Anda di halaman 1dari 7

reka bentuk dalam pendidikan seni visual dan kepentingannya

Pengertian Rekabentuk

Reka bentuk ialah suatu cabaran mendapatkan idea baru dan menyatukan benda dalam cara baru.
Antara contohnya ialah corak baru, barangan pengguna, pembungkusan dan pakaian. Pada tahap
yang lain, rekabentuk boleh jadi suatu perbuatan iaitu suatu kegiatan seni contohnya seorang
artis yang sedang menggambarkan iklan baru, seorang arkitek merekabentuk bangunan baru dan
seorang pereka sedang membuat atau menghasilkan bentuk tembikar.

Konsep rekabentuk amat penting dalam bidang seni, ini adalah idea utama dalam penghasilan
sesuatu produk . Daripada konsep ini ia akan mencetuskan pembinaan idea yang pelbagai
berdasarkan unsur-unsur nilai etika yang termaktub dalam prinsip rekaan dan elemen rekaan.

Rekabentuk dan Industri

Rekabentuk Industri adalah bidang berkaitan dengan rekacipta dan membangunkan konsep serta
spesifikasi yang memenuhi fungsi, nilai, bentuk luaran sesuatu produk untuk kebaikan pengguna
dan pengeluar. Bidang ini adalah seni gunaan yang menggabungkan penggunaan dan seni
menghasilkan produk yang baik sesuai untuk pengguna. Dengan kata lain, bidang ini bukan
berkaitan dengan rekaan gear, litar atau bagaimana produk berfungsi tetapi lebih kepada bentuk
sesuatu produk bagi memudahkan pengguna.

Perekabentuk industri adalah profesion yang berada di antara jurutera dan seniman.
Mereka bukan jurutera ataupun seniman tetapi seseorang yang dapat mengimbangkan
penggunaan seni dan fungsi menghasilkan sesuatu produk atau barang yang sesuai untuk
digunakan. Bagi perekabentuk, mereka perlu menghasilkan produk yang cantik, ergonomik dan
sesuai digunakan. Perekabentuk industri boleh menjadi pencipta produk baru yang memenuhi
keperluan manusia

Rekabentuk Dalam Konteks Kehidupan

Baca petikan dibawah ini untuk memberi satu gambaran tentang kepentingan rekabentuk dalam
konteks kehidupan.
Di antara aktiviti rekabentuk dalam konteks kehidupan adalah:

i. Merekabentuk semula atau mengubahsuai sesuatu

ii. Menghias van

iii. Merekabentuk kenderaan

iv. Merekabentuk dan membina rumah mainan

v. Merekabentuk dan membina bangunan

vi. Merekabentuk grafik

PENGERTIAN REKA BENTUK DARI SUDUT SENI VISUAL

Reka dapat didefinisikan sebagai satu proses menghasilkan sesuatu ciptaan yang baru bermaksud
dari ilham dan idea sendiri atau memperbaharui sesuatu yang lama menjadi sesuatu yang kreatif
dan inovatif. Seterusnya, bentuk dapat didefinisikan sebagai sesuatu ciptaan yang menggunakan
sains dan matematik dan melalui proses kejuteraan. Bentuk yang di maksudkan di sini ialah
sesuatu yang dihasilkan untuk kegunaan ekonomi.
Reka bentuk biasa diterjemahkan sebagai seni terapan, seni bina, dan berbagai pencapaian kreatif
lainnya. Dalam sebuah kalimat, kata "reka bentuk" boleh digunakan baik sebagai kata nama
mahupun kata kerja. Sebagai kata kerja, "reka bentuk" memiliki erti "proses untuk membuat dan
menciptakan objek baru". Sebagai kata nama, "reka bentuk" digunakan untuk menyebut hasil
akhir dari sebuah proses kreatif, sama ada sebagai sebuah rencana, kertas kerja, persembahan,
permodelan atau berbentuk objek nyata.
Proses perekaan pada umumnya memperhitungkan aspek fungsi, estetika dan berbagai macam
aspek lainnya, yang biasanya datanya didapatkan dari kajian, pemikiran, perah otak, mahupun
dari reka bentuk yang sudah ada sebelumnya.
Dalam proses menghasilkan reka bentuk memerlukan seorang pereka yang baik supaya dapat
menghasilkan rekabentuk yang sempurna. Antara sifat-sifat seorang pereka yang baik ialah
mempunyai sifat daya kreatif. Seseorang yang kreatif mempunyai kebolehan menghasilkan
produk baru & idea-idea baru serta barangan baru. Selain itu, seorang pereka juga mempunyai
sifat inovatif. Seseorang inovatif mempunyai kebolehan memperkenalkan sesuatu yang baru
seperti idea-idea baru, cara-cara baru yang selalunya berguna untuk semua. Melalui sifat-sifat ini
seorang pereka dapat menghasilkan satu rekabentuk yang baik.
Terdapat ciri-ciri rekabentuk yang baik antaranya iaiah berfungsi dengan baik dan cekap dan
sangat ekonomikal dalam lingkungan kekangan yang dikenakan. Namun, untuk menghasilkan
rekabentuk yang baik terdapat kekangan yang perlu dihadapi oleh pereka. Kekangan yang
dimaksudkan disini ialah suatu aturan yang terpaksa dipatuhi. Diantara kekangan utama dalam
rekabentuk adalah kos, keboleharapan (reliability), keselamatan, prestasi, kehendak akta kilang
dan jentera, pertimbangan sosiologi, pencemaran dan penggunaan tenaga.
Rekabentuk dalam seni juga adalah sesuatu yang baru, rekabentuk tersebut adalah sesuatu yang
dicipta dan ia tiada sebelumnya. Rekabentuk seperti ini adalah sesuatu kerja yang sangat
memerlukan pengalaman dan kreativiti pereka. Ia juga banyak menimbulkan masalah yang perlu
kepada penyelesaian. Pertimbangan inovasi, kerja-kerja prototaip dan ujikaji yang banyak
diperlukan pada peringkat ini.
Perkataan reka bentuk pula berkait rapat dengan kaedah penghasilan. Pengkhususan dalam
bidang reka bentuk biasanya lebih melihat pada hasil atau imej pada sesuatu seni atau kraf.
Dalam perkara ini, seni reka dikaitkan dengan perkataan komunikasi, iaitu satu tindak balas seni
yang dihasilkan kepada khalayak. Komunikasi tampak dan idea seperti garisan, warna, dan
bentuk lebih berkesan bagi menerangkan sesuatu kepada khalayak.
Reka bentuk digolongkan kepada dua perkara, iaitu produk dan proses. Produk selalunya
dikaitkan dengan hasil, manakala proses pula ialah planning organizing to meet a goal, carrying
out according to a particular purpose, creating (perancangan, pengelolaan unutk memenuhi
matlamat, pelaksanaan menurut tujuan tertentu, penciptaan). Menurut Davis, dua perkara ini
telah melibatkan dua unsur, iaitu sumber asli dan buatan manusia. Dari segi kefahaman tentang
reka bentuk pula, ia merangkumi kefahaman tentang persamaan dan perbezaan. Bagi memahami
perkara ini, seniman harus mengalami proses awalan dan akhiran dalam reka bentuk. Dalam hal
ini, perkara yang mempunyai kaitan dengan penghasilan reka bentuk ialah lukisan.
Menurut Lawson, dalam banyak keadaan, komunikasi terhasil atau boleh dicapai dengan
penggunaan symbol dan imej kepada khalayak dalam bentuk tema atau mesej yng dilahirkan
daripada elemen reka bentuk seperti garisan, warna, bentuk dan tekstur.
Dalam penghasilan reka bentuk pula, selalunya seniman harus membuat manipulasi bagi
melahirkan kebebasan. Dalam proses ini, seniman membuat perubahan dan penyesuaian bagi
penyelesaian masalah untuk melihat kesan. Proses ini diikuti dengan melukis sehinggalah
masalah dalam reka bentuk dapat diselesaikan dalam kraf. Menurut Lawson, sebagai seniman,
dua perkara yang harus difahami, iaitu seni dan sains, selain tahu melukis. Dalam hal ini, seni
reka merujuk pada proses penyelesaian masalah yang dilalui oleh seniman atau pereka yang
melibatkan satu aktiviti yang dipanggil reka bentuk.
Menurut Lauer, reka bentuk ialah unsur yang mempunyai kaitan dengan fungsi gunaan dan juga
fungsi hiasan yang melin[batkan proses. Berkaitan dengan fungsi gunaan, reka bentuk yang
dihasilkan dalam sesuatu bidang atau perkara lebih menjuruskan kepada proses penghasilan
sesuatu yang dapat dihayati dan praktik. Dalam penghasilan sesuatu yang melibatkan fungsi
hiasan pula, ia melibatkan daya kreativiti berbanding dengan prinsip gunaan. Proses penghasilan
sesuatau yang melibatkan reka bentuk pula melibatkan tiga perkara yang penting, iaitu memikir,
melihat dan membuat. Reka bentuk bukanlah melibatkan proses secara urutan tetai proses yang
dilakukan secara bertindan.
Dalam konteks ini, dalam penghasilan sesuatu, proses yang melibatkan pemikiran amat penting
bagi penyelesaian kepada permasalahan dalam dalam reka bentuk. Selain proses memikir, proses
yang melibatkan penglihatan merupakan proses bagaimana seniman membuat eksperimen secara
visual (pandangan) yang berkaitan dengan arah tuju dalam reka bentuk yang melibat rangsangan
pemikiran.
Reka bentuk ruang pula ialah susunatur ruang dalaman untuk memenuhi keperluan fungsi rumah
sebagai tempat tinggal yg dapat memberi ketenangan mental dan fizikal kpd penghuninya.
Sebagai tempat perlindungan daripada pelbagai ancaman luaran (haiwan & iklim), rumah juga
diharapkan dapat memenuhi keperluan fungsi spiritual iaitu menyediakan suasana yang sesuai ke
arah alam akhirat yang lebih kekal.
Untuk memenuhi keperluan fungsi asas, sesebuah rumah memerlukan sebuah ruang yg dibatasi
oleh beberapa elemen yg terdiri daripada bumbung, lantai dan dinding. Ruang kepelbagaian guna
ini menampung keperluan hidup seperti berehat, penyediaan makanan dan berinteraksi.
Kemajuan hidup dan peningkatan taraf ekonomi menjadikan ruang dikembangkan menjadi lebih
spesifik dan rapi. Ruang rumah dibahagikan kepada tiga zon utama iaitu zon hadapan, tengah
dan belakang. Setiap zon ditegaskan dengan rekabentuk, struktur & hierarki ruang yang menarik.
Rumah tradisional Melayu mempunyai beberapa ciri-ciri dan reka bentuk senibina yang unik.
Antaranya pembinaan rumah bertiang atau disebut juga rumah yang berlantai. Dalam iklim
Malaysia yang panas dan lembab, struktur bertiang sesuai untuk mengelakan banjir, gangguan
haiwan binatang dan serangga.
Kajian beberapa org sarjana barat berkaitan dgn ketinggian rumah dan hubungannya dgn
peredaran udara dalaman rumah membuktikan bahawa rumah lantainya ditinggikan daripada
paras bumi ternyata mempunyai beberapa kelebihan daripada segi pengudaraan, tahap kesihatan
dan keselesaan penghuninya. Mereka juga menyarankan bahawa rekabentuk rumah yg bertiang
amat sesuai dgn iklim panas lembab yang amat bergantung kepada peredaran udara dalaman
yang tinggi untuk mencapai tahap keselesaan yang diharapkan.
Kesimpulannya, reka bentuk dalam seni visual sememangnya penting bukan sekadar untuk
menimbulkan nilai estetika di dalam reka bentuk yang dihasilkan, tetapi untuk keperluan dan
penggunaan masyarakat seperti reka bentuk rumah, banggunan, produk-produk barangan dan
lain-lain lagi. Reka bentuk sangat penting untuk menjana kreativiti dan idea yang bernas serta
rasional untuk mereka sesuatu benda.
DEFINISI REKABENTUK

REKABENTUK INDUSTRI

Definisi Rekabentuk.

REKA
1. Membuat sesuatu ciptaan
2. Baru (ilham, kajiselidik)
3. Lama (memperbaharui)

BENTUK
1. Menggunakan sains dan matematik
2. Proses kejuruteraan
3. Ekonomi.

Sifat-sifat yang perlu ada pada seorang pereka


Kreatif
Mempunyai kebolehan menghasilkan produk baru & idea-idea asai serta barangan
asal. (Mungkin berguna dan mungkin tidak berguna.)

Inovatif
Mempunyai kebolehan memperkenalkan sesuatu yang baru seperti idea-idea baru,
cara-cara baru (selalunya berguna untuk semua).

Ciri-ciri Rekabentuk yang baik


Sesuatu rekabentuk yang baik ialah suatu produk yang dapat:
1. Berfungsi dengan baik dan cekap.
2. Sangat ekonomikal dalam lingkungan kekangan yang dikenakan.

Kekangan dalam rekabentuk


1. Kekangan adalah merupakan suatu aturan yang terpaksa dipatuhi. Diantara
kekangan utama dalam rekabentuk kejuruteraan adalah:
a). Kos
b). Keboleharapan (reliability).
c). Keselamatan.
d). Prestasi.
e). Kehendak akta kilang dan jentera.
f). Pertimbangan sosiologi.
g).Pencemaran
h). Penggunaan tenaga.

Kategori pengasilan rekabetuk


1. Rekabentuk yang telah wujud atau dikatakan redesign di mana perubahan-
perubahan kecil dibuat pada saiz, bentuk, bahan bagi mengatasi masalah
pengeluaran dan prestasi. Kerja-kerja rekabentuk seperti ini banyak dilakukan di
kilang-kilang terutama di bahagian R&D.

2. Mengguna atau megambil rekabentuk sediaada dan direka supaya beroperasi


dlm keadaan sekeliling yang berbeza atau beroperasi dlm bentuk yang lain.
Selalunya perbezaan amalah besar dari asal.

3. Rekabentuk sesuatu yang baru, rekabentuk tersebut adalah sesuatu yang dicipta
dan ia tiada sebelumnya. Rekabentuk seperti ini adalah sesuatu kerja yang sangat
memerlukan pengalaman dan kreativiti pereka. Ia juga banyak menimbulkan
masalah yang perlu kepada penyelesaian. Pertimbangan inovasi, kerja-kerja
prototaip dan ujikaji yang banyak diperlukan pada peringkat ini.

Diambil dari :
http://albert-industri.blogspot.com/2009/11/definisi-rekabentuk.html

Dapat meningkatkan peredaran udara


Pemasanagn kipas angin baik itu kipas angin yang diletakkan pada dinding, lantai, meja,
maupun langit-langit dapat membantu memberikan keselesaan pada sebuah ruangan. Ia dapat
membantu meningkatkan peredaran udara pada dalaman iaitu dengan menukar udara yang
kotor dengan udara yang lebih bersih dan lebih segar dari luar.

Menghasilkan udara yang sihat


Walaupun hanya bersifat memberikan kesan udara sejuk pada bilik, namun jika dibandingkan
dengan penggunaan penyaman udara, penggunaan kipas angin dirasa lebih menyihatkan.
Apabila menggunakan penyaman udara, bilik harus tertutup sehingga udara yang ada hanya
merangkumi bilik tersebut, sedangkan dengan kipas angin bis diterapkan pada ruangan yang
terbuka, sehingga tetap boleh terjadi pergantian udara. Hal inilah yang sering menimbulkan
kesan penularan pelbagai jenis penyakit seperti selesema bagi mereka yang lebih memilih
menggunakan penyaman udara dalam bilik.
Lebih berhemah
Sebuah kipas angin yang dipasang pada syiling bilik hanya memerlukan kuasa kira-kira 75
watt. Lain halnya jika sebuah bilik menggunakan penyaman udara, ia akan memerlukan
kuasa yang lebih besar, di mana kadarnya mencapai 1:10. Berikutan itu, penggunaan kipas
angin mudah alih ini adalah alternatif terbaik dalam penjimatan penggunaan elektrik

Menghindarkan bau kurang menyenangkan di dalam rumah


Pada masa memasuki ruangan tertutup yang menggunakan penyaman udara, akan terasa
sangat berbeza dengan memasuki bilik yang terbuka yang hanya menggunakan kipas angin
sahaja. Udara dalam bilik yang memasang penyaman udara terasa lebih tersumbat. Hal ini
terjadi kerana tidak adanya peredaran udara dari luar. Sedangkan ruangan yang menggunakan
kipas angin akan terasa lebih segar dan selesa kerana udara dalam bilik boleh mengalami
pergantian dengan udara baru yang lebih bersih dan segar dari luar.

Anda mungkin juga menyukai