Anda di halaman 1dari 10

Pendidikan Seni Visual 2010 PENGENALAN

Seni lukis Malaysia berkembang mengikut tahap-tahap tertentu. Setiao tahap membawa pengaruh dan aliran dari Barat dan juga tempatan. Melalui kajian yang dibuat, aktiviti menggambar atau melukis di negara ini bermula sejak negara mula dijajah oleh kuasa Barat, terutamanya British. Pada masa itu, para pelukis datang bersama rombongan penjajah untuk merakamkan gambar flora dan fauna yang terdapat di negara ini. Kebanyakan pelukis ialah pelukis Syarikat Hindia Timur. Mereka melukis dengan menggunakan cat air dan pensel, kemudiannya membawa pulang hasil tersebut ke England pada pertengahan abad ke-19, lalu diterbitkan dalam bentuk cetakan kayu. Pada masa itu, keperluan bahan-bahan percetakan begitu dikehendaki di Eropah. Pada tahun 1718, semasa Pulau Pinang ditakluki oleh British, budaya melukis Eropah mula dibawa masuk. Pada peringkat awal, pelukispelukis Eropah ini hanya melukis gambar landskap yang terdapat di sekitar Pulau Pinang. Apabila sistem persekolahan diperkenalkan, seni lukis mula diajar pada penduduk pada penduduk tempatan dan akhirnya, pengaruh lukisan Barat menular kepada penduduk tempatan dan akhirnya, pengaruh lukisan Barat menular kepada penduduk tempatan.

Pendidikan Seni Visual 2010 PERKEMBANGAN SEBELUM MERDEKA


Era Tahun 1920-an hingga 1940-an Pada sekitar tahun 1920-an, aktiviti seni lukis di negara ini dipengaruhi oleh suasana penjajah. Para pelukis kebanyakannya adalah dari kalangan orang Inggeris. Namun demikian, dengan tertubuhnya Penang Free School pada tahun 1816 dan seterusnya penubuhan beberapa buah maktab di Melaka dan Taiping telah memulakan aktiviti seni lukis dalam kandungan kurikulum. Pada 19 November 1922, apabila Maktab Perguruan Sultan Idris (sekarang Universiti Pendidikan Sultan Idris) dibuka dengan rasminya, maka penekanan matapelajaran seni lukis telah dilakukan. Antara kurikulum seni lukis yang di ajar

di situ ialah lukisan, menganyam bakul, dan pertukangan. Latihan maktab perguruan ini bertujuan untuk melatih guru-guru mengajar di sekolah rendah Melayu di seluruh tanah Melayu (Malaysia), Brunei dan Singapura. Pada sekitar tahun 1928, sekumpulan pelukis Eropah menjalankan kegiatan seni lukis berkumpulan yang diberi nama Penang Impressionist di Pulau Pinang. Kumpulan ini hanya menerima dua orang tempatan sahaja, iaitu Abdullah Ariff dan Puan Lim Cheng Kung, isteri seorang jutawan China. Pada tahun 1929, sebuah persatuan pelukis Cina telah ditubuhkan di Kuala Lumpur yang dinamakan United Artist Malaysia (perkataan Malaysia mula digunakan oleh kumpulan ini walaupun pada masa ini negara ini dikenali dengan nama Malaya). Kumpulan ini menjalankan aktiviti di 21-23, Old Market, Kuala Lumpur. Kebanyakkan aktivitinya adalah untuk menghidupkan seni lukis Cina. Pada tahun 1936, sebuah persatuan seni lukis Cina ditubuhkan iaitu Penang Chinese Art Club di Pulau Pinang. Kelab ini diusahakan oleh Yong Mun Seng, Lee Cheng Yong, Quah Khuan Sim, dan beberapa pelukis Cina. Kelab ini berkubur setelah meletus Perang Dunia Kedua. Sebuah institut seni lukis yang awal telah ditubuhkan dalam tahun 1938, iaitu Akademi Seni Halus Nanyang di Singapura (sebelum berpisah dengan Malaysia). Kegiatan pelukis Nanyang ini banyak dipengaruhi oleh lukisan-lukisan dari negara

Pendidikan Seni Visual 2010


China. Keseluruhan pelukis terdiri daripada kaum Cina yang dating dari Akademi Seni Lukis Amoy di selatan negara China. Semasa perang Dunia Kedua, kegiatan seni lukis terhenti. Selepas perang barulah kegiatan seni lukis mula berkembang terutamanya di bandar-bandar besar seperti Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Singapura. Pada tahun 1948, seorang guru seni lukis bernama Tay Hooi Keat dihantar oleh kerajaan Malaya untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang seni lukis di Camberwell School of Art, London. Beliau adalah pelajar Malaya pertama yang melanjutkan pelajaran dalam bidang seni lukis di luar negara. Pada tahun 1952 beliau telah dianugerahkan National Diploma in Design (NDD) dari sekolah seni lukis tersebut.

Era Tahun 1950-an Tahun tahun 1950-an merupakan zaman perintis kea rah kegemilangan seni lukis Malaysia. Tahun-tahun ini merupakan zaman baru bagi pelukis Malaysia. Menurut Redza Piyadasa pada tahun 50-an, pelukis menemukan ketakjuban dalam karya, penglibatan dan rasa tanggungjawab, menyedari tentang kebolehan mereka dan memperkukuhkan kedudukan masing-masing dalam dunia seni lukis. Ketibaan Mohammed Hoessein Enas dari Indonesia pada tahun 1948 ke Pulau Pinang membawa era baru dalam aliran naturalis dengan melukis figura manusia. Hal ini menunjukkan permulaan tradisi seni lukis yang akhirnya mendapat tempat yang istimewa. Kehadiran seni lukis figura ini melahirkan Angkatan Pelukis Semenanjung dan akhirnya bertukar nama kepada Angkatan Pelukis se-Malaysia (APS) pada 15 April 1958. Alam Seni Lukis Kuala Lumpur telah menyambut baik kedatangan Peter Harris dari United Kingdom bagi menjawat jawatan Pengawas seni Lukis Sekolah di bawah Kementerian Pendidikan pada tahun 1951. Beliau akhirnya telah menubuhkan sebuah pertubuhan seni lukis Wednesday Art Group pada tahun 1952. Di Pulau Pinang, Loh Cheng Chuan telah menghidupkan sebuah persatuan seni lukis yang dinamakan Penang Art Society pada 28 April 1953. Objektif

Pendidikan Seni Visual 2010


persatuan ini adalah untuk menggalakkan pelukis muda mempamerkan karya dan mengadakan pertandingan seni lukis kanak-kanak. Sebuah lagi kumpulan negeri Selangor yang terdiri daripada 19 hingga 20 pelukis telah menubuhkan Selangor Art Society pada tahun 1954. Kumpulan ini bertemu di sekolah Lelaki Methodist dan aktiviti mereka ialah belajar melukis potret dan potret dan figura. Antaranya ialah Yong Peng Seng (Presiden) C.C. Ho, T. Selvaratnam, Zakariah Noor, dan lain-lain. Tai Hooi Keat yang baru pulang dari United Kingdom telah menubuhkan persatuan seni lukis di kalangan guru-guru seni lukis yang dinamakan Penang Art Teachers council pada tahun 1952. Beliau sendiri memberi bimbingan dan mengadakan ceramah-ceramah kepada guru-guru seni lukis ini. Beliau telah memperkenalkan idea-idea baru dan memperkenalkan asas seni lukis seperti bentuk, garisan, rupa, warna, jalinan dan sebagainya. Pendekatan kumpulan ini hamper sama dengan pendekatan Wednesday Art Group Pada tahun 1957. The Thursday Art Group telah ditubuhkan di Pulau Pinang. Kumpulan ini mengambil idea daripada kumpulan Wednesday Art Group. Ahli ahlinya ialah Tay Hooi Keat, Abdullah Ariff, Kuo Ju Ping, Lee Joo For dan lain-lain. Hasil daripada penubuhan kumpulan ini, terbentuk satu kumpulan lain yang dinamakan Penang Art Teachers Circle yang ditubuhkan pada tahun 1965 dengan tujuan untuk meningkatkan pencapaian karya ahlinya. Kemuncak kegiatan seni lukis tanah air berlaku selepas Malaya mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Balai seni Lukis Negara dibuka dengan rasminya oleh Y.T.M Almarhum Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama pada 27 Ogos 1958. Bertitik tolak dari situ, perkembangan seni lukis mendapat pengiktirafan rasmi daripada kerajaan. Pengiktirafan ini dapat

menambahkan keyakinan para pelukis Malaysia. Serentak dengan itu, pameran terbuka negara yang pertama telah diadakan pada tahun tersebut.

Pendidikan Seni Visual 2010 PERKEMBANGAN SELEPAS MERDEKA


Era Tahun 1960-an dan 1970-an Pada tahun 60-an, kegiatan-kegiatan seni lukis menjadi tajuk utama media massa. Pembukaan pameran lukisan, galeri, dan sebagainya turut dilakukan oleh orang kenamaan. Penubuhan maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras, Kuala Lumpur yang menjalankan kursus dalam bidang pendidikan seni seperti catan, arca, tembikar, cetakan, batik dan kraf tangan telah melahirkan pelukis-pelukis seperti Ahmad Lhalid Yusof, Chew Teng Beng, Ismail Hashim, A. Ghafar Ibrahim, Redza Piyadasa, dan sebagainya. Beberapa tahun selepas itu, Institut Teknologi Mara (ITM) yang kini dikenali sebagai UiTM ditubuhkan dan mula menawarkan kursus seni lukis dan seni reka pada tahun 1967. Dengan tertubuhnya ITM, semakin ramai pelukis-pelukis muda muncul. Dunia seni lukis bertambah matang dan menjadi bidang professional. ITM menawarkan pelbagai kursus seni halus, seni tekstil, seni hiasan logam (fine metal), seramik, rekaan fesyen, reka bentuk industry, dan diploma perguruan bagi subjek pendidikan seni. Antara pelukis keluaran ITM ialah Sulaiman Esa, Ponirin Amin, Fauzan, Awang Damid, Amron Omar, Annuar Abdul Rasyid, Syarifah Fatimah, dan lain-lain. Kemunculan beberapa akademi seni lukis swasta menyemarakkan lagi

perkembangan seni lukis. Institut seni lukis swasta yang awal ialah Institut Seni Lukis Malaysia (Malaysia Institute of Art) M.I.A, KL Institute dan sebagainya. Pada tahun 1960-an, pelukis Malaysia sungguh bernasib baik kerana banyak pameran jemputan di luar negara diadakan. Antaranya: 1961 1962 1962-1963 Pameran seni Lukis Antarabangsa Sezaman di New Delhi Pameran Seni Lukis Antarabangsa di Saigon Pameran Seni Lukis Commonwealth

Pendidikan Seni Visual 2010


1963 1968 1969 1969 1969 Pesta Kebudayaan Asia Tenggara di Singapura Pameran Bergerak Seni Lukis Sezaman New Delhi Pameran Bergerak Seni Lukis Malaysia di Australia/New Zeland Pameran Biennale ke-10, Sao Paolo Pameran negara-negara Asia dalam Pameran Seni Lukis Sezaman

Era 60-an dikatakan zaman penghasilan karya yang matang daripada pelukispelukis Malaysia. Pelukis-pelukis bukan sahaja manganut aliran impresionis malah lebih berani dalam aliran ekspresionis, pop, konseptual, dan lain-lain lagi. Pada tahun 1972, Universiti Sains Malaysia melalui Pusat Ilmu Kemanusiaan menawarkan kursus ijazah dalam bidang seni halus. Dengan adanya pengajian di peringkat ijazah, maka kegiatan seni lukis lebih semarak lagi.

Era Tahun 1980-an hingga Tahun 2000 Pada tahun 80-an, kegiatan seni lukis telah disemarakkan melalui pameran dan pertandingan seni lukis yang dianjurkan oleh Balai Seni Lukis Negara seperti pameran terbuka, Bakat Muda sezaman dan Salon Malaysia. Perpindahan Balai Seni Lukis Negara dari Jalan Ampang ke bangunan Hotel Majestic pada 21Mei 1984 telah membawa satu era baru. Penubuhan Persatuan Pelukis Malaysia pada 25 April 1980 yang

menggabungkan pelukis-pelukis lama dan baru telah memberi impak yang besar dalam perkembangan pada awal tahun 80-an. Pelukis-pelukis Melayu yang berpendidikan mula mengemukakan tema dan persoalan Islam dan budaya contohnya seperti pelukis Sulaiman Esa, Mastura Abdul Rahman, Zakaria Awang dan lain-lain.

Pendidikan Seni Visual 2010


Mulai tahun 1983, karya menggunakan perisian computer telah diperkenalkan oleh Ismail Zain. Pada tahun 1990-an, seni lukis telah berkembang dengan penggunaan elektronik sebagai bahan penyampai karya pelukis. Antara pelukis yang menggunakan media ini ialah Baharuddin Darus dan Hasnol Jamal Saidon. Pada 27 September 2000, Balai Seni Lukis Negara telah mendapat bangunannya sendiri. Selaras dengan perkembangan ini, seni lukis terus berkembang maju.

Pendidikan Seni Visual 2010 KUMPULAN-KUMPULAN SENI LUKIS


Kumpulan Penang Impresionis Ditubuhkan pada tahun 1928 oleh pelukis Eropah yang menetap di Pulau Pinang Ahlinya terdiri daripada isteri-isteri pegawai kanan Inggeris Diikuti oleh dua orang tempatan a) Puan Lim Cheng Kung (isteri jutawan Cina) b) Abdullah Ariff (guru seni lukis yang mahir melukis cat air) Antara aktiviti yang dijalankan ialah mengadakan pameran tahunan dan pameran berkala Pameran terakhir tahun 1936 Kumpulan ini terkubur pada tahun 1937

Kelab Seni Lukis Cina Pulau Pinang (The Penang Chinese Art Club) Ditubuhkan pada tahun 1936 Tujuan penubuhan mengumpul pelukis kaum kaum Cina dan mendedahkan teknik-teknik terbaru dalam seni lukis Kebanyakan ahli kumpulan terpengaruh dengan teknik-teknik seni lukis romantis Inggeris Masih mengekalkan cara palitan catan berus Cina walaupun mirip gaya aliran impresionisme 1938 Lee Cheng Yong bersama Tay Hooi Keat berjaya mengadakan pameran di Dewan Sin Chew Jit Poh Juga dinamakan pameran Yin-yin (memaparkan karya-karya pelukis

berpendidikan Cina dan pelukis Cina yang berpendidikan Inggeris) Keanggotaan kelab ini Presiden: Lee Cheng Yong Setiausaha: Quah Khuan Sim Bendahari: Tay Hooi Keat Ahli: Yong Mun Sen, Kuo Ju Ping, Tan Seng Aun, Tan Geik Khean, dan Wan Fee

Pendidikan Seni Visual 2010


Kumpulan Seni Lukis Guru-Guru Pulau Pinang (The Penang Teachers Circle) Ahli kumpulan terdiri daripada guru-guru seni lukis Ditubuhkan pada tahun 1948 di bawah naungan Jabatan Pelajaran Pulau Pinang Didukung kuat oleh Tay Hooi Keat Dibubar apabila Tay Hooi Keat melanjutkan pelajaran ke Camberwell School of Art, London Majlis Guru-Guru Pendidikan Seni Pulau Pinang (The Penang Art Teachers Council) Ditubuhkan sebaik sahaja tay Hooi Keat pulang dari London pada tahun 1952 Ahli - guru pendidikan seni di sekitar Pulau Pinang Aktiviti diadakan mengadakan latihan-latihan amali seni lukis menggunakan konsep baru yang digunakan oleh Tay Hooi Keat Beliau memperkenalkan konsep bentuk, garisan, rupa, warna dan jalinan melalui latihan di studio. Ahli yang aktif a) Lee Joo For b) Abdullah Ariff c) Quah Khuan Sim d) Tan Tin Kok e) Lim Tong Juan f) Tan Lye Hoe g) Chee Wee Sun Akhirnya konsul ini berfungsi sebagai Majlis Kesenian Pulau Pinang dan Province Wellesly pada tahun 1953. Majlis Kesenian Pulau Pinang dan Province Wellesly Ditubuhkan pada tahun 1953 oleh Encik I.K Cheah (peguam) Ahli: konsul guru-guru pendidikan seni Pulau Pinang Art

Pendidikan Seni Visual 2010


Aktiviti: pameran seni lukis (pameran diadakan di Dewan British Council yang disokong kuat oleh James Mondy) Menjadi sebuah kumpulan seni lukis yang dikenali sebagai Thursday Art Group pada tahun 1957. Persatuan Seni Lukis Pulau Pinang (Penang Art Society)

Kumpulan Pelukis Hari Rabu (The Wednesday Art Group)

Majlis Kesenian Malaya (The Art Council Malaya)

Persatuan Seni Lukis Selangor (Selangor Art Society)

10

Anda mungkin juga menyukai