Zulkifli, 40, atau lebih dikenali sebagai Abey Zoul mahu dikenali dengan identiti tersendiri
apabila menggunakan cat air sebagai medium utama dalam setiap penghasilan karya
lukisannya.
Namun, arkitek itu terpaksa merangkak sendirian untuk menghasilkan karya kerana dia tidak
mendapat pendidikan khusus dalam bidang berkaitan.
Berpegang pada minat dan usaha yang gigih, dia berjaya mendapat tempat dalam arena seni
lukis negara dengan menggunakan medium cat air dalam setiap karyanya.
Ini kerana, pada masa kini tidak ramai yang menggunakan medium tersebut kerana mereka
menganggap ia sesuatu yang sukar untuk dipelajari.
Sangat rugi kalau mengetepikan lukisan yang MEDIUM cat air sangat istimewa kerana sebati dengan
menggunakan cat air kerana karya tersebut keindahan alam sekitar.
sangat popular di negara Barat dan mendapat
permintaan tinggi. Malah, karya ini juga lebih
mahal berbanding medium lain.
Tidak ramai orang Melayu yang menguasai medium ini. Kira-kira 20 orang sahaja di seluruh
negara dan ia sangat mengecewakan, jelasnya.
Tambahnya, lukisan menggunakan medium cat air mempunyai nilai sangat tinggi kerana
mampu menghadirkan sesuatu emosi dalam lukisan dan menggamit nostalgia kepada setiap
mata yang memandang.
Emosi berbeza
Abey Zoul menjadikan lukisan sebagai aktiviti pada setiap hujung minggu dan masa lapang
bersama kawan-kawan serta menerapkan budaya melukis di lapangan atau lukisan langsung
kerana ia memberikan emosi yang berbeza
kepada sesebuah hasil karya.
Mengulas mengenai karyanya, Abey Zoul meletakkan dirinya sebagai pejuang karya cat air dan
berharap ia akan menjadi medium yang popular pada masa akan datang. Selain itu, dia
berharap ia akan mempunyai generasi pelapis yang mampu menyemarakkan karya-karya
lukisan di negara ini.
Abey Zoul bakal ke Paris pada pertengahan bulan April ini sebagai pelukis jemputan sempena
Minggu Budaya Malaysia di bawah kelolaan Balai Seni Visual Negara dan Kementerian
Pelancongan. Dia akan mempamerkan hasil karyanya.
Dalam pada itu, dia sempat mengingatkan pelukis-pelukis baharu agar tidak mudah berputus
asa dalam berkarya.
Jangan sesekali berhenti berkarya dan libatkan diri dalam setiap pameran lukisan agar anda
dikenali. Ia mempunyai peminat yang tersendiri kerana kejayaan tidak datang dalam masa yang
singkat, ia memerlukan kesabaran dan ketabahan, katanya.