Anda di halaman 1dari 1

Dalam dunia pendidikan, seharusnya dan semestinya seorang guru itu perlu mempelbagaikan

kaedah serta teknik dalam sesi pengajaran kepada murid-murid agar sesi pengajaran dan
pembelajaran dapat berlangsung dengan lancar serta emosi murid-murid dalam keadaan seronok
untuk mempelajari subjek yang mereka pelajari. Ini adalah salah satu faktor langsung yang
menyumbang kepada tercapainya objektif pengajaran yang telah dirancang oleh guru.
Penggunaan teknologi dalam pendidikan dapat memberi kelebihan kepada guru, ianya juga dapat
memberi keseronokan belajar dan memberi motivasi kepada murid di sekolah untuk terus
mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran. Inovasi dalam teknologi pendidikan akan
merangsang murid untuk belajar dengan lebih baik. Disamping itu, murid akan lebih jelas
tentang sesuatu konsep yang disampaikan oleh guru kerana penggunaan media yang lebih jelas
akan memudahkan pemahaman murid tentang konsep.
Tajuk pengajaran dan pembelajaran saya ialah ‘Kata Nama Am dan Kata Nama Khas’
untuk mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 2. Sebagai penerangan saya telah memilih tayangan
video yang saya ambil dari aplikasi ‘Kahoot’ sebagai penerangan kepada murid berkaitan tajuk
kata nama. Penggunaan aplikasi Kahoot ini merupakan satu pembelajaran interaktif yang
menekankan pedagogi dengan melibatkan hubungan antara pemikiran aktif pelajar dengan
kandungan pelajaran yang menekan perhatian, pengekalan dan tujuan pelajar belajar. Tayangan
video ini bertujuan menarik perhatian murid dalam pemahaman yang lebih jelas apa itu kata
nama. Di samping itu, video yang terdapat unsur-unsur grafik dan contoh-contoh gambar yang
menarik akan dapat menarik perhatian murid untuk sesi pembelajaran yang seterusnya.
Seterusnya saya menggunakan portal ‘Quizzes’ sebagai aktviti pengukuhan untuk
menguji pemahaman murid terhadap tajuk yang dipelajari. Portal Quizzes telah digunakan dalam
usaha untuk meningkatkan pemahaman pelajar terhadap kuliah yang diberi dengan dikukuhkan
dengan soalan kuiz. Melalui aplikasi ini, murid menjawab soalan-soalan berkaitan tajuk
pembelajaran yang disediakan. Ianya juga akan menjadikan kelas lebih menarik apabila pelajar
menjawab kuiz secara online dan paparan markah terus terpapar di skrin hadapan kelas.
Teknologi dalam pendidikan sangat perlu untuk digunakan oleh guru-guru, supaya guru
lebih kreatif dan inovatif dalam pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan pelbagai
kaedah seperti pendekatan pembelajaran, strategi dan penggunaan bahan bantu mengajar.
Kementerian Pelajaran Malaysia & Medec (2007), menyatakan gabungan pelbagai media yang
memanfaatkan sepenuhnya deria penglihatan dan pendengaran mampu menarik minat belajar

Anda mungkin juga menyukai