiyah II. Jakarta :PT Raja Grafindo Persada
Zafir al-Qasimi. 1980. Nizam Al-Hukm Fi Al-Syariah Wa Al-Tarikh Al-Islami. Ed. Ke 3. Beirut:
Dar al- Nafatis
Zahazan Mohamed (pngr.). 2008. Sistem Politik Islam : Menurut Pandangan Al-Quran, Al-
Hadis dan Pendapat Ulama Salaf. Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd.
Zulkiple Abd.Ghani & Mohd Syukri Yeoh Abdullah. 2005. Dakwah Dan Etika Politik di
Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai