Anda di halaman 1dari 1

seorang pelukis'.

Pada usia awal 20-an, beliau telah terkenal Hubungi


sebagai pelukis
Kami
apabila memenangi hadiah pertama pertandingan melukis di
Johor Bahru pada tahun 1950-an. Pada tahun 1951, beliau
mendaftar sebagai pelajar di Chelsea School of Art. Pengajiannya
diteruskan sebagai pelajar di University of London's Institute of
Education pada tahun 1955. Hasilnya, beliau menghasilkan Bather
By The Sea (1957) dan Duel In The Snow.
Karya ini dilihat sebagai gaya ekspresionisme abstrak oleh anak
Melayu gandingan lenturan berus pengaruh barat dan latar
belakang perkampungan Melayu. Antara pameran solo beliau
adalah Retrospective Exhibition pada tahun 1975 di Balai Seni
Negara, Syed Ahmad Jamal, A Historical Overview 1954-1994
pada tahun 1994 di Galeri Seni Nanyang, Kuala Lumpur, Antara
Langit & Bumi (Between Heaven and Earth) pada tahun 2000 di
Galeri PETRONAS.

Allahyarham Dato' Syed Ahmad Jamal berkarya gaya


Ekspresionis Abstrak dengan menggunakan idiom abstrak yang
berasakan kepada gerak isyarat dan emotif. Beliau dianggap
pelukis pertama yang menerokai "Catan Non Objektif" melalui
karya bertajuk "Umpan" (The Bait), sebuah karya agung yang
dihasilkan pada rahun 1959, Penggunaan awal tulisan Jawi di
dalam karya "Chairil Anwar" (1958) telah menjadikan beliau
sebagai pelopor seni lukis khat cat minyak atas kanvas.
Semasa hidupnya, beliau berperanan sebagai pelukis, penulis,
pemimpin persatuan dan pentadbir dapat dipegang serentak tanpa
banyak masalah. Keunikan memainkan semua peranan ini amat
jarang dimiliki oleh seorang pelukis apatah lagi melakukannya
dengan cemerlang sekali. Allahyarham pernah berkhidmat
sebagai Pengarah Pusat Kebudayaan, Universiti Malaya dari
tahun 1979 hingga 1982 serta pensyarah di Malayan Teachers
Training College, Kirkby, England dari 1958-1959.

Anda mungkin juga menyukai