Anda di halaman 1dari 16

TUGASAN / ASSIGNMENT

HDPS 4103
AFFECTIVE PLANNING AND TEACHING/
PERANCANGAN DAN PENAGAJARAN AFFECTIVE
MAY 2019 SEMESTER
BAHAGIAN A

Pengenalan
Ibu bapa adalah guru pertama dalam didikan awal kanak-kanak. Hubungan kasih sayang antara
anak dan ibu bapa serta persekitaran boleh ditafsir sebagai pertautan (attachment). Tujuan
utama tugasan ini melakukan penyelidikan mengenai pertautan dan teori disebaliknya.
Penulisan ini akan merangkumi unsur-unsur penulisan tentang pertautan dan implikasinya dan
teori disebalik pertautan.

Konsep Pertautan
Pertautan (attachment) merupakan hubungan kasih sayang yang berpanjangan dan kekal
sepanjang hayat seseorang. Pertautan juga berfungsi untuk memberi rasa selamat, selesa dan
seronok kepada seseorang. ianya terbentuk sejak lahir lagi iaitu semasa bayi berada dalam
kandungan ibu. Pertautan boleh diwujudkan melalui interaksi dengan ibu bapa, ahli keluarga,
rakan-rakan, guru-guru, jiran-jiran dan masyarakat.

Menurut Pipp & Haromon (1987), pertautan merupakan sejenis hubungan emosi yang
kuat antara dua individu yang cuba dikekalkan melalui kemesraan fizikal seperti sentuhan,
penglihatan, pendengaran, senyuman atau percakapan. Dalam perkembangan emosi bayi,
pertautan yang dibentuk adalah di antara bayi dan penjaganya. Ikatan atau hubungan ini adalah
untuk mendekatkan penjaga kepada dirinya bagi memenuhi keperluan-keperluan asas,
keselamatan dan kasih sayang. Menurut Erikson (1986), tahun pertama merupakan jangka masa
yang penting membentuk ikatan (bond) atau pertautan antara bayi dengan penjaga. Dia juga
menekankan bahawa kekuatan ikatan ini ditentukan oleh respons yang ditunjukkan oleh ibu atau
penjaga kepada bayi.

Jenis-Jenis Pertautan
Ainsworth dan rakan-rakannya (dalam Lefrancois, 2001) telah mengemukakan satu prosedur
iaitu The Strange Situation Procedure untuk menilai pertautan bayi (infant attachment) dengan
penjaga berdasarkan tahap tekanan dan kerisauan yang dialami oleh bayi dalam episod
perpisahan dan pertemuan dengan penjaga atau ibu. Beliau telah membahagikan pertautan bayi
kepada 3 jenis iaitu pertautan selamat, pertautan mengelak, dan pertautan bimbang
ketidaktentuan yang dapat diringkaskan seperti berikut.
Pertautan Selamat
Pertautan selamat berlaku apabila kanak-kanak boleh menerokai dan memahami persekitaran
mereka dengan rasa selamat dengan kehadiran penjaganya. Walaupun terdapat orang asing,
mereka tidak merasa bimbang dan dapat bergaul dengan orang asing tersebut dengan kehadiran
penjaga disisi mereka. Apabila penjaga mereka meninggalkan mereka, mereka akan merasa
sedih dan kecewa. Tetapi, apabila penjaga mereka kembali, mereka akan menyambutnya dengan
gembira dan berasa tenang semula. . Bayi yang mempunyai pertautan selamat dengan ibunya
biasanya mempunyai ibu yang bersifat responsif dan peka terhadap keperluannya. Mereka
sentiasa memahami emosi bayi dan memberi respons yang positif terhadap emosi bayi. Mereka
juga menunjukkan kasih sayang kepada bayi serta menghayati peranan sebagai ibu kepada bayi.

Pertautan Bimbang Ketidaktentuan


Pertautan bimbang ketidaktentuan pula ialah apabila kanak-kanak merasakan tekanan yang
sangat besar apabila orang asing berada dengannya. Walaupun ibu bapa ada bersama mereka,
tetapi mereka akan tetap merasa bimbang kerana kehadiran orang asing. Perasaan bimbang
mereka bertambah apabila ibu bapa meninggalkan mereka. Apabila ibu bapa kembali, kanak-
kanak akan menghampiri mereka tetapi akan menolak sebarang perhatian yang diberikan oleh
ibu bapa seperti memalingkan mukanya dan tidak mahu dipeluk atau didukung.
Walaubagaimanapun, mereka tidak akan berjauhan dengan ibu bapa. . Ibu kepada bayi jenis ini
tidak peka terhadap isyarat dan keperluan bayi. Dia juga bersifat menolak dan kurang dari segi
hubungan fizikal dengan bayi.

Pertautan Mengelak
Pertautan mengelak terjadi apabila kanak-kanak hanya menunjukkan perasaan yang sangat
sedikit terhadap penjaga. Mereka juga tidak berminat dan tidak akan menerokai persekitaran
walaupun ianya merupakan persekitaran yang baru bagi mereka. Apabila orang asing ada
bersama kanak-kanak itu, mereka tetap tidak menunjukkan sebarang respon sama seperti mereka
tidak menunjukkan respon kepada penjaga mereka. Pertautan jenis ini mempunyai kaitan dengan
sifat ibu yang tidak sensitif dan tidak bertindak balas terhadap keperluan bayi. Ibu juga kekok
ketika berinterakasi dengan bayi.

Fasa-Fasa Dalam Pembentukan Pertautan

Menurut Bowlby (1969), terdapat empat fasa dalam pembentukan pertautan antara ibu bapa
dengan anak-anak.
 Fasa Pertama membabitkan usia bayi yang baru lahir hingga 8 minggu. Pada fasa ini, bayi
menerima orang yang berada di sekelilingnya seperti ibu, bapa, abang, kakak, datuk dan
nenek. Kebolehan untuk membezakan orang berada di sekelilingnya amat terhad. Bayi tidak
kisah sesiapa yang ingin memegangnya.
 Fasa Kedua pula membabitkan bayi yang berusia lapan minggu hingga enam bulan. Pada
tahap ini bayi mula membezakan tingkah laku orang yang berada disekelilingnya atau orang
yang sedang memegangnya. Sebagai contoh, jika ibu sedang memegang mereka dalam
keadaan marah, bayi tersebut akan menangis kerana bayi boleh mengenal emosi ibunya itu.
Pada masa bayi berumur kurang daripada tiga bulan, emosi yang dialaminya merupakan
tindak balas terhadap keadaan kebangkitan ( ketidakselesaan kerana lapar atau basah ) .
 Fasa Ketiga melibatkan usia bayi di antara enam bulan hingga dua tahun. Pada tahap ini,
bayi memilih individu tertentu dan berhati-hati dengan individu lain. Kebiasaannya, bayi
sudah mula mengenal ibunya serta kaum kelurga yang selalu berada di sampingnya. Bayi
akan menangis jika seseorang yang tidak dikenalinya memegangnya. Bayi berasa selamat
berada dengan orang yang selalu berada dengannya.
 Fasa Keempat pula ialah melibatkan bayi yang berusia dua tahun ke atas. Pada peringkat
ini, kanak-kanak mula dapat membezakan hubungan emosinya dengan orang lain. Peringkat
ini dianggap permulaan hubungan emosi yang sebenar. Mereka menyatakan emosi secara
tidak terkawal seperti membaling sesuatu objek ketika marah ), terutamanya mereka tidak
dapat sesuatu yang dikehendaki. Dalam keadaan letih dan lapar, kemarahan mereka lebih
jelas kelihatan. Kanak-kanak pada peringkat prasekolah juga agak imaginatif. Mereka
mungkin mempunyai pelbagai perasaan takut dan antaranya yang tidak rasional.
Kesan Pertautan Terhadap Emosi
Pertautan dalam keluarga meninggalkan kesan terhadap emosi kanak-kanak. Kesan yang pertama
ialah pertautan penting kepada semua manusia. Semua manusia memerlukan pertautan dari
semua orang terutama daripada ahli keluarga sendiri. Sebagai contoh, bayi yang lahir perlukan
jagaan jagaan daripada ibu bapa untuk mendapatkan makanan dan perlindungan emosi.
Perkembangan kognitif kanak-kanak dibantu oleh kemesraan, kasih sayang serta perlindungan
yang diberikan oleh ibu bapa mereka. Perkembangan sosioemosi dan perkembangan moral
kanak-kanak juga mempengaruhi perkembangan kognitif kanak-kanak tersebut.
Kesan pertautan terhadap emosi kanak-kanak yang kedua pula ialah pertautan
mempengaruhi sejauh mana kanak-kanak menilai diri diri mereka sendiri. Mereka menganggap
diri mereka sangat berharga serta mempengaruhi pergaulan dan perhubungan mereka dengan
orang lain. Konsep kendiri yang sudah ada dalam diri mereka sejak lahir membina tingkah laku
mereka hingga dewasa kelak. Jika positif konsep kendiri itu, maka positiflah tingkah laku
mereka apabila dewasa dan sebaliknya. Contohnya, ibu bapa haruslah memuji kanak-kanak
apabila mereka melakukan sesuatu kerja agar mereka berasa diri serta kerja yang mereka lakukan
itu dihargai. Ini dapat membina konsep kendiri yang positif dalam diri kanak-kanak.
Kamarulzaman (2003) menyatakan bahawa kasih sayang merupakan tindak balas yang
berlaku secara serta merta dengan mengusap kulit, menggeletek, membuai lembut dan tepukan
manja. Kanak-kanak belajar melalui pengalaman yang dilakukan oleh ibu bapa terhadap mereka.
Daripada pengalaman tersebut kanak-kanak mengaplikasikannya kepada orang lain, binatang
atau benda yang menyenangkannya. Ia menunjukkan perasaan kasih sayang secara lisan bila
sudah besar tetapi ketika kecil kanak-kanak menyatakannya secara fizikal dengan memeluk,
menepuk atau mencium objek yang disayangi.
Selain itu, hubungan antara ibu bapa dan anak-anak yang dilihat memainkan peranan
yang penting dalam membentuk pertautan selamat. Ibu bapa haruslah sentiasa mengawasi anak-
anak dan mengenali rakan-rakan mereka serta melindungi mereka daripada gejala negatif agar
mereka sentiasa berasa selamat bersama ibu bapa. Ibu bapa juga haruslah sentiasa melindungi
anak-anak tidak kira di mana mereka berada. Contoh yang boleh digunakan ialah ibu bapa sering
bertanyakan tentang persekolahan anak-anak serta kawan-kawan mereka. Di sini wujudnya
pertautan selamat antara ibu bapa dengan anak-anak.
Kesan pertautan terhadap emosi yang seterusnya pula ialah pertautan selamat akan
mempamerkan sikap-sikap yang positif dalam diri kanak-kanak. Contoh sikap positif yang
terhasil ialah menolong ibu bapa ketika berada di rumah, menghormati orang tua serta
mendengar nasihat ibu bapa. Perapatan selamat juga dapat mempamerkan kanak-kanak untuk
berkasih sayang serta menghargai orang lain. Contohnya, ibu bapa memimpin tangan anak ketika
melintas jalan, anak akan berasa selamat dan menghargai jasa anda. Mereka akan lebih
menghargai anda.
Walaubagaimanapun, terdapat kesan pertautan tidak selamat. Perapatan tidak selamat
dikaitkan dengan status ekonomi sosial keluarga yang rendah, keluarga yang porak peranda atau
mangsa dera. Kanak-kanak akan berasa tidak selamat jika keluarga mereka sering bergaduh.
Mereka akan merasakan bahawa tiada orang yang sayang padanya. Selain itu, kanak-kanak yang
menjadi mangsa dera oleh ibu bapa juga akan memikirkan diri mereka tidak bernilai kepada
orang yang disayangi.
Kesan pertautan terhadap emosi yang terakhir ialah perapatan yang mengelak atau
bimbang ketidaktentuan berkemungkinan akan menghasilkan kanak-kanak yang rendah diri,
pemarah, ganas dan tidak menghormati orang lain.

Teori Disebalik Pertautan

Mengikut teori Erikson (1968), kanak-kanak pada peringkat umur empat hingga enam tahun
mengalami perasaan inisiatif lawan rasa bersalah. Di peringkat ini, keupayaan motor dan
intelektual kanak-kanak semakin meningkat. Kanak-kanak di peringkat umur ini suka
berimaginasi dan meluaskan kemahiran mereka dengan melalui permainan dan berfantasi.
Mereka bekerjasama dengan kanak-kanak lain dalam permainan, ada kalanya menjadi sebagai
ketua kumpulan dan ada kalanya menjadi pengikut. Kanak-kanak yang selalu dimarahi atau tidak
mendapat galakan untuk melakukan sesuatu mengikut kemampuan akan tertanam dengan
perasaan bersalah dan berperasaan takut, mereka akan berterusan bergantung kepada orang
dewasa dan tidak mahu bercampur dengan orang lain. Sebaliknya kalau mereka dididik dengan
cara yang positif, mereka akan mempunyai daya utama dan berani mengemukakan dengan
pendapat mereka sendiri.
Salah satu kajian yang penting dalam bidang psikologi perkembangan ialah kesan
pertautan (attachment) ke atas perkembangan sosio-emosi individu. Secara umumnya pertautan
adalah ikatan istimewa di antara dua insan (Santrock, 2014) yang biasanya ditemui dalam
hubungan di antara anak dengan ibu bapa atau penjaga, atau di antara individu dengan rakan
taulan. Mengikut teori Psikososial Erikson pertautan yang selamat (secure attachment) bermula
apabila bayi mengalami keselesaan fizikal pada awal kelahirannya, justeru membawanya
membina kepercayaan yang pertama terhadap dunia (Erikson, 1968). Kepercayaan ini yang
dikenali sebagai kepercayaan asas (basic trust) akan berkembang menunjangi kepercayaan
seterusnya terhadap dunia (Erikson, 1968). Sementara itu Ainsworth dalam kajiannya mengenai
reaksi bayi terhadap Situasi Pelik (Strange Situation) telah membawa kepada penemuan empat
jenis pertautan yang biasa ditemui dalam kalangan bayi, iaitu pertautan selamat (secure
attachment), pertautan tidak selamat penolakan (insecure resistant attachment), pertautan tidak
selamat berkecamuk atau ambivalen (insecure disorganised attachment atau ambivalent
attachment) dan pertautan tidak selamat pengelakkan (avoidance attachment) (dalam Santrock,
2014).
Kajian mengenai pertautan tidak hanya tertumpu pada golongan bayi atau kanak-kanak,
tetapi juga kepada golongan remaja dan orang dewasa. Jenis perapatan yang dialami pada
peringkat bayi atau kanak-kanak dipercayai dapat membantu pemahaman terhadap
perkembangan sosio-emosi yang dilalui oleh individu pada peringkat usia yang lebih tinggi,
khususnya remaja. Raja, McGee dan Stanton (1992) mendapati bahawa terdapat hubungan positf
yang signifikan di antara pertautan dengan ibu bapa dan kesejahteraan psikologi remaja. Kajian
yang melibat 935 orang remaja di Amerika Syarikat ini merumuskan bahawa walaupun tahap
pertautan denga ibu bapa yang rendah iaitu dalam kalangan ibu bapa yang mempunyai masalah
kesihatan, perapatan dengan rakan sebaya tidak berperanan dalam kesejahteraan psikologi
remaja.

Lanjutan daripada ini, pengkaji-pengkaji tempatan mulai menerokai aspek lain dalam
kesejahteraan remaja dan mengaitkannya dengan perapatan yang dialami. Rohaty Mohd.
Majzub, Noriah Ishak dan Ramlah Jantan (2010), misalnya telah mengkaji pengaruh kualiti
pertautan (perapatan) 420 orang pelajar asrama di sekolah berasrama penuh di Malaysia terhadap
penyesuaian hidup di sekolah. Hasil kajian ini menunjukkan pertautan dengan ibu bapa lebih
memberikan impak terhadap penyesuaian pelajar berbanding dengan pertautan dengan rakan
sebaya. Jamal Ismuni, Jas Laile Suzana Jaafar dan Yoo Fei (2012) pula menyoroti hubungan
pertautan dengan status identiti remaja. Seramai 200 orang pelajar sekolah yang berusia dalam
lingkungan 13 hingga 19 tahun telah menyertai kajian ini. Keputusan menunjukkan bahawa
terdapat kecenderungan untuk pelajar-pelajar ini mempersepsikan ibu bapa mereka menekankan
aspek afektif dalam pertautan mereka. Selain itu, kajian ini mendapati terdapat hubungan yang
positif di antara pertautan ini dengan status identiti tercapai dan status identiti moratorium.
Kedua-dua bentuk status identiti ini adalah sesuatu yang positif yang terlahir daripada kualiti
pertautan ibu bapa-anak yang tinggi.
BAHAGIAN B
Penerangan Ringkas Mengenai Video

Video yang bertajuk Attachment Awareness dihasilkan untuk membantu meningkatkan


kesedaran di sekolah yang mempunyai masalah pertautan kanak-kanak. Video ini memaparkan
mengenai kanak-kanak atau murid-murid sekolah yang mempunyai masalah pertautan ketika
berada di sekolah. Mereka mengetahui sikap dan personaliti mereka yang dilihat negatif oleh
guru, ibu bapa dan rakan-rakan mereka. Namun mereka tidaklah diminta untuk dilahirkan
bersikap sedemikian. Mereka sedar akan masalah tingkah laku mereka, namun jiwa mereka
seolah-olah memberontak seperti inginkan perhatian. Mereka mula melakukan perkara-perkara
yang tidak sepatutnya dilakukan oleh kanak-kanak normal yang lain. Institusi sekolah
merupakan tempat untuk kanak-kanak ini keluar dari masalah pertautan ini. Disinilah perlunya
peranan guru dalam mengatasi masalah pertautan kanak-kanak. Gurulah yang perlu bertindak
agar masalah ini tidak terus berlarutan. Gurulah manusia yang akan membantu kanak-kanak ini
mengubah personaliti kerana guru akan menjadi pendengar yang baik kepada kanak-kanak ini.

Masalah Pertautan

Semua kanak-kanak memerlukan keperluan asas untuk hidup seperti makanan, tempat tinggal,
rumah untuk berlindung, pakaian, dan juga keperluan-keperluan asas yang lain, terutama kasih
sayang dan rasa selamat (Maslow, 1988, dalam McDevitt & Ormrod, 2013, 5th ed.). Dengan
memenuhi semua keperluan asas ini, kanak-kanak dapat membina keyakinan diri, keberanian,
dan kebebasan meneroka dan menyelesai masalah.
Apabila kanak-kanak berasa selamat dalam persekitarannya, mereka belajar mempercayai
orang lain. Mereka belajar bersama orang dewasa. Mereka akan lebih berminat untuk belajar dan
mencuba dan mereka lebih gembira/ceria, dan mereka membesar dengan sihat dan positif
(McDevitt & Ormrod, 2013, 5th ed.). Menurut Bowlby (1988) cara membina emosi selamat
dalam diri kanak-kanak ialah dengan menyayangi mereka, menunjukkan kasih sayang,
menyatakan bahawa mereka disayangi meIaIui ucapan dan gerak geri, memberi perhatian dan
sensitif kepada klu yang ditunjukkan oleh kanak-kanak yang ingin sesuatu bantuan dan
perhatian. Sebahagian besar daripada apa yang disebut ini dapat dihasilkan melalui hubungan
intim dan perapatan di antara orang dewasa dengan kanak-kanak tersebut.
Konsep perapatan atau pertautan ini berkait rapat dengan konsep kendiri dan merupakan
jenis pertautan selamat. Individu yang mengalami pertautan jenis ini dikaitkan mempunyai
personaliti yang positif dan kepercayaan yang positif dan tinggi terhadap diri sendiri. Hubungan
yang baik melalui konsep pertautan selamat ini yang mereka lalui semasa bayi membuatkan
mereka berasa selamat dan tidak disingkirkan. Berbeza pula dengan individu yang mengalami
pertautan bimbang, mereka ini suka mengelak dan tidak mempunyai keyakinan yang tinggi atau
sebaliknya terhadap diri sendiri.
Melalui konsep perapatan atau pertautan ini,personaliti seseorang individu yang terbentuk
apabila dewasa bergantung ketiga-tiga jenis pertautan tersebut dan keadaan disekeliling mereka
ketika merka dalam proses untuk berkembang dan matang. Keadaan ini kerana apabila ditanya
atau diminta untuk memberi gambaran terhadap kelemahan atau kekuatan diri mereka,
sesetengah individu ini tidak dapat melakukannya kerana jika mereka mengalami pertautan
bimbang mereka hanya mampu mengambarkan kelemahan diri mereka sahaja.

Kenal Pasti Kanak-Kanak Dengan Masalah Pertautan

Menurut Brehm dan Kassin,1993 serta Baron dan Bryne,1994 keadaan tersebut berkaitan

dengan pengalaman pertautan yang mereka alami semasa mereka masih kanak-kanak lagi.

Contohnya,jika ibu bapa itu selalu memukulnya dan sebagainya anak itu akan mula berdendam

dan mungkin apabila dewasa,anak itu turut melakukan perkara yang sama terhadap anak sendiri

pula. Konsep pertautan ini amat penting dalam membentuk sahsiah dan peribadi seseorang

individu sama ada membentuk individu yang berfikiran positif atau individu yang berfikiran

negatif.

Selain itu, dapat kita katakan bahawa gaya hidup seseorang itu berkait rapat dengan cara

didikan ibubapa masing-masing dan faktor-faktor fizikal di sekeliling mereka.. Seperti yang kita
sedia maklum, ibubapa telah dipertanggungjawabkan untuk menjaga, mengasuh, dan memberi

segala hak anak-anak supaya mereka berfungsi sebagaimana yang dikehendaki ibubapa.

Berdasarkan teori yang dikemukakan oleh Bowlby(1969) , kita dapat kesan bahawa

setiap fasa anak-anak membesar mempunyai berlainan perkembangan. Jadi, ibubapa tidak boleh

mengabaikan anak-anak mereka kerana faktor kesibukan kerja. Ibubapa haruslah membimbing,

memahami, dan menyelami kehendak jiwa anak-anak mereka dan berfikiran terbuka. Ia dapat

merapatkan hubungan antara ibubapa dan anak-anak, juga mewujudkan suasana keluarga yang

harmonis.

Perkaitan ke atas penelitian antara gaya asuhan ke atas disiplin anak-anak juga antara

aspek-aspek penting dalam mengenalpasti kanak-kanak bermasalah pertautan ini. Anak yang

mempunyai masalah salah laku ini banyak dikaitkan dengan kegagalan gaya asuhan ibubapa

yang merupakan salah satu faktornya. Selain itu, ibubapa perlu sentiasa mendampingi anak-anak

mereka dan jadikan mereka seperti “kawan” untuk berkongsi cerita.

Tingkah laku seseorang pelajar dapat menggambarkan cara didikan yang telah diberikan

sejak azali lagi. Ini bertepatan dengan kata-kata,” anak-anak ibarat ibarat kain putih, dan tugas

ibubapalah yang mencorakkan mereka”. Ini bermaksud pergaulan dan cara berkomunikasi itu

bermula dari rumah dan buruk atau baik pergaulan itu adalah cara yang ditunjukkan oleh ibubapa

mereka sendiri.. Ini kerana anak-anak akan mencontohi pola-pola pergaulan dari ibubapa ketika

mereka berinteraksi sesama mereka.

Peranan Guru Dalam Mengendalikan Kanak-Kanak Ini


Kita sering mendengar orang berkata, ‘awak mempunyai personaliti yang teruk’ dan sebagainya.
Personaliti merujuk kepada gaya berfikir, emosi dan kemahiran perlakuan seseorang apabila
bertindak balas dengan persekitaran luar. Bagaimana personaliti anda? Sekiranya anda dapat
menyatakan siapa diri anda, maka anda telah mula mencari personaliti anda. Salah satu langkah
untuk menangani masalah tingkah laku kanak-kanak iaitu memupuk sikap saling membantu.
Kanak-kanak yang mempunyai penghargaan kendiri positif memainkan peranan penting dalam
memberikan bantuan kepada mereka yang mempunyai penghargaan kendiri yang rendah dalam
menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru.
Di samping itu, kita juga boleh menaikkan semangat dengan memberikan motivasi dan
galakan kepada kanak-kanak. Kanak-kanak sentiasa memerlukan bimbingan daripada ibu bapa,
guru dan orang dewasa lain dalam pembentukan identiti dan dalam proses penyesuaian ke dalam
masyarakat. Walaupun adakalanya mereka boleh menyelesaikan sendiri tetapi peranan ibu bapa
dan guru menjadi role model untuk mereka.
Seterusnya ialah memperbaiki kendiri yang lemah. Sebagai contoh, guru perlu sentiasa
menggunakan pendekatan pembelajaran di hadapan kelas untuk memberi peluang mereka
menampilkan diri dan boleh menambah keyakinan diri. Pada masa yang sama, kanak-kanak akan
bersemangat untuk belajar dan memberi tumpuan kepada proses pengajaran dan pembelajaran
yang sedang berlangsung.
Guru juga adalah sebagai pendorong yang menggalakkan pembelajaran kanak-kanak. Melalui
permainan atau aktiviti tidak formal yang lain adalah cara kanak-kanak belajar dan ianya patut
disediakan oleh seorang guru dengan berbagai-bagai jenis aktiviti dan seboleh-bolehnya
hendaklah aktiviti pembelajaran yang mengembirakan dengan melibatkan kanak-kanak secara
aktif. Semasa kanak-kanak berinteraksi dengan alam sekeliling, mereka digalakkan menyoal,
mencuba, meneroka dan menggunakan segala derianya untuk menyedari dan memahami
perkara-perkara yang berlaku di persekitarannya. Aktiviti yang dirancang oleh guru hendaklah
membolehkan kanak-kanak mencapai kejayaan di peringkat kebolehan mereka .Guru bukan
sahaja memberi pujian kepada kanak-kanak yang telah berjaya bahkan juga memberi pujian
kepada kanak-kanak yang telah mencub a.Dengan ini konsep diri yang positif diharapkan dapat
membantu. Jika seorang kanak-kanak itu berasa kecewa akan sesuatu sudah tentu dapat
diatasinya kerana mempunyai keyakinan atas kebolehan diri sendiri dan seterusnya dapat
membentuk sikap kesetiaan diri.
Tindakan Susulan Yang Boleh Di Ambil.
Secara umumnya, strategi pengajaran dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu strategi
pemusatan kepada guru, remaja atau pada bahan. Pemilihan strategi pengajaran oleh guru
bergantung pada situasi mereka. Pemusatan strategi yang diplih adalah tidak tetap kerana boleh
berubah-ubah mengikut keadaan semasa kanak-kanak ini. Guru akan menentukan strategi
pengajaran mengikuti keadaan yang sesuai. Selain daripada itu, guru haruslah menggunakan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam kaedah pengajaran untuk menarik minat
remaja untuk belajar. Ini kerana terdapat banyak kebaikan dan kepentingan penggunaan ICT
dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana penggunaan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (ICT) dalam pengajaran dapat menarik perhatian pelajar untuk belajar dan pelajar
tidak akan berasa bosan dan mengantuk dalam kelas.
Kawalan emosi perlu dilatih oleh setiap remaja dan kesan ini akan mempengaruhi tingkah
laku. Emosi yang stabil akan berlakunya dengan tindakan balas seseorang terhadap situasi yang
dihadapi. Dalam bilik darjah, terdapat pelbagai keadaan emosi ditujukan oleh kanak-kanak ini.
Oleh itu, guru perlu sensitif memerhatikan perbezaan emosi remaja. Kebolehan meramal emosi
juga dikenali sebagai kemahiran pengajaran melalui air muka. Gangguan emosi dalam kalangan
murid-murid berpunca daripada persekitaran sekolah yang tidak kondusif. Contohnya, gangguan
emosi berpunca daripada masalah kesesakan dalam kelas yang boleh mewujudkan
kecenderungan murid untuk melakukan kesalahan disiplin seperti ponteng kelas, menyendiri,
murung, marah dan sebagainya.
Peristiwa dalam keluarga melibatkan perubahan yang besar dan penyesuaian dalam
kehidupan kanak-kanak dan ia mempengaruhi pengembangan emosi mereka. Sebelum
bermulanya proses pembelajaran, guru digalakkan mengemukakan soalan yang berkaitan dengan
pembelajaran yang lepas. Hal ini akan membentuk personaliti ego kerana mereka akan berusaha
mengingat, mengamati apa-apa yang telah dipelajari oleh mereka sebelum ini untuk tujuan
menjawab persoalan yang dikemukakan oleh guru. Apabila persoalan yang dikemuka dapat
dijawab dengan lancar, mereka akan berasa puas walaupun jawapan yang diberikan tidak
menepati kehendak guru. Sebagai kesimpulan, guru akan memberikan jawapan yang tepat dan
sebagai remaja mereka akan mengambil iktibar yang baik untuk mengawal tingkah.
Langkah seterusnya ialah mengembangkan minat secara cemerlang kerana minat
merupakan satu anugerah daripada Tuhan. Setiap orang mempunyai bakat yang berlainan seperti
kebolehan menyanyi, menari, melukis dan sebagainya. Jika seseorang itu berbakat akan
memudahkan guru menyampaikan maklumat. Terdapat kajian menyatakan bahawa pelajar
sederhana lebih kreatif daripada remaja pintar. Antara kaedah untuk membimbing ialah mengikut
kebolehan boleh menyediakan latihan atau tugasan dengan tahap pencapaian kanak-kanak ini.
Melalui aktiviti yang sesuai, mereka akan sentiasa menikmati pengalaman tersebut. Oleh itu,
guru perlu meneliti minat yang dimiliki oleh kanak-kanak ini dan mencari jalan untuk
mengembangnya.
Tambahan lagi, guru harus menggalakkan kanak-kanak menggemukan soalan. Teknik
soal jawab merupakan teknik yang paling lama dan paling popular digunakan dalam bidang
pendidikan. Pemilihan teknik ini dalam pengajaran dan pembelajaran dapat melahirkan interaksi
antara guru dan pelajar secara berkesan. Salah satu perkara yang penting ketika berkomunikasi
ialah aktiviti bertanya dan menyoal. Kemahiran bertanya dan menyoal bukan sekadar untuk kita
mendapatkan sesuatu maklumat tetapi dapat membantu kita membina iklim komunikasi yang
positif dan memupuk sikap saling memahami dan bekerjasama.
Langkah terakhir ialah mengenal pasti kanak-kanak mempunyai perbezaan dalam
kesediaan emosi, kesediaan kognitif dan kesediaan psikomotor. Kita perlu memikir dan
mempertimbangkan kemampuan, keupayaan, kebolehan dan kesediaan kanak-kanak mengikut
tahap perkembangan mereka. Guru yang mengajar kanak-kanak pada peringkat awal perlu lebih
kreatif dan fleksibel dalam pengajaran mereka. Mereka harus peka pada tahap perkembangan
dan ciri-ciri peribadi setiap kanak-kanak dan mengubahsuai teknik pengajaran mereka mengikut
keperluan kanak-kanak tersebut. Oleh itu, persediaan dan pengalaman awal kanak-kanak
memerlukan pembelajaran yang terancang, menarik dan relevan dengan perkembangan semasa
serta dapat memenuhi keperluan individu kanak-kanak.

Kesimpulan
Melalui tugasan ini saya dapat membuat rumusan bahawa perkembangan yang berlaku pada
kanak-kanak banyak dipengaruhi oleh persekitaran. Persekitaran seseorang kanak-kanak
membesar akan membentuk personaliti mereka. Berdasarkan perkembangan kanak-kanak yang
dikaji, perkembangan yang berlaku pada kanak-kanak ini adalah normal dan perkembangan yang
berlaku mengikut tahap umur. Perkembangan ini akan terus berkembang hingga ke akhir hayat.
Pertautan adalah amat penting bagi membentuk remaja atau individu yang bersahsiah
tinggi. Ia amat penting bagi mewujudkan individu yang mempunyai pemikiran yang positif,
berkeyakinan tinggi, hormat menghormati dan mempunyai akhlak yang baik. Modul didikan
keluarga amat baik bagi membantu masyarakat membentuk perapatan yang baik dengan anak-
anak. Ibu bapa seharusnya mengambil berat tentang pertautan dengan anak bagi mewujudkan
generasi yang gemilang. Hal ini kerana pertautan ataupun hubungan kasih sayang amat penting
bagi pembentukan anak-anak yang baik. Kuih yang sedap selalunya berasal dari resepi yang baik
dan acuan yang cantik. Begitu juga di ibaratkan perhubungan anak-anak dengan ibu bapa.
Rujukan

Adams, G. R. Gullotta, T. P. & Carol, M. A. (1994). Adolescent Life Experiences (3rd Ed.).
Wardsworth.Inc. USA.

Ambert, A. M. (2007). The effect of children on parent, 2001. Dalam Che Hasniza Che Noh. Hubungan
keluarga dari aspek komunikasi dan gaya keibubapaan. Jurnal Kemanusiaan, 8, 45- 57.

Azizi, Y. & Kamaliah, N. (2006). Relationship between self concepts, motivation and parenting
styles effected students achievements. University Technology Malaysia

Baumrind, D. (1991). The influence of parenting style on adolescent competence and substance use.
Journal of Early Adolescence, 11, 56–95.

Bennion, L. D. & Gerald, R. A. (1986). A revision of the extended version of the objective
measure of ego identity status: An identity instrument for use with late adolescents. Journal of
Adolescent research, 1, 183-198.

Benson, M. J., Harris, P. B. & Rogers, C. S. (1992). Identity consequences of attachment to


mother and fathers among late adolescents. Journal of Research on Adolescents, 2, 187-204.

Bigner, J. J. (1994). Individual and family development: A life-span interdisciplinary approach.


New Jersey: Prentice-Hall

Che Hasniza & Fatimah Yusooff. (2011). Corak komunikasi keluarga dalam kalangan keluarga
Melayu di Terengganu. Jurnal Hadhari, 3 (2), 45 – 62.

Che Hasniza Che Noh. (2007). Hubungan keluarga dari aspek komunikasi dan gaya
keibubapaan. Jurnal Kemanusiaan, 8, 45- 57.

Graf, S. C., Mullis, R. L., & Mullis, A. K. (2008). Identity formation of United States American
and Asian Indian adolescents. Adolescence, 43 (169), 57-69.

Harwood, R., Leyendecker, B., Carlson, V., Asencio, M., & Miller, A. (2002). Parenting among Latino
families in the U.S. In M. H. Bornstein (Ed.), Handbook of parenting: Vol. 4, Social conditions and
applied parenting (2nd ed., pp. 21 – 46).

Jas Laile. (2002). Psikologi Kanak-Kanak dan Remaja. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur

Khuzaimah, Z. (2001). Pengaruh Sikap dan Caragaya Kebapaan Terhadap Salah Laku Remaja Melayu
Bersekolah. Tesis Sarjana, Universiti Putra Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai